Fisya Yusof

Saya Nafisah Binti Md Yusof Shaklee Inderpendent Distributor [ SID : 1084053 ] sejak 2013 Sebarang pertanyaan berkaitan produk shaklee boleh hubungi saya di talian 017 -420 5506

28 June 2014

Teh hijau telah digunakan sebagai ubat untukberibu-ribu tahun lamanya. Ia berasal di China namun digunakan secara meluas di seluruh Asia.Minuman ini mempunyai pelbagai manfaat dari menurunkan tekanan darah sehingga untuk mencegah kanser. Alasan bahawa teh hijau mempunyai manfaat kesihatan yang lebih daripada teh hitam adalah disebabkan cara pemprosesannya.Teh hitam diproses dengan cara yang membolehkan proses penapaian manakala pemprosesan teh hijau mengelakkan proses penapaian. Hasilnya, teh hijau mengekalkan jumlah antioksidan yang maksimum dan polifenol ialah bahan yang memberi teh hijau banyak manfaatnya.Teh hijau biasanya diminum tanpa gula. Untuk mengelakkan rasa pahit, saya selalu merendam teh hijau kurang dari tiga minit. cukup sekadar menampakkan warna hijau sahaja. Berikut adalah beberapa kebaikan dan manfaat teh hijau yang mengagumkan. 
Alhamdulillah, sememangnya satu nikmat yang besar dapat menghentikan tabiat yang merugikan ini. Apatah lagi FATWA Kebangsaan telah sepakai menjatuhkan hukum HARAMmerokok atas faktor kandungan toksinnya yang membahayakan perokok dan orang sekelilingnya.
Walau bagaimanapun, memang  sangat sukar nak menghentikan tabiat merokok ini. Pelbagai dugaan dan cabaran dengan badan yang sukar menyesuaikan diri tanpa rokok dan rakan-rakan yang kurang membantu. Namun dengan Vivix ianya tidak mustahil! Ia membantu anda dan orang tersayang berhenti merokok secara alami tanpa paksaan.
Kita sering dengar bahawa amalan puasa mempunyai baik untuk kesihatan dan mempunyai pelbagai hikmah. Tapi apakah kelebihannya? Terutama dari segi kesihatan, kawalan berat badan dan mungkin juga peranan puasa untuk mengawal beberapa penyakit?

Berikut adalah antara 10 kebaikan atau manfaat kesihatan bagi mereka yang berpuasa.
1.       Kurang berat: Saya rasa kebanyakkan di kalangan anda akan kurangkan berat badan dalam bulan ramadhan? Kenapa? Kerana susah untuk memenuhi keperluan kalori seharian dengan tiga hidangan (berbuka, makan malam dan sahur).
2.      Kawalan diri: Puasa mengajar kita untuk mengawal pelbagai godaan kehidupan termasuk nafsu makan, merokok dan lain-lain. Dalam usaha anda untuk kawal berat badan, kawalan nafsu makan memang mustahak.
3.      Kurangkan gula darah. Ini kerana pengambilan gula (glukos) yang tersekat dari sahur hinggalah berbuka (lebih kurang 14 jam), ini menstabilkan bukan sahaja glukos darah tapi juga tingkatkan kepekaan (sensitivity) insulin.
4.      Kolesterol: Bantu dalam kurangkan kolesterol LDL (low density lipo-protein) dengan meningkatkan kolesterol HDL (high density lipo-protein) dan juga dengan kurangnya berat badan sepanjang bulan puasa.
5.      Kurangkan tekanan darah: Puasa memang sesuai untuk kurangkan hypertension (tekanan darah tinggi). Pengurangan tekanan darah adalah hasil gabungan 1) tahap insulin yang lebih rendah 2) glukos darah yang lebih konsisten dan kekurangan water retention.
6.      Ubah gaya hidup: Tanpa kewajipan berpuasa, saya rasa memang sukar untuk kita mengubah tabiat-tabiat buruk. Puasa sebulan memberikan peluang keemasan untuk membuang tabiat-tabiat yang kurang elok seperti merokok, makan berlebihan dan lain-lain.
7.      Rehat: Ini penting. Lantas kehidupan dunia ini makin pantas dan jarang memberi ruang untuk kita rehatkan badan. Puasa bukan sahaja rehatkan sistem penghadaman tapi juga dapat rehatkan minda dan badan. Saya sendiri gunakan bulan puasa untuk berehat daripada aktitivi fizikal/senamam supaya beri peluang kepada badan untuk membaiki segala kecederaan ringan sepanjang tahun.
8.      Bantu buang ketagihan: Ingin buang tabiat merokok, minum kopi berlebihan dan lain-lain? Jangan sia-siakan peluang berbuasa sebulan untuk mengambil langkah pertama…Ibadat puasa, tilawah, berzikir yang dilebihan pada bulan puasa dapat mengalih fokus dan kurangkan stres dan sememangnya menyenangkan…
9.      Kawal stres: Ketenangan dan pengubahsuaian fokus utama kehidupan daripada duniawi kepada akhirat bantu kurangkan stres! Ibadat puasa, tilawah, berzikir yang dilebihan pada bulan puasa dapat mengalih fokus dan kurangkan stres dan sememangnya menyenangkan disamping dapat pahala, insyallah.
10.   Lain-lain: Selain kelebihan di atas, berpuasa sepanjang bulan ramadhan atau puasa sunat mempunyai pelbagai kelebihan lain untuk diri, kesatuan keluarga, mengeratkan silaturrahim dan lain-lain lagi.


