Tabung Insyirah

segmen : saya sayang blog saya


Jom kengkawan yang mana belum join tu cepat-cepat join segmen dari blogger Ayu Insyirah ni.Masih belum terlambat untuk join.Last date untuk segmen ni pada 30.09.2014 jam 10.00pm.

Senang jer cara nak join segmen ni.Just ikut syarat2 yang owner segmen ni tetapkan.,Tengok la syarat2 nya tak susah pun kan...

1. macam biasa mana yg belum jadi follower ayu ...sudi2kan la jadi follower ayu yer...

2. kalau nak like pages ayu pun di alu2kan..

3. buat tajuk " segmen: saya sayang blog saya "

4. macam biasa... letakkan banner diatas yer...simple je..hehee..nanti backlink kan ke entry ni yer..

5. dah siap...letakkan link entry kawan2 kat ruangan komen blog ayu yer.

Haaaa mudah sesangat kan.....

Okey cepat2 g join segmen ni.Sambil tu boleh la tambah2kan kenalan kan...

HEALING CRISIS


Anda rasa semakin teruk setelah mengambil produk Shaklee kami?

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan / healing crisis? 

A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.


Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 

A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 

A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan? 

A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.


Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:

Tidak mengamalkannya setiap hari
Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
Mengalami masalah emosi

Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan
Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:

Krisis Penyembuhan Penerangan / Penyebab

Sakit kepala yang melampau Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin

Demam, tidak cukup rehat Meningkatkan metabolisma,
merangsang fungsi
imunisasi badan

Cirit-birit, meningkatkan pergerakan Petanda bagi menyahtoksin,
usus, najis berbau, air kencing berbau menghimpunkan bahan
buangan dan sisa-sisa dalam usus
besar

Kembung perut Sistem penghadaman yang lemah

Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir Fungsi hati yang lemah, usus besar
yang tidak sihat dan sistem
pembersihan

Penghasilan lendir seperti selsema, Fungsi paru-paru yang lemah, keluar
kahak kahak juga adalah petanda bagi
menyahtoksin

Pendarahan Hidung Mungkin petanda bagi kekurangan
darah

Rasa sakit pada otot dan sendi Badan berasid, toksin terkumpul
dibahagian yang sakit

Peningkatan rasa sakit di sebahagian Mempercepatkan krisis penyembuhan
badan yang bermasalah

Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif Sistem saraf yang lemah

Kitaran haid yang tidak menentu, Hormon yang tidak seimbang /
perubahan waktu kitaran haid, kegatalan penyakit buasir
pada alat sulit, penghasilan lendiran yang
banyak

Lapar, Pening Tekanan darah rendah, anaemia

Loya, sembelit, tersedu Sistem hadaman yang lemah, masalah
hati

Kenapa Bayi Bawah 6 Bulan Tidak Boleh Di Beri Makan



Tetiba hari ni tergerak hati nak kongsikan dengan pembaca blog suam2 kuku sya ni mengenai sebab-sebab kenapa bayi bawah 6 bulan tidak boleh di beri makan ! Sya cukup tidak setuju dengan sesetengah ibu yang suka memberi bayinya yang bawah usia 6 bulan makan makanan pepejal. Tahukah ibu-ibu bapa-bapa sekalian perkara ini boleh memudaratkan bayi anda, jika bukan sekarang..tetapi pada masa yang akan datang juga. Kebiasaannya bagi orang-orang yang lebih tua dari kita melazimkan bayi sekecil sebulan umurnya agar diberi makanan berupa pisang lecek atau bijirin bayi. Walaupun sudah tertera pada label bijirin tersebut 
hanya untuk 6 bulan ke atas sahaja’ tapi masih ramai yang mengamalkan pemberian bijirin lebih awal. Malah, ada yang mencampurkan bijirin tersebut di dalam botol susu agar mudah untuk diberikan kepada bayi.


