Tabung Insyirah

Mengatasi Kembung Perut Bayi




Sebagai ibu lagi-lagi yang baru pertama kali bergelar ibu dan terpaksa berpantang sendirian tanpa ada orang tua yang menjaga pasti akan berasa risau, bimbang , susah hati apabila si anak akan menangis tak tahu puncakan.Da susukan bayi , dah tengok lampin semua okey tapi si bayi masih kekal menangisPendek kata macam-macam cara dah buat untuk diamkan bayi tapi tetap juga menangis.

Masalah bayi yang suka meragam ni kebiasaanya kerana kembung perut dan mula merasa tidak selesa.Kita sebagai ibu baru pastinya tak tahu kan cara untuk mengurangkan kembung perut kan.Betul tak??Takpe, kat sini sya kongsikan sikit petua yang perlu kita buat jika bayi kita kembung.


Petua Mengatasi Kembung Perut Bayi
  • Ambil daun sirih dan layurkan atas tudung periuk dan sapu sedikit dengan minyak kelapa.Agak-agak suam,demah atau tuam pada sekitar perut bayi,pusat,ari-ari dan sekitar kemaluan bayi terutama bayi lelaki yang selalu di serang angin pasang.
  • Menggunakan ramuan herba jintan yang di campur dengan beberapa herba yang lain.Masukkan ke dalam ikatan kain ( ikat seperti bunjut) .Panaskan di atas tudung periuk dan agak-agak suam tuam seperti cara pertama tadi.
  •  Amalkan menyapu minyak bayi untuk memanaskan perut dan lain-lain bahagian seperti di bawah pelipat , tapak kaki , pelipat tangan dan bahagian belakang pinggang.
In syaa Allah jika kita rajin mengamalkan petua ketiga sahaja pun bayi kita akan jarang kena kembung perut 

Selain dari petua di atas sebaiknya sendawakan bayi sebaik selesai menyusukannya.Angin yang masuk ketika manyusu dapat di keluatkan jika bayi sendawa.Cara sendawakan bayi ialah dengan tiarapkan bayi kita di atas pangkuan sambil menepuk-nepuk atau mengurut belakang bayi dengan perlahan.

Faktor-faktor yang menyebabkan bayi kembung perut
  • Bagi bayi yang menyusu menggunakan botol. saiz lubang puting tidak sesuai atau kedudukan botol salah ketika menyusu.
  • Bayi menangis berlebihan juga mungkin boleh menyebabkan kembung perut.

Faktor-Faktor Kekurangan Susu Badan Yang Harus Kita Elakkan

Ramai anta bakal-bakal ibu yang akan bertanya pada yang dah berpengalaman mahupun search di google mengenao apa pemakanan atau tindakan yang boleh menambah pengeluaran susu ibu,tetapi ramai antara kita tidak sedar yang kita juga perlu mengetahui faktor yang menjadi punca kekurangan susu badan .Dengan mengetahui punca sesuatu masalah kita pasti akan dapat mencari penyelesaian bagi masalah tersebutkan.


Sya dulu pun macam semua orang yang baru pertama kali berniat untuk menyusukan bayi.Bermacam petua,cara sya cari.Dan alhamdulilah dengan berkat apa yang sya pelajari dan amalkan sya berjaya menyusukan anak sya sehingga sekarang dah.Perjuangan sya untuk menyusukan Damia berbaki 3 bulan saja lagi.


Oke jom sya kongsikan dengan semua antara faktor yang boleh menjadi kekurangan pengeluaran susu badan ibu mengikut pembacaan sya dan yang sya sendiri buat.
1) Tekanan @ Stress
  • Tekanan ini bukan sahaja boleh berpunca dari pelbagai masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian malah ramai ibu-ibu yang secara tidak sedar akan berasa tertekan apabila mendapati pengeluaran susu badan kita berkurangan.
  • Sebolehnya elakkan terlalu memikirkan masalah kekurangan susu ibu lebih-lebih lagi sewaktu memerah susu atau menyusukan bayi.Peluk bayi dan tenangkan fikiran.Jika tidak bersama bayi lihat gambarnya atau bayagkan saat-saat indah ketika bersama dengan bayi anda bagi membantu pengeluaran susu ibu.
2) Keletihan @ kurang tidur
  • Tugasan sebagai seorang ibu bukanlah semudah yang di katakan.Lebih-lebih lagi apabila terpaksa bangun pada tengah malam untuk menyusukan bayi .Tapi ingat ye ibu-ibu jangan sesekali menjadikan ini sebagai alasan untuk kurang tidur.
  • Keletihan bukan sahaja boleh menganggu pengeluaran susu malah ia boleh mengangu fungsi badan lain.Termasuk sistem pencernaan.Untuk menukar lampin bayi kalau boleh dapatkan bantuan dari suami kerana kita sebagai ibu pastinya akan berkali-kali akan bangun untuk menyusukan bayi.Jangan rasa terbeban untuk bangun beberapa kali di tengah malam sebaliknya kita harus berasa bertuah kerana tidak perlu bangun untuk memanaskan air dan membancuh susu.
  • Tidur siang dalam jangka masa yang singkat boleh membantu kita mengurangkan keletihan.
3) Kurang minum air
  • Badan kita menggunakan banyak air untuk pelbagai fungsi termasuk untuk menghasilkan susu yang nencukupi.Pengambilan air yang kurang boleh menganggu pengeluaran susu.
4) Kehamilan
  • Jika kita hamil waktu masih menyusukan anak biasanya pengeluaran susu selepas bulan keempat akan mengalami sedikit kemerosotan.Walau bagaimana pun pengeluaran susu akan kembali normal selepas kelahiran bayi.
5) Pengambilan pil perancang
  • Biarpun ia sesuatu yang sangat jarang berlaku tapi terdapat kebarangkalian pengeluaran susu berkurangan apabila ibu mengambil pil perancang.Sebolehnya pilih lah pil perancang yang tidak menganggu proses pengeluaran susu.
Sebagai alternatif kita juga boleh mendapatkan nasihat tentang penyusuan dari mana-mana pakar laktasi mengenai perkara tersebut.
Pastikan bertanya pada tempat yang betul sekiranya mengalami masalah penyusuan.Takut bertanya pada tempat yang salah di suruhnya pula kita beri susu formula sebagai tambahan.