Selamat menunaikan ibadat puasa semua.

1.Dibelenggu para syaitan dan jin.

Menurut Imam As-Syafie hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini.

“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu.Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)

2. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali.

“ Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardu dan amal fardu diberi balasan 70 kali ganda. Sebagai contoh solat Jumaat, sekiranya ada 5 kali Jumaat pada bulan itu, maka 5 x 70 = 350 Jumaat di luar Ramadhan, bersamaan 7 tahun solat jumaat. Pahala solat Jumaat sama dengan pahala haji bagi orang miskin yang tidak mampu mengerjakan haji. Solat Jumaat pada minggu akhir Ramadhan adalah solat Jumaat yang istimewa. Qadha solat fardhu juga diberi 70 kali ganda pahala. Sedekah RM1 dalam bulan Ramadhan adalah sama dengan RM70 di luar Ramadhan.

“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)

3. Pintu neraka ditutup.

Pada bulan Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran). Seksaan dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan.

4. Dibuka semua pintu syurga.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.

5. Allah perhiaskan syurga.

Allah percantikkan syurga yang sememangnya cantik. Bagaimana? Tidak terfikir oleh akal manusia. Bidadari berpantun minta disegerakan bertemu bakal suaminya di syurga.

Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angina di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan , hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan .

6. Dilepaskan tahanan neraka

Dalam bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo’a akan dikabulkan do’anya.”

7.Ramadhan ialah tetamu yang mendatangkan keampunan Allah

Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Telah datang kepadamu Ramadan, penghulu segala bulan. Maka selamat datanglah kepadanya, telah datang kepadanya bulan puasa yang membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang itu.” Layanlah tetamu mengikut apa yang dia suka, misalnya jika dia suka makan ikan, hidangkanlah masakan ikan. Sepertimana orang yang melayan tetamu dengan baik, seluruh ahli rumah itu akan diberi keampunan setelah tetamu itu pulang, begitu juga Ramadhan, jika kita mengikut kehendak dan disiplin yang ditetapkan pada bulan itu, maka kita juga akan mendapat keampunan.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil, maka tiada bagi Allah sesuatu hajat tentang ia meninggalkan makanannya dan minumannya”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)“

8. Tawaran Pengampunan dosa lepas dan akan datang (2 tahun)

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

Rasulullah bersabda “Siallah (rugilah) puasa orang yang tidak mendapat keampunan”.