Kenapa Bayi Bawah 6 Bulan Tidak Boleh Di Beri Makan

WHO mencadangkan agar bayi diberi makan pada usia 6 bulan (tahun 2001), begitu juga dengan Jabatan Kesihatan United Kingdom, dan Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan ibu menyusukan anaknya secara eksklusif (tanpa makanan lain, susu lain, mahupun air masak) selama 6 bulan.

Namun, masih ramai yang tidak mengikuti polisi dan recommendation di atas kerana beberapa sebab:
Ø   Anggapan bahawa bayi kelihatan bersedia untuk makan dari mulutnya yang suka mengunyah-gunyah bila nampak orang dewasa makan
Ø   Anggapan bahawa bayi lapar.
Ø   Anggapan bahawa perut bayi akan lebih kuat sekiranya diberi makan lebih awal.
Ø   Anggapan bahawa bayi akan lebih kenyang dan tidur lebih lena jika diberi makan.

Sayangnya anggapan  ibubapa seperti di atas adalah  salah sama sekali!!! Ini kerana

 1. SISTEM PENGHADAMAN YANG BELUM MATANG

Sistem penghadaman bayi di bawah 6 bulan masih terlalu muda dan belum bersedia untuk memecahkan kanji dan karbohidrat. Tubuh bayi masih belum menghasilkan enzim yang mencukupi untuk proses ini. Enzim amilase di dalam air liurnya belum cukup bagus untuk menjalankan proses pencernaan pertama.

Tubuh bayi masih belum dapat memproses lemak. Manakala buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses protein yang tinggi dari sumber telur, daging dan susu lembu (Protein di dalam susu ibu adalah berbeza).

Tidakkah anda berasa kasihan dengan tubuh bayi semuda itu terpaksa bekerja keras untuk menerima zat2 makanan yang masih belum sesuai untuknya?

2. MASALAH KESIHATAN JANGKA MASA PANJANG

Pernahkah anda terjumpa seseorang dewasa yang kelihatan sihat, menjaga pemakanan, rajin bersenam, tiba2 jatuh sakit atau meninggal dunia akibat penyakit kronik, seperti sakit jantung, strok, kencing manis, buah pinggang dan sebagainya?

Menurut kajian yang dibuat oleh University of Buffalo, salah satu penyebab keadaan ini adalah akibat dari pemberian makanan terlalu awal.

Tidakkah anda menyayangi anak anda dan masa depannya?

3. MASALAH DALAM PENYUSUAN

Bayi yang diberi makan terlalu awal, akan lebih kenyang dengan makanan. Ini akan mengganggu penyusuan ibu kerana mungkin bayi sudah tidak mahu menyusu lebih banyak.

P/s : Fikir-fikirkanlah tentang masa depan anak-anak kita. Ada sebabnya apabila satu riwayat diceritakan kepada kita bahawa Rasulullah SAW cuma memercikkan air pada pakaian yang terkena kencing bayi laki-laki di bawah usia 2 tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja.

Ada mesej tersembunyi kenapa Rasulullah masih tinggal bersama Halimatussaadiah, ibu susuannya meskipun usia Baginda sudah melepasi 2 tahun.

Sayangilah masa depan anak-anak kita. Jangan terlalu ghairah untuk melihat bayi kita cepat besar’ dan memberinya sesuatu yang dia belum bersedia untuknya. Ikutlah saranan yang telah digariskan, sebagai satu usaha untuk memastikan anak-anak kita membesar dengan sihat dan terjaga kesihatannya.

Kecapi Nikmat Bahagia Berumahtangga


 ~ Mudahnya nak dapat pahala bagi pasangan yang dah berkahwin dan ada anak~ 

Cium Anak Dpt PAHALA
Cium Suami Gugur DOSA
Cium Isteri Dpt bahagia SELAMANYA**

i) Fadhilat Cium Anak
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dgn satu darjat syurga. Nisbah antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dlmnya melainkan org yg menyukai kanak2.
Brg siapa keluar ke pekan & membeli barang2 & kembali ke rmh dgn buah tangan utk anak2nya, nescaya mendpt rahmat drpd Allah & tdk diseksa di akhirat kelak.
Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan. Dgn wujudnya sifat suka mencium anak, hormon & bau anak kita itu akan sebati ke dlm otak kita sekaligus mesej yg mengatakan "aku syg anak aku" akan tersemat terus ke dlm jiwa.

