Tabung Insyirah

Mengatasi Masalah Puting Payudara Tenggelam

Zaman sekarang ramai ibu-ibu mela sedar akan kebaikan menyusukan bayi kita.Ramai ibu-ibu sekarang bila dah tahu diri sedang hamil mula menenam azam untuk menyusukan bayi sampai umur 2 tahun kan.Sangat mulia azam seorang ibu tapi tiba-tiba si ibu memikirkan tentang masalah puting payudara tenggelam sampai jadi takut dan risau tak mampu nak berikan yang terbaik untuk si manja.Oh ibu-ibu jangan risau yer sebabnya ibu yang punyai puting payudara tenggelam juga boleh berikan susu ibu kepada bayi tau.

Apa itu puting payudara tenggelam??

Puting teggelam adalah jenis puting yang leper masuk ke dalam sedikit dari puting yang normal.Biarpun kadang ada yang lebih ke dalam dari puting yang leper.Bila puying tenggelam ramai ibu yang beranggapan susah nak susukan bayi tapi ibu-ibu jangan jadikan itu sebagai alasan untuk tidak menyusukan terus bayi.Ini kerana bila bayi menyusu mulut bayi kita lekapkan pada areola dan bukannya pada puting ibu.
Cara yang salah ialah kita lekapkan mulut bayi pada puting.
Dengan cara itu memang penyusuan tidak akan berjaya malah akan menyakitkan nipple ibu.Boleh membuatkan puting ibu melecet dan berdarah.Cara yang salah akan membuatkan kita teragak-agak untuk menyusukan banyi kita.Jadi pastikan lekapan mulut bayi yang betul sebelum mbayi mula menghisap. 

Teknik Mengeluarkan Nipple Yang Tenggelam

1. Penyusuan secara kerap

  • Bila kita kerap menyusuakn bayi,ia sangat membantu untuk mengeluarkan puting yang tenggelam.Semasa proses penyusuan ia sama seperti pam yang menarik-narik puting kita keluat.Lama kelamaan ia akan keluar.Ibu-ibu jangan risau yer,Apa yang penting jangan putus asa untuk berikan yang terbaik untuk si comel.

2. Power pumping

  • Teknik power pumping sangat berguna untuk membantu mengeluarkan puting tenggelam.Teknik ini boleh mula di praktis dari mengandung lagi.
  • Caranya dengan melakukan power pumping pada setiap malam.Walaupun masa power pumping hanya keluar angin aje tapi ia sebenarnya sangat membantu buat puting kita keluar sedikit demi sedikit.

3. Nipple Aspirator



  • Nipple aspirator ni rupa macam syringe ( alat untuk bagi baby makan ubat) tapi yang ni besar dari biasa.Kegunaan memang untuk mengeluarkan puting.Tengok ibu-ibu zaman sekarang semua dah boleh yer tanpa ada alasan.Dah di cipta khas tau alat untuk mengeluarkan nipple yang tengelam.

4.Urutan

  • Urut payudara dari atas menghala ke bahgian puting.Tekan sedikit di bahagian nipple yang ke dalam tu tapi buat secara perlahan-lahan tau,takot kalau kuat nanti rosak pula tisu-tisu tu lagi susah.
5. Teknik hoffman


  • Teknik hoffman adalah salah satu teknik urutan untuk mengeluatkan puting yang tenggelam.Caranya adalah dengan meletakkan ibu jari di atas puting.Dengan perlahan tolak ibu jari ke dalam tisu-tisu payudara dan pada masa yang sama tarik ibu jari ke luar.Dengan cara begitu , ia akan meregangkan bahagian puting dan akan membolehkan puting yang tenggelam itu keluar dengan mudah.

Jadi ibu-ibu yang punyai puting tenggelam jangan risau tak boleh susukan bayi yer.Jangan jadikan alasan lagi tau sebab ada banyak jalan penyelesaian untuk masalah puting tenggelam tu.

Cuba teknik-teknik yang sya cakap tu in shaa Allah moga-moga dengan usaha yang kita lakukan akan dapat puting yang normal bagi memudahkan proses penyusuan susu ibu untuk si comel kita kan.

Ibu-ibu jangan berputus asa.Ingat tau ibu-ibu semua yang penyusuan susu ibu adalah moments terindah yang kita ciptakan bersama anak-anak.Saat menyusu adalah saat paling dekat kita dengan anak-anak.Saat penyusuan adalah sangat bahagia kerana pada masa penyusuan sahaja anak-anak akan berada dalam pelukan kita.Bukan semua ibu boleh merasai saat yang membahagiakan ini.

Semoga perkongsian dari sya bermanfaat untuk ibu-ibu semua

Kalau ibu-ibu ada masalah kekurangan susu ibu-ibu boleh hubungi sya kerana sya ada supplement yang dapat membantu ibu-ibu banyakkan susu dengan izinNya.In sya Allah.

2 comments:

  1. Perlu di coba nih kayaknya siapa tahu berhasil, nice post for you blogger :)

    ReplyDelete
  2. Kalau untuk memperbesar payudara gimana gan, tak tunggu update selanjutnya ya

    ReplyDelete

Nak Harga Ahli Shaklee Dan Cash Back Bonus Klik Sini | Twin Pack Vivix Free Membership Klik Sini
X