Fisya Yusof

Saya Nafisah Binti Md Yusof Shaklee Inderpendent Distributor [ SID : 1084053 ] sejak 2013 Sebarang pertanyaan berkaitan produk shaklee boleh hubungi saya di talian 017 -420 5506

27 July 2015

Hujung minggu yang lepas hubby ada bagitau yang kawan sekerja nak datang beraya di rumah dan meminta sya memasak dan menyediakan sedikit kuih muih.Sya terfikir elok juga jika memasak mee kari kerana sya sendiri pun teringin nak memasaknya tapi bila di fikirkan nanti hanya sya dan hubby jer yang makan jadi sya abaikan je permintaan anak tekak.Ni dah alang-alang ada tetamu nak datang sya buat mee kari ni.Tak tahu la ok ke tak sebab ni pertama kali sya masak mee kari.
Sya amek resipi ni dari kakak ipar sya yang kebetulan ada memasak mee kari semasa hari raya yang lepas.Tengok cara kakak ipar ni masak ringkas sangat jadi sya pun minta la resipi dari  dia.Dan alhamdulillah resipi yang di beri sangat mudah.
Pagi-pagi lagi sya dah keluar mencari bahan untuk memasak mee kari.Persiapan perlu di sediakan awal supaya tak kalut nanti.Kalau boleh bila tetamu sampai semua telah tersedia.Lagipun pada sebelah petangnya sya nak pergi ziarah cucu sedara sya yang di masukkan ke icu.
Oke la panjang lebar pula cerita nya jadi jom kita layan resipi mee kari yang sangat mudah ni.Buat sekali pasti menjadi.

Mee Kari

Bahan-bahan
1 -  Mee Kuning
2 - 5 ulas bawang merah *
3 - 5 ulas bawang putih * 
4 - 1 batang serai
5 - 1/2 inci halia 
6 - Udang secukunya
7 - Fishball
8 - Fishcake
9 - Santan 
10 - Cili boh 
11 - Rempah kari babas
12 - Air ( Sya guna air rebusan ayam )
13 - Ayam
14 - Kerang
Bahan untuk hiasan Mee

1 - Kacang panjang
2 - Taugeh
3 - Tauhu goreng
4 - Cili hidup 
5 - Sayur sawi
6 - Daun bawang dan sup
7- Telur rebus
8 - Isi ayam yang telah di leraikan
9 - Limau kasturi
Nota : Potong sayur kacang panjang dan sawi  dan celur sekejap.
Cara-Caranya 
1 - Rebus ayam terlebih dahulu sampai ayam lembut
2 - Blend bahan bertanda *
3 - Tumis bahan blend dan cili boh sampai nak bau
4 - Masukkan rempah dan tumis sampai naik minyak
5 - Masukkan isi ayam, fishball , fishcake , dan biarkan sampai mendidih
6 - Agak-agak rempah dah pecah minyak masukkan air rebusan ayam.
7 - Biarkan agak mendidih dan masukkan santan.
8 - Kacau sentiasa sampai santan sekata.
9 - Masukkan udang dan kerang( di rebus terlebih dahulu )
10 - Akhir sekali masukkan garam dan adjust la ikut citarasa sendir nak masin ker ape kan.
Nota : Kerang jangan di rebus terlalu lama untuk mengelakkan ianya menjadi liat.
Selamat Mencuba !!!!

26 July 2015

Pernah seorang customer sya whatsapp sya selepas mengamalkan supplement bertanyakan tentang masalah ini.

" Selepas saya makan supplement ni, besoknya air kencing saya menjadi kuning dari biasa, berubah warna. Saya jadi panik.Saya dah  minum air masak banyak. Tapi bila saya buang air kecil, air kencing tu berwarna kuning pekat.Bahaya ke tak ya? Takut juga saya kalau-kalau itu tanda berpenyakit "

Ok puan jangan risau yer kerana ini bukan petanda puan berpenyakit 

" Bila kita dapati air kencing terlalu kuning selepas mengambil B complex, JANGAN PANIK dan TAKUT. Untuk pengetahuan semua, bukan vitamin B complex Shaklee sahaja, malah semua vitamin B di pasaran jika diambil akan menyebabkan air kencing berwarna kuning yang agak pekat. Ini kerana vitamin B adalah tergolong di dalam kumpulan vitamin larut air. Warna kuning tersebut adalah normal."

Kesemua kumpulan vitamin B sama ada vitamin B1, B2, B3, B6, B12 dan Biotin adalah tergolong dalam kumpulan vitamin larut air. Kesemua vitamin larut air ini boleh larut di dalam air. Badan manusia perlu mengambil vitamin larut air ini (vitamin B dan C) setiap hari kerana badan tidak menghasilkan sendiri vitamin tersebut. Vitamin ini juga tidak disimpan di dalam badan. Kerana sifatnya yang larut air, lebihan vitamin ini akan dibuang daripada badan melalui air kencing.

Kenapa Warna Kuning?

B-Complex mengandungi 8 jenis vitamin B dan salah satu vitamin tersebut ialah Riboflavin. Riboflavin ni lah yang memberi warna KUNING pada urin kerana sifat vitamin B yang larut air itu. Oleh itu, Riboflavin yang tidak diserap, disingkirkan melalui air kencing dan memberi warna kuning cerah kepada urin. Maka, urin yang kuning selepas mengambil supplemen B.Complex adalah normal dan tidak berbahaya.



Sekiranya warna urin adalah kuning cerah, maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sebaliknya jika kuning yang gelap, ia menandakan tubuh menghadapi kekurangan air (dehidrasi) dan perlu minum lebih banyak air. Ia merupakan satu petanda bagus iaitu tubuh kita bertindakbalas dengan baik terhadap vitamin B tersebut. Maka, minumlah lebih banyak air masak dan pastikan badan anda tidak terhidrasi.

Namun, adalah bagus juga untuk mengenal warna kencing dan simptom yang datang bersamanya:

KUNING PUCAT - warna urin normal
KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex
KUNING GELAP – dehidrasi atau akiibat pengambilan vitamin B complex
KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati
OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax
KERUH - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)
KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan
KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome

Jadi, adakah kita perlu mengambil vitamin B dan C setiap hari?