ii) Fadhilat Cium suami
Bila isteri salam & cium tangan suami, maka gugurlah dosa2 kecil si isteri. Restu seorg suami tu penting dlm rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dpt pahala. Suami pun mendpt pahala juga kalau di kucup dahi isteri.
Satu lagi perkara yg ramai isteri tdk sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit shj isteri yg tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami & dlm dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.

iii) Fadilat mencium isteri
Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sbg satu perkara yg baik, bahkan dpt memberikan pahala kpd suami.
Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yg gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dgn keriangan. Dilihat kpd Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW di kala bersama isteri.

Ps:Rugilah mereka yg sudah berkahwin tetapi malu utk mencium anak dan pasangan.
Suami ciumlah isteri setiap kali selepas salam isteri untuk ke tempat kerja 

Kolostrum dan Kehamilan


Teringin hamil kembali dalam masa terdekat tetapi masih punya anak yang menyusu badan.?? Bimbang kehamilan akan mengurangkan kuantiti kolostrum setelah bersalin?




Kehamilan tidak menjadi masalah dan halangan untuk meneruskan penyusuan sepanjang tempoh kehamilan. Malah apabila bayi lahir , masih boleh menyusukan anak yang masih menyusu itu. Ia dipanggil tandem nursing. Penyusuan ketika hamil adalah normal tetapi harus diingatkan agar mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dan seimbang sepanjang tempoh kehamilan.

Puting dan payudara mungkin menjadi lebih lembut dan sensitif terutamanya di awal usia kehamilan. Hal ini disebabkan oleh perubahan hormon. Oleh sebab itu penyusuan susu ibu ketika hamil mungkin boleh menyebabkan puting berasa sakit.

Bekalan susu ibu juga mungkin akan berkurangan sedikit disebabkan oleh perubahan hormon. Biarpun begitu teruskan penyusuan untuk anak sekarang sepanjang tempih kehamilan. Menjelang penghujung kehamilan,susu ibu kan berubah jadi kolostrum yang kaya dengan kandungan berkhasiat yang diperlukan oleh bayi yang bakal lahir untuk beberapa hari pertamanya kelak. Anak yang sedang menyusu itu nanti akan perasan perubahan rasa pada susu ibu itu. Kuantitinya juga berkurangan. Dalam keadaan tertentu, dia mungkin akan ambil keputusan bercerai susu. Walau bagaimanapun  ada  juga yang meneruskan penyusuan.

Jika anak masih mahu menyusu, teruskan  saja menyusu, jangan risau jika dia mengambil kolostrum itu. Tubuh ibu hamil akan terus menghasilkan kolostrum sehinggalah bayi yang dikandung dilahirkan. Jangan risau sebab bekalan kolostrum tidak akan habis.

Sebenarnya juga adalah perlu ibu hamil fikirkan tentang penyusuan selepas bayi dilahirkan kelak. Biarpun ia adalah  keputusan peribadi, ketahuilah bahawa para ibu yang mengamalkan tandem nursing akan kurang mengalami masalah mastitis berbanding ibu yang hanya menyusu seorang bayi.

Jika tidak mahu tandem nursing, adalah lebih baik bercerai susu ketika hamil. Jika bayi dah lahir nanti, mungkin anak akan berasa diabaikan sehingga mungkin anak akan berfikir banyak perkara negatif.













Klik gambar di atas untuk membeli SET MENYUSU SHAKLEE










Klik gambar di atas untuk membeli SET KEHAMILAN SHAKLEE


Pembelian produk nutrisi Shaklee sekarang sudah semakin mudah. Anda boleh buat pembelian sendiri menerusi Shaklee Online Web tanpa perlu melalui mana-mana SID dengan menggunakan Kad Debit/Kad Kredit Anda.

Sekiranya anda berminat nak beli mana produk nutrisi Shaklee, anda boleh order sendiri secara Online dengan KLIK pada gambar di bawah ya.



