Fisya Yusof

Saya Nafisah Binti Md Yusof Shaklee Inderpendent Distributor [ SID : 1084053 ] sejak 2013 Sebarang pertanyaan berkaitan produk shaklee boleh hubungi saya di talian 017 -420 5506

24 June 2015

Dah 7 hari umat islam di seluruh dunia menyambut kedatangan ramadhan.Pasti ramai di luar sana masih tercari-cari  suplemen yang boleh memberi tenaga dalaman.Untuk ibu yang menyusukan badan, ibu yang mengandung, pesakit gastrik, orang bekerja berat, pelajar, kanak-kanak yang baru belajar puasa dan warga tua, puasa kali ini agak mencabar dengan cuaca yang semakin panas.
Jadi, sya ingin perkenalkan Mighty 3 Gem ini kepada semua.Atau lebih dikenali Set Berpuasa Shaklee.Set ini kekal bertenaga,hidrated dan kekal sepanjang hari kita berpuasa dan dapat melakukan ibadah puasa ini dengan lebih baik.
Set ini telah terbukti membantu ramai orang dalam memberikan tenaga tambahan, cergas, mengelakkan dahaga dan memberikan anda rasa kenyang yang berpanjangan.

Apa fungsi minuman-minuman berkhasiat ini?
Energizing SoyProtein
-Sumber protein tinggi yang akan membuatkan anda rasa kenyang yang lebih tahan lama. 
-Membantu mendapatkan extra energy (juga sesuai untuk ibu-ibu hamil dan breastfeeding)
-Membantu meningkatkan sistem imun badan
-Sumber protein yang sangat baik untuk supplement tambahan diet untuk mengawal berat badan
-Bagi ibu-ibu yang menyusukan badan, ESP juga sangat bagus dalam mambantu memekatkan susu
Nota kaki : Sya hanya minum ESP pada waktu sahur dan alhamdulillah sya tak rasa lapar , kekal bertenanga sehingga waktu berbuka.Memang ESP sangat ohsem la.Boleh hilangkan kg la kalau sebulan hanya amalkan ESP ni tau.Sya hanya ambil hidangan nasi pada waktu berbuka sahaja itu pun dalam kuantiti yang sedikit.Lebih banyak air sampai naik kenyang.Hihi
Meal Shakes 
-Sumber multivitamin yang terbaik. Bila kita berpuasa, badan kita sebenarnya melalui proses detoksifikasi. Sementara detoksifikasi itu berlaku, Meal Shakes dapat memastikan badan kita mendapat bekalan nutrien baru yang mencukupi. 
- Boleh dijadikan instant sahur atau sarapan pagi untuk seisi keluarga
- Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral serta kalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak 
- Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak 
- Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan 
Performance Drinks 
- Minuman seperti isotonik tetapi tanpa gas.- Ianya bagus dalam mengelakkan dehidrasi kulit sebab ia mengurangkan kehilangan bendalir dan menyokong tahap hidrasi lebih baik berbanding air.
- Ia akan seimbangkan proses kehilangan air dalam badan dan justeru badan kekal rasa segar.
- Dengan itu, anda tidak akan rasa mudah dahaga. Digalakkan juga diambil masa berbuka supaya cepat menyegarkan badan dari keletihan.
Mereka yang sangat digalakkan untuk ambil set Mighty 3 Gems Shaklee ialah:
- Para ibu yang menyusukan anak (breastfeeding mother). 
- Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif. 
- Mereka yang berpuasa. Sesuai untuk sahur dan berbuka. 
- Para pesakit yang menghidap gout. 
- Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi. 
- Mereka yang bekerja berat (buruh binaan, bekerja di bawah terik matahari,etc)
- Warga tua
- Mereka yang ada gastrik
- Kanak-kanak yang mula belajar puasa
Anda berminat ingin membeli dengan sya.Bolehlah klik di sini. Atau hubungi sya di no tertera.Sya boleh COD sekitar area Shah Alam , Puchong



Tengok muka si comel ni memang siapa pun tidak sangka yang baby sekecil ni ada sakit jantung berlubang & injap bocor.

