Tabung Insyirah

Cara Mudah Membuat Garlic Oil

Minyak bawang putih atau lebih di kenali sebagai " garlic oil " memang sangat berguna bukn sahaja untuk melazatkan masakan tapi mamu untuk merawat selsema ataupun batuk.Dulu sya tak percaya akan kebaikan garlic oil ni sehingga kan Damia selsema dan batuk teruk makan ubat pun tak nak baik sya cuba juga garlic oil ni selama 2 malam.Sya akan sappu garlc oil ni di dada , belakang dan tapak kaki Damia dan memang kesannya sangat bagus.2 malam jer pakai lepas tu dah makin kurang batuk dan selsemanya.


GARLIC OIL


Untuk gunakan garlic oil ni pada anak seharusnya kita diingatkan untuk membuat " patch test" mesti di lakukan terlebih dahulu.

Apakah itu " Patch Test"

Patch test adalah satu ujian untuk menentukan sama ada kulit seseorang alah atau tidak pada sesuatu bahan.Sapukan sedikit dahulu pada tangan atau mana-mana bahagian selama semalaman.Sekiranya keluar bintik merah ataupun apa sahaja jenis alahan , maka kulit kita mungkin tidak sesuai terhadap bahan tersebut.

Cara Mudah Membuat Garlic Oil

1. Ketuk 2 biji bawang putih bersama kulit.
2. Cucukkan bawang putih di hujung garfu dan bkar sekejap di atas api
3. Biarkan kulit bawang agak coklat.
4. Masukkan bawng putih tadi ke dalam bekas dan campurkan dengan sedikit minyak zaitun.
5 Gaulkan sedikit inyak dan bawang tadi supaya khasiat bawang putih meresap ke dalam minyak
6. Siap dan sudah boleh di gunakan.

Selamat mencuba!!

Tips Atasi Sakit Belakang Semasa Hamil


Sakit belakang semasa hamil memang sangat sinonim yang tak dapat dipisahkan.Sakit belakang semasa hamil sering terjadi kepada ibu terutama di trimester ke 2 dan ke 3. Keadaan ini akan membuatkan si ibu tidak selesa dan tidak dapat lagi menikmati hari-hari dengan sebaiknya.Sakit belakang semasa hamil disebabkan oleh beberapa faktor seperti perubahan postur badan oleh kerana saiz kandungan yang semakin membesat.Selain itu perubahan hormon juga menyumbang kepada sakit belakang kerana perubahan hormon menyebabkan kekenduran kepada ligamen.
Tips Atasi Sakit Belakang Semasa Hamil

Punca dan penyebab kepada sakit belakang atau back pain ini mungkin di boleh di atasi atau dirawat dengan beberapa cara , antaranya ialah , 

1. Tilam dan bantal  yang sesuai ketika tidur
  • Keselesaan sewaktu tidur sangat penting buat ibu hamil.Penggunaan tilam dan bantal juga memainkan peranan penting agar sakit belakang si ibu tidak berlarutan dan postur badan tetap terjaga biarpun kandungan semakin membesar.Elakkan dari menggunakam tilam yang terlalu lembut kerana ia akan menyebabkan tulang belakang kita akan menjadi berbentuk curve.
2. Lakukan sedikit senaman dan regangan
  • Senaman ringan dan regangan boleh melegakan kesakitan belakang badan kita secara beransur-ansur.Cua lakukan secara konsistang pasti kita akan rasa perbezaannya.
3. Elakkan menggunakan kasut tinggi dan berdiri lama
  • Menggunakan kasut tinggi bukan sahaja merbahayakan ibu dan kandungan tetapi akan menyebabkan posturu badan kita tidak berada dalam keadaan rileks dan lurus.Keadaan ini menyebabkan sakit belakang terutamanya apabila kandungan semakin membesar.Gunakan kasut sandal yang selesa dan cari yang tapaknya flat.
  • Elakkan dari berdiri terlalu lama dalam satu jangka masa yang panjang.
4. Urutan 
  • Minta bantu suami untuk lakukan urutan ringan di bahagian pinggang.Urutan suami juga mampu melegakan kesakitan belakang isteri ketika hamil.
5. Pengambilan supplemen
  • Untuk mengurangkan sakit belakang , ibu hamil di galakkan untuk banyakkan pengambilan susu atau pastikan sentiasa makan makanan yang ada sumber kalsium.Ini adalah kerana kalsium berfungsi untuk menguatkan dan memadatkan tulang.Tulang yang kuat akan membantu mengurangkan rasa sakit belakang semasa hamil sebaba tubuh mula mengembang.
  • Jika susah untuk minum susu , ibu-ibu boleh dapatkan kalsium segera dari supplemen seperti ostermatrix shaklee.Kalsium juga amat penting untuk pembentukan sel darah dalam tubuh ibu dan bayi sekaligus mengurangkan risiko tumpah  darah atau darah cair.

Untuk pembelian secara online / pembayaran melalui debit card mahupun kredit card , sila klik icon beli sekarang.


Sekiranya anda ingin mendapatkan supplemen sumulajadi shaklee sila hubungi sya.Sya adalah wakil pengedar sah Shaklee / COD bagi kawasan Shah Alam dan sekitarnya.Sebarang pertanyaan lanjut , boleh hubungi sya seperti maklumat di bawah : 


Homemade Playdough Tanpa Bahan Kimia



Kanak-kanak memang suka dengan sesuatu yang baru dan menyeronokkan.Antara satunya ialah bermain playdough.Di datangkan dengan warna yang berwarna warni ini membolehkan kanak-kanak belajar mengenal warna.Dan belajar untuk membentuk sesuatu mengikut kreativiti mereka.

Homemade playdough tanpa bahan kimia

Namun bukan semua ibu bapa yang nak belikan playdough untuk anak-anak sebab playdough ni boleh di katakan agak bahaya sebab punyai bahan kimia untuk menjadikannya tahan lama.Buat nya anak kecik termakan ha sudah kotnya terpaksa berkejaran ke hospital pula nanti.

Jadi untuk ibu bapa yan memang tak nak beli playdough yang ada di pasaran untuk anak-anak apa kata ibu bapa cuba homemade playdough yang semestinya tanpa bahan kimia dan bahan yang di gunakan juga sangat selamat jika termakan.

Bahan-Bahan yang di perlukan
1. 1 cawan tepung gandum
2. 3/4 cawan air
3. 1/2 cawan garam
4. 1 sudu minyak masak
5. 2 sudu besar cream of tar tar
6. Beberapa jenis pewarna

Ha tengok bahan yang dijamin selamatkan.Ok jom tengok cara-cara membuat homemade playdough ini pula.
Cara-caranya :

1. Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna dan gaulkan sehingga sebati.
2. Kemudian masak di atas api yang sederhana sehingga likat dan tidak melekat pada kuali
3. Selepas itu bahagian tepung kepada beberapa bahagian dan letakakn pewarna tadi.
4. Siap dah .

