Tabung Insyirah

DIY Penyangkut Tudung Berawning

Tudung berawning banyak sangat.Kalau tak kena cara gantung boleh buatkan awning tudung patahkan.
Sibuk la nak fikir cara terbaik agar awning-awning tudung tu tak patah.,Sebelum ni pakai hanger yang bulat-bulat tu.Tapi lama-lama bila dah bnyak sangat nampak macam tak berapa kemas je.
Cth penyangkut tudung

Bila google penyangkut tudung berawning dapat macam gambar di bawah.Dengan harga jual semahal Rm 25 sekali postage Rm 9.00.Total dah jadi Rm34.Macam rugi plak belikan.


Sekali berdesup idea datang supaya DIY jer sendiri penyangkut tudung berawning ni.Bukan susah mana pun kan.Barang yang di perlukan pun tak banyak dan kos pun tak sampai Rm 10 (berkira sangat kan).Boleh gantung sama dengan kos yang kena beli sampai Rm 25 tu.Jimat duit.

Barang yang di perlukan pun tak banyak.3 barang jer pun.Antaranya ialah 
  1. Hanger Baju
  2. Sepit Baju
  3. Cable tie

Cara buat pun sangat la mudah..Budak sekolah rendah pun boleh buat tau.

Mula-mula ikat cable tie kat hanger dan 1 cable tie lagi di masukkan ke dalam lubang penyepit baju dan ikat dengan cabli tie yang pertama tadi.

Buat la sampai habis dan muat untuk penyepit tu yerk.

Tengok mudah sangat kan.Ok lepas ni dah boleh diy sendiri korang punya penyangkut tudung berawning.Jimat kos tau beli cable tie dan penyepit baju baru Rm 4.00

Selamat Mencuba...

Kepentingan Nutrien Semasa Kehamilan

Pentingnya pengambilan nutrisi semasa kehamilan untuk memastikan diri kita sihat dan kandungan kita membesar dengan baik. Zat dan nutrien ni kita boleh dapat melalui pemakanan seharian kita tapi cukup ke nak tampung pengambilan zat dan nutrien kita dan bayi dalam kandungan?

Kebiasaannya di awal kehamilan selalunya kita akan mengalami morning sickness, tak selera nak makan, muntah tak pun ade makanan yang kita nak makan, ada yang kita tak lalu nak makan mana nak dapat zat-zat dan nutrisi tu kan? Jadi sebab itulah makanan tambahan atau supplement ini penting dan memainkan peranan seawal kehamilan kita. Biasalah badan kita mengalami perubahan dan terkejut sebab semuanya mengembang, baby pon makin hari makin membesar jadi segala zat badan kita ni diserap sebab tu kita perlu lebihkan pengambilan zat nutrisi ni.

Sya biasa akan suggestkan customer untuk ambil set kehamilan ni kerana setiap satu supplement ada kelebihan dan keperluan untuk kita dan bayi. Jangan risau, supplement shaklee ni 100% semulajadi dan organik.

Perjalanan Kehamilan
  • Ibu hamil menghasilkan 50% lebih banyak darah
  • Metabolism anda membakar tenaga dengan lebih bagi pembahagian sel yang pesat serta perkembangan organ.
  • Ibu hamil menggunakan lebih banyak nutrien dan air
  • Badan ibu hamil masih di dalam proses menghasilkan plasenta bayi anda(ia tidak akan lengkap sehingga bulan ke-empat)
Siapa yang taknak bayi kita lahir dengan sihat dan sempurna kan? Seeloknya seawal dari kita merancang untuk hamil kita dah kena manjaga pemakanan kita, pastikan makanan yang kita makan itu berkhasiat. Semasa hamil kita perlu makan secara sihat kerana:
  • Untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi.
  • Untuk mengekalkan kesihatan ibu
  • Mengurangkan kompilasi semasa kehamilan
Sebab itu semasa hamil, kita perlu menjaga pemakanan kita dan pastikan makanan yang kita ambil itu meyokong keperluan sumber zat dan nutrien supaya bayi kita dapat membesar dengan sempurna dan diri kita akan sentiasa sihat sehingga saat kelahiran.

Semakin perut membesar, semakin banyak tenaga yang kita perlukan. Tenaga yang dimaksudkan ialah jumpah kalori yang diperlukan seharian. Kalori didapati dari pemakanan yang kita makan. Yelah sebab bayi dalam kandungan kita juga semakin membesar jadi nak bawak kesana kesini dengan perut yang besar memerlukan tenaga kan? Ibu yang tidak mendapat zat yang mencukupi mungkin akan terasa letih, tidak bermaya nak melakukan kerja-kerja harian. Malah akan kerap jatuh sakit dan membahayakan kesihatan bayi dalam kandungan.

Berapa banyak tenaga yang ibu hamil perlukan?
  • 1st trimester : Tiada pertambahan kalori diperlukan 
  • 2nd trimester : +360 kalori sehari 
  • 3rd trimester : +470 kalori sehari
Berapa pertambahan berat badan yang ideal ibu hamil?
  • Sebelum Hamil BMI Kurang dari 18.5 = 13kg hingga 18kg (perlu tambah semasa hamil)
  • Sebelum Hamil BMI Berat Normal 18.5-24.9 = 11kg hingga 16kg (perlu tambah semasa hamil)
  • Sebelum Hamil BMI Berat Lebih 25.0-29.9 = 7kg hingga 11kg (perlu tambah semasa hamil)
  • Sebelum Hamil BMI Berat Obes 30.0 = 5kg hingga 9kg (perlu tambah semasa hamil)
YES PACK KEHAMILAN/PRENATAL

Dihasilkan untuk ibu hamil atau wanita yang merancang untuk hamil. Setiap vitamin dan supplement didalam pek ini membekalkan nutrien penting bagi perkembangan bayi dan kesihatan ibu sebelum dan semasa kehamilan.