Baby comel ni adalah cucu sedara sya.Baru berusia 7 bulan dan di sahkan menghadapi sakit nya pada usia 3 bulan.Ya Allah ini adalah ujian dariNya untuk mama dan papa Hadiff.

Hadiff akan menjalankan operation pada hari jumaat ni 26.06.2015 bersamaan 9 Ramadhan 1436. Semoga baby Hadiff selamat dan di permudahkan segala urusan dan di jauhkan segala kerumitan di sepanjang masa operation nanti.

 Hari ni baby Hadiff dah kena check in Institut Jantung Negara (IJN).Sebak..sedih semua datang sekaligus bila doktor dah tetapkan tarikh untuk baby hadiff menjalankan pembedahan nanti biarpun memang dari awal dah tahu yang sakit baby Hadiff memang memerlukan pembedahan.

Sya yang bukan mama Hadiff pun sedih apatah lagi mama dan papa Hadiff dah tentu bertambah-tambah sedih.Semoga Hazwan dan Ina di beri kekuatan untuk menghadapi segalanya.Tabah lah wahai anak-anak sedaraku.In shaa Allah semua nya akan di permudahkan untuk baby Hadiff.

Kita semua sayang baby Hadiff......

19 June 2015


Orang kedah dan kari memang tak dapat dipisahkan.Dapat pulak suami hantu kari jadi memang kena belajar masak kari la.

Jangan tak tau yang sya sebelum kawen memang tak pernah nak masak kari oke.Yang sya tau masa zaman bujang goreng ikan , masak sayur , masak nasi..Haaa selebihnya memang sya tak tau hokey. Setahun berapa kali jer pun masuk dapur..Kihkih..Yang mana anak dara jangan ikut perangai sya okey..

Yang mana ada ibu lagi tu belajarla masak dari ibu.Tak rugi belajar masak ni.Sya dulu tak berpeluang nak belajar masak dengan mak sya sebab mak sya dah tak ada dari sya kecik,so memang tak dan la nak belajar masak kan.

First time masak kari pun tak menjadi tapi di sebabkan dapat suami yang tak cerewet ni bantainya juga makan asal kenyang katanya..Tak per "practices  make perfect " kan.Gitu la sya cuba,mencuba dan mencuba sampai dah berjaya sekarang.Kalau mertua suruh masak kari sekarang pun boleh dah..Cewah berlagak yer.Kalau dulu takut jer mertua suruh masak kari..Tapi alhamdulilah dapat mertua yang tak akan pangil menantu masuk dapur..Hahaha...

Oke dah-dah bebel kelaut dah tu..Jom tengok kari ayam tanpa santan yang sangat sya suka ( santan tak baik untuk kesihatan sebab tu sya memang jarang guna santan dalam masakan.Healthy la sangat kan ).


Resipi Kari Ayam Tanpa Santan.


Bahan-Bahan :
  1. Ayam setengah ekor
  2. 2 biji kentang  - di belah 4 @ 6
  3. 6 ulas bawang merah - dihiris 
  4. 5 ulas bawang putih - dihiris
  5. Halia - dihiris
  6. 5 sudu besar rempah kari babas
  7. 4 sekawan ( kayu manis , bunga lawang , buah pelaga , bunga cengkih )
  8. 1 pelepah daun kari
  9. Air
  10. Garam
Cara Memasak
  1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan.
  2. Kemudian masukkan rempah kari dan kacau seketika sebelum dimasukkan air supaya rempah cair. Terus masak dengan menggunakan api perlahan sambil dikacau sehingga rempah sedikit garing dan keluar minyak. Kemudian masukkan daun kari dan kentang.
  3. Lepas itu, masukkan ayam dan masak sehingga ayam kecut sebelum tambah sedikit lagi air dan biarkan mendidih.
  4. Setelah kentang empuk, masukkan asam asam jawa dan garam. Renihkan sehingga pecah minyak. Sesuaikan kepekatan kuah yang disukai. Jika terlebih pekat, tambah air panas dan masak lagi.