Tengok sangat mudah kan cara penyediaan playdoh ni.Palydoh ni boleh tahan sehingga seminggu.Tapi anak-anak sya boleh la tahan 3 hari je.Lepas tu dah tak macam rupa playdoh lagi..Hahaha..

Ibu-ibu boleh la mencuba homemade playdough ni.Di samping menjimatkan duit beli playdough dekat kedai homemade playdough ni bebas dari bahan kimia.Memang di jamin selamat untuk anak-anak kecil.

Boleh buat macam-macam dengan homemade playdough ni , sama seperti playdough yang kita beli di pasaraya.Lagi satu homemade playdough ni tak kotorkan rumah tau.Kalau anak main lekat-lekat kat dinding , lantai senang jer nak tanggal.

Selamat mencuba

Tips Menyimpan Susu Perahan Ibu


Sebagai ibu yang berkerja dan menyusukan bayi , sya sangat faham masalah yang sering dihidapi oleh ibu-ibu semasa nak Menyimpan Susu Perahan atau EBM ni.Sya masa ank pertama memang tak ambil tahu semua ni tapi bila anak kedua memang gigih cari gali ilmu pasal penyusuan , cara menyimpan susu , cara , kendalikan susu dan macam-macam la yang berkaitan dengan susu ibu.

Susu perahan ibu atau EBM ni mudah rosak kalau cara kita kendalikan salah.Tapi harus di ingat juga yang tiada istilah basi yer untuk susu ibu.Jadi sebab tu kena ada ilmu yang tinggi juga untuk kendalikan susu ibu ni.

Sebelum tu, jom kita tengok istilah yang ibu-ibu perlu tahu:

EBM = Expressed Breast Milk (susu perahan)
Fresh EBM = susu yang baru sahaja diperah
Chilled EBM = susu yang baru diperah dan disimpan ditempat yang sejuk tetapi bukan di tempat sejuk beku. Chilled EBM biasanya akan membentuk dua lapisan susu iaitu Hindmilk dan Foremilk
Frozen EBM = susu yang disimpan di tempat sejuk beku

Bekas Penyimpanan Susu Ibu:


Sya preffer pakai storage plastik bag kerana ia lebih menjimatkan ruang. Namun begitu, ia agak rugi kerana tidak boleh dipakai semula untuk menyimpan susu perahan.Tapi untuk anak tersayang apa salahnya kan.Ada juga yang menggunakan plastik aiskrim malaysia ataupun bekas dadih, tapi sya tak pernah guna sebab tiada jaminan ianya BPA FREE kan?




Banyak sebenarnya tempat untuk menyimpan susu perahan ni.Botol-botol yang kecil comel khas untuk menyimpan susu ebm pun dah ada sekarang.Memang mudah sangat la.Nak atau tak je ibu buat stock susu untuk anak kan.




Apabila susu dah siap di simpan di dalam bekas perkara utama yang perlu kita buat ialah dengan melabelkan pada storage bag ataupun bag susu tersebut.Labels cni sangat penting supaya kita tak ada lagi bg susu yang baru letak dalam chilled jer ke anak dan susu yang dah lama d biarkan.Boleh ikut cara Mummy Ain kendalikan EBM nya di link ni.

Melabel botol perlu ada details berikut:


Nama anak (untuk elakkan susu tertukar di rumah pengasuh)
Tarikh (gunakan susu yang terdahulu)
Masa perahan (gunakan susu yang terdahulu)
Berapa kuantiti susu perahan

Tips dan cara menyimpan susu perahan : 


Di Pejabat
  • Susu yang telah diperah disimpan di dalam peti sejuk bahagian chiller dan bukan di tempat sejuk beku. Ini untuk mengekalkan khasiat dan antibodi yang ada dalm susu ibu. Tambahan pula, sekiranya susu telah beku di pejabat, semasa diperjalanan pulang, kalau jem, susu cair balik, ia tidak boleh dibekukan sekali lagi. Ia perlu digunakan dalam masa 24 jam.
  • Sekiranya tiada peti sejuk, boleh juga disimpan dalam cooler bag atau cooler box yang telah dilengkapi dengan pek ais
Di Rumah
  • Simpan susu perahan yang diperlukan untuk hari esok dibahagian chiller.Contohnya susu perahan dalam sehari tu dalam 30oz.Dalam sehari anak hanya perlukan 20oz ketika di rumah pengasuh.
  • Letakkan contoh macam sya dulu 5 oz untuk setiap botol.Sehari 4 botol yang di perlukan.
  • Balance dari 30 oz td tinggal 10 oz maka bakinya boleh disimpan di tempat sejuk beku untuk di buat stock.
Tios Menyimpan Susu Perahan

Ibu-ibu perlu ingat ye sekiranya anak kita memerlukan 20 oz sehari, maka kita hendaklah berusaha untuk mendapatkan 20 oz sehari semasa mengepam, jangan pula kita dapat kurang dari itu, susah nanti bila kehabisan stok susu.Rasanya pasti ibu-ibu boleh dapat lebih dari 20oz seharikan.

Ingat tau ibu-ibu yang susu ibu kalau dibekukan pun masih jauh lebih baik dari susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi yang dilemahkan sementara. Apabila susu dipanaskan, antobodi akan aktif kembali.

Dan semasa kita dalam proses penyusuan ni, badan selalu lemau dan tak bertenaga. Kadang kala stress susu sikit, anak tak puas menyusu la dan macam-macam lagi masalah. Ibu-ibu tidak berseorangan. Memang itulah asam garam dunia penyusuan. Apa yang penting, jaga pemakanan, elakkan minuman berkafein dan berais, amalkan pemakanan untuk membanyakkan susu ibu seperti longan , herba , dan yang lain-lain lagi boleh rujuk di sini.

Jom ikuti Video seminit dari Puan Farah.Masalah Puan Farah hadapi ni hampir sama dengan masalah ibu-ibu lain hadapi.Puan Farah adalah nurse di IJN berkerja shif dan bayangkan macam sibuk pun beliau masih bertekad untuk susukan anaknya sehingga 2 tahun dan berusaha simpan stok susu.Apa yang telah puan Farah buat setelah dapat jawapan dari pak cik google ni.Jom kita saksikan.



Luka Bersalin Cepat Baik Dengan Zinc



Kebanyakan ibu bersalin pasti digalakkan makan ikan haruan untuk pemulihan dalaman. Pernah tak kita tahu kenapa ikan haruan , bukan ikan kembong , bukan ikan kerisi atau ikan ape-ape je la. Apakah khasiat ikan haruan ni kan sampai sangat bagus boleh merawat luka bersalin cepat baik.

Tahu tak korang yang ikan haruan ni kaya dengan zink.Mineral zink inilah yang sangat penting untuk membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman.IKan haruan bukan untuk wanita selepas bersalin sahaja tapi untuk semua jenis luka pembedahan memang elok amalkan pengambilan zink ni.