Shaklee dah 20 tahun di pasaran Malaysia dan lebih 50 tahun worldwide . Shaklee ada kelulusan KKMdan halal diiktiraf oleh JAKIM . Boleh rujuk halal JAKIM di link ini .
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ,saya adalah wakil pengedar sah anda . Sebarangpertanyaan seperti rundingan harga mengikutbudget boleh dibuat dengan menghubungi saya ditalian berikut :






DAN




“ Ingin mendapat 4 -5- 6 angka sebulandengan mendaftar menjadi ahli Shaklee ? Hubungi
saya juga ! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan ! Wakil pengedarseluruh malaysia masih diperlukan ! Dan anda akandijemput ke group Ekslusif di Facebook”




Melawat Baby Baru !!


Entry yang dah hampir basi..hihi..ter duduk dalam draf hampir seminggu.Gara2 tuan tanah agak kebizian.Tak per blog tuan tanah ni bukan famous amous pun kannn..Bukan ada reader yg tegar kan..hohoho..sebab tu nak update personal entry pun ke laut kekadang tu.

Oke2 dah jangan melalut sampai ke laut ye berbalik ke tajuk entry kali ni "Melawat Baby Baru"!!Baby baru sape yang sya lawat tu yerk??Tak lain tak bukan tentu la sya g melawat baby baru aka anak buah baru sya.Anak buah sebelah hubby sya untuk tahun ni.Haha..Tahun depan in shaa Allah sya akan dapat 3@4 lagi baby baru di sebelah sya.Huhu excited sangat tau sya nak dapat baby2 baru ni.

Perancangan sya dengan en hubby nak g tengok baby baru ni dah lama tapi akibat kebizian so tertangguh2 lah.Last nya masa pagi jumaat 19.09.14 tu hubby bangun terus tanya nak tak pegi johor??Sya tanpa fikir apa2 terus setuju.hoho.Macam sebelah umah kan johor tu boleh terus setuju.Maka pagi tu juga sya kemas baju sya anak beranak.Terus letak dalam kereta sebab plan balik jer keje terus jer gerak pegi Johor.Tengok memang excited sangat nak jumpa baby baru kan...

Jadinya petang tu seperti mana yang di rancang balik je keje ambik anak2 umah mama dia orang terus masuk highway plus mnuju ke selatan.Perjalanan yang memakan masa hampir 4 jam setengah juga la setelah di campur dengan berhenti utk solat dan isi perut.DAh kenyang semua teruskan perjalanan sampai la ke exit Tol Skudai.Start lepas tol baru sibuk2 nak dapatkan bantuan Waze untuk terus ke rumah abang ipar sya.Rasa tak susah mana pun nak ke rumahnya tapi di sebabkan ni kali pertama kami sampai dengan kereta maka abang ipar sya suruh kami tunggu dia ambil di depan Giant Plentong je.Tak lama tunggu abang ipar pun sampai.

Terus follow abang ipar sampai ke rumah.sangat tak sabar nak jumpa baby baru tau.Mujur sampai tu mood anak2 dara sya dua2 oke jer.Pak long nya nak dukung pun ok aje.Tak moody biapun baru bangun tido.Fuhh lega sya tengok anak2 happy jumpa sepupu2nya.Mula sampai cuma tengok baby baru dari jauh jer sebab orang tua selalu pesan kalau pegi tengok baby baru dalam pantang jangan terus rapat / dukong sebabnya takot ada benda yang mengikut kita tak nampak kan.

Dah hampir sejam tu huh tak tahan nafsu dah terus terkam baby baru.Cium2 gomel2 baby tapi baby selamber jer tido macam tak ada apa2 yang berlaku.Hihi ibunya kata belum masa untuk baby bangun la.Owh baru tau baby ada shift tengah malam rupanya.hihi.

