Fisya Yusof

Saya Nafisah Binti Md Yusof Shaklee Inderpendent Distributor [ SID : 1084053 ] sejak 2013 Sebarang pertanyaan berkaitan produk shaklee boleh hubungi saya di talian 017 -420 5506

28 August 2015



Ni kisah 2 minggu lepas di mana kakak sya minta tolong berbayar untuk sya buat apam polkadot dan cup cake. Actually kakak sya cuma minta sya buatkan cup cake aje tapi di sebabkan nak lepaskan gian sya membaking maka sya pun buat la sekali apam polkadot ni.

Alah resipi mudah sangat.Macam biasa sya suka sangat dengan resipi dari blogger kak Azie Kitchen. In shaa Allah jika betul-betul ikut resipi kak Azie memang akan menjadi.Dah banyak resipi kek yang sya cedok dari blog kak Azie dan memang sangat menjadi.

Mohon kak Azie halalkan resipi yang sya dah pakai dan sya mohon panjangkan resipi kak Azie di blog sya ni yerk.


Apam Polkadot 

Resipi oleh : Azie Kitchen

3 biji telur sejuk (dari dalam peti ais)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar
3 sk baking powder
1 sk ovalette
Filling - ikut suka (coklat nuttella)
Pewarna - ikut suka (merah dan purple)

Masukkan telur satu persatu ke dalam mixer bersama gula (boleh guna gula pasir je), biar hingga telur benar-benar kembang, baru diikuti dgn ovellete, tepung yg telah bercampur baking powder dan akhir sekali masukkan susu segar. Pukul dengan kelajuan maksima hingga kembang (dlm lebih kurang 8 minit).

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian atau lebih. Titiskan pewarna ke setiap satu mangkuk tersebut menggunakan warna berlainan ikut kesukaan anda.

Utk buat dot dot, ambil dalam 1/4 cawan dan dibiarkan warna asal. Kemudian masukkan ke dalam piping bag atau plastik biasa. Potong bucu utk kerja kerja membuat dot dot.

Picitkan/sudukan adunan berwarna ke dalam acuan kertas yang telah disusun dalam acuan lompang utk mengelak acuan dari mengembang ketika dikukus.

Letakkan filling secukupnya dengan menggunakan piping utk memudahkan kerja anda.
Picit lagi adunan berwarna sehingga penuh permukaan acuan kertas itu bagi mendapatkan apam yang montel.

Selepas itu bolehlah membuat kerja dot-dot ke atasnya dgn warna pilihan mengikut kreativiti sendiri.
Pastikan air pengukus betul-betul panas, baru masukkan adunan ke dalam pengukus.

Kukus dengan api yang perlahan, tutup pengukus dengan kain atau tuala untuk elakkan wap dari menitis ke atas apam selama 15-20 minit.


Pssss sorry pic tak senpat nak snap..

27 August 2015



Lumpah bagi setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti inginkan anak sebagai penyeri dalam rumah tangga.Namun bukan semua pasangan bertuah yang akan akan terus mendapat anak tidak lama selepas kawin.

Malahan ada yang terpaksa melakuan beberapa kaedah demi mendapatkan anak. Ada yang melakukan anak tabung uji, pengovulan, malahan, ada yang masih mencuba dengan cara tradisional iaitu, dengan berurut. Apa-apa pun yang di lakukan, matlamat cuma satu, inginkan anak.

Sebagai seorang wanita, kita perlu mengetahui bila tempoh kesuburan kita. Ini adalah pengetahuan asas, yang perlu diketahui kerana, ia adalah tempoh yang paling sesuai untuk berlakunya ovulasi.

Credit pic to http://www.celikvitamin.com/

Bagaimana ingin mengetahui waktu subur kita?


Setiap wanita mempunyai kitaran haid, antara 28 atau 30 hari. Jadi, waktu kesuburan kita, adalah antara hari ke 10 dan hari ke 15.

Namun begitu, ia adalah bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur.. Bagaimana pula dengan wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur?

Ambil kalendar anda dan cuba tandakan pada kalendar tersebut, dengan menandakannya berdasarkan kitaran haid anda yang lepas, bagi mengagak masa kesuburannya.

Mulakan dengan menyimpan rekod bertulis kitaran haid selama 8-12 bulan berturut-turut. Tandakan hari pertama pendarahan haids sebagai hari pertama bagi kitaran haid itu.