Nutrisi Prenatal

Tambahan 360 kalori sehari adalah semua yang anda perlukan
Protein berkualiti tinggi (62.6g sehari)
Zat Besi (29mg sehari)
Asid Folik (600mcg sehari)
Kalsium (1,000mg sehari)
Minyak ikan berkualiti tinggi (200-300 mg sehari)

1) VITA-LEA WITH IRON FORMULA
Zat besi amat penting semasa hamil. Anda memerlukan banyak zat besi kerana jumlah darah dalam badan anda semakin bertambah. Darah yang lebih ini menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan.

Apabila darah tidak mendapat zat besi yang cukup, ANEMIA mungkin akan terjadi.
(Anemia = Haemoglobin <11g.dl)

Anemia boleh mengakibatkan:
  • Ketidaksuburan
  • Keguguran
  • Bayi Pramatang
  • Bayi kurang berat badan
  • Peningkatan risiko kematian ibu
  • Meningkatkan keletihan semasa mengandung dan penyusuan

2) B-COMPLEX WITH FOLIC ASID
Kepentingan pengambilan Asid Folik semasa hamil adalah penting kerana pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.

Kecacatan Tiub Neural:
Kajian klinikal menunjukkan bahawa dengan mengambil 400mcg asid folik boleh mengurangkan kecacatan tiub neural kira-kira 40%, manakala 1000mcg mengurangkan kecacatan kelahiran kira-kira 50%

Berapa Asid Folik yang anda perlukan?
  • Sebelum kehamilan : 400mcg/hari
  • Wanita Mengandung : 600mcg/hari
  • Menyusukan Bayi : 500mcg/hari

3) ESP Soy Protein Isolate Powder

Ibu hamil memerlukan sekurangnya 70g protien sehari.Protien baik untuk perkembangan otak bayi yang sihat seawal persenyawaan.
Protein juga penting untuk pembentukan otot bayi dalam rahim ibu dan memelihara dan membentuk otot ibu yang hilang akibat tidak bersenam.

Protein menyokong pertumbuhan fetus dan perkembangan bayi

4) OSTEMATRIX
Bila kita hamil, kita dinasihatkan mengambil sumber kalsium yang mencukupi. Ini kerana kalsium penting bagi pertumbuhan tulang dan gigi. Pengambilan kalsium yang tidak mencukupi ibu hamil terdedah kepada risiko preeclampsia yang mungkin membawa maut kepada ibu dan anak.

Selain itu kalsium perlu ketika hamil kerana bayi akan menyerap sebanyak mungkin nutrisi dalam tubuh si ibu. Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak mnggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.

4) SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS

Kebiasaannya ibu hamil ni memang senang nak terkena demam, selsema dan batuk. Vitamin C perlu sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan menjadikan kulit si ibu lebih lebih cantik walaupun sarat mengandung.

Vitamin C semulajadi diserap setiap jam - Vitamin C adalah vitamin pelbagai fungsi bagi kesihatan imun, kekuatan sel dan kesihatan gigi, gusi, tulang dan penjagaan fungsi asas badan.

Selain dari vitamin C mengurangkan risiko kelahiran pramatang, Vitamin C juga membantu meningkatkan kesuburan. Kajian menunjukkan terdapat 44% lebih banyak kehamilan apabila wanita yang sedang menerima rawatan kesuburan mengambil 500mg vitamin C seharian.

5) OMEGA GUARD

Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA. Atas sebab ini pakar mencadangkan suppliment Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.

Sekarang dah jelaskan kenapa fa cadangkan complete set Kehamilan ni? Ini kerana cara yang terbaik untuk memastikan bayi anda sihat, anda perlu pastikan diri anda juga sihat!

Sepanjang bulan ini sehingga Oktober 2015, dengan setiap complete set kehamilan ni anda akan dapat potongan sebanyak 5% Jimat bukan? Nak lagi jimat apa kata anda daftar keahlian shaklee. Selain dari potongan 5%, anda layak dapat cash rebate & sebotol vitalea secara PERCUMA! Hubungi sya sekarang untuk dapatkan YES PACK PRENATAL anda.

Tanda Toksin Berlebihan Dalam Badan Yang Jarang Kita Ambil Peduli. Awas!!

Pernah tak..kita dijauhi kerana masalah bau badan??Kita direnung kerana banyaknya jerawat atau sering menggaru-garu??Kita ditegur boss atau rakan sekerja kerana selalu kepenatan?

Kalau YA jawapannya!!!

Kita mungkin ada toksin berlebihan dalam tubuh tanpa kita sedari..Arghh..teruk juga ni..lebih-lebih lagi kalau pasangan sendiri dah mula perasan dan tegur..Mesti malu juga kan..
Jom kita periksa tanda-tanda ni..untuk tahu teruk ke tak masalah toksin dalam tubuh anda..jika anda mempunyai semua tanda-tanda yang disenaraikan..anda mungkin perlu cari penyelesaiannya..