Jawapannya ialah YA, kita perlu ambil vitamin B dan C setiap hari untuk kesihatan yang optimum Badan manusia hanya menyerap vitamin B dan C dalam kuantiti tertentu sahaja. Lebihan vitamin yang tidak diserap akan terus dibuang melalui air kencing. Ini kerana vitamin larut air tidak disimpan di dalam badan.

Jom, dapatkan Vitamin B-Complex yang mempunyai pelbagai kebaikan ni dari sya.

P/s : Promo B-Complex beli 3 percuma 1 masih lagi berlangsung.Jadi jom cepat dapatkan sebelum terpaksa gigit jari bayar harga biasa dah.jangan menyesal kalau tak dapatkan sebelum promosi ni berakhir beberapa hari jer lagi..

25 July 2015

Bagi ibu-ibu terutamanya yang pertama kali menjadi ibu dan tiada pengalaman menyusukan bayi di tempat awam pasti akan berasa kekok dan tidak selesa dengan persekitaran kan.Pasti akan berasa sukar untuk melakukannya. 

Sesetengah ibu pastinya tidak ada keyakinan diri untuk melakukannya ditempat awam apalagi dengan penerimaan orang disekelilingnya. Termasuk juga dengan keluarga terdekat dan akan menghindar daripada mereka. Sebahagian ibu pula ada yang memerah susu dirumah dan mengisi susu ibu itu ke dalam botol kemudian memberikannya kepada bayi apabila berada di tempat awam.

Tapi sebenanarnya tak perlu pun ibu menyusu pam susu ke dalam botol untuk berikan kepada bayi ketika berada di tempat awam kerana ada pelbagai cara untuk kita teruskan menyusukan anak di tempat awam dengan selesa tanpa perlu berasa kekok lagi selepas mengetahui tips yang akan sya kongsikan.

7 Tips Menyusu Di Tempat Awam


1 - Belajar mendapatkan posisi dan cara lekapan yang terbaik.

Apabila berada di luar rumah, ada posisi yang harus dilakukan untuk memastikan ibu berada dalam keadaan yang sopan dan bayi pun merasa selesa dengan penyusuan itu. Kita boleh mempelajari tehnik yang terbaik agar ibu dan bayi selesa melakukan penyusuan di tempat awam.

2 - Melatih melakukan penyusuan di hadapan ahli keluarga terlebih dahulu.

Ini adalah suatu langkah awal yang patut kita cuba agar kita akan terbiasa nanti dengan proses penyusuan di luar rumah. Dan boleh menimbulkan keyakinan ibu.

3- Memakai pakaian yang sesuai untuk menyusui bayi.

Diantaranya iaitu memakai bra yang bersesuaian untuk menyusui. Ianya untuk memudahkan ibu. Ada juga pakaian yang direka khas untuk ibu menyusui yang memudahkan ibu dengan hanya membuka bahagian hadapan atau pun baju yang didatangkan khas dengan zip atau butang. Ibu tidak perlu menyelak baju daripada bawah dan menampakkan bahagian perut.

4 - Bantu bayi melekap.

Sekiranya ditempat awam, dekatkan bayi dengan badan ibu dan buka bahagian baju yang perlu dibuka. Posisi terbaik adalah menghadap belakang ataupun ke tempat yang tidak dilalui orang ramai. Jangan biarkan bayi terlalu lapar sebelum ibu menyusukannya. Bayi yang tidak lapar lebih senang untuk disusui dibandingkan dengan bayi yang tengah lapar.

5 - Menggunakan tudung atau Nursing Cover.

Bagi ibu yang memakai tudung besar, ibu boleh menyusukan bayi dalam tudung besar tanpa menampakan aurat. Atau bayi boleh disusukan dengan memakai nursing cover.Terdapat pelbagai jenis nursing cover di pasaran sekarang.Pilihlah yang sesuai dan kain yang tidak panas untuk bayi kita.



6 - Menyusukan bayi dalam gendongan (sling)

Cara ini biasa dilakukan jika kita pandai menyusukan bayi dalam gendongan. Biasanya gendongan ini terbuat dari kain batik. Selalunya orang disekeliling tak sedar pun yang ibu sedang menyusui bayi kerana tertutup oleh kain gendongan.

7 - Susuilah bayi dengan yakin.

Ibu perlu ada keyakinan untuk menyusukan bayi dengan keadaan sopan di tempat awam. Sekiranya ibu ada keyakinan dengan penyusuan itu, orang sekeliling pun akan merasa tak ambik tahu tentang hal tersebut.Pastikan kita dapat menyusukan bayi dengan penuh keyakinan dan profesional agar kita dan bayi selesa.

Semoga dengan sedikit tips yang di berikan dapat membantu terutamanya kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi.Jangan biarkan bayi kita tidak mendapat hak menyusu mereka apabila kita berada di tempat awam.

~ Sharing is caring ~
Kejap nya msa berlalu diam tak diam dah 9 syawal pun.Masih dalam mood beraya lagi kan.Mesti sekarang ramai yang sibuk nak adakan rumah terbuka mahupun nak hadirkan diri ke rumah terbuka.Yang nak ke rumah terbuka tu mesti kena betul-betul plan kan sebabnya dlam sehari tentu lebih dari 3 buah rumah yang buat rumah terbuka ni.

Yang mana nak buat rumah terbuka tu mesti sibuk dari awal untuk sediakan juadah untuk tetamu nanti.Mesti nak penuhkan balik balang-balang kuih tapi kuih pulak banyak yang dah habis.Dah tu macam mana pula kan??

Jangan risau yerk sebab sempat aje kita nak sediakan kuih raya lagi.Bukan susah mana pun.Ni sya tepekkan resipi Biskut Semperit yang buat sekali in shaa Allah menjadi jika betul-betul ikut pada resipinya..Resipi ni sya dapat dari fb Dari Dapur Ummu..Sya panjangkan resipinya di sini.Mohon dihalalkan resipinya yerk.

Resipi Biskut Semperit yang sangat mudah



Bahan A :

200 gm mentega ( Buttercup)
100 gm gula icing
1 biji kuning telur
1/2 tsp perisa Vanila *kalau nk buat semperit perisa pandan boleh la letak pandan emulco letak 1/2 tsp pewarna hijau.
sedikit pewarna kuning kalau nk letak. 