Pilih kitaran haids yang paling panjang dan yang paling pendek. Tolakkan 18 daripada kitaran haid yang terpendek, dan ia adalah hari pertama bagi hari pertama kesuburan. Tolakka 11 daripada kitaran haid yang terpanjang dan tandakannya sebagai hari terakhir kesuburan.

Contoh:

Mac            29 hari
April           26 hari                       (kitar haid terpendek)
May           30 hari
Jun             31 hari                      (kitar haid terpanjang)
Julai           30 hari

Dalam contoh ini, kitar haid yang terpendek ialah kitaran haid yang mempunyai 26 hari manakala kitara haid yang terpanjang ialah yang mempunyai 31 hari.. Tolakkan 18 dari 26 hari iaitu hari ke 8 sebagai hari subur yang pertama dan tolakkan 11 dari 31 iaitu hari ke 20 sebagai hari subur yang terakhir. Maka waktu subur antara hari ke 8 hingga hari ke 20.

Mengagak dengan lebih tepat

Kehamilan hanya akan berlaku jika ada kehadiran ovum iaitu pada pertengahan kitaran haid (bagi kitaran  haid yang tetap).

Setelah ovulasi, ovum akan hidup di luar ovari selama 24 jam manakala sperma yang telah dikeluarkan oleh suami pula boleh hidup selama lima hari di dalam badan wanita.

Maka dalam keadaan yang sempurna, waktu kesuburan hanya berlansung selama 6 hari, iaitu 5 hari sebelum ovum dikeluarkan dan 24 jam selepas ovum dikeluarkan (ovulasi).

Namun, semuanya bergantung kepada kehadiran mukus serviks yang baik, metabolisma sperma, daya tahan sperma itu, tahap pH pada vagina dan banyak lagi faktor yang tidak dikawal oleh manusia.

Maka saat yang benar-benar subur adalah sehari sebelum ovulasi dan sehari selepasnya. Peratusan kehamilan adalah lebih tinggi, lebih kurang 60%.

Jika kaedah menandakan kalendar ini menjadi sukar bagi sesetengah pasangan, terutama bagi si isteri yang tidak mempunyai kitaran haid yang teratur, ada beberapa cara lain untuk menentukan waktu subur.

Antaranya menggunakan alat untuk ujian air kencing. Ia boleh mengesan kenaikan hormon LH secara tiba-tiba yang berlaku 24 hingga 36 jam sebelum ovulasi. Apabilanya positif, lakukanlah hubungan badan pada malam tersebut kerana ia adalah waktu kesuburan anda.



Kalau nak lagi mudah mengetahui waktu subur sila klik di sini .

Berminat untuk mendapatkan supplement untuk kesuburan boleh klik di link ini.



Ini lah gambaran mengenai jerebu.Sejak kebelakangan ni boleh di katakan setiap tahun negara ki akan mengalami mesalah jerebu.Ini berikutan daripada pembakaran terbuka negara jiran mahupun negara kita sendiri.
Apa itu Jerebu?
Jerebu adalah satu keadaan di mana kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel di atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan. Ia disebabkan oleh campuran kombinasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera. Bahan-bahan utama pencemar udara semasa jerebu  adalah seperti bahan partikel yang berukuran kurang daripada 10mm/m3 diameter, ozon, gas karbon monoksida, gas nitrogen dioksida ataupun sulfur dioksida. Kebiasaannya berlaku apabila terjadinya pembakaran secara terbuka disebabkan bahan-bahan yang kita bakar kemungkinan akan mengeluarkan gas-gas berbahaya ataupun partikel-partikel halus.
 Apakah Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-
NILAI IPU STATUS
0 – 50       Baik
51 – 100       Sederhana
101 – 200      Tidak Sihat
201 – 300      Sangat Tidak Sihat
301 – 500      Berbahaya
Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah – langkah pencegahan.
Jerebu Boleh Mengancam Kesihatan Kita
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Mereka yang mengalami penyakit asma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik, jantung dan alahan
  • Perokok
  • Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
  • Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  • Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  • Mata terasa pedih dan berair.
  • Hidung berair dan kerap bersin.
  • Kulit badan terasa gatal-gatal.
  • Terasa sakit dada.
Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.
Cegahlah Penyakit Akibat Jerebu. Ikuti Nasihat Berikut:-
Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.
Masalah jerebu ini bolehlah dikatakan sebagai masalah tahunan kepada negara kita tetapi saya rasa tahun ni adalah yang paling kritikal dan teruk sehingga banyak sekolah terpaksa ditutup dan di sesetengah tempat IPU mencecah 700 ke atas. 
Ketika jerebu ni kalau minum Performance Drink Shaklee dan Nutriferon pun bagus jugak kan?… Jom ler Order satu untuk persediaan menghadapi musim jerebu ni.