Tanda toksin berlebihan dalam tubuh

1. Selalu keletihan

Walaupun dah berehat panjang dan tidur secukupnya tapi masih rasa letih. Buat kerja sikit dah letih. Bila terlalu letih dan jadi hypo, mulalah nak minum kopi segera atau makanan manis..kononnya nak tambah tenaga...sebenarnya itu akan menjadikan kita lebih cepat letih..gula daripada minuman dan makanan manis hanya memberi tenaga segera tetapi bersifat sementara..Keletihan juga adalah tanda tindak balas hormon terhadap sistem imun tubuh kita..ini adalah salah satu tanda kita mungkin dah terlalu banyak toksin dalam tubuh.

2. Berat badan susah nak turun
Memang bukanlah mudah nak turunkan berat badan, tetapi jika kita dah bersenam setiap hari, mengurangkan kalori daripada pemakanan dan ambil supplement untuk turunkan berat tetapi berat masih tak turun-turun juga..itu memang pelik..

Sukar menurunkan berat badan adalah tanda terbesar tubuh kita dipenuhi toksin sehinggakan apa sahaja ubat, supplement mahupun senaman masih tidak mampu menurunkan berat badan kita..

3. Nafas berbau


Mungkin dah puas kita berus gigi , mengunyah gula-gula getah, berkumur dengan ubat kumur, namun masih tidak boleh menghilangkan bau nafas.

Nafas berbau sering dikaitkan dengan masalah penghadaman, tetapi ia juga bermakna hati kita sudah tidak mampu untuk menghapuskan terlalu banyak toksin dalam badan kita. Sehinggakan bau nafas yang busuk itu tetap kembali.

Tak hairanlah jika rakan-rakan dah mula menjauhi kita kerana nafas yang berbau..Kasihan pasangan kita jika mereka terpaksa menahan bau nafas kita.Badan berbau juga merupakan tanda kita ada masalah toksin dalam badan.

4. Sembelit

Apabila kita sembelit, najis dan toksin dalam tubuh tidak dapat dikeluarkan sebaiknya. Akhirnya terkumpullah semua toksin yang boleh memberi kesan negatif badan kita. Selain sakit perut, sembelit juga boleh menyebabkan sakit kepala, sakit-sakit badan, dan keletihan.

Kenapa boleh sembelit jika toksin berlebihan? Ia mungkin berpunca daripada masalah penghadaman makanan yang kita ambil juga.. Makanan sukar dihadam dengan baik kerana bercampur dengan bahan kimia dan pengawet untuk mengekalkan kesegaran dan ketahanannya.

5. Sensitif pada bauan
Orang yang mempunyai toksin yang tinggi dalam tubuh selalunya akan bertindakbalas dengan bauan..terutamanya bau wangi...Tindakbalas yang macamana??

Kita mungkin mengalami pening, sakit kepala atau sakit perut apabila tercium bauan yang kuat..
Itu juga salah satu tanda kita mungkin mempunyai toksin yang banyak dalam tubuh kerana bereaksi dengan bauan daripada bahan kimia...Ini bermakna kita perlukan detox..

6. Sakit kepala 

Jika kita mengalami sakit kepala selalu..berkemungkinan besar racun toksin telah terlalu banyak dalam tubuh kita hingga mengganggu peredaran darah dan menyebabkan sakit kepala.

7. Reaksi Kulit
Jerawat, ruam, bisul dan masalah kulit yang lain menunjukkan kita ada masalah toksin berlebihan. Jerawat, khususnya, boleh dikaitkan dengan racun dalam makanan yang diambil atau penggunaan produk penjagaan kulit.

Ruam dan gatal-gatal pada kulit pula adalah tanda tubuh cuba menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.Mata menjadi  merah atau bengkak juga menunjukkan hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Ia juga menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

Mata bengkak dan ekzema atau psoriasis juga boleh menjadi tanda-tanda bahawa anda mempunyai paras toksik yang tinggi dalam tubuh.

Bagaimana caranya saya nak buang toksin?

Melakukan senaman:
Bersenam dapat membantu melancarkan peredaran darah dan memudahkan kita membuang toksin melalui peluh.

Minum air kosong yang banyak:
Air mampu mengurangkan kepekatan darah. Dengan minum airsecukupnya akan membantu melancarkan proses pembuangan toksin melalui urin atau najis.

Berurut:
Berurut boleh membantu melancarkan peredaran darah yang mungkin tersumbat.
Mengambil makanan semulajadi:
Sesekali anda juga boleh amalkan mengambil makanan seperti yogut, bawang putih, cuka epal, cuka kurma, atau jus lemon untuk mengeluarkan toksin dalam tubuh kita.

Detoks dengan suplemen Shaklee
Jangan biarkan diri anda mengalami semua tanda-tanda di atas terlalu lama. Bahaya ya..boleh membawa kepada penyakit-penyakit yang lebih serius jika dibiarkan.Kita juga berasa tidak selesa mengalaminya.

Nak kurus? Nak sihat? Nak aktif??

DETOKS TUBUH ANDA SEGERA!!

Tanda-Tanda Kolestrol Dan Cara Mengatasinya.