Bahan B :

250 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
30 gm tepung kastad
*ayak semua bahan B di atas

Hiasan :
gula manik

Cara-cara :

1 - Sebatikan bahan-bahan A ,Masukkan bahan B dan uli rata.
2 - Gunakan acuan dan paipkan adunan. (Saya paip dan potong adunan kepada 1.5 inci setiap satu). taburkan sedikt gula manik.sebelum itu kena panaskan dahulu oven. Bakar selama 15 minit dengan suhu 160C.
3 - Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan.

Ok siap...

Selamat Mencuba !!!!

24 July 2015

Kulit baby yang baru di lahirkan sangat lembut , halus , putih gebukan..Kulit bayi baru lahir kebanyakkannya sangat sensitif berbanding kita sebagai orang dewasa.Ruam lampin adalah salah satu masalah yang sering terjadi kepada bayi mahupun kanan-kanak.
Kesian kan kalau kita tengok bayi yang kena ruam lampin ni.Bayi pasti akan berasa tidak selesa terutama terkena air ketika mandi.Pasti pedih semacam jer kan.
Ruam lampin terjadi disebabkan oleh kegatalan kulit yang berlaku apabila bahan kimia air kencing mula di pecahkan oleh kuman-kuman.Pada peringkat awal kulit akan menjadi bintik-bintik seperti ruam.kemudian kulit akan menjadi tebal dan berkedut sehingga menggelupas.Biasanya ia terjadi di bahagian dan sekitar tempat yang ditutupi dengan lampin bayi.Ia merangkumi bagahian punggung , punggung , dan kelengkang.
Sebagai ibu bapa kita perlu tahu cara untuk merawat ruam lampin pada bayi agar bayi kita supaya kita dapat elakkan bayi kita dari terkena ruam lampin ini.Sakit wooo kena ruam lampin ni.Kesian bayi kan.Kita pun susah hati juga kalau si bayi astik meragam sokmo.

Cara Merawat Ruam Lampin Pada Baby

Cara Merawat Ruam Lampin

1 - Periksa lampin bayi setiap 2 jam.Jangan biarkan lampin bayi terlampau basah.Bersihkan dengan air suam, bilas sehingga bersih dan lap dengan tuala lembut pada seluruh punggung dan dicelah-celah paha sehingga ia kering.
2 - Bersihkan bahagian kelamin dan punggung dengan rapi setiap kali bayi membuang air besar. Pastikan kulit bayi bersih dan kering sebelum memakaikan lampin baru.
3 - Sapukan krim yang mengandungi antiseptik bagi melegakan radang yang dialami. Krim ini juga membantu menghapuskan kuman-kuman pemecah kandungan air kencing.Gunakan krim pada bahagian lampin secara konsisten kerana ia mampu mencegah jangkitan di samping melegakan dan memberi keredaan kepada kulit bayi yang masih lembut.
4 - Pilih lampin pakai buang yang mempunyai serapan yang tinggi supaya dapat mengurangkan kelembapan yang terkena pada kulit bayi. Mami boleh guna lampin kain kerana ia lebih semulajadi.
5 - Jika ruam lampin bayi disebabkan oleh alahan tertentu, masalah tersebut akan hilang sendirinya selagi mami tidak menggunakan kembali produk yang menyebabkan ruam itu pada bayi.
6 - Ruam lampin biasanya pulih selepas 3 – 4 hari. Jika masalah ruam lampin tidak pulih dan semakin serius, bawa bayi berjumpa dengan doktor atau pakar pediatrik. Ini mungkin ruam lampin sudah berkembang dan menjadi jangkitan kandida atau infeksi bakteria yang menimbulkan kesakitan dan rasa tidak selesa pada bayi. Doktor akan memberikan nasihat bergantung pada penyebabnya.
7 - Elakkan menggunakan  bedak talcum kerana ia boleh menyebabkan geseran dan berlaku iritasi.
8. Pastikan lampin yang dipakai longgar dan ada ruang pengaliran udara di sekeliling punggung bayi.
Semoga cara yang sya kongsikan ini dapat membantu ibu-ibu dalam merawat ruam lampin dengan jayanya.
Boleh klik di sini untuk ketahui krim yang dapat membantu masalah ruam lampin bayi kita 

23 July 2015

Sekarang ni dalam bulan syawal lagi jadi sudah pasti masih ramai yang masih memikirkan juadah untuk para tetamu yang nak datang beraya di rumah mahupun sebagai juadah untuk rumah terbuka nanti.Selain dari masakan ayam , daging juga menjadi salah satu pilihan dalam masakan seperti rendang daging , roti jala daging , bihun sup pun turut terselit daging juga kan.

Jadi boleh di katakan raya dan daging berpisah tiada..Hihi..Jadi untuk menjumatkan masa mesti ramai yang mencari cara mahupun Tips Lembutkan Daging kan.Oleh sebab itu kali ni sya nak kongsikan dengan semua Tips Lembutkan Daging .Biapun ramai juga yang dah tahu sya tetap nak tepek dalam blog sya untuk rujukan anak-anak sya untuk masa akan datang..Haha


Tips Lembutkan Daging 


1 - Semasa merebus daging masukkan seketul gula batu ( Rebus sekejap)
2 - Masukkan 4-5 biji kurma ke dalam periuk rebusan daging
3 - Ramas nenas bersama daging dan perap seketika sebelum di rebus
4 - Masukkan daun nangka dalam periuk rebusan daging
5 - Masukkkan sudu dalam periuk rebusan daging
6 - Buah keras yang sudah di tumbuk hancur masukkan ke dalam periuk rebusan daging
7 - Panadol.Biasa kalau dalam kuantiti daging yang berkilo-kilo untuk kenduri tukang masak akan letakkan beberapa biji panadol.

Ok setakat tu jelah yang sya tahu dan boleh kongsikan dengan semau.Kalau uolss ada tips lain boleh la tinggalkan di ruangan komen.Sharing is caring kan..

Selamat mencuba !!!!