Nota : Kuah kari ayam pekat seperti ini sangat sedap dimakan dengan roti jala.

Ok next boleh cuba buat roti jala pula..

Masih belum terlambat untuk sya ucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak  dan selamat berpuasa untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia dan penuh berkat ni. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna. Tingkatkan amalan-amalan kumpul pahala dan terus istiqamah hendaknya bukan sahaja bulan Ramadhan ye.

Ramadhan , Puasa


Apa yang penting jaga mulut, jaga sikap, jaga langkah, jaga telinga dan jaga semuanya supaya kita tak melakukan sesuatu yang sia-sia seperi plastik kosong yang bocor di bulan ramadhan yang mulia. Semoga segala amalan kita diberkati dan diterima Allah SWT..Selamat menunaikan ibadah puasa untuk semua umat Islam.


Fuhhh penuh habuk sawang bagai blog ni dah.Lama sangat tak jenguk blog kesayangan sya ni.Kekalutan yang melanda beberapa minggu dalam kehidupan sampai tak ada masa untuk luangkan masa bersama blog.Haha....

Sya tak update blog bukan sebab malas ker haper oke tapi di sebabkan sya terpaksa luangkan lebih banyak masa kepada keluarga mertua.Yang mana frends dengan sya di muka buku mungkin tahu kenapa kan.Kepada yang tak tahu meh sya bagi tahu kenapa.

Actually pada awal bulan June 2015 iaitu pada 09.06.2015 kami di kejutkan dengan berita yang ayah mertua sya terkena serangan strok.Masya Allah memang terduduk sekejap selepas mendapat berita dari mak mertua mengenai ayah.Memang bisu tanpa kata masa tu.Fikiran terus melayang ke ayah.

Malam tu juga buat keputusan untuk balik ke kampung tengok sendiri keadaan ayah biarpun mak kata ayah ok tak perlu di risaukan kerana pada masa itu ayah di rawat di Hospital Universiti Sains Malaysia ,Kubang Kerian.Tapi kami sebagai anak menantu mesti nak juga balik tengokj dengan mata sendiri keadaan ayah.Balik la kami malam tu berenam bersama adik adik ipar sya.

Sampai di kampung pun dah lewat pagi.Niat tu nak baring luruskan urat sekejap tapi boleh pula terlelap sampai ke pagi.Hoho..Bangun pagi uruskan hal rumah mertua , ,mengemas , membasuh apa yang patut sebab mak mertua di hospital menguruskan ayah..Masak untuk adik-adik makan.

Tengah hari tu pergi ke HUSM untuk melawat ayah.Sebak sungguh bila lihat keadaan ayah.Sebelum ni balik kampung tengok ayah sihat kali ni balik tengok ayah terbaring memang hampir buatkan sya mengalir air mata,tapi tehan jer sebab tak nak tunjuk depan mak nanti sure mak pun sedih.

Seminggu lebih sya di kampung uruskan adik-adik.ke hospital pun selang sehari.Dan alhamdulillah sebelum sya balik ke Shah Alam keadaan ayah nampak semakin pulih biarpun masih tak dapat untuk gerakkan badan tanpa bantuan orang lain.

Untuk ayah kami anak-anak sentiasa mendoakan supaya ayah kembali sihat seperti sediakala.Kami rindu dengan gurauan ayah , rindu nak makan sama-sama , rindu nak tengok lambaian ayah setia[ kali kami nak balik ke Shah Alam...Rindu semuanya tentang ayah.Biarpun ayah hanya mertua tapi sya sayangggggg sangat kat ayah..

Boleh baca tentang definisi strok di sini.

4 June 2015


Kulit bersisik adalah gejala umum dari kulit kering dan dapat terjadi di mana saja pada tubuh, meskipun tempat yang paling umum seperti pada kaki bagian bawah, lengan dan paha. Pada kondisi kulit yang bersisik ini, kulit nampak kasar dan retak-retak. Hal ini tentu saja sangat mengganggu penampilan kulit kita.