Kolestrol adalah salah satu masalah yang amat di takuti oleh masyarakat sekarang.Ini adalah kerana dari kolestrol boleh menyebabkan penyakit jantung, stroke dan sebagainya tanpa kita sedari..Jangan ingat orang yang berbadan besar saja mempunyai kolestrol ye.Orang yang kurus juga berisiko mempunyai kolestrol tinggi jika tidak mengawal pemakanan mereka..


Jom kita periksa tanda-tanda kolestrol . Adakah kita sebenarnya mempunyai paras kolestrol yang tinggi tanpa kita sedari?

Berikut adalah panduan untuk mengukur kadar bacaan kolestrol:

Kadar Kolesterol :

Kadar kolesterol NORMAL: jika kolesterol kurang dari atau sama dengan 200 mg/dL.
Kadar kolesterol SEDERHANA TINGGI: jika kolesterol berada pada 200-239 mg/dL.
Kadar kolesterol yang berisiko tinggi atau BERBAHAYA, jika kolesterol lebih dari 240 mg/dL.

Berapa banyak jumlah kolestrol yang selamat untuk anda ambil?

Berapa banyak jumlah kolestrol yang anda telah ambil setiap hari? Ini adalah jumlah kolestrol bagi menu yang biasa diambil rakyat Malaysia.  Bandingkan.

Tanda-tanda Kolestrol 

Jom periksa samaada anda ada tanda-tanda kolestrol tinggi di bawah.
  • Sering berasa kebas-kebas pada kaki.
  • Timbul bintik-bintik putih(biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi.
  • Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.
  • Sering berasa sakit kepala. Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
  • Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.  
  • Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat. Hal ini menunjukkan kadar kolestrol terlampau tinggi.

Jika kita mempunyai tanda-tanda yang dinyatakan di atas apa yang perlu kita lakukan?

Lakukan pemeriksaan segera dengan doktor. Kita akan diminta melakukan Ujian Kolesterol untuk memeriksa tahap kolestrol.

Ingin tahu amalan untuk mengurangkan kolestrol yang paling mudah?
Menurut satu sumber, cara yang paling mudah dan tanpa bajet bagi mengelakkan kolestrol tinggi adalah dengan mandi seawal jam 4 pagi, bersolat sunat sehingga waktu subuh, dan kemudian melakukan aktiviti berjalan kaki di sekitar rumah setelah solat subuh. Rasionalnya, air sejuk yang meresap ke dalam badan dikatakan boleh mengurangkan lemak berkumpul. 


Halang Kolestrol Jahat dengan Shaklee!!

Shaklee juga telah mengeluarkan suplemen khas untuk membantu menurunkan dan menghalang kolestrol daripada terkumpul menjadi plak dalam darah dengan fitosterol. Phytocol ST, produk terbaru yang telah dilancarkan pada 7 Jun 2014 yang lepas sewaktu National Conference Shaklee 2014.



Untuk maklumat lanjut mengenai produk Phytocol ST, sila klik di link Phytosol-ST Shaklee yang pernah sya updatekan sebelum ini. Jika ingin mendapatkan Phytocol ST boleh dapatkan secara terus melalui sya.

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan sya seperti berikut:

Masker Untuk Kulit Kering


Masker wajah apa yang biasa kita buat? Saya sendiri sebenarnya tidaklah rajin membelai wajah dengan masker-masker ni tapi kekadang tu buatlah jugak apabila ada kelapangan. Masker yang paling biasa saya amalkan adalah masker yang sangat mudah dan memang senang didapati serta kosnya murah sahaja....masker putih telur , masker alfafa atau masker ESP.

Sejak dulu sya memang suka buat masker dengan putih telur, sama ada dengan hanya sapu putih telur di muka atau tampal bersama tisu lembut dan biarkan kering untuk tujuan membuang whitehead dan blackhead. Cara ni memang berkesan untuk sya dan kulit akan terasa lebih tegang, lembut dan halus. Masker putih telur ni sesuai untuk kulit kusam.

Di dalam putih telur sebenarnya terdapat sumber protein dan juga asid amino yang baik untuk membentuk kesihatan otot tubuh. Tetapi telur juga memiliki banyak vitamin B2 dan B3 yang berupaya untuk mengatasi masalah jerawat serta dapat menghilangkan bintik-bintik hitam, menghalus dan melembapkan kulit, mengecilkan pori-pori dan mencerahkan wajah. Bestkannn putih telur ni!!
Jom sya kongsik berapa lagi masker yang boleh kita amalkan khususnya untuk mereka yang mempunyai kulit kering dan kasar.

Masker 1: Madu dan kuning telur


Masker madu dan kuning telur adalah salah satu masker buatan sendiri yang terbaik untuk kulit kering. Madu benar-benar membantu melembapkan kulit yg kering. Apa yang anda perlu lakukan adalah campurkan madu dan kuning telur, tampal pada muka selama 15 minit dan bilas dengan air bersih
Masker 2: Susu dan madu


Ambil 2 sudu teh susu dan 2 sudu besar madu, campurkan sehingga ianya seakan-akan melekit, dan tampalkan pada muka selama kira-kira 15 minit.

Masker 3: Yogurt dan pisang

Lenyekkan setengah biji pisang menjadi pes yang licin dan tambah 4 sudu yogurt kosong. Sapukan pada wajah anda dan basuh dengan air suam selepas 10-15 minit. Masker ini membantu untuk membuang sel-sel kulit mati dan menjadikan kulit licin dan superb!