Memperkenalkan baby  baru ni yang diberi nama Nur Adila Binti Mohd Tarmizi.Tengok comelkan..Ussh memang sya geram tengok baby debab2 ni.Rasa nak geget2 jer pipi tu.haha.Sabar sya sabar.Anak sendiri bole la kot nak buat.Ni anak orang kot.Hahaha,





Gara2 sya banyak upload pic baby dan bersama baby baru maka memang riuh la whatsapp sya dari member2 yang jarang jumpa tanyakan sya bersalin lagi ker?/Bila bersalin?Dapat baby apa?Senyum2 sya bila baca mesej dari kawan2.Prihatin sungguh kengkawan sya ni tau.Tunggu yer kengkawan in shaa Allah ada rezeki sya untuk ada baby baru nanti akan sya umumkan yer.Memang teringin pun nak mengandung dan melahirkan baby lagi.tak ada istilah serik dalam hidup sya untuk melahirkan dan besalin oke..

Tak lama pun sya di Johor tu.3 hari 2 malam jer.Rasa kejap sangat dapat main2 dengan baby Adila.Baby Adila pun macam faham jer mk sedara datang melawat hari sabtu tu punya dia tahan mata tak mau tidur.Tapi tak elok pula kan lau baby berjaga jer tak tido.bak kata en hubby sya nnt baby tak membesar.haha.sebelah petang hari sabtu tu sempat la sya pegi jalan2 ke Danga Bay.tapi kata abang ipar sya Danga Bay dah tak macam dulu lagi.

Sampai hari dan masa nak balik Shah Alam sya mula la touching nak tinggalkan baby Adila.sedih sangat rasa.Berkali sya cium2 dia sebelum balik tu.Rasa nak colek bawak balik Shah Alam je.Haha..
Mujur ada juga pic sya berselfie bersama baby Adila.Nanti mak ngah rindu Adila boleh la mak ngah tengok gambar bersama Adila kan...

kakak Auni Dan Baby Adila

Mak Ngah Bersama Baby Adila
Okey harap2 bulan 11 nanti dapat lagi jumpa baby Adila.Masa tu dah besar sikit kan.Tak per nak lagi besar kita tunggu bulan 2 tahun depan yer.Mak ngah nak gomol2 Adila lagi nanti.

Untuk Baby Nur Adila : mak ngah doakan semoga Adila membesar dengan sihat,menjadi anak yang soleh supaya dapat mendoakan untuk ibu dan ayah nanti.Nanti besar jangan nakal2.Mak ngah sayanggg Adila.


Penyusuan Ketika Hamil.Selamatkah?




Seperti yang kita sedia sedia maklum, tempoh kehamilan adalah tempoh yang mencabar. Sama juga dengan penyusuan ni. Apabila disatukan, tentulah bertambah mencabar. Mungkin sebab itu lah faktor yang menjadi punca mengapa ramai orang yang tidak ada pengalaman luas tentang penyusuan susu ibu menggalakkan wanita yang menyusukan anak agar bercerai susu apabila sah hamil lagi.Ramai yang risau penyusuan ketika hamil boleh mendatangkan kemudaratan kepada bayi dalam kandungan

Atas sebab itulah, kebanyakan wanita bimbang untuk teruskan penyusuan ketika hamil kerana takut  mahupun  mengalami dilema seperti keguguran atau kelahiran pramatang. Atau mungkin bayi dalam kandungan tak dapat zat yang cukup.

Cuba renungkan sejenak. Pernah lakukan hubungan intim ketika hamil? Jika jawapan anda ya, dan hubungan itu tidak mendatangkan komplikasi pada kandungan, maka adalah selamat untuk terus menyusukan anak biarpun dah hamil. Oleh itu yakin lah penyusuan   ketika hamil sememangnya selamat dan tidak jejaskan kandungan, anda dan anak. 


penyusuan ketika hamil


Bagi anda yang ingin teruskan penyusuan ketika hamil  ni, fakta di bawah mungkin boleh bantu anda untuk menjayakan niat murni anda tu: 

ZAT MAKANAN BAYI TERJAGA
Tubuh anda bijak kerana sangat mengutamakan bayi dalam kandungan dengan mengenepikan dan menyalurkan zat makanan mengikut keperluan je. Jadi tidak timbul masalah isu bayi tidak cukup zat. Namun yang lebih penting ialah anda benar-benar menjaga corak pemakanan seharian dengan mengambil makanan yang seimbang dan sihat.