Ingin mendapatkan tips menambah susu badan

Bagaimana Cara Nak Dapatkan produk Shaklee ni?

Anda boleh buat belian dalam talian iaitu dengan menggunakan kad debit atau kad kredit anda sendiri di link yang diberikan. Hanya klik icon order di bawah dan anda akan dapat membeli secara online secara terus dengan website shaklee malaysia.



Jika anda tidak mempunyai kad debit atau kad kredit atau untuk sebarang urusan COD (cash on delivery) boleh menghubungi  sya seperti talian di bawah :






DAN




“ Ingin mendapat 4 -5- 6 angka sebulandengan mendaftar menjadi ahli Shaklee ? Hubungi
saya juga ! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan ! Wakil pengedarseluruh malaysia masih diperlukan ! Dan anda akandijemput ke group Ekslusif di Facebook”



resipi : Nasi lemak senang dan mudah



Hari ni nak up entry main masak-masak jer lah.Haha..Jarang hari-hari minggu ni dapur rumah berasap.Biasa asal hari minggu gantung kuali tutup dapur kemas-kemas.Haha..Sejak dua tiga menjak ni mood nak memasak tu selalu menjadi rajin.Hari ni nak share dengan uolss semua resipi mudah masak nasi lemak.Nasi lemak ni danamakan nasi lemak kasih sayang sebab di masak dengan penuh kasih sayang.muahaha :p.Sebabnya setiap peluh yang keluar time memasak ni ibarat setitik kasih sayang yang mengalir.Hoho..over sangattttt kan.


Bahan - bahan yang diperlukan untuk nasi 
  • 3 cawan beras
  • 1 kotak santan (200ml)
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 inci halia - dimayang halus
  • 2 ulas abawang putih - dimayang halus
  • sehelai daun pandan disimpulkan
  • 1 cawan air @ lebih
Cara- cara
  • Basuhkan beras dan toskan airnya
  • Di dalam mangkuk tuangkan santan dancampurkan dengan secawan air dan kacau sehingga sebati
  • Masukkan halia , bawang putih dan daun pandan ke dalam beras
  • Tuang santan ke dalam beraas sehingga menutupi beras / mengikut sukatan beras masing-masing
  • Tambahkan satu sudu garam 
  • Masak nasi di dalam rice cooker seperti biasa.
  • Apabila nai masak gembur-gemburkan nasi biarkan seketika
  • Siap.
Bahan  - bahan untuk masak sambal ( ikan bilis )
  • 150 gram cili kering ( dalam 3 genggam )
  • Bawang besar 4 biji
  • Bawang putih 5 biji
  • Ikan bilis 2 genggam
  • Sedikit belacan
  • 1 sudu air asam jawa
  • Garam
  • Gula (utk perasa)
Cara - cara
  • Potong dan buang biji cili kering.
  • Rendamkan seketika cili dalam air panas
  • Kisar cili dengan bawang dan sedikit minyak sehingga halus
  • Goreng ikan bilis dengan minyak sehingga garing
  • Angkat ikan bilis dan toskan minyak
  • Gunakan minyak yang sama untuk tumis cili kisar tadi.(gunakan api perlahan)
  • Tumis sehingga pecah minyak
  • Perasakan dengan garam , gula belacan dan asam jawa
  • Siap.
Bahan - bahan untuk sambal ayam
  • Ayam  ( goreng dan toskan minyak )
  • 3 ulas bawang merah - dimayang halus 
  • 4 ulas bawang putih   
  • Bawang kisar
  • Cili boh
  • Cili hidup - di potong kecil
  • Gula 
  • Garam
  • Tomato puree ( dalam tin)
Cara - cara 
  • Tumbuk bawang putih
  • Tumiskan sehingga naik bau
  • Masukkan bawang kisar empat sudu dan cili boh 3 sudu
  • Tumis sehingga pecah minyak
  • Masukkan 5 sudu tomato puree
  • masukkna bawang merah , cili hidup , gula , garam 
  • Kacau sehingga sebati
  • Akhit sekali masukkan ayam goreng tadi 
  • Siap
Oke ni resipi ringkas dan mudah dari saya untuk nasi lemak kasih sayang..Mihmihmih...Selamat mencuba.

Resipi : Nasi Ayam


Entry yang terdraf sebab tuan tanah agak kemalasan.HiHi..

Cuti krismas lepas tak ada aktiviti yang nak buat.Tak tau nak buat apa jadi buat la aktiviti masak-masak.Sesubuh hari dah sediakan bahan-bahan untuk membuat nasi ayam .Niat nak buat nasi ayam dah lama tapi asyik tertangguh aja.Ni alang-alang semua bahan-bahan dah ada terus la buat.Dah lama teringin nak makan nasi ayam ni .Nak beli macam tak puas jer makan jadi untuk puaskan hati masak je la sendiri.Bukan susah pun.Senang sangat nak buat nasi ayam ni.Lagi pun mudah dah tak perlu nak fikir-fikir lauk lain lagi dah.


Oke lah terpanjang pula mukadimah sya ni.Sya tepekkan resipi nasi ayam semudah 123 yang sya buat untuk keluarga kesayangan sya ni.Resipi ni di tepek untuk rujukan sya di hari akan datang kot-kot terlupa resipi kan.