Masker 4: Carrot dan avocado

Separuh avocado, 1 lobak merah dikupasdan dihancurkan, minyak zaitun, jus lemon, kuning telur dan madu dicmapurkan bersama. Ianya adalah masker muka yang menakjubkan untuk kulit yang sangat kering. Basuh muka anda dengan air, tampalkan masker pada muka dan biarkan selama kira-kira 15 minit. Bilas dengan air suam dan lap muka anda.

Masker 5: Madu dan avocado


Kacau 1 avocado dan tambah 2 sudu besar madu. Sapukan pada muka anda dan biarkan selama kira-kira 15 minit. Bilas dengan air suam. Gunakan masker ini sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.

Masker 6: Aloe vera dan susu

Campurkan 2 sudu teh susu serbuk dengan 2 sudu teh 100% aloe vera. Tampalkan pada wajah anda dan tunggu sehingga ia kering sepenuhnya. Perlahan-lahan lap masker menggunakan bola kapas dan air suam. Kemudian basuh hingga bersih.

Masker 7: Madu dan yogurt 

Tambah 1 sudu madu untuk satu sudu yogurt dan kacau dengan baik. Biarkan pada muka anda selama kira-kira 10-15 minit dan bilas dengan air suam. Masker ini adalah sangat berguna untuk kulit kering atau terbakar.

Kesemua bahan-bahan diatas antaranya boleh didapati di rumah sahaja dan sangat mudah untuk membuatnya. Selain menggunakan masker, kita haruslah juga mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk mendapat kulit yang sihat dan mengamalkan banyak minum air kosong.

Ok lah, selamat mencuba.. Dan jangan tak tahu supplement shaklee yang biasa kita dok telan tu pun boleh di jadikan masker ye..Nak tau caranya???Boleh contact sya oke.

Cara Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

Ada banyak cara untuk hilangkan lingkaran gelap bawah mata.Cara moden mahupun cara tradisional untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata. Antara cara tradisional adalah dengan menggunakan timun yang dihiris dan diletakkan di atas mata, tuam dengan ais di bawah mata, menggunakan air mawar,kentang  dan boleh juga menggunakan uncang teh..


Semua cara hilangkan lingkaran gelap bawah mata di atas mungkin berkesan dan mungkin juga tidak. Mungkin bagi sya berkesan tapi tidak pada anda.. kene try dan error juga untuk melihat yang mana 
paling sesuai.

Dan yang pasti apa jua cara yang kita praktikkan, mestilah istiqomah atau berterusan. Janganlah hari ini pakai dan berharap esok akan hilang terus..Tidak..Tidak..Apa pun mesti makan masa..Mungkin seminggu paling cepat , 2 minggu malah berbulan pun ada.Jangan putus asa untruk cantik yer.

Selain daripada cara tradisonal,kita juga boleh mencuba produk Shaklee iaitu Enfuselle Eye Treatment. Ia dapat membantu mengurangkan garis-garis halus, kedutan dan sembap di bawah mata.

Apa yang istimewanya Enfuselle Eye Treatment ini,
  • Terbukti berkesan secara klinika
  • l233% pengurangan kedutan dalam tempoh dua minggu
  • 120% peningkatan keanjalan dan ketegangan kulit dalam tempoh dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus yang ketara dalam tempoh lapan minggu
  • 32% peningkatan lembapan kulit yang berpanjangan dalam tempoh lapan minggu
  • Tona kulit yang nyata lebih sekata dalam tempoh 12 minggu
  • Botani anti penuaan dan vitamin C membekalkan manfaat yang ketara untuk kulit lembut di sekitar mata
  • Sempurna untuk bahagian leher dan bibir
  • Hipoalergenik dan telah diuji oleh pakar oftalmologi serta selamat untuk pemakai kanta sentuh
Pengambilan Enfuselle Eye Treatment secara berterusan dan konsisten dapat membantu mengurangkan dan menghilangkan lingkaran gelap dibawah mata.
Ingin mendapatkan Eye Treatment ni pada hari ini? jom hubungi saya

Tips Penjagaan Kulit Berminyak

Kulit wajah berminyak memang mengundang kepada kenaikan jerawat. Nak tau kulit muka kita berminyak atau tidak ,cuba sapu jari dimuka atau cuba lihat dicermin adakah muka kelihatan bersinar dan berminyak.

Kulit berminyak sebenarnya disebabkan oleh kelenjar yang menghasilkan terlalu banyak minyak atau sebum. Kawasan wajah yang biasanya kelihatan berminyak adalah dalam kawasan T-zon (kawasan dahi, hidung, dan dagu). Keadaan ini bukan sahaja membuatkan kulit nampak minyak dan bersinar, tetapi juga boleh menyekat liang roma dan menyebabkan jerawat.

Bagaimana penjagaan kulit berminyak ini???