Ada orang yang kulitnya terlebih berminyak dan ada juga yang mempunyai kulit kering hingga menyebabkan kulit kelihatan kusam dan menggelupas. Kedua-dua keadaan ini boleh menyebabkan kita berasa risau dan ia juga menunjukkan yang kulit kita tidak sihat. 

Sebenarnya kulit yang sihat bergantung pada kadar air yang terdapat pada kulit kerana kelembapan pada kulit dapat membantu lapisan epidermis melindungi kulit daripada persekitaran luar termasuklah cahaya matahari. Tanpa kelembapan, kulit mudah kering, bersisik dan menggelupas.

Masalah kulit kering ini juga boleh terjadi disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya adalah disebabkan oleh perubahan cuaca, pemilihan alat solek yang tidak tepat, sinaran matahari dan penuaan. 

Terdapat beberapa cara yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah kulit kering ini. Diantaranya adalah:-



Kerap minum air, sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. Tapi kalau cuaca betul-betul panas, perlulah minum air lebih banyak kerana kita cepat hilang air kerana berpeluh. 

Makan makanan berkualiti tinggi yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Contohnya Tomato, kajian menunjukkan peserta yang makan lima sudu pasta tomato kaya lycopene setiap hari selama tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus lebih banyak terhadap pancaran sinar matahari. Selain itu, makanan ini juga menjadikan kulit mempunyai lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit daripada kendur.

Elakkan daripada pengambilan alkohol dan rokok kerana ia merupakan punca utama yang menyebabkan masalah kulit kering.

Elakkan daripada berada didalam tempat yang berhawa dingin untuk satu jangka masa yang lama. Ini adalah kerana penyaman udara sebenarnya akan menyebabkan udara menjadi kering. Ia akan memberi kesan dehidrasi terhadap tubuh anda walaupaun suhu persekitaran sejuk.

Basuh muka anda tidak lebih dari dua kali sehari dengan pembersih muka. Cucian yang lebih kerap boleh mengeringkan lagi kulit muka anda.

Kenal pasti jenis masalah kulit muka sama ada berminyak atau kering. Ini akan membantu anda untuk memilih produk penjagaan dan solekan yang betul. Penjagaan sepatutnya menyegarkan kulit dan bukannya mengeringkan lagi kulit. Jika kulit anda berasa tegang atau ketat pada waktu tengah hari, ia mungkin bermakna produk yang anda gunakan tidak bersesuaian.

Tidur mencukupi dengan mendapatkan sekrang-kurangnya 8 jam tidur pada waktu malam. Tidur yang secukupnya sangat membantu dalam mengekalkan tahap kelembapan kulit. Pastikan juga bilik tidur mempunyai pengudaraan yang bersih.

Biasanya bila sya mengalami masalah kulit yang kering, sya akan menggunakan pelembap kulit untuk membantu kekalkan kelembapan kulit. Tapi sekarang sya lebih suka mengamalkan suplemen. Antara suplemen yang sya amalkan adalah ESP , Vita - C ..Alhamdulillah kulit sya tidak lagi kering. 

Buat mereka yang mempunyai budget yang besar, boleh mengambil Shaklee Collagen Powder..memang suplemen terbaik untuk kulit kering, berjeragat dan kulit kusam. 

Nak cuba mana-mana suplemen atau nak tahu suplemen mana yang sesuai untuk kulit anda, feel free to contact me,


Promosi kali ni khas untuk yang nak kulit cantik cantik di Hari Raya nanti (Ehhh puasa pun belum lagi dah cakap pasal raya). Shaklee buat offer istimewa bulan ni iaitu Sustained Vitamin C dan Vita E Complex.Memang supplement untuk kecantikan kan..