Belum terlambat rasanya sya nak ucapkan 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin 
kepada semua kawan-kawan blogger, semua pembaca blog , follower dan semua sya menyusun 10 jari memohon kemaafan andai sepanjang sya menulis di blog no adda buat korang terasa ati , terkecik ati atau sebagainya...
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

13 July 2015

Alhamdulillah its Monday again...time for work everyone

Isnin terakhir untuk bulan Ramadhan 2015.Mesti ramai yang dah ready nak pulang ke kampung untuk berhari raya kan...

Jom layan video ringkas yang  best untuk hari ini

  Cara Muhasabah Diri Agar Kekal Positif from iReach HD on Vimeo.

Lets work the  best for our Jannah 

Salam sayang untuk semua pembaca

10 July 2015


Sya memang hantu sikit kalau biskut nestum ni..sebelum-sebelum ni kalau musim raya pergi beraya la rumah sesapa pun mesti biskut pertama yang sya cari ialah Biskut Nestum ..Kalau ada rumah sesapa wahhh memang syok la..Makan sorang ngadap tu sampai tak perasan dah nak habis.Kalau tak ada biskut nestum pasrah laa makan apa je biskut yang ada.

Di sebabkan favorite sya maka tahun ni sya usaha untuk buat sendiri,Puas hati sangat dapat sediakan sendiri sebab boleh dapat banyak bekas, boleh makan banyak-banyak.Dah tak perlu nak pergi rumah orang lain cari Biskut Nestum lagi.Haha..Lepas ni sapa nak makan biskut nestum bole datang rumah sya plak.

Sebelum tau resipi ingatkan renyah la nak buat Biskut Nestum ni , tapi bila dah tau resipi rasa masya Allah senang yang amat.Kalau tau senang macam ni dah buat setiap tahun sebelum ni. Ok jom tengok resipi mudah ni..Kot sempat lagi la sape yang nak buat tu.Sya pun macam nak buat lagi seadunan jer gara-gara sambil adun kuih sambil makan..


Resipi Biskut Nestum Yang Ranggup 

Bahan-bahan :

1. 2 cawan tepung gandum - di ayak ( sya tambah lagi setengah cawan)
2. 3 sudu kecil baking powder - di ayak
3. 2 cawan nestum dikisar halus
4. 1 cawan butter ( agak-agak sendiri)
5. 1 cawan gula castor
6. 2 biji telur
7. 2 sudu kecil essen vanilla
8. 2 cawan nestum tanpa di kisar ( untuk digolek )

Cara-Caranya : 

1. Pukul sebati butter , gula castor , telur dan essen vanilla
2. Masukkan tepung , baking powder dan nestum yang telah di kisar halus
3. Gaul / mixer sampai jadi doh 
4. Rehatkan doh selama 10 - 15 minit
5. Bentukkan doh bulat-bulat dan golek dengan nestum yang tidak di kisar tadi
6. Tekan dengan garfu
7. Bakar pada suhu 150'C selama 15 minit.

Tada siap...Mudah sangat kan.Dah siap bakar tunggu bagi sejuk boleh la di simpan dalam bekas kedap udara.Agak tak tahan boleh la buat macam sya masukkan separuh dah ke dalam perut.Lepas tu meroyan nak kena buat lagi..Haa padan muka.


Selamat mencuba..Kalau jadi jangan lupa bagi tau ye..Kalau tak jadi sya tak tau..Hihihi...

9 July 2015

Dah hujung-hujung puasa ni mesti ibu-ibu dah buntu kan nak masak ap ajuadah untuk berbuka puasa.Kali ni sya nak kongsikan Resipi Ayam Goreng Berempah yang sangat mudah untuk ibu-ibu semua.Mana tau boleh di jadikan menu berbuka nanti.

Resipinya sangat la mudah dan menjadi makanan favorite untuk sya dan keluarga.Kalau dapat makan panas-panas memang tak pandang belakang dah la.Nasib la kalau mertua lalu pun tak heran.. Haha..Amboiii melampau sangat kan kalau gitu.

Ok jom kita tengok resipi ni.Mana tau balik nanti terus nak buat untuk berbuka.

Ayam Goreng Berempah

Resipi Ayam Goreng Berempah

Bahan - bahan : 

1. setengah ekor ayam ( Boleh di tambah kalau ramai yang nak makan )
2. 3 batang serai * ( Lebihkan kalau ayam banyak )
3. 5 ulas bawang merah *
4. 5 ulas bawang putih *
5. Kunyit hidup sebesar ibu jari *
6. 1 sudu besar ketumbar *
7. 1 susu besar jintan putih
8. 1 tangkai daun kari
9. Sedikit garam ( agak-agak sendiri )

Cara-caranya :

1. Bersihkan ayam , buang semua kulit dan lemak-lemak
2. Blendkan semua bahan bertanda * tapi jangan sampai hancur
3. Tuangkan semua bahan blend ke atas ayam dan gaulkan sampai kena semua ayam
4. Tambahkan serbuk jintan putih dan garam.Gaul sekata
5. Perapkan lebih kurang 20 minit.Lagi lama perap lagi sedap
6. Goreng dengan minyak yang banyak
7. Bila ayam dan masak , masukkan daun kari ke dalam kuali dan kacau-kacau sebentar.
8. Tada sudah siap.Boleh angkat dalam pinggan dan sedia untuk di makan.

Senangkan..Ha , lepas ni tak perlu la lagi nak beli kat pasar.Mahal tau ayam goreng berempah ni dekat kedai.Dah tau cara boleh sangat buat sendiri.Lagi pun kalau buat sendiri sudah tentu sangat terjamin dari segi kebersihannya.

Selamat mencuba !!!
Botol susu adalah antara keperluan penting untuk anak-anak kecik.Biasa kita tengok dan sya sendiri pasti akan mmilih botol susu yang terbaik untuk anak-anak , adalah penting juga untuk ibu-ibu pastikan supaya dapat mencuci puting susu supay atak berkerak supaya tidak menjadi tempat pembiakan bakteria seperti e coli dan salmonella.
 
Mesti kita tak nak kan tengok puting botol anak kita berkerak.Mesti malu kalau sampai ada yang tegur.Botol mahal-mahal tapi puting  susu berkerak.Dah berkerak satu hal ada pulak kesan hitam-hitam akibat dari mencuci tidak bersih.Kesian anak kita minum susu dengan puting yang tak bersih sepenuhnya.