Ada beberapa tips penjagaan kulit berminyak yang boleh kita praktikkan. Jom baca dan cuba langkah-langkah mudah ni.
  • Jangan overwash. Ini bukan satu isu kebersihan, jadi basuh lebih kerap tidak akan membantu. Apabila anda mencuci atau mandi, gunakan air suam (tidak panas) dan pembersih yang dirumus khas untuk kulit berminyak. Carilah produk yang lembut yang mengandungi gliserin atau asid salisilik, yang boleh membantu menjaga liang pori pada wajah anda. Elakkan pembersihan “susu”, yang mengandungi lemak yang boleh menjadikan kulit berasa lebih berminyak.
  • Pertimbangkan retinoids. Bercakaplah dengan ahli dermatologi anda mengenai ubat-ubatan yang mengurangkan pengeluaran minyak.
  • Kering sebelum anda meletakkan sebarang krim pada wajah. Biarkan kulit benar-benar kering sebelum meletakkan pelembap supaya anda tidak menyumbat liang pori wajah.
  • Produk bebas minyak. Perkara terakhir yang kulit anda perlukan adalah minyak tambahan, jadi memilih produk penjagaan kulit dan kosmetik bebas minyakPastikan semua produk bebas wangian dan tidak merengsa juga.
  • Melembap. Jika kulit anda perlu pelembap, pastikan anda menggunakan produk pelembap yang ringan dan juga bebas minyak.
  • Pakai pelindung matahari. Spektrum luas dengan Faktor Perlindungan Matahari (SPF) sebanyak 15 atau lebih tinggi adalah baik untuk mereka ang mempunyai kulit yang berminyak. Pastikan anda pakai pelindung matahari selalu ya.
  • Blotter ( kertas minyak ) . Simpan set kertas penyerap minyak dan pakai apabila anda merasa minyak di muka anda sudah mulai terasa.
Selain daripada tips di atas, kita juga perlu menjaga pemakanan. Makanan berminyak juga boleh menyebabkan kulit berjerawat semakin menjadi-jadi. Jadi, jom amalkan makanan diet yang sihat, kurangkan makanan berminyak dan minum air dengan banyak setiap hari.
Dapatkan juga produk penjagaan wajah yang sesuai dengan kulit. Set Enfuselle Skin Care (Normal to Oily Skin) sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat serta sensitif.
Set ini mengandungi:-

1. Purifying Cleansing Gel
Gel berbusa bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan. 
  • Bahan-bahan khas serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik
2. Purifying Toner 
Dengan Tiga Tindakan Untuk Menghentikan Kerosakan Pro-Oksida 
  • Purifying Toner merangsang dan menyegarkan kulit sebagai persediaan rawatan Enfuselle.
  • Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Menyegarkan dan memperhalus kulit dengan ekstrak likoris, ginseng dan witch hazel
  • Meminimumkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit
  • Membantu mengawal kulit berminyak
  • Hipoalergenik
3. Balancing Moisturizer 
Formula yang ringkas, tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah bertindak dengan membekalkan kelembapan segera yang kulit anda perlukan bagi menjadikan wajah kelihatan halus serta tidak berkilat. 

4. Eye Treatment 
Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus.

Untuk mendapatkan Set Penjagaan Wajah Enfuselle ini, boleh hubungi saya,

Kafien Mengganggu Penyerapan Vitamin



Kopi dan teh adalah antara minuman yang jelas mengandungi kafien.Tapi minuman ni sangat la di gemari oleh kita semua terutama mak ayah , atuk nenek kita. . Itulah minuman harian mereka baik pagi atau petang.Kalau sedara mara datang pun air ni yang menjadi hidangan para tetamu.Pendek kata air ni memang menjadi minuman wajib ada di rumah la kan.


Walau bagaimanapun, satu cawan kopi atau teh hijau sehari tidak mungkin mempunyai kesan negatif ke atas kesihatan kita secara keseluruhannya. Namun, dalam kadar yang berlebihan, kafein boleh menyebabkan kekurangan nutrien yang boleh menjejaskan kesihatan dan kualiti hidup. Seperti kebanyakan faktor pemakanan, kesederhanaan dan keseimbangan adalah penting dalam pengambilan pemakanan yang optimum.

Sebenarnya ramai yang tak sedar pengambilan kafien boleh mengganggu penyerapan vitamin lebih-lebih lagi apabila diambil secara bersama seperti minum teh pada waktu breakfast dan kemudian mengambil vitamin selepas itu. Bagaimanakah kesan kafien tadi pada vitamin yang kita telah ambil? Jom kita tengok satu persatu..

(1) Kalsium
Kafein menyebabkan kalsium dikumuhkan dalam air kencing dan najis. Bagi setiap 150 mg kafein yang diambil kira-kira bersamaan dengan satu cawan kopi, 5 mg kalsium hilang. Kesan ini berlaku walaupun 1 jam selepas pengambilan kafein. Kafein juga menghalang sejumlah kalsium yang diserap melalui saluran usus dan mengurangkan jumlah kalsium yang disimpan oleh tulang. Walaubagaimanapun ini berlaku bila pengambilan kaffein terlalu tinggi dan pengambilan kalsium terlalu rendah. Kajian telah menunjukkan bahawa wanita dengan pengambilan kafein yang tinggi mengalami keretakan pinggul lebih daripada mereka yang tidak mengambil kafein atau minum dalam jumlah yang sederhana (1-2 cawan sehari).

(2) Vitamin D
Kafein menghalang reseptor vitamin D, yang menghadkan jumlah serapan. Oleh kerana vitamin D adalah penting dalam penyerapan dan penggunaan kalsium dalam membina tulang, kafein juga boleh mengurangkan ketumpatan mineral tulang, menyebabkan peningkatan risiko osteoporosis.