Bahan untuk nasi :
  • 3 cawan  beras
  • 4 cawan air rebusan ayam / ikut sukatan beras 
  • 2 sudu besar butter
  • 1cm halia ditumbuk kasar *
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus *
  • 2 bunga lawang *
  • 4 biji buah pelaga *
  • 1 batang kulit kayu manis *
  • 1 batang serai diketuk *
  • 2 helai daun pandan ( terpulang nak letak @ tak)
  • Sedikit serbuk kunyit
Cara untuk masak nasi ayam :
  • Basuh beras dan toskan air
  • Panaskan butter 
  • Tumis bahan bertanda * sehingga naik bau
  • Campurkan ke dalam beras dan gaul sekata
  • Masukkan air rebusan ayam
  • Masak nasi seperti biasa
Bahan untuk sup :
  • 1 ekor ayam dibersihkan
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 3 biji bawang putih - dihiris
  • 2 inci halia - dihiris
  • Sup bunjut
  • Kiub pati ayam
  • Daun sup / bawang
Cara untuk masak sup :
  • Tumis bawang , halia dan sup bunjut sehingga wangi
  • Masukkan ayam dan air secukupnya dan rebus sehingga ayam masak
  • Letak kiub pati ayam ( kalau kurang masin tambah sedikit garam)
( asingkan kuah untuk nasi , kuah kicap )
  • Bila ayam dah masak tutup api dan keluarkan ayam.
  • Taburkan daun bawang / sup ketika hendak makan
Sambal kicap
  •  Kuah sup
  •  Kicap
Satukan kuah sup dan kicap secukupnya.Masakkan di atas api seketikan

Sambal cili :
  • 10 - 13 tangkai cili kering
  • 2 biji buah tomato
  • 3 sudu besar cuka
  • Sedikit garam halus
  • Sedikit gula
Cara Untuk sambal cili :
  • Masukkan kesemua bahan ke dalam blender dan kisar sehingga halus.
  • Tuangkan ke dalam mangkuk
  • Sesuaikan rasa dan siap
Ayam goreng karemal :
  • Bawang putih
  • Halia
  • Minyak
Cara-cara :
  • Panaskan minyak 
  • Tumis bawang dan halia sehingga naik bau
  • Masukkan ayam yang direbus tadi dan biarkan selama 5 minit
  • Masukkan madu .Kacau seketika.Kemudian tutup kuali
  • Kacau sekali sekala dan sehingga ayam menjadi browned (bersalut madu)
* Bila dah masak madu akan kelihatan berbuih.Jangan takut bila tengok ayam macam nak hangit.

Oke siap.

Senang jer kan resipi nasi ayam ni.

Perbezaan Antara Alfafa dan Herb-Lax




Kebanyakan pengguna mahupun bakal pengguna suppliment ini akan keliru untuk memilih antara ALFAFA dan HERB-LAX sebagai agen detox kita,Yang mana lebih bagus ?? Yang mana patut kit ambil ?? Yang mana lebih berkesan?? Apakah perbezaan antara alfafa dan herb-lax ??




Secara asasnya Herb-Lax Shaklee adalah julap lembut yang digunakan untuk jarang-jarang sekali.Herb-lax menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut bagi membantu proses semulajadi tubuh badan.Sangat terkenal dalam set kurus seperti alfafa juga.

Sya memang amalkan Herb-Lax dan Alfafa.memang dua-dua sya guna tapi penggunaannya bukan la secara serentak.Kalau malam tu sya rasa nak ambil herb-lax maka pada siangnya sya akan makan alfafa.Herb-lax bukan perlu dimakan pada setiap hari ye.Cukup penggunaan sekadar 2 - 3 kali seminggu.Ia bergantung pada keperluan badan  , keselesaan kita.Kita tidak mahu sistem pencernaan terlalu bergantung pada Herb-lax , biarkan ia berkerja secara semulajadi.

Antara manfaat utama Herb-Lax Shaklee adalah 
  • Bersihkan najis yang tersangkut
  • Rangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut untuk najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam badan kita.
  • Bantu masalah sembelit
  • Tindakan pembersihan yang lembut
  • Mengempiskan perut.

Oleh sebab itu jika rasa badan berat , rasa perut semakin besar dan selalu sembelit kita boleh telan herb-lax sebelum tidur.Keesokkan hari nya kita akan rasa sangat senang untuk membuang segala kotoran , lebihan yang tak di perlukan dalam badan.

** Anda mungkin akan mengalami cirit birit pada peringkat awal pengambilan.Ini memberi isyarat sistem penghadaman yang lemah.
Antara manfaat Alfafa 
  • Makanan beralkali yang boleh kembalikan kenormalan badan yang berasid , hilangkan toksid dalam badan.
  • Melawan alahan , hidung sensitif , dan bau badan
  • Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung , ulser , gastrik , sembelit
  • singkirkan lemak dan kolestrol
  • Legakan keletihan
Alfafa lebih lembut berbanding Herb-lax.Jadi boleh jadikan kedua-dua suppliment ini untuk tujuan detox tapi pastikan cara penggunaan adalah betul.


Bagaimana Cara Nak Dapatkan suppliment Shaklee ni?

Anda boleh buat belian dalam talian iaitu dengan menggunakan kad debit atau kad kredit anda sendiri di link yang diberikan. Hanya klik icon order di bawah dan anda akan dapat membeli secara online secara terus dengan website shaklee malaysia.



Jika anda tidak mempunyai kad debit atau kad kredit atau untuk sebarang urusan COD (cash on delivery) boleh menghubungi  sya seperti talian di bawah :






DAN




“ Ingin mendapat 4 -5- 6 angka sebulandengan mendaftar menjadi ahli Shaklee ? Hubungi
saya juga ! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan ! Wakil pengedarseluruh malaysia masih diperlukan ! Dan anda akandijemput ke group Ekslusif di Facebook”


Doa Melembutkan Hati Anak-Anak


Anak merupakan anugerah terindah ,amanah yang Allah S.W.t berikan kepada kita.Kita seharusnya bersyukur kerana di beri peluang untuk mejaga, mendidik, dan melihat anak-anak syurga ini.Anak-anak ini ibarat kain putih yang suci bersih daripada segala kekotoran.Kita sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab untuk mencorak dan membentuk anak-anak kecil ini.Kali ni sya nak kongsikan dengan suma doa melembutkan hati anak-anak  

Untuk melembutkan hati anak-anak kita amalkan seperti :

1.Banyakkan berdoa selepas solat,sedekahkan Al-Fatihah khusush untuk anak-anak supaya dilembutkan hatinya.