Ibu-ibu jangan ambil mudah tau kalau puting susu tak bersih pun boleh menyebabkan anak jatuh sakit seperti cirit - birit , muntah dan lebih teruk kalau di jangkiti bakteria e coli dan salmonella

Jadi untuk kali ini sya nak kongsikan dengan ibu-ibu semua tentang cara yang betul untuk cuci puting susu supaya tak berkerak dan semestinya akan menjimatkan duit ibu-ibu untuk beli selalu puting susu.

Atasi Masalah Puting Susu Supaya Tak Berkerak

Tips Cuci Puting Susu Supaya Tak Berkerak


1. Basuh botol sebaik anak habis menyusu
Pastikan sebaik saja anak habis menyusu kita terus basuh botol susu yang telah di gunakan.Jangan nak peram sampai dua tiga jam baru nak basuh.Lebihan susu yang tertinggal di puting dan botol yang menjadi punca terjadinya puting berkerak dan lagi teruk susu yang lama terbiar akan basi dan menjadi tempat pembiakan kuman.
 
2. Cuci dengan pencuci botol 
Ramai ibu-ibu mengambil jalan mudah dengan mencuci botol susu anak menggunakan sabun basuh pinggan. JANGAN !!! Pastikan ibu-ibu mencuci dengan sabun khas untuk mencuci botol kerana kandungannya adalah sesuai untuk botol susu bukan seperti pencuci pinggan yang biasa.

3. Asingkan bahagian-bahagian puting
Part yang sangat penting adalah mengasingkan bahagian puting.Ibu-ibu jangan malas untuk asingkan puting setiap kali nak cuci puting susu ye.Bab ni memang sering kali ibu abaikan sebab agak leceh dan sering di pandang remeh oleh ibu-ibu.

4. Sterelkan
Bab sterelkan ptuing susu mahupun botol susu anak ni memang ibu-ibu sering pandang remeh. Bermacam alasan di bagi.Cukup sekadar cuci biasa la , tak ada duit nak beli sterelizer la ,..Cukup dengan beralasan tu yer ibu-ibu..Lepas ni dah boleh buat tanpa ada alasan lagi sebab tanpa sterelizer pun ibu-ibu dah boleh nak stereilkan botol susu mahupun puting susu anak.hanya dengan pakai periuk di rumah pun dah boleh buat tau.Caranya rebus air panas terlebih dahulu sampai mendidih tutup api sekejap dan masukkan semua botol susu anak.Ikut cara ketiga tadi tau iaitu asingkan bahagian botol susu semua.

Ps : Pastikan botol susu di cuci dahulu sebelum di sterelkan.

5. Keringkan
Selepas disterelkan , jangan lupa keringkan botol susu di rak penyimpanan botol susu.Kalau tak ada boleh gunakan rak pinggan mangkuk jer.Jangan simpan botol sus dalam keadaan basah sebab bila di biarkan lama tak guna ai akan meruap , jadi lembab dan akhirnya ada bakteria.

Ok ibu-ibu boleh mencuba 5 tips yang sya berikan.

Kalau puting susu anak dah berkerak , cuci pun susah nak hilang macam mana pula??

Jangan risau , jangan susah hati sebab ada penyelesaiannya.Boleh gunakan BASIC H SHAKLEE yang mencuci dengan lembut , tapi berkesan untuk menghilangkan kerak di puting susu anak-anak.Ianya 100% semulajadi selamat dii gunakan.

Baca lagi entry sya yang terdahulu berkaitan Basic H di link Kebaikan Dan Kelebihan Basic H

Sebotol Basic H ni boleh bertahan sehingga 6 - 8  bulan malah ada yang sampai setahun pakai pun tak habis-habis..Sangat jimat kan.Selain untuk cuci botol bermacam lagi kegunaan Basic H ni..

Nak order Basic H??Hubungi sya sekarang yer...semoga perkonsian sya berkaitan Tips Cuci Puting Susu supaya tak berkerak bermanfaat untuk semua..


8 July 2015


Macam mana persiapan raya uolss semua??Mesti dah ramai yang mula buat persiapan terutamanya yang dah berkeluarga dan beranak kecil kan.Biasa kalau ada anak kecil memag patut buat persiapan di awal waktu untuk elak bersesak dengan orang ramai di saat akhir nanti kan.

Yang berkeluarga juga perlu kan buat perancangan kewangan yang betul untuk elak kan dari terpaksa ikat perut selepas raya nanti.Jangan sebelum raya sakan berbelanja sampai lupa diri yang kita masih perlukan duit sementara nak tunggu gaji seterusnya kan.Kot nanto dah terpaksa berhutang atau ambil advanced dari company pula.

Sekarang ni kita di era serba mahal kan.Semua benda mesti melibatkan duit.Nak masuk toilet tengok cermin jer pun duit.Memang selalu sangat kita dengar orang ramai mengadu harga barang semakin mahal di tambah dengan GST lagi memang makin berganda pula jadi mahal nya yer dak.Namun apa pun peningkatan kos hidup kita tetap perlu membeli barang keperluan harian.Yang ada anak kecil mesti nak kena beli susu , pampers dan barang keperluan lain lagi kan.

Jadi bagaimana untuk menjimatkan wang ketika membeli belah untuk mengelakkan dari membazir membeli sesuatu yang bukan keperluan harian kita tapi merupakan kehendak??Kita perlula utamankan keperluan dari kehendak kan.Jangan kita tengok orang lain beli gelang emas baru kita pun nak beli juga tapi kita tahu kewangan kita macam mana kan.Jadi jangan terlalu mengikut kehendak hati sebab kalau ikut kehendak hati pasti semua kita nak beli.

Sebenarnya ada beberapa tips mudah yang boleh dipraktikkan ketika keluar membeli belah. Biarpun mungki ia nampak seperti remeh, namun percayalah jika kita ikut langkah-langkah membeli secara bijak yang dikongsikan di bawah ini, kita pasti akan dapat berjimat.