Namun bukan mudah untuk mendapat dan memasak ikan haruan hampir setiap hari kan.ditambah pula dengan harganya yang agak mahal.Lagi pun tak semua di kalangan kita yang boleh telan ikan haruan yang agak pekat dan agak berbau.

Jadi bagaimana cara untuk mendapatkan khasiat zink selain daripada ikan haruan ni.Tak susah pun sebenarnya untuk mendapatkan zink ni.

Oke tak perlu risau yerk.Ibu-ibu zaman moden sekarang bole dapatkan zink dalam set bersalin shaklee.Zink complex mrupakan salah satu komponen asas yang menggantikan fungsi ikan haruan. 

Zink Bantu Luka Bersalin Cepat Sembuh

Pengambilan zink semasa pantang sanngat bagus kerana dapat mengatasi masalah "kedinginan" selepas bersalin.Selain dari membantu luka bersalin cepat baik zink juga membantu menguatkan rambut hingga ke akarnya,maka rambut ibu tidak mudah gugur.

Kepentingan zink secara umumnya ialah 
  • merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh
  • Membantu dalam memetabolisme karbohidrat , lemak dan protien
  • Mineral yang diperlukan dalam setiap sel tubuh badan
Boleh lebih lanjut mengenai Zink Shaklee

Kalau anda bakal melahirkan bayi dan perlukan jamu moden dari shaklee boleh hubungu sya untuk mendapatkan Set Berpantang.Anda boleh memilih sendiri mengikut budjet yang anda ada.



Klik icon Beli Sekarang untuk membuat pembelian secara online dengan menggunakan Shaklee2u. Anda cuma perlukan kad keredit atau debit kad sahaja dalam pembelian online ini


** Boleh un-tick untuk membuang produk yang anda tidak mahu.


Untuk membuat pembelian secara COD boleh hubungi sya di 

Ø  Sms / Whatsapp / Call : 017-4205506

Ø  Email : fisyayusof87@gmail.com

Ø  Pm Fb : Fisya Yusof

Turunkan Berat Badan Dengan Cara Yang Berkesan



Stress kan kalau berat badan tak mau turun-turun.Melangut sendiri tengok baju baju lama yang terpaksa di buang gara-gara sudah tidak muat lagi.nak pakai juga mesti dah macam rupa balut nangka je.Membazir sangat kan.Lagi stress kalau baju kegemaran suatu ketika dulu pun dah tak boleh nak pakai.Rasa nak meraung menangis je tengok dok bersusun dalam almari tu.



Berdasarkan statistik yang dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti di Malaysia pada tahun 2006.

Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat.

1 Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan kita berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.

2 Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan jajan.

3 Jika terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar.

4 Jangan makan lewat malam. Jika kita tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur.Sebainya makan malam sebelum pukul 7.00.

5 Jika  terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.Buah kurma juga dapat membantu buatkan kita rasa kenyang.

6 Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Ini hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari.

7 Kawal nafsu makan kerana ia akan membuatkan kita makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan.

8 Jika masih gagal mengawal nafsu makan, boleh mencuba protien dari shaklee dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.

9 Boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat. pastikan pil diet yang mendapat pengesahan KKM ye.Klik sini untuk semak KKM supplement yang kita makan.

10 Tingkatkan aktiviti fizikal.Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari.Tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.

11 Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap sesi Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap sesi. Dengan cara ini,bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul.

Tanda-Tanda Nak Bersalin Yang Semakin Hampir



Pengalaman mengandung buat pertama kali pasti amat mengujakan ibu kan.Tapi macam mana nak tahu pula tanda-tanda nak bersalin kerana belum ada pengalaman kan??.Sangat penting untuk bakal ibu mengetahui tanda-tanda nak bersalin ini agar ibu-ibu boleh mengambil langkah selanjutnya. Ayuh teruskan pembacaan tentang tanda kelahiran yang semakin hampir.

Sebelum itu jom kita layan dulu seminit dua video dari Puan Hidayah yang melahirkan bayi pramatang dan apa yang Puan Hidayah lakukan.

Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.


Tanda-tanda nak bersalin


1. Keluar Lendir
  • Lendir ini boleh keluar beberapa hari sebelum hari bersalin.Kadang keluar lendir bersama darah.Macam sya masa anak kedua dulu,memang sekejap je.Pukul 11 malam keluar lendir berserta darah pukul 1 lebih sya bersalin.
2. Sakit belakang
  • Sakit belakang yang sangat berbeza daripada sakit belakang yang selalu kita rasa semasa mengandung.Ia berasa lebih kuat dan sakit di bahagian belakang baahgian bawah
3. Kontraksi
  • Tanda awal ibu hampir bersalin.Biaasanya perut akan mengeras selama 10 minit.Paling kerap pada kadar 20 saat bagi setiap kontraksi.Jika kontrasi yang kerap telah berlaku segera ke hospital untuk mendapatkan pemantauan dari doktor.
4. Air ketuban pecah
  • Sangat jarang berlaku kepada ibu yang hampir bersalin mengalami ketuban pecah, biasanya memerlukan bantuan doktor untuk memecahkan air ketuban untuk mempercepatkan proses bersalin.Namun jika ketuban pecah sendiri biasanya akan keluar cecair jernih dan tidak berwarna tetapi jika air ketuban berwarna hijau itu tandanayy bayi dah berak di dalam perut dan ini perlu segera ke hospital untuk pemeriksaan kerana takut bayi akan termakan najisnya sendiri dan akan menyebabkan jangitan kuman.
5. Perut memulas
  • Kadang terasa seperti hendak membuang air besar.Ini adalah kerana bayi sudah mula bergerak ke saluran peranakan.Jika sakit perut yang agak luar biasa ibu-ibu dinasihatkan berhati-hati supaya kejadian tidak diingini seperti bersalin di dalam tandas. 
6. Kerap membuang air kecil
  • Setiap 15-20 minit terasa nak kencing.Ini berlaku kerana bayi sudah bergerak ke bawah dan memberi tekanan pada pundi kencing.Situasi begini akan membuatkan ibu-ibu kerap terasa hendak membuang air kecil.
Sekiranya ibu-ibu dah mengalami salah satu tanda seperti di atas sebaiknya segera ke hospital berdekatan untuk mendapatkan kepastian dan rawatan lanjut.Jangan lupa bawa sekali bekalan yang di perlukan di dalam labour room yerk.

Sekiranya ibu-ibu ingin mendapatkan set bersalin boleh klik di sini yer.Set bersalin ini sesuai di ambil sebaik sahaja selepas lahir dan boleh di teruskan sekiranya bayi terkena jaundis.Set bersalin ini juga sesuai untuk bersalin normal mahupun pembedahan.

Boleh klik di sini untk mempelajari tentang teknik untuk memudahkan proses kelahiran,

Semoga tips ini bermanfaat untuk semua.