Kedua-dua vitamin ni sangat la popular untuk kulit.Sustained Vita C Shaklee ni terlalu banyak khasiatnya.Bukan hanya dalam set kecantikan je malah dalam kebanyakan set mesti akan ada Sustained Vita C ni. 

Vita E Complex pula memang sudah tersohor sebagai vitamin yang mampu hilangkan bekas jerawat. Bukan tu je, parut-parut akibat luka atau terhiris pisau atau terkena minyak panas pun boleh pudar. Promosi Shaklee bulan Jun ni, membolehkan korang layak dapat 5% diskaun dengan pembelian dua botol.

Suka sangat sya nak kongsi lagi kebaikan dua vitamin hebat ni. Bukan cakap sesuka hati tau. Banyak dah testimoni dari pengguna yang sangat berpuas hati dengan kebaikan kedua vitamin ini.

Kebaikan Vitamin C:

1- Menyembuhkan luka, kesan terbakar dan gusi berdarah
2- Meningkatkan keberkesanan ubat yang diambil untuk sakit kencing kotor
3- Mempercepatkan proses penyembuhan selepas surgeri
4- Mengurangkan kolestrol dalam darah
5- Berfungsi mengelakkan jangkitan virus dan bakteria
6- Meningkatkan sistem imuniti badan
7- Mengurangkan risiko dari terkena kanser
8- Mengelakkan terjadinya nitrosamines (satu unsur yang menyebabkan kanser)
9- Pelembut najis yang semulajadi
10- Mengurangkan risiko darah beku di saluran darah
11- Membantu mengurangkan selsema
12- Menguatkan sel protein dalam badan dan bertindak sebagai anti-aging
13- Meningkatkan penyerapan zat besi
14- Merendahkan risiko terkena alergik atau alahan
15- Membantu badan untuk dapat tekanan darah yang sihat
16- Mengurangkan kehilangan ketumpatan tulang
17- Mengelakkan terkena penyakit scurvy

Lihat betapa banyaknya kebaikan Vitamin C yang dipromosikan Shaklee ni. Vitamin C bukan je untuk kulit cantik. Tapi meningkatkan kesihatan badan secara keseluruhan. RM0.50 sehari untuk semua kebaikan di atas,sangat berbaloi bukan?Dah tu dalam satu botol boleh tahan sehingga 6 bulan.Setahun 2 kali jer kena beli memang best dan berbaloi-baloi la kan.

Kebaikan Vitamin E:

1- Tampak lebih muda dengan kesan antioksidan
2- Bekalan oksigen dalam sistem tubuh yang lebih mantap
3- Melindungi paru-paru dari terkena pencemaran udara
3- Mengelakkan dari risiko terkena penyakit kanser
4- Membantu membantutkan pertumbuhan sel kanser payudara
5- Melindungi saluran darah dari darah beku dan memecahkan darah beku
6- Mengurangkan keletihan badan
7- Mata terlindung dari katarak
8- Mengelakkan parut dalam dari terbentuk, dengan cara menyapu dan mengambil Vitamin E
9- Mempercepat kesembuhan luka akibat terbakar
10- Merendahkan tekanan darah
11- Membantu mengurangkan risiko keguguran bagi ibu hamil
12- Kurang terkena kejang kaki
13- Merendahkan risiko terkena stroke
14- Juga mengelakkan diri dari terkena Alzheimer dan membantutkan sakit Alzheimer

Vitamin dan makanan harian saling melengkapi. Fungsi utama vitamin adalah melengkap nutrisi yang tiada di dalam makanan harian. Zaman sekarang bukan macam zaman atuk nenek kita. Standard nutrisi seikat bayam sekarang sama dengan sepuluh ikat bayam.

Zat galian pada tanah sudah semakin kurang.

Jika ada niat nak makan vitamin, tapi tak tahu nak ambil atau mula yang mana. Bolehlah cuba dua vitamin ni dulu. Rasakan sendiri perubahan kualiti kesihatan diri masing-masing.

Nak cuba vitamin-vitamin ni, boleh Whatsapp sya seperti talian di bawah.