2.Baca surah Taha ayat 1 - 5


                            doa melembutkan hati

3.Dan kemudian baca doa Nabi Daud sebanyak 3x
                                          -
Maksudnya " Ya Allah lembutkan la hati anakku (sebut nama) sebagaimana Engkau telah lembutkan besi bagi nabi Daud.

4.Ketika memasak basahkan lidah dengan zikir  YA Latif


5.Setiap hari baca surah as syura ayat 19.baca sebanyak 19 kali dan hembuskan kewajah anak-anak ketika mereka tidur. 

surah as syura ayat 19 lembutkan hati
Maksudnya " wahai Tuhan yang maha pelembut,Allah maha lembut terhadap hamba-hambanya.Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya dan Dialah yang maha kuat lagi maha perkasa"
(Surah As-Syuura ayat 19)


Berkat usaha kita sebagai ibubapa in shaa Allah anak-anak akan mendengar kata.Mudah ikut nasihat ibu bapa.Jadikanlah doa cara yang berkesam membentuk peribadi anak-anak.Doa itu senjata mukmin yang paling mujarab

Happy 4th Anniversary For Us

4 Tahun lepas adalah tarikh paling di nanti oleh sya dan suami.Tarikh di mana kami akan di ijab kabulkan setelah 5 tahun mengenali hati budi masing-masing.
Pelbagai rintangan , halangan sepanjang usia perkenalan kami.Tapi kami hadapi dengan tenang tak cepat melatah.Setahun mengikat tali pertunangan lagi bermacam dugaan berat kami lalui bersama tapi alhamdulilah dengan kesabaran kami segalanya kami tempuhi dengan sabar.
17.12.2010 merupakan tarikh amat bersejarah dalam kehidupan kami berdua.4 tahun bersama susah dan senang kami hadapi dengan tabah.Gembira sedih bergaduh semua tu rencah dalam kehidupan yang membuatkan perhubungan kami lebih manis dan bermakna.
Syukur kerana kehidupan kami telah lengkap dengan kehadiran 2 orang puteri yang menyerikan kehidupan seharian kami.


Happy Anniversary sayang..
Semoga Alalh S.W.T sentiasa melimpahkan kebahagiaan buat kita ,murahkan rezeki kita , permudahkan semua urusan kita didunia dan diakhirat.dan semoga kita sentiasa di dalam lindungan Allah s.w.t....Amin 

Tips Kurus Langsing Yang Menjadi Dambaan Wanita

Kebanyakan wanita mengamalkan diet tapi kekadang diet yang kita amalkan terllu ketat hinggakan skip waktu makan dan ikat perut.No..no..salah ye cara itu sebenarnya tau.Mungkin ada yang berjaya kurangkan berat badan tapi diet cara ini sangat extreme dan hanya berlaku dalam masa yang singkat.Sebenarnya dengan cara skip meal ia memberikan kesan yang kurang baik untuk diri sendiri seperti kekurangan nutrisi,rasa letih dan tidak bertenaga malah boleh mengundang masalah sakit gastrik pula.

Satu perkara yang kita perlu tahu ialah keajaiban sistem tubuh adalah semakin kerap kita makan semakin tinggi pembakaran tenaga.Jadi untuk diet mahupun kurangkan berat badan kita perlu makan, Makan dengan kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit.Sekurang-kurangnya 5 kali sehari.

Kenapa perlu makan 5 kali sehari ??
  • Menghalang dari rasa lapar dan terdorong untuk makan dengan banyak pada hidangan seterusnya.
  • Makan dengan kerap akan meningkatkan metabolisme supaya dapat membakar kalori dengan lebih cepat.
  • Makanan juga di serap dengan lebih cekap dan pantas apabila kita makan mengikut jadual.
  • Kita akan berasa lebih sihat dan lebih bertenaga jika makan dengan kerap.

Jadual Makan 5 Kali sehari Untuk Kurus Langsing

1. Sarapan pagi (7.00-8.00 pagi)
Terdapat pelbagai jenis menu makanan sihat yang boleh kita pilih.Pastikan menu sarapan yang kita pilih mengandungi protien dan karbohidrat.Makanan berasaskan tepung boleh diambil asalkan ianya mestilah mengandungi serat yang tinggi seperti roti bijirin penuh ataupun roti pita gandum.Karbohidrat di perlukan untuk memberikan tenaga segera dan protien boleh memberi rasa kenyang yang lama.Sebab itu kebanyakan kaum wanita yang mengenali shaklee mengamalkan ESP sebagai sarapan harian mereka.

2. Minum pagi ( 10.00 - 11.00 pagi)
Sangat diperlukan untuk membantu kita menahan lapar.Bila kita lapar badan akan tukar kepada "starvation mode" dan menyebabkan penurunan berat badan tersekat.Pilihlah makanan yang rendah kalori seperto yogurt,kekacang dan buah-buahan.

3. Makan Tengahari ( 1.00 - 2.00 ptg)
Sebelum makan makanan berat pastikan minum segelas air kosong dulu.Ambil nasi dan lebihkan lauk dan sayuran.Elakkan terlalu banyak minyak dan makanan yang mengandungi perisa tambahan.Terlebih sodium dalam badan boleh menyebabkan water retention ataupun gemuk air.

4. Minum Petang ( 4.00 - 5.00 ptg)
Seperti sarapan pagi,ambil makanan ringan yang rendah kalori sebagai alas perut.

5. Makan Malam ( 7.00 - 8.00 mlm)
Makan malam tak perlu memilih makakan yang terlalu berat jika kita tidak melalukan senaman.Ambillah makanan yang jenis sup ataupun kukus.Makan sekurang-kurangnya 3 jam sebelum tidur.

Tips : Minum air masak secukupnya ,2-3 liter sehari dan kawal pengambilan kalori supaya tidak terlebih.