10 Tips Merangsang Kehamilan


Mengandung dan melahirkan anak adalah saat-saat paling berharga buat seorang wanita.Ia menandakan pusingan kehidupan sebagai seorang wanita telah pun lengkap.Namun, bukan semua wanita mudah untuk mengandung dan melahirkan anak. Ada segelintir daripada kita yang memerlukan bantuan bagi merangsang kehamilan dan memerlukan makanan tambahan untuk mempercepat proses kehamilan.

Apa yang penting dan perlu di ingat ialah jangan terfikir untuk berhenti berusaha!Dan jangan penat meminta dariNya.Dia maha pencipta , dia maha mengetahui semuanya.


Tips Merangsang kehamilan



Untuk mereka yang tergolong dalam kategori sukar untuk hamil ini. Jangan bersedih. Yakinlah bahawa ini semua adalah rezeki dari Allah Taala untuk hambaNya.Mungkin sedikit TIPS di bawah boleh membantu anda. Tiada salahnya untuk anda mencuba tips berikut:

  • Anda boleh mula mengambil Asid Folik. Pengambilan 0.4mg Asid Folik ini dapat mengurangkan 50 hingga 70 peratus risiko kemungkinan  melahirkan bayi yang mengalami kecacatan tiub neural. Pengambilan Asid Folik haruslah sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan sebelum mengandung.Boleh juga amalkan Set Kesuburan
  • Jadikanlah sesi melakukan hubungan intim sebagai saat yang paling ditunggu-tunggu dan menyeronokkan. Untuk menjadikannya lebih menarik, gunakanlah bilik lain selain dari bilik tidur untuk mengubah suasana sensual.
  • Hindarkan dari terus bangun dan menuju ke bilik air selepas melakukan hubungan seks. Berbaringlah sekurang-kurangnya lima minit. Tujuannya ialah untuk meningkatkan jumlah sperma yang berjaya berenang ke ovum.
  • Sematkan dalam ingatan! Menghasilkan zuriat adalah ibarat bermain dengan nombor. Walaupun semuanya kelihatan ‘sempurna’ di mata anda, hakikatnya hanya peluang adalah 25 ke 30 peratus untuk hamil bagi setiap kitaran kesuburan.
  • Adakah anda peminat tegar minuman berkafein? Bolehlah hentikannnya sekarang. Bertukarlah kepada minuman tanpa kafein. Pengambilan lebih daripada 3 cawan minuman berkafein dalam sehari boleh menghalang perkembangan bayi dan menyumbang kepada masalah kesuburan.
  • Sekiranya anda atau pasangan anda, bekerja di tempat yang mendedahkan anda atau pasangan kepada bahan-bahan yang berbahaya, anda perlu bertekad untuk mencari peluang kerja di tempat lain. Ada sesetengah bahan boleh memberi kesan negatif kepada kualiti sperma, ovum mahupun perkembangan embrio
  • Berjumpa doktor untuk mengetahui rekod perubatan anda dan berbincanglah dengan terbuka berkenaan perancangan untuk hamil.
  • Pastikan kawasan di sekitar faraj adalah ‘mesra sperma’. Elakkan penggunaan penyembur faraj atau tuala wanita yang berbau wangi kerana ini menyebabkan ketidakseimbangan pH di sekitar vagina. Juga elakkan bahan pencuci buatan atau minyak sayuran kerana ianya boleh membunuh sperma anda!
  • Pujuklah suami anda untuk mandi air sejuk lebih kurang 30 minit sebelum melakukan hubungan intim. Ini kerana mengikut kajian,  air sejuk akan melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan kadar pergerakan sperma.
  • Sebaik sahaja anda selesai mengadakan hubungan kelamin, letakkanlah bantal di bawah punggung dan tunggu selama 30 minit. Mengapa biarkan graviti menghalang? Berikan sedikit rangsangan kepada ‘mereka’ untuk berenang.

Setelah kita berusaha dengan segala petua dan tips yang disarankan, justeru mintalah pada Allah yang Maha Berkuasa. Antara himpunan doa yang boleh diamalkan oleh kita sebagai muslim adalah seperti berikut:



Para bakal ibu...teruskan usaha & berikhtiar, selebihnya tawakal kepada Allah. Allah akan beri kita zuriat tepat pada waktunya...In shaa Allah 

Gemuk Buatkan Sukar Hamil??



"Kak,saya dah 2 tahun berkahwin tapi sehingga sekarang saya belum pun di sahkan hamil.Saya ingin mencuba set kesuburan yang shaklee sediakan tapi masalahnya badan saya agak gemuk.Saya dah berjumpa dengan doctor dan dah di nasihatkan untuk saya turunkan berat badan terlebih dahulu.Apa yangsaya nak tahu adakah perlu untuk saya ambil set kurus terlebih dahulu.Boleh tak akk terangkan pada saya adakah sebab gemuk buatkan sukar hamil??"

Gemuk


Antara soalan yang sering ditanya oleh customer wanita yang ingin mengandung tapi punya masalah berat badan / gemuk.

Oke jom sya kupaskkan sedikit tentang masalah gemuk buatkan sukar hamil ini.
Gemuk atau obesiti sering kali di kaitkan dengan individu yang mempunyai berat badan lebih 30% dari berat yang sepatutnya.Ini selalu di kaitkan kepada individu yang kurang melakukan aktiviti sihat seperti bersukan , tidak menjaga pemakanan yang sihat dan kemungkinan menghadapi masalah kesihatan.

Mengikut dari kajian yang telah dibuat dari Jabatan Obstetrik , Gibekologi dan Biologi Reproduktif Universiti Michigan Amerika Syarikat,Barbara Luke mendapati wanita gemuk / obes berisiko 28% berdepan dengan masalah kesikaran untuk hamil.Dan skiranya hamil , kandungan mereka kemunginan tidak akan bertahan sehingga ke peringkat kelahiran.Manakala kes yang berjaya melahirkan pula jumlah kelahiran pramatang turut meningkat.Barbara melakukan kajian ke atas masalah ini dan hampir 50 ,000 wanita menggunakan teknologi reproduktif.

Wanita yang gemuk sukar hamil kerana tubuh mereka tidak bersedia untuk pembesaran janin melainkan mereka berjaya menurunkan berat badan seperti yang telah disarankan oleh doktor serta menjaga kesihatan sebaiknya.gemuk juga dikaitan dengan hormon yang tidak stabil.Penghasilan telur bagi wanita dan sperma bagi kaum lelaki akan terjejsas akibat rembesan hormon yang tidak stabil ini.

Ada juga kaotan dengan masalah PCOS ( Sindrom Ovari Polistik ) iaitu punca utama masalah kesuburan.Iniadalah kerana proses ovulasi yang terganggu samaasa penghasilan telur yang tidak matang atau tiada ovulasi langsung.Gangguan hormon menyebabkan pembesaran telur tidak sempurna dan tidak mencapai saiz yang sepatutnya untuk disenyawakan.