Tips Bijak Berbelanja

Tips Bijak Berbelanja : -

1. Senaraikan barangan kepeluan 
Membeli ikut senarai barangan keperluan yang telah kita tuliskan terlebih dahulu.
 
2. Bandingkan harga barangan
Pilih dan beli barang berdasarkan kualiti dan harga bukan berdasarkan jenama. Pembeli yang bijak akan membeli barang yang berkualiti. Barangan yang ada jenama belum tentu berkualiti namun kebiasaannya barangan berjenama lebih mahal harganya.
 
3. Mendaftar kad keahlian
Setiap kali membeli-belah pasti ada mata ganjaran yang dikumpul. Mata ganjaran ini akan ditukarkan kepada voucher tunai atau diskaun terhadap beberapa jenis barangan. Pastikan kita menggunakan kad keahlian setiap kali kita membuat pembayaran untuk mengumpul mata ganjaran.

4. Menyemak senarai harga barangan di resit
Ada masanya pasaraya akan mengadakan promosi terhadap beberapa barangan terpilih. Ketika membayar pastikan harga senarai barangan itu betul seperti harga promosi. Jika tidak, sebagai pembeli kita berhak menyuarakan.Kadang kala kemungkinan juruwang terlepas pandang.

5. Kurangkan penggunaan kad kredit
Penggunaan kad kredit akan menyebabkan kita berbelanja lebih dari apa yang sepatutnya. Seeloknya bayarlah menggunakan wang tunai. Dengan cara ini kita tidak akan berbelanja melebi dari apa yang sepatutmya.

6. Membeli ketika sale
Kita boleh berjimat banyak sangat kalau buat pembelian ketika sale.Jadi ketika sale beli la barang keperluan lebih dari sebelumnya.Jadi kita boleh berjimat untuk bulan depannya.Macam wanita kalau suka alatan make -up boleh selalu tengok web online yang memang selalu ada sale.Jadi boleh beli dengan harga yang sangat murah.

7. Elakkan makan di restoran / kedai
Biasanya kita kalau berkerja balik penat memang tak larat dah nak masak kan.??Biasa kita akan buat pilihan untuk makan di kedai / restoran.Tapi tahu kan bila makan di luar lagi banyak duit yang kita terpaksa laburkan.Cuba kalau kita beli bahan basah seminggu sekali pasti kita akan dapat berjimat.Ibu-ibu yang  berkerja boleh baca entry sya sebelum ni mengenai tips mudah masak untuk ibu berkerja.

8. Rekod perbelanjaan
Dengan merekod semua perbelanjaan kita akan lebih tahu kebih tepat di mana duit kita dihabiskan.Simpan semua jenis resit di dalam satu fail.Buat satu fail khas berkaitan perbelanjaan bulanan kita.Dengan cara ini juga kita akan lebih berhati-hati untuk berbelanja.

Sebenarnya tidak sukar untuk kita menjadi pembeli yang bijak. Apa yang penting adalah kita berbelanja mengikut kadar bajet yang telah kita tetapkan.Bukan membeli mengikut kehendak hati.

Semoga tips dari sya ni bermanfaat untuk semua.


Zaman sekarang bukan seperti zaman 50 tahun yang lalu.Mendidik anak zaman sekarang bukan satu perkara yang mudah lebih-lebih lagi bagi ibubapa yang berkerja dan mempunyai anak yang ramai. Tapi ini tidak bermakna kita tidak boleh membuat sesuatu agar tugas mendidik anak itu menjadi lebih mudah dan berkesan.Sya sharekan tips mendidik anak dengan mudah dengan lebih berkesan ini selepas sya sendiri praktiskan kepada dua orang anak syurga sya...alhamdulillah menjadi.


 
1. Berpendirian Tetap.
Kalau A,maka A la sampai ke sudah. Kalau B,maka B la juga.Jangan berubah-ubah pendirian sekejap A sekejap B terutama dalam perkara yang penting dalam mendidik anak dan membentuk peribadi anak.

2. Setiap Tindakan Ada Akibatnya.
kalau buat baik dapat la ganjaran nya dan sekiranya berbuat salah ada juga dendanya.Dengan cara ini kita mendidik anak memahami kesan baik dan buruk setiap tindakan yang mereka lakukan.

3. Tunaikan  apa yang di kata. 
Bila suda mengeluarkan janji,mestilah di tepati. Kita mendidik anak untuk menunaikan janji dan juga apa kata-kata yang telah mereka keluarkan kepada orang lain.

4. Ibu dan Ayah berada di pihak yang sama.
Berkerjasama dan bersatu hati biar keputusan yang di buat untuk mendidik anak adalah sama. Ibu dan ayah perlu duduk dan berbincang bersama-sama dalam menentukan apa yang boleh dan tidak boleh di buat oleh anak-anak.Jangan ayah kata boleh ibu kata tidak boleh.Nanti akan timbul kekeliruan kepada anak-anak.

5. Belajar mendengar cerita anak-anak.
 Menjadi pendengar yang baik dan memahami keperluan anak-anak agar tugas mendidik anak menjadi lebih mudah kerana kita faham karakter, isi hati dan perasaan anak.

6. Buatkan jadual harian yang sama setiap hari. 
Tetapkan bila masa perlu bangun,perlu makan,waktu solat ,  tengok TV,gajet dan lain-lain agar anak-anak terdisiplin secara tidak langsung mendidik anak untuk menepati masa.

7. Menghormati anak-anak 
Sebagaimana kita nak anak-anak menghormati kita sebenarnya begitu juga dengan anak-anak.Hormat ibu dan ayah kepada anak akan membuat anak lebih yakin dan percaya kepada kita.

8.Elakkan penggunaan perkataan yang negatif apabila menegur anak. 
Jangan sesekali mengeluarkan perkataan yang tidak  sepatutnya kepada anak-anak.

9. Bersopan dan berkelakuan baik di rumah mahupun di luar rumah. Kerana anak-anak memerhatikan tindakan kita di mana sahaja.

10. Kita membentuk anak-anak untuk bersedia menghadapi dunia luar maka berikan sedikit kebebasan untuk anak membuat pilihan dengan bimbingan bukan menetapkan apa yang mereka inginkan

11. Janagan terlalu banyak menggunakan perkataan jangan.Anak-anak kecil bila kita kata jangan tapi sebenarnya itu lah yang mereka nak sangat buat.