(3) Iron/Zat Besi
Kafein mengganggu penyerapan zat besi yang perlu untuk pengeluaran sel darah merah. Minum kafein dan pada masa yang sama ambil sumber zat besi seperti Vitalea boleh mengurangkan penyerapan sehingga 80%. Sebaik-baiknya dijarakkan pengambilan sekurang-kurangnya satu jam.

(4) Vitamin B
Kafein mempunyai kesan diuretik ringan yang menyebabkan kita kerap buang air kecil. Vitamin B adalah vitamin larut air. Jadi apabila kita kerap kencing, lebih banyak bendalir hilang dari badan dan akibatnya vitamin B turut hilang. Di samping itu, ia mengganggu metabolisme beberapa vitamin B, seperti thiamine (vitamin B1). Tapi ada satu kelebihan kafein pada penyerapan Vitamin B iaitu vitamin B12. Kafein merangsang pengeluaran asid perut, yang sebenarnya membantu tubuh menyerap B12.

(5) Vitamin dan Mineral lain
Kafein boleh mengurangkan penyerapan mangan, zink dan tembaga. Ia juga meningkatkan perkumuhan mineral magnesium, kalium, natrium dan fosfat. Terdapat juga bukti bahawa kafein mengganggu tindakan vitamin A.

Jadi bolehkah kita mengambil minuman berkafien sedangkan dalam masa yang sama kita mengamalkan supplement?? Sebenarnya tidak ada masalah jika kita nak ambil kopi atau tea, cuma jika anda hantu kopi, sya sangat galakkan anda kurangkan pengambilan minuman kafien, bersederhanalah dan kalau nak minum, sila jarakkan pengambilan dengan vitamin. 

Kebanyakan kita mengambil vitamin selepas makan, jadi cara terbaik untuk mengelakkan kafien mengganggu penyerapan vitamin yang kita ambil, minumlah kopi antara waktu makan seperti pada waktu minum petang (tea time), bukannya selepas atau sebelum makan. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada badan menyerap segala kebaikan daripada vitamin dan makanan yang kita makan sebelum minum kopi yang boleh memusnahkan proses tersebut.

Oklah, nak order vitamin Shaklee? jom hubungi sya seperti talian di bawah.


Kaedah Menjarakkan Kehamilan


Pelbagai kaedah menjarakkan kehamilan yang selamat, berkesan, mudah diguna, tiada kesan sampingan dengan kadar kos yang berpatutan mudah didapati kini.


Sama ada kaedah yang digunakan bersifat sementara atau kekal, perancangan keluarga sebenarnya bermanfaat untuk kesihatan ibu dan anak serta memberi kesejahteraan kepada keluarga secara keseluruhannya.

Kebaikan untuk ibu:
  • Kesihatan ibu lebih baik
  • Peluang yang lebih baik untuk menyusu badan
  • Sikap dan tumpuan yang lebih baik dapat diberikan pada setiap anak

Kebaikan untuk anak:
  • Berat badan yang baik sewaktu kelahiran
  • Mendapat penjagaan yang lebih baik
  • Mendapat perhatian yang lebih
  • Pembangunan mental yang lebih baik
Jenis-jenis kaedah menjarakkan kehamilan:

Merancang Keluarga Secara Semulajadi

Ia diamalkan dengan mengelak dari membuat hubungan seks semasa subur. Ia mengunakan kaedah BBT dan dengan melihat perubahan lelehan lendir faraj setiap hari. 

Jangan membuat hubungan seks semasa tempoh subur yang selalunya berlaku dalam lingkungan 7-10 hari. 

Kondom

Kondom ialah alat pencegah hamil yang menghalang sperma dari memasuki rahim wanita. Ia terdiri dari salur getah yang dipakai semasa ereksi sebelum berlaku sentuhan dengan faraj. Kondom adalah alat kontraseptif yang popular.

Ubat Anti-Sperm 

Spermicides adalah bahan kimia yang boleh membunuh sperma. Boleh didapati dalam bentuk buih, jeli, dan tablet faraj. 

Diaphragm 
  
Diaphragm adalah getah lembut berbentuk bulat yang boleh meregang. Bahagian muncungnya diisi dengan jeli pembunuh sperma. Diaphragm dimasukkan ke dalam faraj sebelum hubungan seks. 

Cap Serviks 

Berbentuk cawan kecil yang diperbuat daripada getah latex atau plastik. Seperti diaphragm, cap serviks dimasukkan kedalam faraj dan diisi dengan jelly pembunuh sperma.

Alat Dalam Rahim (IUD) 

Intauterine Device (IUD) atau Alat Dalam Rahim adalah berupa alat plastik yang mengandungi cooper atau hormon dan dimasukkan kedalam rahim oleh doktor. IUD tidak mencegah sperma dari mengampiri telur tetapi ia boleh menyebabkan persekitaran rahim menjadi sukar untuk persenyawaan berlaku dan begitu juga dengan implantasi. 

Kaedah Hormon 

Kaedah hormon bertindak dengan 3 cara: 
1.Menghalang telur dikeluarkan dari ovari setiap bulan
2.Menyebabkan mukus serviks tebal dan sukar untuk sperma menembusinya
3.Menyebabkan dinding rahim menjadi nipis sukar untuk kehamilan terjadi walaupun persenyawaan sudah berlaku. 