TIDAK MUDARATKAN ANAK
Hormon yang mengekalkan kandungan susu didapati hadir dalam susu ibu dalam kuantiti yang sangat sedikit. Oleh itu , ia tidak sesekali membahayakan anak anda. Namun, pada peringkat akhir kehamilan, bekalan susu akan mula menyusut sedikit demi sedikit. Jadi, dapatkan nasihat pakar, agar penambahan berat badan anak anda adalah normal sejajar peningkatan usianya.

RANGSANGAN PUTING
Terdapat kajian jika kita merangsang puting payudara di akhir kehamilan (trimester 3) ia boleh mencetuskan kontraksi. Namun, rangsangan semulajadi ketika sesi penyusuan susu ibu dan hubungan intim tidak mempunyai kesan yang sama seperti rangsangan mekanikal. Walaupun begitu, jika sebelum ini anda sejarah melahirkan bayi pramatang atau pernah gugur, adalah lebih baik bercerai susu lebih awal.

BERCERAI SUSU SENDIRI
Isipadu dan kandungan susu ibu akan berubah sepanjang tempoh kehamilan. Paras sodium dan protein meningkat manakala laktosa dan glukos menurun. Sebab itulah, ia menjadikan rasa dan rupa susu itu seakan-akan kolostrum. Ada anak boleh menerima perubahan rasa susu ibu, namun ada juga yang mulai kurang minat nak menyusu lagi sebab itulah ada yang secara automatic boleh bercerai susu dengan sendiri tanpa paksaan.

SAKIT PUTING
Sewaktu hamil, payudara bengkak dan puting mudah sakit. Apabila menyusukan anak, ia akan jadi lebih perit. Menurut kajian, wanita menyatakan rasa paling sakit yang  dialami adalah sepanjang 15 saat pertama sesi penyusuan. Namun, lama-lama rasa sakit tu akan hilang. Jadi, anda boleh cuba pelbagai teknik dan posisi penyusuan yang sesuai. Berita baik, sakit puting akan berkurangan selepas trimester pertama apabila puting menjadi kurang efektif.

PEMAKANAN SIHAT
Wanita hamil sudah tentu kena jaga pemakanan yang sihat dan seimbang. Jadi, perlu makan secara teratur, kena minum banyak air, kurangkan tekanan dan banyak berehat. Apabila menyusukan anak, perlu pastikan dapat mengekalkan amalan pemakanan sihat, berkhasiat dan pelbagai menu harian. Jika perlu, pertimbangkan suplemen tambahan untuk diambil.

KALORI TAMBAHAN
Satu cabaran yang harus anda akur,susu ibu akan makin kurang. Namun, untuk pastikan bekalan susu anak cukup, bukanlah sesuatu yang sukar asalkan anda mengambil kalori tambahan yang cukup. Sasarkan untuk ambil kalori tambahan 500-800 tambahan kalori, 4 hidangan protein dan 6 hidangan kalsium setiap hari Jangan lupa fokus untuk minum 8 gelas air juga.


Untuk mengetahui fakta bahawa penyusuan ketika hamil ni selamat boleh la rujuk kepada doctor yang lebih arif.

Tips : Cara Untuk Hilangkan Ulser Mulut



Bila ulser muncul di bibir, hendak cakap pun tak selesa, apatah lagi nak makan. Pedih sungguh. Ada yang kata elok kumur dengan air garam ataupun minum air masak banyak mungkin boleh kurangkan sakit.Macam sya amek garam letak jer terus kat ulser tu..hoho..memang pedih yang amat tapi percayalah cepat jer baik tau.Bukan itu sahaja, ada setengah makanan juga perlu dielakkan jika anda sedang alami sakit ulser di bibir. Jika teruk sangat, pergilah jumpa doktor takut dikhuatiri jangkitan kuman/bakteria pula.