Your preferred Shaklee Inderpendent Distributor

Fisya Yusof ( Add sya di FB ) 

ID : 1084053

Sms / Whatsapp : 017-420 5506

24 August 2015



Setelah sekian lama keinginan nak bawa dua anak syurga sya jalan-jalan di Taman Burung Kuala Lumpur @ di kenali sebagai Kuala Lumpur Bird Park ni akhirnya tercapai juga.Happy sangat bila dapat gembirakan anak2 kecil sya.jelas nampak mereka happy dan enjoy sangat masa jalan-jalan di Taman Burung semalam.

Taman Burung Kuala Lumpur ni antara Taman Burung yang terbesar di Kuala Lumpur.Terdapat pelbagai jenis spesis burung di sana.Cuma ada sesetengan tempat yang ada sedikit bauan tidak menyenangkan tetapi tidaklah terlalu menganggu.Masih boleh untuk berjalan-jalan.

Jadi bagi ibu bapa yang tak ada rancangan nak bawa anak-anak berjalan di hujung minggu bolehla bawa anak-anak ke Taman Burung ni.Pasti mereka akan gembira bila dapat tengok burung dengan jarak yang dekat.Ada juga sesetengah bahagian kita boleh memberi burung minum susu dan hanya di kenakan caj RM 1 ..Pasti meninggalkan kenangan untuk anak-anak.

Harga tiket untuk masuk pun sangat berbaloi..Seorang masuk ialah Rm 27.00 dewasa dan Rm 13.00 kanak-kanak ( 3 - 12 tahun ) .Sesekali untuk hiburan anak-anak berbaloi kot dengan bayaran yang di kenakan.

Tapi nak pesan awal-awal kalau nak pergi tu baik bawa air mineral secukupnya sebab air yang di jual di dalam taman Burung ni sangat mahal hokey..Sebotol air mineral di jual dengan harga Rm 4.00.Nangis tengok harganya..Huhuhu...

Ok la dah panjang lebar celoteh jom la layan gambar pula..Hihi..











Itu la gambar family kecil sya...Cukup la setakat tu jer gambarnya.Penat pula tangan nak masukkan banyak-banyak.Sape yang nak pergi senang jer nak cari Taman Burung ni.Guna waze just taip je Taman Burung Kuala Lumpur.


Dibuka dari jam 9 pagi - 7 malam.Tiket akhir dijual pada jam 6 petang.Kalau boleh pergi la awal sebab dengan masa 1 jam tak cukup untuk pusing-pusing dalam taman burung yang sangat la besar ni.kang nanti dah lewat sampai tak puas pula nak jelajah dalam ni.

Jom reramai para blogger join GA yang di buat oleh blogger Maria Firdz bersemperna dengan ulang tahun keempat anak merdeka Maria dan Firdz..
Cara mudah jer nak join GA ni..Macam biasa klik banner di bawah untuk join yerk

Selain tue just follow jer step mudah untuk melayakkan uolss untuk menjadi pemenang bertuah GA ni.

Syarat-syarat penyertaan:
  1. Blogger Malaysia
  2. Follow Blog: Maria Firdz | Homemadesticker
  3. Follow Google + : +Maria Firdz  | +Firdzaus Mariah 
  4. Like page: Homemadesticker | Cetak Baju Ekspress
  5. Buat satu entry bertajuk "Giveaway Anak Merdeka 2015!"
  6. Copy BANNER di atas dan Backlink kan ke entry ini.
  7. Publish dan Tinggalkan URL Entry di kotak komen ENTRY INI.