Antara produk shaklee  yang biasa di cadangkan untik membantu mengatasi masalah gemuk buatkan sukar hamil ini ialah :

1. Energizing Soy protien ( ESP)

·  ESP merupakan protien lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang membantu dalam pembentukan sel baru.Protien ialah makanan asas kepada sel.ESP merupakan sumber protien biologi yang lengkap berasaskan tumbuha secara semulajadi yang rendah lemak , bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

2. GLA Complex 
· Membantu dalam mengawal dan mengatur kitaran haid
· Membantu tingkatkan kesuuburan 
· Boleh baca di sini bagaimana GLA  Complex membantu untuk cepat hamil

3. Alfafa Complex
· Alfafa berfungsi sebagai agen detox yang akan mengangkut lemak-lemak yang tidak diperlukan disingkirkan daripada badan.
· Alfafa juga membantu dalam proses pelawasan yang turut berperanan dalam menurunkan berat badan.
· Baca lagi tentang kebaikan alfafa di sini

4. Lecithin 
· Lecithin bertindak sebagai pemecah lemak yang sangak baik.Pengambila lecithin secara konsisten dan dalam kuantiti yang disarankan mampu membantu masalah obesiti dan mempercepatkan pembakaran lemak.
· Membantu memecahkan lemak dalam badan dan mengurangkan lemak yang tersangkut di pembulihan darah.
· Membantu mengawal paras triglycerides.
· Jika ingin kesan yang lagi cepat boleh juga mencuba minyak ikan shaklee.


Jika anda salah seorang yang memunyai masalah seperti adik ini yang ingin kurus dan sekaligus ingin hamil anda boleh hubungi sya melalui :


Tips Luka Jahitan Selepas Bersalin Cepat Sembuh

Bagi ibu selepas bersalin pastinya perkara yang paling menggerikan adalah menangani masalah luka jahitan selepas bersalin selain dari masalah sembelit ketika dalam pantang kan.Yang lagi ngeri mestilah kita risau tentang masalah luka jahitan tu kan.Sebab itu la kalau boleh kita kena elakkan dari di jahit dengan melakukan perineum masssage.Tapi kalau dah tak dpat nak elak dan terpaksa melalui episiotomi , kita boleh amalkan beberapa tips untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan selepas bersalin ni.
Kalau ikut petua orang tua dulu-dulu mereka lebih suka amalkan pengambilan ikan haruan pada awal berpantang supaya kulit mudah tercantum semula , namun begitu luka di dalam masih belum betul-betul kering sepenuhnya.Sya sendiri pun tak makan ikan haruan ni sebab berpantang di bandar agak susah kot nak cari kan.Tapi kalau ada pun belum tentu sya dapat nak telan ikannya.Hihihi.

Tips luka jahitan selepas bersalin  cepat sembuh :

1.  Berhati-hati bila melakukan pergerakan
  • Berhati-hati terutamnanya ketika hendak bangun atau duduk di kerusi.Biasa kalau duduk terlalu lama akan buatkan kita rasa tak selesa jadi alaskan tempat duduk dengan bantal yang lembut.
  • Jangan duduk atau baring terlalu lama.Jika boleh duduk di atas bantal donut atau pelampung yang lembut untuk mengelakkan tekanan pada luka.
2. Gunakan ice-pack
  • Letakkan ice pack pada kain yang bersih dan lembut dan letakkan pada bahagian luka untuk melegakannya.
3.Elakkan dari terkena sembelit
  • Elakkan makanan yang boleh membuatkan kita sembelit dalam tempoh berpantang terutama pada awal bersalin.
  • Lebihkan makan makanan berunsurkan fiber dan pastikan minum air yang secukupnya. 
== > Mitos seperti minum air banyak akan meyebabkan peranakan berair atau memakan sayur
kerana menyebabkan angin adalah tidak benar sama sekali. Minum air secukupnya penting
kerana selepas 1-3 hari bersalin badan secara semula jadi akan membuang air lebihan 
yang terkumpul semasa hamil dan ini akan membuatkan badan kekurangan air secara 
medadak, menyebabkan masalah sembelit dan kekurangan susu badan. Kekurangan air 
juga menyebabkan luka episiotomi sukar sembuh dan masalah sembelit pula akan menyebabkan kesakitan ketara pada luka anda.

4. Pastikan vagina sentiasa kering.
  • Vagina yang luka selepas bersalin lebih terdedah kepada jangkitan kuman.Jadi pastikan setiap kali ke tandas pastikan kawasan vagina dibersihkan dengan air suam dan juga di keringkan.
  • Tukarkan pads sekerap yang mungkin
5. Senaman kagel
  • Selain menguatkan lantai pelviks untuk mengelakkan peranakan jatuh atau tombong , senaman kagel juga boleh menggalakkan peredasran darah ke kawasan vagina yang akan membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.
6. Sitz bath

  • Amalkan sitz bath dengan merendam punggung kita di dalam besen yang berisi air garam.Ia mampu mengurangkan sakit dan membantu membersihkan luka sehingga dalam vagina dan membuatkan luka cepat sembuh.
7. Supplemen
  • Selain 6 cara penjagaan di atas pengambilan supplemen juga turut membantu dalam penyembuhan luka jahitan.
  • Dengan pengambilan Set Bersalin Shaklee memang sangat membantu.Selain dari luka cepat sembuh dalam masa seminggu, ia juga menguatkan imun sistem baby yang sangat rendah selepas lahir dengan mendapat khasiat Vitamin C melalui susu ibu.

Untuk yang berminat atau ada sebarang pertanyaan bagi mendapatkan produk shaklee ini anda boleh hubungi sya melalui :


Urutan Perineum Kurangkan Risiko Terkoyak Semasa Bersalin




Zaman sekarang ni dah bermacam kelas untuk bakal  ibu di adakan.Salah satu nya adalah kelas antenal.Sya pernah hadir sekali ke kelas antenatal ni di hospital Serdang 2 tahun lepas.Dalam kelas ni peserta akan di ajar cara-cara nk push , cara menahan pernafasan , ilmu menyusukan bayi , cara lekapan , urutan perineum yang mana urutan ni boleh kurangkan risiko terkoyak semasa bersalin dan banyak lagi tentang sebelum dan selepas kelahiran.

Kelas antenlan ni seharusnya wajib di hadiri oleh ibu-ibu terutamanya yang baru nak lahirkan bayi pertama.Tapi yang dah ada pengalaman pun tak ada masalah untuk hadir ke kelas tersebut.Banyak ilmu baru yang akan kita pelajari jika hadir ke kelas.Memang nampak tak penting tapi sebenarnya jika pergi ke kelas kita akan lebih tahu cara dan teknik yang betul untuk bersalin , menyusukan dan sebagainya.

Untuk entry kali ni sya nak terangkan sedikit tentang urutan perineum.Dengan mengamalkan urutan perineum yang konsisten ada ibu-ibu yang bersalin tidak perlu lagi jahitan selepas proses kelahiran.Bestkan kalau dah tak kena jahit lagi.

Apa itu urutan perineum??