Set Kurus Shaklee

Bagi yang ingin mencuba SET KURUS SHAKLEE untuk membantu menjayakan proses kurus langsing ini,ingin sya tekankan di sini sebab ramai la yang whatsapp tanya ubat kurus kan  badan,Oke untuk maklumat kalian semua SET KURUS SHAKLEE bukanlah UBAT KURUS yang menjanjikan anda akan kurus langsing dalam tempoh seminggu tanpa melakukan apa-apa.Jadi kena fahami konsep makanan kesihatan kurus langsing ini.Shaklee bukan Ubat kurus tapi shaklee adalah supplement semulajadi yang membantu membekalkan nutrisi kepada badan kita sepanjang proses kita diet untuk buang lemak,detox dan bina otot yang sihat.

Herb-lax Dan Alfafa - Untuk detox

Lecithin Dan Omega - Sebagai pemecah lemak.Omega meningkatkan paras hormon leptin yang memberi signal kepada otak mengurangkan selera makan.

ESP Dan Cinch shake - Untuk mengekalkan jisim otot tanpa lemak,mengenyangkan.Boleh dijadikan sebagai makanan gantian atau snack di antara waktu makan.

dengan pengambilan supplemen Shaklee secara konsisten di samping  mengamalkan pemakanan yang seimbang dengan kalori yang terkawal , kita pasti akan mendapat berat badan yang ideal dan kurus langsing yang menjadi dambaan wanita secara sihat dan semulajadi.




 

Bagaimana Cara Nak Dapatkan SET KURUS LANGSING Shaklee ni?

Anda boleh buat belian dalam talian iaitu dengan menggunakan kad debit atau kad kredit anda sendiri di link yang diberikan. Hanya klik icon order di bawah dan anda akan dapat membeli secara online secara terus dengan website shaklee malaysia.



Jika anda tidak mempunyai kad debit atau kad kredit atau untuk sebarang urusan COD (cash on delivery) boleh menghubungi  sya seperti talian di bawah :






DAN




“ Ingin mendapat 4 -5- 6 angka sebulandengan mendaftar menjadi ahli Shaklee ? Hubungi
saya juga ! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan ! Wakil pengedarseluruh malaysia masih diperlukan ! Dan anda akandijemput ke group Ekslusif di Facebook”








Shaklee Collagen Powder Promo Buy 3 Free 1

10.12.2014 sekali lagi shaklee mengejutkan semua SID dan pengguna tegar Shaklee dengan mengumumkan promosi yang hebat sepanjang bulan Dec-14.selain promosi Vit-E dan Vit-C , bertambah satu lagi promosi menjadikan bulan ini ada triple promosi dri shaklee.

Shaklee dengan berbesar hati mengumumkan promosi Shaklee Collagen Powder dengan beli 3 percuma 1.khas untuk semua yang mementingkan kecantikan luaran dan dalaman.Harga paling murah yang pernah shaklee tawarkan untuk kita semua.

Promosi Harga Murah Shaklee Collagen Powder beli 3 Percuma 1


Promosi ini bermula dari 10 - 31 December 2014


Dengan pembelian 3 kotak Shaklee Collagen Powder anda layak mendapat
  • Percuma 1 kotak Shaklee Collagen powder
  • Percuma keahlian Shaklee seumur hidup (Rm65.00)
  • Cash rebate ( Jan 2015)


Sedikit info ringkas tentang Shaklee Collagen Powder 
 
Kolagen merupakan sejenis protien yang sangat diperluakan oleh tubuh badan untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit.secara semulajadi , terdapat lebih kurang 30% kolagen di dalam tubuh badan kita dan ia terdapat dalam kulit , tulang dan juga gigi.Kolagen turut melindungi organ , kornea , perut , hati, jantung , paru-paru , saluran darah , sel otak dan banyak lagi.

Tengok betapa pentingnya kolagen dalam tubuh badan kita.ia banyak membantu dalma kecantikan dan kesihatan.Ia dapat mengekalkan badan yang muda,anti penuaan,mencegah penyakit dan meningkatkan kesihatan badan,


Kesan Kekurangan Kolagen Dalam Badan
Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan pengurangan nya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian.selepas usia 45-50 tahun ,badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada.Jadi  semakin tua semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh sebab itu kolagen dijadikan sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis ( sakit sendi),osteoporosis , arteriosclerosisi selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

Shaklee Collagen Powder Pilihan Kolagen Terbaik
Kenapa sya katakan Shaklee Collagen Powder adalah yang terbaik kerana ianya berkualiti tinggi yang diekstrak daripada sisik ikan merah yang mengandunggi 4000mg proprietari kolagen red snapper scale(RSS).Ikan merah boleh hidup jauh di dasar laut yang bertekanan tinggi.Bukan semua jenis ikan boleh hidup pada tekanan tinggi jauh di dasar laut.
Selain  itu molekulnya sangat ringan iaitu hanya 1000  dalton sahaja berbanding 300000 dalton berat molekul kolagen biasa..Ia sekaligus memudahkan untuk diserap oleh badan dan membantu sintesis kolagen pada lapisan deremis kulit dengan lebih berkesan.
Seterusnya Shaklee Collagen Powder terdiri daripada 7 bahan utama (kolagen ikan,ekstrak kulit kerangan, Lactobacillus acidophilus,ekstrak biji benih camellia japonica, ekstrak pfaffia,Vitamin C dan Vitamin  yang digabungkan untuk meningkatkan lagi keberkesanankolagen RSS. 

* Kolagen ikan - Memberikan kesan elastin,mengekalkan kulit lebih anjal.
* Ekstrak kulit kerangan - mengandungi glukosamina sebagai pelincir bagi sendi,menghidrat mata dan melegakan ketidakselesaan mata
* Lactobacillus acidophilus - Meningkatkan penyerapan kolagen
* Ekstrak biji camellia japonica - Mengandungi asid oleik dan isoflavon.Membekalkan nutrisi dan penghidratan.
* Ekstrak Praffia - Merawat rambut gugur,ketidak seimbangan hormon dan meningkatkan tenaga batin,meningkatkan prestasi dan tenaga.
* Vitamin C - Menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas.
* Vitamin B2,B6 - membekalkan tenaga yang penting dalam proses pengeluaran kolagen didalam sel tubuh


Bagaimana Cara Nak Dapatkan Produk Shaklee ni?