Contoh kaedah hormon:
1.Pil perancang

2.Suntikan depo-provera (3 bulan sekali)


Kaedah Sterilasi 

Tubal ligasi :Kaedah pembedahan dimana, kedua-dua salur fallopian wanita akan diikat dan dipotong. Ia adalah satu kaedah kekal dan tidak dapat diterbalikkan. 
Vasektomi : Satu kaedah sterilasi dimana salur vas deferens lelaki yang terletak di antara testis dan groin akan diikat atau dipotong. Ia dilakukan secara pesakit luar mengunakan bius setempat.

Selamat mencuba!! untuk mengetahui dengan lebih detail tentang cara menjarakkan kehamilan, bolehlah berjumpa dengan doktor.

Penjelasan Shaklee Malaysia Berkaitan Alfalfa Complex



Penjelasan Shaklee Malaysia Berkaitan Alfalfa Complex | Ingat tak kisah seorang pelajar kejururawatan meninggal dunia yang katanya disebabkan makan shaklee, Qu Puteh dan Aurawhite secara serentak itu. Saya memang tak pernah tulis dalam blog berkaitan isu itu sebab tiada apa yang perlu saya ulas. Tiada bukti sahih dan sebagainya.

Penjelasan Shaklee Malaysia Berkaitan Alfalfa Complex


Minggu lepas pihak Shaklee telah mengeluarkan kenyataan berkaitan Alfalfa Complex ini. Semoga ianya memberi penjelasan yang jelas buat anda semua. 


Semoga dengan penjelasan kenyataan dari pihak Shaklee Malaysia ini, tiada lagi viral berkaitan di sebarkan disebarkan.

Set Kurus Shaklee Tak Berkesan !!!


Ada customers bertanya kenapa dah makan set kurus shaklee tak berkesan pun?? still x turun- turun berat badan?? (Customer amek set kurus bajet dan berat around 70kg)..

Pertama sekali kita kene ingat lemak yang terkumpul di badan kita bukanlah dalam sehari dua terbentuk tapi amek masa yg sangat lama makan tahun juga kan. So secara automatiknya juga nak buang lemak tersebut pun akan ambil masa.. Tambah-tambah lagi kalau amek yang bajet lagilah kene bersabar..jgn expect sebulan amek set kurus bajet terus turun mendadak 5-10 kilo.. Tidak!!Tidak!! Semuanya bergantung pada badan masing-masing.. Banyak factor yang menyumbang seperti tahap metabolisme, tahap penyerapan nutrien, saiz badan, amalan pemakanan dll..


Kene ingat penurunan yang perlahan adalah lebih bagus dari penurunan yang mendadak.. Sebab apa? Sebabnya berat badan kita terdiri dari pelbagai komposisi seperti lemak , otot , air dan lain-lain . Kita hanya nak bakar lemak bukan otot.. Penurunan mendadak biasanya melibatkan otot yang akan menyebabkan metabolisme rate rendah dan sebab juga kenapa berat badan naik mendadak selepas makan produkkurus itu. So sentiasa berhati-hati dengan produk yang kita makan.Buat pilihan yang bijak sebelum membeli sesuatu produk

Dari segi pengambilan kalori seharian..amek set diet tapi pengambilan kalori harian melebihi keperluan! memang akan lambat turun! Sebaiknya pengambilan kalori lagi kurang dari penggunaannya.. Boleh google jumlah kalori setiap makanan dan pastikan tak berlebihan dengan keperluan harian kita,

Akhir sekali ramai yang salah tafsir nak diet maknya tak boleh makan langsung.Sebab fikir semua benda tu naikkan berat badan. Kena tahu bahawasanya bila kita tak makan atau lebih spesifik tak ambil langsung sumber protein, kita akan kehilangan otot – otot dalam badan seterusnya tahap metabolisma akan menurun kerana badan tak dapat nak membakar lemak. 


Dan bila kita dah stop berdiet, kalori tak dapat lagi di bakar sebab otot dah kurang, dan sebab kenapa berat badan akan naik mendadak. Lepas tu diet balik turun, berhenti diet naik balik.. Hoho letih kan? Ni namanya effect sementara shj.. Duit habis diet x menjadi.Ala-lal yo-yo diet la jgak.

Shaklee inch Loss program satu2 set diet paling selamat dan dikaji oleh para saintis melibatkan r&d jutaan ringgit bukan 10-20 tester pastu terus boleh guna.. No! No! Shaklee takkan put theirself at risk sbb tulah Shaklee product terus established sampai skrg bukan tenggelam timbul..

Set kurus shaklee ini juga dipanggil inch loss program maksudnya ia lebih mengutamakan hilang inci bukan penurunan berat semata- mata. Selain itu protein shaklee, cinch shake didatangi dengan leucine utk memelihara dan menjaga otot dlm badan.. So takdelah selepas berat turun atau badan slim kulit habis jadi menggeleber..tidak sama sekali.. Kulit akan kekal cantik malah lebih cantik.

Nakkan info lanjut tentang shaklee inch loss ini?Hubungi sya seperti berikut yer ;

Nak Harga Ahli Shaklee Dan Cash Back Bonus Klik Sini | Twin Pack Vivix Free Membership Klik Sini
X