Perineum adalah kawasam antara vagina dan dubur.Semasa proses melahirkan , kulit di kawasan ini akan turut tertekan dan jiika salah teknik ketika meneran maka akan menyebabkan berlakunya koyakan di kawasan tersebut.Dan sekiranya ada msasalah tertentu , doktor terpaksa mengguntingkan untuk membesarkan saluran bersakin supaya bayi mudah keluar.

Jadinya sebagai persediaan bagi memudahkan saluran bersalin ini, para ibu digalakkan untuk melakukan urutan perineum agar kulit di kawasan tersebut lembut , lembab dan elastik.In shaa Allah kita akan dapat mengelakkan risiko koyakan perineum yang teruk.

Mengikut dari sumber bacaan yang sya baca ibu-ibu digalakkan membuat urutan perineum ini bermula dari minggu ke 34 kehamilan sehingga lah saar mahu melahirkan.Sebelum melakukan urutan pastikan jari kita benar-benar bersih.Minyak yang disarankan untuk membuat urutan ini ialak minyak kelapa dara atau minyak zaitun keranan ianya lebih selamat.Elakkan dari menggunakan minyak bayi atau minyak jeli petroleum kerana ia cmengandungi bahan kimia walaupun dalam kuantiti yang sedikit.

Walaubagaimanapun urutan ini bukanlah jaminan 100% yang kita tidak akan mengalami koyakan atau doktor tak perlu buat potongan eposotomi , tetapi sedikit sebanyak membantu mengurangkan koyakan.Tak salah kita mencuba dan selebihnya berserah kepada Allah s.w.t.

Ok sekarang dah tahu kan apa itu urutan perineum??Sekarang jom teruskan pembacaan mengenai teknik urutan perineum pula.

Teknik urutan perineum ;

urutan perineum kurangkan risiko terkoyak semasa bersalin

urutan perineum kurangkan risiko terkoyak  semasa bersalin

  1. Bersihkan tangan dengan sabun 
  2. Sapukan jari dengan minyak kelaa dara / minyak zaitun
  3. Letakkan ibu jari dalam dinding vagina
  4. Letakkan 4 lagi jari di bahagian bawah punggung
  5. Masukkan ke dalam sedikit dan gerakkan ibu jari dan jari yang lain mengikut bentuk "U"
  6. Urut sekurang-kurangnya dalam masa 5 minit setiapi kali.
  7. Selepas selasi urutan buat kemutan pada vagina.( seperti hendak menahan kencing atau menahan angin keluar.Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 nsaat.Ulang semula sehingga 10 kali).

Urutan perineum ini dapat membantu ibu-ibu  yang bersalin untuk mengurangkan risiko jahitan semasa kelahiran bayi.Ini kerana bahagian perineum telah kita latih untuk meregang semaksima mungkin.

Mungkin untuk kali pertama melakukan urutan ini kita akan berasa sakit dan tak selesa.Tetapi kita akan mulai rasa selesa selepas beberapa kali urutan ini di buat.Cuba buat setiap hari sebaiknya selepas mandi kerana  pada kerika itu bahagian vagina kita masih lembap.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua ibu-ibu yang bakal melahirkan.


Makanan Yang Membakar Lemak Dengan Cepat



Untuk mereka yang sedang berdiet dan ingin kelihatan langsing, pastilah sangat mementingkan tentang pemakanan kan.Tak nak yang berkalori , berminyak dan sebagainya yangh boleh membuatkan lemak degil semakin bertambah.Best kan kalau ada makanan yang membantu dalam pembakaran lemak ni.Semulajadi gitew.Makan kenyang tapi badan mentain ayu.Ok di sini sya senaraikan beberapa jenis Makanan Yang Membakar Lemak dengan cepat


Makanan Yang Membakar Lemak Dengan Cepat


Makanan Yang Membakar Lemak Dengan Cepat
  1. Oat - Bukan sahaja mengenyangkan dan sedap , oat juga sangat membantu mengurangkan tahap kolestrol dalam badan.Amalan mengambil oat setiap hari sangat membantu rutin diet kita.Oat juga boleh di pelbagaikan seperti overnight oat supaya tak la kita boring pula nanti hari-hari makan oat yang sama jer kan.
  2. Telur -Telur adalah sumber yang kaya dengan protien dan rendah kalori.Telut membantu kita membina otot dan membangunkan kolestrol baik.Ahli bina badan mengambil berbelas biji telur sewaktu sarapan mereka.
  3. Buah Epal - Epal kaya dengan antioksidan.Ia juga mengandungi pectin yang berfungsi mengurangkan lemak dalam sel badan kita
  4. Bawang putih - Mengandungi Alliicn yang mempunyai ciri-ciri anti bakteria yang membantu sistem badan untuk mengurangkan lemak dan membuang kolestrol jahat dalam badan.
  5. Cili hijau - Mengandungi capsaicin yang membantu untuk membangunkan sel-sel pertumbuhan badan dan membakar kalori dalam badan dengan cepat
  6. Madu - Madu yang diminum bersama air suam setiap pagi , membantu membakar lemak dalam badan.
  7. Teh hijau - Teh yang paling efektif untuk menurunkan berat badan.Ia mengandungi antioksidan yang membantu menstabilkan berat badan .Untuk kesan yang cepat ambil teh hijau 2x sehari.
  8. Wheat Grass - atau dalam bahasa melayu dikenali sebagai Rumput gandum , membantu meningkatkan metabolisme badan dan mengurangkan lemak dalam badan.
  9. Tomato - Membantu memnbakar lemak dengan cepat.Selain itu , ia juga membantu kita untuk menjauhkan diri dari kanser.Sangat bagus diamalkan untuk kesihatan dan kecantikan.
  10. Coklat gelap - Mengandungi flavonoid , ciri-ciri anti radang yang membantu untuk mengurangkan tahap kolestrol dalam darah.Ia merangsang pertumbuhan serotonin dalam darah dan juga membakar lemak degil.
Kebanyakan daripada 10 Makanan Yang Membakar Lemak denan cepat yang sya senaraikan di atas ni adalah antara makanan yang biasa sangat kita jumpa.Bukannya makanan pelik-pelik pun kan.So mudah je, amalkan mana yang kita rasa senang.Bukan bermakna kena amalkan kesepuluh makanan tersebut pula ye.

Nak kurus dengan lebih cepat lagi??Kami ada sediakan suplement semulajadi san sihat dari shaklee.Set premium ada , set pertengahan ada , set bajet pun ada.Semua nya anda yang tentukan untuk mendapatkan set yang mana yang bersesuaian dengan poket anda.

Sila klik DI SINI untuk maklumat lanjut tentang set kurus shaklee bajet.Set slimming untuk ibu menyusu pun ada ya.