Hadiah yang ditawarkan:
  1. 1 helai T-Shirt Cotton x 2 pemenang
  2. 1 button badge + 1 magnet fridge x 3 pemenang
  3. 1 custom sticker x 2 pemenang
  4. 1 puzzle x 1 pemenang
  5. 1 car stripe sticker x 2 pemenang

10 pemenang bertuah dicari!!!

Tempoh Giveaway: 21 Ogos 2015 hingga 31 Ogos 2015 (8.00pm)

21 August 2015

Bila dah ada hobi baru membaking kek memang la hari-hari kalau boleh nak baking kek.Tengah malam pun sanggup tau baking kek demi untuk lepaskan gian membaking.Haa sudah menurun sapa la yang rajin membaking ni.

Tapi kali ni sy buat kek yang tanpa perlu susah-susah panaskan oven nak bakar kek bagai.Kek paling mudah dan simple sangat bagi sya iaitu Oreo Chilled Cheesake.Memang menjadi la.Hanya letak dalam peti ais jer.

Resipi oreo chilled cheeesecake ni sya dapat dari omak Shaklee sya iaitu kak Farha.Kak Farha ni memang excellent la dalam buat kek ni.Sebut jer kek ape mesti kak Farha boleh buat.Kak Paa mohon halalkan resipi nya ya.Sya panjangkan resipi tu di sini pula untuk rujukan sya di masa akan datang.

Oreo Chilled Cheecake


Resipi : Ibu Cergas / Farha Maskuriy

Bahan-Bahan :
Base / lapisan bawah :
200gm Oreo - dibuang krim dan dikisar
70 gm mentega dicairkan

Cheeseceke
250 gm cream cheese
250 gm non-dairy whipping cream
80 gm gula castor
60ml air
15gm gelatin halal
3 keping oreo diramas kasar


Cara membuat :
1. sediakan loyang loose yang boleh dibuka bawahnya
2. Base cheesecake : Tuangkan mentega ke dalam serbuk biskut orea yang telah di kisar tadi dan digaul rata.Tekan pada dasar dan padatkan.Sejukkan dalam peti ais selama 30 minit
3. Cheesecake : Pukul kcream cheese samapi betul-betul lembut
4. Masukkan whipping cream
5. Panaskan gelatin dan air sehingga sebati.Tuangkan gelatin ke dalam adunan tadi dan pukul sebati.
6. Masukkan biskut oreo yang telah diramas kasar tadi dan gaul rata.
7. Tuangkan ke atas base oreo yag telah mengeras tadi.
8. Untuk hiasan bolehlah letak beberapa keping biskut oreo ke dalam loyang tadi diselang selikan dengan adunan keju.
9. Simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 5 jam sehingga keras



Senangkan resipinya.yang mana tak tahu nak buat apa untuk kudapan makan petang atau untuk di jamu pada tetamu yang nak datang ke rumah boleh la mencuba oreo chilled cheesecake ni.

Selamat mencuba

Wah tajuk bukan main gempak yer..Masuk Zoo Negara dengan percuma..Dengar percuma ni sape yang tak nak yerk dak..Orang tak dak perasaan jer la kot yang tak nak..Huahuahua.

Ok nak masuk Zoo Negara dengan Percuma ni jga ada syaratnya.Syaratnya khas untuk sesapa yang lahir pada 23 August sahaja.Tahun bila tak kisah yerk.So iolss is bertuah la sebab ai memang lahir pada 23.08.19?? pun..Yess bole la minta en husband bawa p celebrate befday kat Zoo Negara.Kihkihkih.


Masuk percuma ni hanya available pada 23 August sahaja yerk.Kebetulan hari minggu.So sape yang lahir pada tarikh tu bole la pergi untuk masuk percuma ke Zoo.Jimat Rm22 hinggit kau.Cara nak dapatkan tiket percuma masuk Zoo ni senang aje.Just tunjukkan kad pengenalan (IC) diri di kaunter belian tiket.

Yang mana nak pergi Zoo bole tengok harga tiket di bawah ni.Kot ada yang malas nak buka web site sya sertakan detail harga yerk.




Untuk lebih lanjut boleh layari website Zoo Negara di 


Zoo Negara di buka setiap hari 9.00 AM - 5.00 PM


12 August 2015


Sebagai ibu menyusu dan yang pernah berpengalaman selama 2 tahun dalam dunia penyusuan sya dah pernah rasa bagaimana peritnya kalau bayi menggigit ketika menyusu.Dan pasti yang ibu-ibu lain pun turut  pernah kena gigit dengan bayi ketika tengah syok menyusukan bayi.Betul tak??