24 June 2014

Masalah perut buncit merupakan masalah yang seringkali dialami seseorang terutamanya apabila sudah berkahwin. Masalah kebuncitan ini bukan saja melanda orang yang berbadan besar, malah orang yang kurus pun ramai yang buncit tau.

Antara penyebab utama kebuncitan adalah dari pola pemakanan yang tidak sihat. Dalam zaman yang moden kini dimana semuanya haruslah segera termasuk makanan segera/sudah diproses sememangnya menjadi pilihan ramai disamping proses penyediaannya yang lebih mudah dan ringkas. Hanya goreng dan sedia untuk dimakan. Hasilnya, perut yang buncit!

Tips Atasi Perut Buncit

1.                   Elakkan makanan yang banyak minyak atau bergoreng. Sesiapa yang sangat sukakan makanan bergoreng, hati-hati kerana minyak itu sendiri adalah lemak dan agak lambat dicernakan oleh badan lalu memudahkannya untuk menempel dan berkumpul dalam perut dan seterusnya menyebabkan perut buncit.
2.                  Elakkan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi. Apabila mengambil garam yang tinggi, kepekatan sel badan akan bertambah dan seterusnya air akan meresap (tidak dikumuhkan), lalu menambah juga berat badan.

3.                  Elakkan pengambilan karbohidrat berlebihan. Badan kita memang perlukan karbohidrat untuk bertenaga namun pengambilan yang berlebihan seharusnya dielakkan.

4.                  Elakkan makan dengan cepat untuk mengelakkan udara terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Pastikan makanan yang diambil dikunyah secara perlahan sehingga lumat supaya dapat dicerna dengan sempurna.

5.                  Elakkan pengambilan gula yang tinggi. Minuman berkarbonat, bersoda atau kordial mempunyai kandungan gula yang tinggi.

6.                  Elakkan makan berulamkan air. Seelok-eloknya minumlah sekurang-kurangnya setengah jam selepas makan.

Herblax Shaklee terbukti dapat mengempiskan perut dan memberi kepejalan pada perut. Ia bukan saja membantu membersihkan usus malah membantu masalah sembelit.





Pembelian produk nutrisi Shaklee sekarang sudah semakin mudah. Anda boleh buat pembelian sendiri menerusi Shaklee Online Web tanpa perlu melalui mana-mana SID dengan menggunakan Kad Debit/Kad Kredit Anda.

Sekiranya anda berminat nak beli mana produk nutrisi Shaklee, anda boleh order sendiri Online dengan KLIK pada gambar di bawah ya.







Shaklee dah 20 tahun di pasaran Malaysia dan lebih 50 tahun worldwide . Shaklee ada kelulusan KKMdan halal diiktiraf oleh JAKIM . Boleh rujuk halal JAKIM di link ini .
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ,saya adalah wakil pengedar sah anda . Sebarangpertanyaan seperti rundingan harga mengikutbudget boleh dibuat dengan menghubungi saya ditalian berikut :





DAN







“ Ingin mendapat 4 -5- 6 angka sebulandengan mendaftar menjadi ahli Shaklee ? Hubungi
saya juga ! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan ! Wakil pengedarseluruh malaysia masih diperlukan ! Dan anda akandijemput ke group Ekslusif di Facebook”
Apa pentingnya asid folic sebagai persediaan kehamilan.Yang ramai tahu, asid folic berfungsi supaya otak bayi di dalam kandungan berkembang dengan baik. Bermakna fungsi asid folik lebih kepada untuk bayi yang dikandung. Tapi kenapa pula, ibu yang bercadang untuk hamil pun dinasihatkan memakan asid folik beberapa bulan sebelum hamil.

Kepentingan Asid Folic
Asid folic ialah vitamin B9 yang sangat bagus dalam pembinaan sel-sel baru dalam badan. Ia juga bagus untuk pembinaan DNA baru dan membaikpulih DNA yang sudah rosak. Ini dapat dikaitkan dengan kesihatan wanita itu sendiri. Apabila sel yang baru dan berkualiti terbentuk, maka mudahlah untuk proses kehamilan itu berlaku. 