Belum terlambat untuk bermula dari sekarang demi untuk kebahagiaan keluarga dan anak-anak yang lebih ceria dan gembira. 

Selamat mencuba !!!!

7 July 2015

Hand dish wash shaklee sangat menjimatkan.Pertama kali mencuba dah terus jatuh hati.Kalau sebelum ni pakai sabun brand XXX hanya bertahan tak sampai sebulan tapi bila pakai pencuci shaklee ni macam tak percaya tahan lebih dari sebulan.Berbaloi la dengan harganyakan.

Selain menjimatkan apa lagi yang buatkan sya jatuh cinta pandang kedua dengan shaklee ni??Hihi..Kenapa pula sya katakan ni cinta pandang kedua sya terhadap produk shaklee??Sebabnya produk pertama yang sya jatuh cinta mestilah produk 3M dari shaklee.Boleh klik di sini kalau nak tahu produk 3M itu apa.

Ok dah terbabas penulisan ke lain pula yer.sebelum sya story lagi kenapa pencuci dari shaklee ni menjimatkan jom layan dulu video dari Master Salwa Salleh berkaiatan Hand dish wash shaklee yang buatkan beliau pun dah tak pandang produk lain.

Sabun Pencuci Pinggan Mangkuk Halal, Berkesan & Jimat from iReach HD on Vimeo.


5 sebab kenapa Hand dish wash shaklee sangat menjimatkan :

1. Tahan lama , hampir sebulan lebih

2. Menanggalkan minyak dan  kotoran yang degil dengan mudah.

3. Beberapa titis dish wash shaklee sahaja sudah cukup untuk menghasilkan bancuhan sapun basuh pinggan yang penuh dengan buih.

4. Berbau sangat wangi dan lembut di tangan.Lepas basuh pinggan tak perlu nak pakai sabun basuh tangan lagi atau losyen kerana akan berasa wangi dan lembut secara semulajadi dengan Hand dish wash shaklee ni.

5. Selamat untuk di gunakan sebagai sabun basuh botol bayi.tak perlu nak beli sabun basuh botol susu berasingan lagi.

Apakah kelebihan hand dish wash shaklee ni??

Hand dish wash shakleee yang berbau harum ini tidak akan membuat kulit menjadi gatal kepada sesiapa sahaja terutama yang ada masalah elergik pada sabun.Mungkin ada yang berasa bahawa ia tidak dapat menanggalkan kotoran dan minyak degil dengan berkesan kan??Namun andaiann tu adalah salah sama sekali.Hakikat yang semua perlu tahu hand dish wash shaklee berkesan menanggalkan kekotoran hanya dengan beberapa titis sahaja.

Perlu diketahui  oleh semua yang pencuci pinggan mangkuk kebanyakkannya mengandungi surfaktan berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti diethanolamine (DEA) dan sodium dodecylbenzensulfonate yang mana kedua-dua bahan tersebut boleh merangsangkan kulit dan mata.

Sudah semestinya hand dish wash shaklee tidak mengandungi baha-bahan ini mahupun bahan berbahaya yang lain kerana shaklee 100% dari bahan semulajadi.

Dah berserta dengan testimoni dari Master Salwa Salleh jadi kalau ada yang berminat untuk mendapatkan Hand dish wash shaklee ini boleh terus contact sya seperti talian di bawah.




Memasak adalah perkara rutin bagi kaum ibu, tidak kiralah dalam keadaan penat ataupun tidak. Ramai juga yang tidak memasak kerana rasa tidak cukup masa, lagi teramat penat dan kelaparan apabila pulang daripada kerja. Lagi-lagi pada bulan ramadhan ini, masa amat suntuk untuk memasak juadah berbuka sendiri. 

Tapi bila hari-hari ke bazar dan kedai rasa bosan pula kan malah duit yang keluar kadang-kadang melebihi bajet bulanan kita dan rasa makanan di bazar atau kedai belum tentu menepati cita rasa kita jadi untuk elakkan pembaziran dan nakkan makanan yang menepati ciratasa lebih baik masak saja di rumah.

Bagi sya tak ada istilah tak cukup masa untuk memasak selepas balik kerja di bulan puasa.Malah balik kerja masih ada masa untuk melayan anak-anak bermain dahulu , masih ada masa untuk berehat-rehat.Malah di bulan lain juga sya tetap memasak di pagi hari untuk bekalan sya dan suami ke tempat kerja.

Sebenarnya ada beberapa perkara yang boleh kita praktiskan untuk memudahkan kerja memasak kita di dapur setiap hari ..In Shaa Allah kalau ikuti tips yang betul tak akan ada istilah tak ada masa untuk memasak.Nak dengan tak nak aje.

Jom ikuti tips dari sya untuk ibu-ibu berkerja supaya kerja lebih mudah selepas ini.


Tips Memasak Bagi Ibu Berkerja


1. Sediakan bahan-bahan untuk ditumis untuk kegunaan seminggu atau lebih. Blend bawang-bawang dan sebagainya, kemudian masukkan dalam peti sejuk. Atau boleh bekukan untuk kegunaan lebih lama.


2. Tumis siap-siap bahan-bahan untuk gorengan segera seperti rencah untuk nasi goreng, mi goreng dan sebagainya. Setelah siap, dibekukan (dalam kiub air batu lebih mudah) dah gunakan saja bila nak masak nasi goreng dan sebagainya.

3. Siangkan terlebih dahulu bahan mentah seperti ikan , udang , sotong , ayam dll.

4. Asingkan bahan mentah dalam plastik / tupperware mengikut keperluan setiap hari supaya tak semua bahan mentah akan dinyah bekukan setiap hari.

5. Keluarkan bahan mentah dari freezer (peti sejuk beku) dan letakkan di dalam fridge (peti sejuk biasa) agar tak perlu ambil masa lama untuk dicairkan.

6. Sediakan menu masakan dalam seminggu supaya bila nak masa tak perlu ambil masa yang lama untuk berfikir ( kadang fikir nak masa apa pun dah dekat setengah jam kan )

7. Sentiasa positif dan berazam untuk memasak buat santapan keluarga walaupun masakan yang simple. Anak-anak pasti suka walau lauknya cuma telur goreng dan sayur goreng.