Untuk mencuba produk ini, sila hubungi sya di :

Call / Whatsupp : 017-420 55606

Email : fisyayusof87@gmail.com

Lecithin Dan Omega Untuk Memecahkan Lemak Degil

Pagi tadi di sebabkan sya MC atas masalah kesihatan tetiba ada seorang cust yang whatsapp sya ingin membeli set kurus tapi dalam masa itu dia bertanyakan pada sya apa perbezaan antara lecithin dan omega ni.Kan keduanya adalah berfungsi sebagai agen pembakar lemak juga.Oh sungguh bagus soalan adik ini.Sya suka..Sya suka...
Lecithin Dan Omega
Perbezaan antara Lecithin ni di ibaratkan seperti kereta honda dan kancil la yerk.Yang mana Lecithin tu adalah kancil dan Omega tu ibarat honda.
Apabila di buat perbandingan mengenai keberkesanan diantara lecithin dan omega,yang manakah kita dapat rasakan yang lebih berkesan.Jawapannya mesti lah OMEGA kan , kerana itu ia diumpamakan seperti kereta Honda.Omega lebih pantas berdesup.Membakar lemak degil berbanding lecithin.Tapi ini bukan bermakna Lecithin tidak bagus ye.
Membeli ikut bajet poket sendiri ye.Bukan kata nak kurus sangat kita perlu juga-juga dapatkan omega sampaikan terpaksa ikat peruk tak makan.Haa tak mau macam tu yerk.Kalau kekurangan bajet boleh je ambil lecithin asalkan ikut cara makan yang telah SID anda tetapkan.In syaa Allah akan berkesan jika anda mengikut arahan pemakanan yang betul.
Ok bagaimana pula kesannya kalau kedua supplemen ini di gabungkan.???Lecithin dan Omega ??Sudah tentulah boleh dan pastinya keputusan nya pun marvelous sangat.Lecithin berkerja untuk membantu pembakaran lemak yang baru terbentuk manakala Omga pula berkerja untuk memecahkan lemak tepu yang telah lama terkumpul.
Jom sya terangkan tentang kedua supplemen ini secara lebih mendalam ye.
1. Lecithin sebagai pengemulsi lemak
  • Lecithin yang beraasal dari minyak biji soya berfungsi mengemulsi lemak dan memastikan leamk kekal di dalam sistem digestive dan tidak memendapkan diri ke dinding membran menjadi lemak kental
  • Emusi lemak bermaksud lemak itu  di pecahkan molekulnya kepada lebih kecil supaya ia lebih mudah bergerak di dalam sistemm pencernaan.Jadi secara logiknya lecithin berupaya membasmi lemak yang kita makan sewaktu itu bukannya membakar lemak sedia ada yang terkumpul di dinding membran.
  • Jadi boleh ke guna lecithin ni??Kalau tiada lemak termendap maka kuranglah lemak terkumpul.
  • Ini bermakna lecithin bukanlah pembakar lemak tapi ia adalah pengemulasi lemak.Kita perlukan sesuatu untuk keluarkan lemak yang telah teremulsi iaitu alfafa dan herb-lax.

2. Omega guard sebagai pembakar lemak
  • Omega tidak mengemulsi lemak tetapi fungsi minyak ikan membantu pembakaran lemak termendap.
  • Menghalang penghasilan homon cortisole yang menggalakkan penyimpanan lemak
  • Memperbaiki kadar gula dalam darah
  • Fungsi omega 3 melancarkan perjalanan darah ke otot ketika bersenam.Maka lebih banyak pembakaran akan berlaku.Omega 3 berfungsi secara berikut:
          Menghalang pembentukan lemak ---> menambah metabolisme --> bakar lemak

Untuk pengetahuan semua yang masih belum mengenali tentang Lecithin dan Omega ini ingin sya jelaskan yang kedua supplemen ni bukan ubat untuk kurus yer.Bukan..Bukan....Bukan dan sama sekali Bukan.Ia adalah makanan tambahan di mana ia akan membantu untuk memecahan lemak secara sihat dan semulajadi.

Ingat juga untuk kurus bukan dalam sehari dua hari tiga hari.Mungkin ambil masa yang agak lama sebabnya lemak yang kita kumpul pun bukan dalam sehari dua kan.Dah bertahun kot kita simpan lemak tu.Denhan pengambilan supplemen ini biarlah nampak kesan yang lambat tapi menyihatkan kita dan bukan ambil yang seminggu dah tuun berkilo tapi akan buat kan kita tanggung kesakitan di kemudian hari.

Antara cadangan supplemen set slimming yang sering mendapat sambutan dalam shaklee ialah
  • Pilihan 1 - Lecithin + Alfafa
  • Pilihan 2 - Lecithin + Alfafa + ESP
  • Pilihan 3 - Lecithin + Omega + Alfafa + ESP
  • Pilihan 4 - Lecithin + Omega + Alfafa + Cinch Shakes
  • Pilihan 5 - Lecithin + Alfafa + Herb Lax
Sekarang dah tahu kan tentang gabungan lecithin dan omega ini??Jadi yang mana menjadi pilihan anda??Confuse nak buat keputusan yang mana 1??Pm la sya..In shaa Allah sya akan bagi cadangan yang terbaik untuk anda semua.


Hubungi sya seperti yang tertulis di bawah yer.


Apakah Punca Dan Cara Mengatasi Masalah Sakit Kepala


Punca dan cara mengatasi masalah sakit kepala\

Mesti ramai kan antara kita ni yang sering kena sakit kepala.Sakit kepala kadang boleh membawa kepada masalah yang lebih serius jika ia berlaku dengan terlalu kerapdan di biarkan begitu sahaja tanpa mendapatkan sebarang rawatan dari pakar perubatan.
Sakit kepala terjadi dari pelbagai punca dan antara puncanya ialah seperti : 
  •  Waktu makan yang tidak betul (sering terjadi kepada sya)
  • Terlalu memikirkan tentang sesuatu masalah 
  • Terlalu risau akan sesuatu perkara
  • Stress
  • Kemurungan
  • Sakit gigi (memang azab sakit kepala kalau berpunca daripada sakit gigi)
  • Tekanan darah tinggi
  • Amalan hidup yang tidak sihat & seimbang
  • Migrain
Punca Sakit Kepala Dan Cara Mengatasinya


Sakit kepala yang disebabkan oleh migrain biasanya berlaku akibat perjalanan darah yang berkurangan di nahagian otak lalu merebak ke bahagian hadapan.Antara punca yang sering terjadi migrain adalah disebabkan faktorketurunan , kekuragan zat/nutrisi dalam badan , kesan pengambilan ubat-ubatan tanpa had,pengambilan kafein yang terlalu tinggi dan suka mengamalkan mekanan segera ( fast food ).

Apa yang boleh membantu kita mengatasi masalah sakit kepala??

Selain dari berehat atau baring sekejap ada juga yang gemar mengamalkan pengambilan ubat tahan sakit , asprin , atau panadol untuk mengatasi masalah sakit kepala yang mereka hadapi.

Ada juga yang suka menyapu minyak angin / minyak cap kapak dan urut di bahagian dahi , atas batang hidung ( tarik sampai merah) serta tengkuk bagi menghilangkan rasa sakit kepala namun begitu bukan semua sakit kepala boleh di atasi dengan masalah ini.