Anda boleh buat belian dalam talian iaitu dengan menggunakan kad debit atau kad kredit anda sendiri di link yang diberikan. Hanya klik icon order di bawah dan anda akan dapat membeli secara online secara terus dengan website shaklee malaysia.



Jika anda tidak mempunyai kad debit atau kad kredit atau untuk sebarang urusan COD (cash on delivery) boleh menghubungi  sya seperti talian di bawah :






DAN




“ Ingin mendapat 4 -5- 6 angka sebulandengan mendaftar menjadi ahli Shaklee ? Hubungi
saya juga ! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan ! Wakil pengedarseluruh malaysia masih diperlukan ! Dan anda akandijemput ke group Ekslusif di Facebook”








Resipi Roti Sarang Lebah

Akhir-akhir ni roti sarang lebah sangat lah popular, resepi ni sya ambil dari group fb(tapi maaf tak ingat dari group mana). Tak pasti dari mana asalnya resepi roti ni, tapi sya akui memang roti ni sangat sedap dan lembut ditambah pula dengan rasa lemak dari hirisan badam dan kekacang lain,ditambah lagi apabila dimakan dengan sos butterscotch yang sangat 'rich'. Rugi kalau tak cuba resepi ini.Resipi semedah abc.

Sya buat dah 2 kali tapi sayang tak sempat nak snap pic anak-anak dah tak keruan nak makan.Asyik la minta dari mula masuk oven sampai la dah masak.Sampai lupa nak nak pic.

Pic ehsan dari pak cik google

Oke lah jon kita layan resipi ni.Resipi ni di tepek dalam blog kesayangan sya sebagai rujukan sya di masa akan datang.Benda bukan buat hari-hari mesti lah lupa resipinya kan.Nak menulis dalam buku pastinya 3 tahun lagi dah tak rupa buku resipi dejkerana macam-macam yang tumpah nanti.


Bahan-Bahan :

Bahan Doh Roti :-
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil serbuk yis
  • 1/4 sudu kecil garam halus
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar gula halus / gula kastor
  • 1/4 cawan plain yogurt
  • 1/4 cawan minyak jagung
  • 1/2 cawan air suam
Bahan untuk hiasan :
  • 1 biji kuning telur dicampur dengan 1 sudu kecil air ( untuk disapu)
  • sedikit sliced almond
  • bijian hitam
  • biji labu /  biji bunga matahari
Bahan untuk sos butterscooth:
  • 25 gram butter
  • 1/2 cawan gula perang / brown sugar
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
Cara Penyediaan :

(Untuk Roti)
  1. Campurkan tepung gandum , serbuk yis , baking powder , gula halus dan gaul sebati.Kemudian masukkan garam.
  2. Tuang yogurt , minyak dan air suam.kemudian kacau dan uli sehingga lembut dan sebati.Doh ini agak lembik ( jangan cuba tambah tepung yer).Cukup sekadar taburan tepung supaya doh tidak melekat di tangan.Uli selama 5-10 minit
  3. Biarkan doh sehingga kembang dua kali ganda.Keluarka doh dan tumbuk-tumbuk untuk keluarkan gelembung udara.Bahagiakn doh kepada 12 / 16 / ikut kesukaan.Bulatkan doh dan susun di atas baking tray.Biarkan doh naik dua kali ganda lagi.Sapu bahagian atas dengan telur dan hiaskan dengan bahan hiasan.
  4. Panaskan oven kepada 160 darjah celsius,bakar selama 20-25 minit ( bergandung kepada oven masing-masing)
  5. Tuang sos butterscooth di atas roti
Cara untuk sos butterscooth
  1. Di atas api yang perlahanmpanaskan mentega dan gula perang,kacau seketika.
  2. Masukkan whipping cream,garam dan s\essen vanilla.
  3. Kacau sehingga sos pekat sebati.
  4. Siap

Resipi Muffin Coklat Chip..

Topik entry kali ni pergi jauh dari yang sebelum-sebelum ni..hihi.
Anak-anak pengemar kek , muffin  cookies makanya sebagai ibu harus la peka untuk menyediakan segala jenis makanan yang mereka suka kan.Tak kan asyik nak membeli je.

Resipi muffin ni sya dapat dari kawan office lama sya;Di tepek di sini untuk memudahkan sya tengok balik kalau nak buat nanti.Maklum la sya ni pelupa juga orangnya..hihi.

Resipi Muffin Coklat Chip..

Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung (plain flour)
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh garam 
  • 1 cawan susu dutch lady full cream
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 3/4 cawan coklat chip
  • 2 sudu kecil essence vanilla
Cara penyediaan : 

  1. Panaskan oven kepada 200 darjah celsius
  2. Dalam mangkuk pertama satukan tepung , gula , baking powder , coklat chip dan garam.Kacau rata
  3. Dalam mangkuk kedua satukan susu . minyak ,telur dan essence vanilla.
  4. Tuangkan ke dalam mangkuk pertama sedikit demi sedikitsehingga adunan menjadi sebati.Adunan akan menjadi sedikit pekat dan berketul-ketul.
  5. Isikan kedalam muffin cup 2/3 penuh dan bakar selama 20-25 minit.
Nota : Untuk tahu yang muffin dah masak sepenuhnya cuba ambil garfu / pencungkil gigi dan cucuk sikit.Jika di tarik dan kelihatan bersih pencungkilnya makanya muffin dah masak.Boleh dihidangkan kepada anak-anak tapi pastikan la muffin tu sejuk dulu yerk.

Petua kurangkan Sakit Gigi Supaya Dapat Tidur Dengan Selesa




Mesti ramai yang dah pernah rasa azab sakit gigi macam mana kan.Sape yang tak pernah kena lagi cuba angkat tangan.Hoho.Sakit yang kedua kot selepas sakit bersalin.memang boleh buat nangis kalau sakit gigi ni.Nak tidur malam memang tak la sebab dok asyik tahan sakit gigi tu kan.

Sya pernah kena serangan sakit gigi pada pertengan  tahun 2014 ni.Hohoiii rasa  dia memang hanya allah je yang tau.Memang nak nangis je rasa.Di sebabkan tak tahan sakit gigi yang menggunung sya gagahkan diri untuk ke Klinik Kesihatan seksyen 19.