8. Hidangan biar sederhana tapi lengkap dengan segala keperluan nutrien untuk keluarga. Macam sy memang dah biasa dengan 2 lauk sahaja – sumber protein (ayam/daging/ikan) dan vitamin & serat (sayur).

Sya bukan pandai masak pun, tapi sya cuba memasak juga walaupun simple. Air tangan ibu itu bukan saja bersih dan terjamin, tapi juga ada ‘magik’. 

P/s : Walau sesibuk mana pun kita, walau tak tahu masak, tapi air tangan ibu tetap pengikat kasih sayang keluarga.

6 July 2015



Nak raya ni mesti mummy semua sibuk nk beli kasut baru kan? Opss... yang tengah mengandung dan dukong baby kecik  tu jangan nak feeling - feeling  beli kasut tumit tinggi sangat ye!Nanti karang kot jatuh terpelecot satu hal pula.

Teringat pula sya dulu memang gila beli high heels..sampai masa hamil tu memang berkenan dengan satu kasut tu..Beli la juga takut anak mengidam..hohoho...konon nak di pakai selepas bersalin nanti tapi rupa-rupanya selepas bersalin kena dukung anak pula.Sudahnya memang disimpan terus kasut tu..Tunggu la kot tahun depan dah boleh pakai..

Pemilihan kasut sangat penting untuk ibu hamil kerana kalau salah memilih ibu-ibu hamil bakal berdepan dengan masalah sakit belakang juga.Jadi memang pemilihan kasut adalah antara perkara yang tidak boleh di pandang ringan oleh ibu-ibu ye.

Ok jom kita tengok pula kasut yang sesuai di jadikan pilihan ibu hamil : -

Tips Pilih Kasut Sesuai Untuk Ibu Hamil

Tapak Rata
Seboleh mungkin, pilih kasut yang mempunyai tapak yang leper dan rata. Apabila kandungan semakin membesar, ibu-ibu memerlukan lebih sokongan untuk berdiri dan bergerak dengan stabil. Kasut bertumit akan menyukarkan pergerakan dan boleh membuatkan ibu tergelincir.




Tapak Tidak Licin
Selain tapak yang rata, pastikan permukaan tapak juga tidak licin.Tapak yang licin boleh menyebabkan kita tergelincir terutama sekali ketika berjalan di lantai yang basah atau ketika menuruni tangga.

Antara jenama kasut yang selesa dipakai ibu hamil


Selesa Dipakai
Pilih kasut yang selesa dipakai dan mempunyai potongan yang lebar. Tapak yang lembut juga penting untuk memberi keselsaan kepada kakiMaklumlah sesetengah ibu hamil akan mengalami edema atau bengkak kaki. Memilih kasut atau sandal yang berpotongan lebar akan memberikan keselesaan kepada kaki.

Mudah Disarung 
Pilihlah kasut yang boleh disarung dengan mudah tanpa memerlukan ibu membongkok atau memerlukan bantuan angan untuk memakainya. Antara kasut yang memenuhi kriteria ini ialah sandal. Kasut bertali juga  kurang sesuai dipakai kerana ibu perlu mengikatnya. Ianya juga merbahaya kerana ibu-ibu boleh terpijak tali dan jatuh tersadung.

Kasut Pilihan Stylish
Mengandung tidak bermakna ibu-ibu tidak boleh bergaya. Selain empat kriteria di atas, jangan lupa juga pilih kasut yang cantik dan bergaya.

Sekiranya ibu masih mengalami sakit belakang walaupun telah memilih kasut yang sesuai dan bergerak dengan postur yang betul , ibu-ibu mungkin boleh baca entry saya yang lalu berkaitan sakit belakang semasa hamil.


Julai 2015 kali ini, Shaklee memberikan promosi hebat untuk kita semua. Sesuai diamalkan sepanjang bulan puasa dan musim perayaan Aidilfitri yang bakal menjelma tak lama lagi....

Vitamin promosi Julai 2015 ialah B-Complex, Vivix dan Vita-Lea for Children.


ANTARA MANFAAT B-COMPLEX

Ø   Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
Ø   Mengelakkan penyakit beri-beri.
Ø   Mencegah stress.
Ø   Menguatkan antibodi tubuh.
Ø   Mencegah anemia.
Ø   Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
Ø   Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
Ø   Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
Ø   Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
Ø   Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
Ø   Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.

Baca lagi berkaitan B-Complex di link : Manfaat Vitamin B- Complex Shaklee 

KEBAIKAN VIVIX

§      Menggalakan penuaan yang sihat – awet muda dan anti-penuaan
§      Membantu mengelakkan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
§      Menggalakan kesihatan keseluruhan
§      Meningkatkan kesihatan imun badan
§      Membantu memulihkan penyakit stroke (angin ahmar)
§      Membantu merawat penyakit Parkinson
§      Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk (alzheimer)
§      Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
§      Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
§      Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung

Lagi berkaitan Vivix boleh baca di link : Kenali Vivix Shaklee 

KEBAIKAN VITA-LEA FOR CHILDREN

   Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
   Meningkatkan sistem imuniti
   Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
   Menguatkan gigi
   Melindungi kesihatan jantung, otot dan fungsi saraf
   Menyokong pembinaan tulang yang kuat dan kesihatan tulang
   Membekalkan makanan kepada sel badan untuk tubuhyang lebih sihat dan berterusan
   Meningkatkan penghasilan sel darah merah untuk mengelak anemia atau merawat anemia
   Mengekalkan tekanan darah yang normal dan rentak jantung normal
   Membantu meningkatkan selera makan dan melancarkan proses pencernaan
   Mencegah penyakit beguk (tiroid)
   Membantu meningkatkan kecerdasan minda
   Membantu penyerapan zat daripada makanan

Info lagi berkautan Vita-Lea for Kids di link : Vitamin terbaik untuk anak 


BAGAIMANA BOLEH JIMAT DENGAN PROMOSI JULAI?

Anda boleh membeli 6 Vivix dan mendapat 1 botol percuma Beli 2 Vivix ini dan dapat 5% diskaun

Beli 3 B-Complex atau Vita-Lea for Children dan dapat 1 botol percuma

Berminat? Ayuh hubungi sya seperti number yang tertera :