Pernah juga sya tengok bekas rakan sekerja sya dlu bila sakit kepala dia akan tarik rambutnya sampai berbunyi letupan.Baru puas dan lega sikit katanya.Sya pernah suruh dia buat tapi masyaAllah sakitnya,hihi.Tapi sekarang rakan sya tu dah bebas sari serangan sakit kepala selepas beliau amalkan supplement yang semeulajadi ni.

Kawan sya ni memang tak suka makan ubat tahan sakit sebab katanya ubat tu hanya bertahan smentara dan bila dah sampai waktu nya sakit akan kembali lagi.Jadi apa yang kawan sya buat adalah dengan mengamalkan memakan supplemen dari shaklee.

Apa yang kawan sya amalkan??Jom kita tengok sama-sama.Mana tahu yang mana memang ada masalah sering sakit kepala tu ingin mencuba juga kan selepas ini.Lebih baik amalkan supplement dari kena makan ubat tahan sakit kan.

Tips Elakkan Peranakan Jatuh Selepas Bersalin


Kita sebagai wanita pasti akan berasa takut kan kalau dengan orang bercerita tentang Peranakan Jatuh terutama selepas bersalin.Ada juga yang kenali peranakan jatuh ni sebagai tombong.Kalau kita google gambar Peranakan Jatuh pun kita akan berasa ngeri patah lagi kalau kita sendiri yang mengalaminya.Namun ini lah realiti yang kita sebagai wanita kena hadapi.

Allah jadikan kita wanita untuk dengan adanya rahim untuk memegang bayi di dalam kandungan selama  9 bulan.Jadi bayangkan lah apa yang terjadi kalau rahim yang kecil menampung berat bayi dalam kandungan hampir 3kg , malah ada yang berat lagi.Bila bayi dah keluar  rahim yang menjadi mengecut secara sendiri ke??Mestilah jawapannya tak kan..Ianya mengambil masa yang agak lama untuk kembali ke bentuk asal.

Peranakan Jatuh


Sebab itu wanita selepas bersalin memerlukan penjagaan yang sangat rapi.Kalau tak susah di kemudian hari.Mari sama-sama kita kenalipasti adakah kita salah seorang yang mengalami masalah Peranakan Jatuh ini.Sila dapatkan nasihat dan rawatan pakar kalau kita tergolong dalam masalah ini.Ini bukan sahaja berkaitan dengan masalah kesihatan kita malahan hubungan kita  dengn passangan juga mungkin akan terjejas.

Peringkat peranakan jatuh

1. Peringkat pertama
  • Peranakan jatuh sedikit sahaja dari kedudukan normal,tetapi masih dalam vagina/faraj.Pada peringkat ini  kebanyakannya tidak mengalami apa-apa simptom.
2. Peringkat kedua
  • Sebahagian dari rahim telah terkelur dari vagina.Pada peringkat ini wanita mungkin akan berasa sakit belakang,akan berasa berat pada bahagian pinggan ke bawah dan pastinya terdapat benjolan pada bahagian serviks terkeluat melalui bukaan wanita terutamanya ketika dalam keadaan berdiri
3. Peringkat ketiga
  • Keseluruhan rahim telah berada di luar kawasan vagina.Biasanya keadaan ini akan bersama terjatuhnya pundi kencing pada bahagian hadapan dan kejatuhan usus besar pada bahagian belakang.Pada peringat ini rahim masih boleh ditolak masuk kedalam vagina apabila pesakit baring di atas katil.
Siapa yang berisiko mengalami peranakan jatuh ini?
  1. Ibu yang pernah hamil dan bersalin
  2. Mereka yang telah putus haid dan telah menopaus
  3. Mereka yang menghidap baruk kronik.
Apakah punca terjadinya peranakan jatuh ini?
  1. Peranakan jatuh apabila lantai pelvis dan ligamen sekitarnya menjadi lemah lantas tidak mampu memberikan sokongan secukupnya kepada rahim.Oleh sebab iti rahim akan meentor jatuh dan tersembul keluar dari bukaan faraj.
  2. Kerosakan pada lantai pelvis dan ligamen semasa kehamilan dan proses bersalin
  3. Kesan graviti
  4. Ketiadaan hormon estrogen
  5. Akibat suka meneran berulang kali  selama bertahun-tahun.
Langkah pencegahan untuk mengelakkan peranakan jatuh

1. semasa hamil.
  • Lakukan senaman lantai pelvis
  • Lakukan kemutan pada otot-otot lantai pelvis(kemutan otot untuk berhentikan air kencing)
  • Kekalkan kemutan tersebut sehingga 5 saat dan rehat selama 5 saat
  • Ulang balik kemutan dantambahan ke 10 saat kalau boleh
  • Lakukan sebanyak 3 kali sehari dan 10 kali kemutan pada setiap sesi.
  • Boleh juga lakukan kegel excersice ini pada bila-bila masa

Senaman Kagel

2. Semasa Bersalin
  • Elakkan meneran terlalu awal sebelum pintu rahim terbuka sepenuhnya
3. Selepas bersalin
  • Elakkan dari menhadapi sembelit ( Boleh baca di sini di mana sya pernah kuoaskan mengenai isu cara mengatasi sembelit ketika berpantang)
  • Lakukan senaman lantai pelvis secara berterusan.
  • Elakkan menggangkat barang yang berat termasuk anak kecik selain bayi newborn
4. Selepas menopous
  • Hormon terapi gantian (HTR) mungkin membantu mengurangkan risiko rahim jatuh 
  • Elakkan berdiri terlalu lama , mengangkat barangan berat 
Amalan sihat semasa dalam pantang yang perlu kita ikuti.
  1. Cara erpantang yang betul boleh mengelakkan dari risiko terjadinya peranakan jatuh.
  2. Pemakanan yang berkhasiat juga membantu dalam proses penyembuhan ibu berjalan lancar dan ini akan membantu otot dan ligamen pada lantai pelvis.
  3. Memilih set berpantang yang terbaik juga dapat membantu kita keka sihat dan bertenaga dalam tempoh berpantang.(klik di sini jika ingin tengok set berpantang terbaik)
  4. Pastikan mendapat fiber ang mencukupi dan air yang banyak untuk membantu masaah pencernaan dan membantu mengelakkan terjadinya sembelit.
  5. Lakukan senaman pelvis sekurangnya 3 kali seminggi selepas besalin.
  6. Amalkan bertungku dan berbenkung dengan cara yang betuk.Dengan bertungku ini dapat membantu pengecutan rahim, pengempisan perut dan meletakkan rahim pada kedudukan yang betul.

Rahim adalah aset wanita yang sangat penting dan di jaga untuk suami kita.Jadi kita kenalah jaga demi untuk kebahagiaan kita untuk masa sekarag dan akan datang.

Semoga perkongsian sya ni bermanfaat untuk semua terutamanya wanita yang sudah berkahwin. 

Nak Harga Ahli Shaklee Dan Cash Back Bonus Klik Sini | Twin Pack Vivix Free Membership Klik Sini
X