Peluang mengerjakan haji mahupun umrah memang memang sesuatu yang amat di tunggu-tunggu oleh semua umat islam.Mengerjakan haji dan umrah tidak sama seperti kita pergi melancong atau bercuti ke luar negara.Itu aktiviti santai dan berhibur manakala haji dan umrah merupakan satu aktiviti yang melibatkan kerohanian dan perlu diberi penekanan serta persediaan yang serius.

Perbezaan cuaca antara Malaysia dan Mekah iaitu kawasan Timur Tengah  menyebabkan perubahan pada badan kita. Secara tidak langsung ini akan mempengaruhi tahap kesihatan badan terutamanya yang telah berusia.Jatuh sakit atau mengalam apa-apa gangguan kesihatan semasa mengerjakan haji dan umrah boleh menjejaskan ibadat seseorang.

Faktor cuaca yang terlampau panas dan keadaan pembinaan yang dilakukan mengundang asap dan debu terlalu banyak. Sakit tekak dan selsema akan menyerang pada peringkat permulaan dan disusuli dengan demam dan batuk. Memang memberi kesan pada badan untuk melakukan ibadah.


Bagaimana SET HAJI SHAKLEE yang asas boleh membantu?


1.
 Performance Drink : untuk mencegah masalah dehidrasi sepanjang berada di sana terutama pada cuaca panas terik. Ianya juga bagi memastikan jemaah sentiasa bertenaga sepanjang menunaikan ibadah.

2. B Complex : bertindak sebagai penjana tenaga (melalui tindakbalas glukos) disamping memberi ketenagan kepada tubuh. Memandangkan ibadah umrah haji ini memerlukan kita banyak berjaga demi menunaikan ibadah dengan lebih sempurna, adakala ia menuntut seseorang itu lebih banyak berjaga dari tidur demi menunaikan ibadah dengan lebih sempurna maka B Complex banyak membantu tubuh agar tetap bertenega walaupun kita kekurangan waktu tidur yang sepatutnya.

3.Vitamin C : penting untuk imun tubuh badan kita. Bertindak sebagai antioksidan dan penting dalam melawan penyakit.

4. Vita-Lea : multivitamin yang lengkap dengan 28 nutrisi termasuk 12 jenis vitamin dan 7 jenis galian yang diperlukan badan.

5. Ostematrix : Sesungguhnya ibadah umrah dan haji memerlukan kudrat yang banyak maka keperluan kalsium tidak boleh dipandang ringan. Ianya sangat penting supaya kaki kita tidak mudah kebas atau kekejangan kaki akibat terlalu banyak berdiri dan berjalan.

6. Joint Health Tablet : sangat sesuai untuk jemaah yang mengalami masalah sendi terutama yang mengalami masalah sakit lutut dan susah untuk bergerak. Almaklumlah ibadah umrah dan haji memerlukan kita untuk sentiasa bergerak.


**Secara asasnya, anda cuma perlu mengamalkan Vita-Lea, B-Complex, Vitamin C, Ostematrix  dan Performance Drink.


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin yang bermutu tinggi dari SHAKLEE,saya adalah pengedar sah anda.Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya seperti talian berikut :



Hubungi saya :  017-420 5506 (Fisya)
 fisyayusof87@gmail.com
 COD area Shah Alam,Puchong,Subang Jaya


*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

23 June 2014

Ramai orang yang mengambil zat besi adalah untuk mencegah ataupun merawat kekurangan anemia iaitu kekurangan darah merah dalam badan. Manakala kalsium diambil adalah membantu tumbesaran yang sihat dan kuat pada gigi dan tulang dalam badan kita. 

Tahukah anda bahawa kalsium tidak boleh dia ambil bersama zat besi pada satu-satu masa? 



Mengapa?