Tips : Cara Untuk Hilangkan Ulser Mulut
Elakkan makanan masam

Makanan masam boleh menyebabkan iritasi pada permukaan kulit yang terkena ulser. Kalau boleh elakkan makanan masam seperti buah limau, oren, lemon dan banyak lagi.

Vitamin B

Seseorang yang kekurangan zat besi atau B12 akan lebih mudah untuk mengalami ulser. Jika anda kekurangan zat besi dan B12 maka ulser yang tumbuh munkin akan lebih parah. Suplemen vitamin B 12, suplemen B9, serta makanan yang banyak mengandungi zat besi boleh membantu mencegah dan menyembuhkan ulser.

Air dan baking soda

Air dan baking soda yang telah dicampurkan diletakkan pada bahagian ulser. Perlahan-lahan kerana anda akan mengalami rasa pedih tetapi semakin pedih yang anda rasakan, semakin berkesan ubat ini bekerja. Bahan campuran air dan baking soda ini adalah cara cepat menyembuhkan ulser di bibir.

Air kelapa

Kadang-kala ulser datang disebabkan oleh panas dalam tubuh yang berlebihan. Jadi, air kelapa dipercayai dapat memberikan kesan sejuk. Air kelapa untuk menstabilkan panas tubuh dan mengurangkan ulser.

Air dan garam

Air yang dicampur garam ternyata juga salah satu cara untuk mengatasi ulser. Kumurkan air garam selama dua atau tiga kali sehari untuk mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa yang ditimbulkan oleh ulser. Air garam juga dipercaya dapat mengurangkan jangkitan pada mulut anda.

Gliserin

Anda boleh mendapatkan gliserin di farmasi atau pasar raya berdekatan dengan rumah anda. Gliserin boleh mengurangkan pengeluaran air liur yang membuatkan ulser semakin dijangkiti. Dengan itu, gliserin boleh membantu penyembuhan ulser anda.

Vitamin C

Untuk mempercepatkan proses penyembuhan, selain mengambil suplemen vitamin B12 atau menambah pengambilan makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi, vitamin C juga mempunyai peranan yang hampir sama dalam mengatasi ulser. Memperbanyakkan penggunaan vitamin C juga dapat membantu proses penyembuhan ulser.


Suppliment Shaklee Yang Membantu Atasi Ulser Mulut
B-Complex     => Mencegah ulser mulut
Vita-C               => Membantu pemulihan membran mukosa mulut
ESP Shaklee   => Melengkapkan keperluan Lysine dalam tubuh
Alfalfa             => Menyahtoksin di seluruh tubuh
Herblax     => Membersihkan dan menyahtoksin dalam perut tempat berkumpulnya segala jenis toksin


Pembelian produk nutrisi Shaklee sekarang sudah semakin mudah. Anda boleh buat pembelian sendiri menerusi Shaklee Online Web tanpa perlu melalui mana-mana SID dengan menggunakan Kad Debit/Kad Kredit Anda.

Sekiranya anda berminat nak beli mana produk nutrisi Shaklee, anda boleh order sendiri secara Online dengan KLIK pada gambar di bawah ya.



Shaklee dah 20 tahun di pasaran Malaysia dan lebih 50 tahun worldwide . Shaklee ada kelulusan KKMdan halal diiktiraf oleh JAKIM . Boleh rujuk halal JAKIM di link ini .
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi ,saya adalah wakil pengedar sah anda . Sebarangpertanyaan seperti rundingan harga mengikutbudget boleh dibuat dengan menghubungi saya ditalian berikut :






DAN




“ Ingin mendapat 4 -5- 6 angka sebulandengan mendaftar menjadi ahli Shaklee ? Hubungi
saya juga ! Hanya online sahaja, anda mampu menjana pendapatan lumayan ! Wakil pengedarseluruh malaysia masih diperlukan ! Dan anda akandijemput ke group Ekslusif di Facebook”




Nak Harga Ahli Shaklee Dan Cash Back Bonus Klik Sini | Twin Pack Vivix Free Membership Klik Sini
X