Paling sengsara bila bayi dah tumbuh gigi, dan kebetulan puting ibu pulak luka. Aduhai... rasa nak menangis! Yang si bayi pula lagi kita cakap sakit lagi dia pulun menyusu.Huhu..Nak salahkan siapakan sebab bayi sekecil 2 tahun ke bawah belum paham apa yang kita cakap.

Kadang sampai menggigil tahan pedih kena gigit masa menyusu tambah bila puting tengah luka. Teringat pula dulu si Damia memang favorite sangat menyusu dan last sekali menggigit.Auchhh geram rasanya..Dan ada petua yang sya dapat dari kawan cakap kalau bayi gigit semasa menyusu picit kejap hidung dia , memang serta merta dia akan lepaskan gigitan. Memang sya amalkan dan memang berkesan! Haha.

Ok selain picit hidung bayi sya nak kongsikan beberapa cara elakkan bayi menggigit ketika menyusu supaya ibu tak fobia nak susukan bayi lagi selepas ni dan boleh enjoy dalam breastfeed


1. Ketahui punca

Mesti ada sebab anak kita tu menggigit. Antaranya dia memang gatal gusi nak tumbuh gigi, atau bayi tu kecewa sebab gagal dapat susu yang diingininya.

Jika susu tak nak keluar atau alirannya terhalang, ibu perlulah ransang supaya susu dapat mengalir lancar untuk penuhi keperluan bayi. Tuam payudara dengan tuala yang telah direndam dengan air suam atau buat urutan khas di sekeliling payudara.

2. Tukar payudara

Contohnya, kalau bayisuka gigit payudara belah kiri, perlahan-lahan alihkan dia ke belah kanan sambil ibu menegur secara sopan. Selalunya kalau macam ni, ibu mesti rasa nak marah kan, jangan marah sebaiknya cakap dan tegur dengan lembut.

3. Tekap muka bayi

Setiap kali rasa bayi mula nak menggigit rapatkan mukanya ke arah payudara kita.Cara ini secara tak langsung akan membuat kan bayi sesak nafas dan pastinya akan melepaskan gigitannya agar dapat bernafas semula.Jangan la pula kita menekap sampai terlalu lama yer.

4. Posisi yang selesa

Mungkin bayi menggigit sebab tak selesa dengan posisi yang ibu letakkan. Contohnya ada bayi yang nak tidur dan menyusu sambil baring dengan ibu, dia tak nak ibu duduk jadi dia gigit puting ibu. Ibu mesti faham akan isyarat yang bayi itu mahukan.
5. Leraikan gigitan dengan jari
Jika bayi seakan mahu mula menggigit, masukkan jari ibu ke dalam mulutnya supaya mulutnya terlepas daripada payudara. Buat perlahan-lahan, bukan dalam keadaan tiba-tiba untuk mengelakkan bayi terkejut dan akhirnya menggigit puting ibu dengan lebih kuat.

6. Gigit sesuatu

Kalau betul bayi dah nak tumbuh gigi, berikan sesuatu untuk dia gigit seperti teether. Alat seperti ini dapat membantu memenuhi keinginan bayi untuk menggigit.
7. Jangan menjerit

Walapun sakit, pedih dan perit, elakkan daripada menjerit, meninggikan suara, memarahi atau memukul bayi. Keadaan ini akan buatkan bayi terkejut dan takut nak menyusu.

8. Prihatin

Sentiasa perhati dan prihatin dengan tingkahlaku bayi untuk kenalpasti tabiat menggigit itu disebabkan apa. Contohnya jika bayi menyusu dalam keadaan terlalu mengantuk dan puting mula nak terlepas daripada mulutnya.

Ibu mesti peka dengan keadaan ini untuk mengelakkan bayi menggigit dan buatkan luka jadi lebih parah lagi.

Sebenarnya takdelah susah sangat nak handle masalah bayi menggigit ni. Ibu mesti jadi sedikit kreatif supaya bayi dapat terus menyusu dan ibu tak rasa sakit.