Kerana dengan pengambilan serentak kalsium dan zat besi menggangu penyerapan zat besi dalam usus kita.Penyerapan zat besi berlaku dalam usus kecil kita. Sel- sel yang dipanggil enterocytes, iaitu garisan halus dalam usus kita akan menyerap zat besi dan memindahkan kepada aliran darah kita. 

Menurut kajian daripada National Institutes of Health, penyerapan zat besi akan menjadi tidak sempurna dan dianggarkan sebanyak 10 hingga 15% sahaja zat besi akan masuk ke dalam aliran darah kita. Rugi kan. 

Kalsium boleh menganggu penyerapan zat besi samada daripada supplement ataupun daripada pemakanan kita seharian. Dianggarkan gangguan penyerapan antara kalsium dan zat besi boleh menyebabkan kalsium berkurang sebanyak 300mg!

Masa terbaik untuk ambil zat besi di waktu siang manakala kalsium di waktu malam sebelum masuk tidur.
Sebabnya, penyerapan kalsium bergantung kepada kekerapan kita buang air kecil. Pada waktu malam, kita akan kurang ke tandas, so tubuh lebih mudah menyerap lebih banyak kalsium. Dan sebagai bonusnya, kita akan dapati boleh bangun pagi keesokannya dengan lebih mudah, tiada rasa cramp ataupun sengal2 dan badan rasa lebih ringan gitu. Lebih mudah untuk bangun pagi. 

Walaupun kita mengambil supplement kalsium namun jangan dilupakan nutrient daripada kumpulam-kumpulan makanan utama iaitu karbohidrat, protein, buah-buahan, sayur-sayuran dan sebagainya.

Awas ibu-ibu, kesan daripada keputihan yang melampau semasa hamil boleh membahayakan anak dalam kandungan. 3 kesan utama adalah: -

1. Kelahiran bayi pra matang
2. Berat bayi yang lahir kurang dari 2.5kg
3. Air ketuban pecah sebelum waktunya (boleh menyebabkan bayi lemas)

Bagaimana mengenalpasti bahawa keputihan yang dialami adalah tidak normal?
Berikut adalah ciri-ciri lelehan faraj yang tidak normal

20 June 2014

Apabila diserang demam, suhu badan akan meningkat dan badan akan mula mengalami keadaan dehidrasi – kandungan air dalam badan akan menurun. Masalah akan lebih meruncing bagi pesakit yang sedang mencari ikhtiar penawar denggi dengan jumlah platelet yang merundum bawah paras normal. Demam denggi sering dikaitkan dengan dehidrasi…dan pesakit dijangkiti denggi perlu di rehidrasikan secara berterusan!
Bagaimana mengenalpasti simptom-simptom dehidrasi ni?
§  pening atau light-headed
§  sakit kepala
§  kelesuan
§  mulut, bibir dan mata menjadi kering – rasa pedih dalam mulut apabila mengambil makanan
§  urin menjadi pekat dan berwarna gelap
§  buang air kecil dalam jumlah yang kecil dan kurang dah 3 kali sehari.
§  kulit menjadi kering dan kurang elastik
§  kekurangan tenaga dan stamina

17 June 2014

Kolestrol , bukan sahaja di hidapi orang berbadan besar malah yang berbadan kecil juga ramai yang tergolong dalam kolestrol tinggi . Bagaimana cara -cara untuk mengetahui simptom anda menghidap penyakit kolestrol tinggi?? Penyakit ini boleh dikesan melalui ujian darah kita. Jangan kerana hanya kita berbadan kecil dan berat maintain , kita abaikan check up sepatutnya . 



Ketahui simptom-simptomnya terlebih dahulu :- 


Kafein dikenali juga di kenali dengan nama kimianya trimetilksantina dalam keluarga metilksantina. Bahan ini berbentuk serbuk berwarna putih dan sedikit rasa pahit.  Bahan kimia lain yang terdapat dalam kumpulan ini adalah teofilin terdapat dalam daun teh dan teobromin yang didapati dalam biji koko.