Nasib sampai je tak perlu buat apa-apa appoitment.Bayar Rm1 pas tu tunggu la sampai no giliran di panggil.Dah kita bayar Rm1 jangan la nk bising -bising kan nak kena tunggu lama.Bertabah la tunggu sampai no di panggil.Bila no dah di panggil berjumpa la dengan Doktor gigi.Doctor pun periksa keadaan gigi dan apa yang doctor katakan yang gigi geraham sya dah tumbuh senget.Erkkkk doktor kata penyelesaian nya perlu di cabut.Maka sya pun buat la keputusan untuk cabut gigi sebelah kanan je dulu sebab yang kiri sakitnya jarang-jarang muncul.Hihi.

Selepas siap gigi kanan di cabut doktor kata sya perlu datang semula pada bulan Aug-14 untuk x-ray gigi sebelah kiri sebab nya gigi tu pun naik secara senget tetapi tak boleh di cabut dengan cara biasa.Perlu adakan pembedahan gigi.Ish ngeri kot dengar nak bedah-bedah ni.Balik je klinik terus sya google-google petua untuk kurangkan sakit gigi.Alhamdulilah ada yang berkesan untuk sya kerana dari hari tu sampai la ke saat ni memang dah tak sakit.

Oke jom kita tengok apakah tips kurangkan sakit gigi yang sya jumpa dan sya amalkan hingga ke hari ini untuk elakkan gigi sakit kembali berulang.


Petua hilangkan sakit gigi yang mudah untuk dijadikan panduan.
  • Campurkan sedikit cuka dalam air suam.Gunakan air ini untuk berkumur.amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit gigi hilang ( sya guna petua ni)
  • Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat.Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.
  • Berkumur dengan air garam.Campurkan esudud garam dengan sedikit air suam.
  • Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit.Jika gigi berlubang tumbuk bunga cengkih dan letakkan ke dalam gigi berlubang dan tutup dengan kapas.(sya amalkan petua ni juga)
  • Untuk gigi geraham berlubang tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan campurkan dengan sedikit cuka.Masukkan ke dalam gigi yang berlubang.
  • Mengambil Vitamin C.dan kebetulan sya ada stock chewable vita-c plus shaklee.Maka setiap kali ada tanda-tanda nak kena serangan sakit gigi cepat-cepat kemam.Alhamdulilah memang sangat mujarab
  • Dan jika masih melarat ,sila berjumpa doktor gigi untuk rawatan selanjutnya.

Kenapa Vitamin C diperlukan untuk membantu kurangkan sakit gigi??
  • Vitamin C sangat penting untuk menjaga gusi sihat dan bebas penyakit.Vitamin C juga sebagai agen menguatkan pembuluh darah,rangkaian ikat yang menahan gigi di rahang.
  • Selain itu manfaat vitamin C boleh membantu mengurangkan keradangan gusi.
  • Vitamin C membantu meningkatkan kesihatan gigi.


Kami di shaklee turut menyediakan supplement untuk penjagaan gigi dan gusi yang kuat dan sihat.

kurangkan Sakit Gigi Supaya Dapat Tidur Dengan Selesa


Ostermatix - Terbaik untuk kesihatan gigi kerana ada kandungan kalsium disamping pelbagai zat mineral untuk serapan kalsiumyang lebih baik.

B-Complex - Sangat membantu dalam memberikan mood dan perasaan yang tenang walaupun sedang mengalami kesakitan gigi yang sangat teruk.

Vita-C Plus 500mg - Membantu meningkatkan kesihatan gigi dan gusi dalam jangka masa yang panjang.

Chewable Vita-C Plus 100mg - Membantu meredakan dan memberikan kelegaan sakit gigi dan gusi yang berdenyut-denyut.


Bagaimana Cara Nak Dapatkan Vitamin sakit gigi dan gusi ni?

Anda boleh buat belian dalam talian iaitu dengan menggunakan kad debit atau kad kredit anda sendiri di link yang diberikan. Hanya klik icon order di bawah dan anda akan dapat membeli secara online secara terus dengan website shaklee malaysia.



Jika anda tidak mempunyai kad debit atau kad kredit atau untuk sebarang urusan COD (cash on delivery) boleh menghubungi  sya seperti talian di bawah :






DAN




“ Ingin mendapat 4 -5- 6 angka sebulandengan mendaftar menjadi ahli Shaklee ? Hubungi
saya juga ! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan ! Wakil pengedarseluruh malaysia masih diperlukan ! Dan anda akandijemput ke group Ekslusif di Facebook”


Demam Panas Yang Kuat Menyebabkan Sawan Boleh Menyebabkan Kematian!!

Entry kali ini agak sedih.memang agak meruntun jiwa kita sebagai ibu.Al-fatihah untuk anak syurga baby Haziq yang telah pulang ke penciptaNya.Baby Haziq hanya sempat melihat dunia selama 3 bulan++.Allahu akbar memang meninggalkan kesan sedih yang teramat untuk keluarganya.Tambahan pula baby Haziq adalah anak sulung yang lahir setelah hampir 13tahun penantian ibu ayahnya 


Baby Haziq meninggal di sebabkan demam panas yang kuat dan terjadi sawan.Arwah pergi dengan sekelip mata.Arwah sempat di bawa ke sebuah klinik di Seksyen 25 Shah Alam ( tak perlu di sebutkan untuk mengaibkan klinik tersebut) tapi malangnya Doctor yang bertugas pada masa itu langsung tak sentuh baby Haziq untuk di periksa dan terus di suruh untuk di hantar ke Hospital. Begitukah sikap profisional seorang Doctor???At least Doct periksa la suhu badan masukkan ubat bontot jika perlu.Tp ermmm memang sangat-sangat mendukacitakan.Sya yang tiada ikatan dengan arwah pun terasa klinik tu kejam apatah lagi sebagai ibubapa arwah kan .