Untuk ibu-ibu yang masih dalam perjalanan menyusukan bayi sehingga 2 tahun jangan putus asa menyusukan bayi biapun sering menjadi mangsa gigitan bayi yerk.Teruskan niat murni ibu-ibu selepas tau cara untuk elakkan bayi menggigit ni ok.

Happy Breastfeeding mummy-mummy semua !!!

10 August 2015



Ni kisah sabtu lepas.Biasa kalau nasi banyak sya mesti buat nasi goreng jer tapi ni di sebabkan memang dah tak akan makan nasi di rumah sebabnya nak pegi open house rumah kawn hubby maka sya pun terfikir nak buat apam beras.Google la resipi yang mudah untuk hasilkan apam beras ni.Hihi almaklumla baru first time nak buat kan.

Dalam dok google tu teringat pula yang hubby ada tag sya di facebook resipi apam nasi ni.Terus bukak dan ambil je la resipi tu dan memang nampak sangat mudah dan bertepatan dengan kehendak sya yang memang nak mudah..Hihihi..

Tengok semua barang dah ada cuma tinggal nak adun jer..Tanpa buang masa dan buang kemalasan yang ada terus buat adunan jer dulu.Ok jom kita sesama layan resipi.Lepas ni sapa yang ada banyak lebihan nasi tu boleh la buat apam nasi ni yer.

Apam Nasi



Bahan-bahan

1. 2 Cawan nasi
2. 2 cawan tepung beras
3. 2 cawan tepung gandum
4. 1 3/4 cawan gula pasir
5. 2 1/2 cawan air
6. 2 sudu kecil yis mauripan
7. Kelapa parut di gaul dengan sedikit garam
8. Pewarna kesukaan

Cara Penyediaan : 

1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
2. Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. Perap selama 3 jam.
6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 - 20 minit..

Apam nasi


Sedia untuk dihidang.Sangat mudah kan.

Selamat mencuba !!!!

8 August 2015


Wah lama betul tak bersiaran di sini.Bz kemain kan.Harap pembaca blog suam-suam kuku sya ni sihat-sihat belaka berada di bawah lindungan Allah S.W.T.

Dah lama sebenarnya sya teringin nak buat kek minyak ni tapi belum ada feel yang betul-betul untuk membuatnya.

Setelah sekian lama beraa dalam list masakan sya makanya bila en hubby bagitahu ada jamuan makan-makan di tempat kerja terus sya fikir nak buat kek minyak ni.Kek minyak ni senang jer nak buatnya.

Sya ambil resipi ni dari blogger kak Azie Kitchen. Alhamduillah banyak resipi dari blog kak Azie yang dah sya cuba dan memang menjadi je.Mohon halalkan resipinya ye dan sy minta izin untuk panjangkan resipi Kek Minyak tu di blog sya ye.

Kek Minyak , Bakar ,
Abaikan rupa yang tak seberapa tapi rasa alhamdulillah.Pic Sebelum bakar


Kek Minyak Bakar


Bahan-Bahan :

5 biji telur
1/2 cawan gula kaster ( boleh lebihkan sikit kalau suka manis)
2 cawan tepung gandum
1sk baking powder
1 cawan susu pekat
1 sudu ovallate
1 cawan minyak jagung ( sya tak ada minyak jagung pakai minyak masak je)
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit perisa yang di sukai 
Sedikit pewarna ( sya letak pink , hijau dan chocolate ) 

Cara-Cara :

Ayak bersama tepung gandum dan baking powder.Ketepikan.
Lenser loyang dengan mentega.Alaskan dengan baking paper ( Sya skip step ni sebab sya pakai aluminium foil )
Pukul telur , gula dan ovallate sampai kembang.
Masukkan susu pekat dan esen vanilla
Pukul lagi dan masukkan minyak dan perisa.
Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.Gaul rata
Selepas itu bahagikan kepada 3 adunan ( Sama banyak ) dan warnakan setiap satu bekas.
Tuang berselang seli ke dalam loyang ikut kreativiti masing-masing
Bakar hinggamasak pada suhu 170c selama 40 minit atau sehingga masak.
Biarkan kek sejuk baru dipotong.

P/S : Untuk ketahui kek masak adalah dengan cara cucuk kek dengan garfu atau lidi bersih.Kalau garfu bersih tanpa ada melekat tepung maka dah masak la kek itu.Kalau masih melekat tambah lagi masa bakar.