Keluar dari klinik XXX terus bapa arwah bawa Haziq ke Salam Hospital di Seksyen 19.Tapi mungkin dah tertulis ajal baby Haziq da sampai sebelum tiba di hospital.Allah lebih sayangkan baby Haziq.Baby Haziq pergi jua untuk selamanya hanya kerana demam panas.

Tanda-tanda anak demam panas
  • Suhu badan 37"C
  • Badan dan kepala panas tapi tangan dan kaki sejuk serta pucat.
  • Badan tak berpeluh.Kaki dan tangan sejuk.Badan panas kepala panas
  • Anak kecil biasanya akan merengek sebab badan tak selesa.



Apa perlu buat kalau anak demam panas??
  1. Periksa suhu badannya(terutama waktu malam kerana suhu lagi cepat meningkat pada malam hari).Suhu normal dalam 36"C.Kalau dah periksa suhu anak dah sampai 37'C tu cepat-cepat berikan ubat dan balut / jelum anak dengan kain basah.
  2. Kalau anak dah mula demam panas,balut  badan anak dengan kain basah.Mandikan anak dengan air sejuk.Mula siramkan kaki dulu kemudian baru badan dan diikuti dengan kepala.Kalau anak selsema tetap basahkan kepala anak.
  3. Kalau suhu badan anak masih tak turun,segera bawa ke klinik.Kalau ada simpan ubat bontot (PCM SUPP) dulu sementara nak ke klinik.Sebolehnya tetap bawa anak ke klinik untuk dapatkan rawatan lanjut.
  4.  Sentiasa monitor suhu badannya.
  5. Bagi anak minum air kosong dengan banyak.
  6. Sediakan sup untuk anak.Beri / paksa anak makan biarpun demam.


Apa nak buat kalau anak dah kena sawan tarik di rumah??
  1. Baringkan anak secara mengiring.Tengok jam untuk mengetahui berapa minit anak kena sawan.
  2. Alihkan muka anak ke kiri/kanan.Jangan biar anak tertelan air liur sendiri kerana boleh menyebabkan lemas/tercekik.
  3. Jangan masukkan sudu ke dalam mulut anak.
  4. Selepas anak sedar dari sawan teruk segera bawak anak ke hospital untuk dapatkan rawatan lanjut.
Demam Panas Yang Kuat Menyebabkan Sawan Boleh Menyebabkan Kematian!!



Ibubapa harus ingat semasa anak sawan seluruh badannya kejang jadi jangan goncang-goncang badan anak.Terus baringkan anak secara mengiring.Waktu kejang otak dia terhenti dari menerima oksigen.Otak kalau tidak dapat oksigen yang mencukupi dalam masa yang singkat boleh menyebabkan kecacatan dan terencat.Sebab tu sangat -sangat bahaya jika anak terkena sawan.Sawan mungkin berulang bagi anak-anak yang pernah terkena semasa demam panas.

Peringatan untuk ibu bapa:
  1. Demam panas yang terjadinya sawan adalah sangat serius dan boleh membawa kepada kematian.
  2. Jangan pakaikan anak pakaian yang terlalu tebal.Pakai pakaian yang boleh serap peluh dan jenis material yang di perbuat daripada kapas.Jangan sesekali bedung atau selimutkan anak ketika demam.

Semoga sedikit sebanyak perkongsian sya dapat membantu para ibu bapa untuk masa akan datang jika anak kena damam panas dan menyebabkan sawan.

13 Sebab Kenapa Perlu Memilih Set Berpantang Shaklee



Ketahui kenapa  perlu memilih set berpantang Shaklee dari kami  sebagai set berpantang anda.

1) HALAL – Suplemen Shaklee telah mendapat status Halal daripada Islamic Service Of America (ISA), sebuah badan yang diiktiraf oleh JAKIM



2) SELAMAT – Mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. 

3) ASLI – Menggunakan 100% bahan semulajadi dan asli. Tiada bahan kimia. ~ Ini jaminan Shaklee “Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan”

4) CEPAT – Boleh digunakan seawal 2 jam selepas bersalin. Ibu yang menyusukan anak boleh ambil set ini walaupun anak mengalami demam kuning / jaundice.

5) MUDAH – Tiada persediaan diperlukan untuk pengambilan set berpantang ini. Tidak perlu tumbuk, lenyek, panaskan dan sebagainya yang anda boleh namakan semasa berpantang.

6) SELESA – Ibu bersalin secara pembedahan boleh terus ambil set berpantang ini.

7) PANTAS – Penyembuhan yang pantas bagi luka pembedahan, luka jahitan dan memulihkan organ peranakan

8) PRAKTIKAL – Membantu ibu-ibu moden menjayakan penyusuan susu ibu secara ekslusif selama 6 bulan dan seterusnya sehingga ke 2 tahun.

9) CERGAS – Memberi tenaga yang diperlukan oleh ibu-ibu berpantang

10) CANTIK – Mengekalkan kecantikan ibu-ibu berpantang. Merupakan bonus tambahan bagi ibu berpantang, bagus untuk kesihatan kulit, gigi dan tulang

11) MURAH – 1 botol tahan sehingga 2 - 4 bulan.Set asas berpantang shaklee ni boleh di teruskan pengambilan sehingga habis pantang.


Kenapa Perlu Memilih Set Berpantang Shaklee

Bagaimana Cara Nak Dapatkan Set Asas Berpantang Shaklee ni?

Anda boleh buat belian dalam talian iaitu dengan menggunakan kad debit atau kad kredit anda sendiri di link yang diberikan. Hanya klik icon order di bawah dan anda akan dapat membeli secara online secara terus dengan website shaklee malaysia.



Jika anda tidak mempunyai kad debit atau kad kredit atau untuk sebarang urusan COD (cash on delivery) boleh menghubungi  sya seperti talian di bawah :







DAN




“ Ingin mendapat 4 -5- 6 angka sebulandengan mendaftar menjadi ahli Shaklee ? Hubungi
saya juga ! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan ! Wakil pengedarseluruh malaysia masih diperlukan ! Dan anda akandijemput ke group Ekslusif di Facebook”


Nak Harga Ahli Shaklee Dan Cash Back Bonus Klik Sini | Twin Pack Vivix Free Membership Klik Sini
X