Fisya Yusof

Saya Nafisah Binti Md Yusof Shaklee Inderpendent Distributor [ SID : 1084053 ] sejak 2013 Sebarang pertanyaan berkaitan produk shaklee boleh hubungi saya di talian 017 -420 5506

8 August 2015

Kek Minyak Bakar


Wah lama betul tak bersiaran di sini.Bz kemain kan.Harap pembaca blog suam-suam kuku sya ni sihat-sihat belaka berada di bawah lindungan Allah S.W.T.

Dah lama sebenarnya sya teringin nak buat kek minyak ni tapi belum ada feel yang betul-betul untuk membuatnya.

Setelah sekian lama beraa dalam list masakan sya makanya bila en hubby bagitahu ada jamuan makan-makan di tempat kerja terus sya fikir nak buat kek minyak ni.Kek minyak ni senang jer nak buatnya.

Sya ambil resipi ni dari blogger kak Azie Kitchen. Alhamduillah banyak resipi dari blog kak Azie yang dah sya cuba dan memang menjadi je.Mohon halalkan resipinya ye dan sy minta izin untuk panjangkan resipi Kek Minyak tu di blog sya ye.

Kek Minyak , Bakar ,
Abaikan rupa yang tak seberapa tapi rasa alhamdulillah.Pic Sebelum bakar


Kek Minyak Bakar


Bahan-Bahan :

5 biji telur
1/2 cawan gula kaster ( boleh lebihkan sikit kalau suka manis)
2 cawan tepung gandum
1sk baking powder
1 cawan susu pekat
1 sudu ovallate
1 cawan minyak jagung ( sya tak ada minyak jagung pakai minyak masak je)
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit perisa yang di sukai 
Sedikit pewarna ( sya letak pink , hijau dan chocolate ) 

Cara-Cara :

Ayak bersama tepung gandum dan baking powder.Ketepikan.
Lenser loyang dengan mentega.Alaskan dengan baking paper ( Sya skip step ni sebab sya pakai aluminium foil )
Pukul telur , gula dan ovallate sampai kembang.
Masukkan susu pekat dan esen vanilla
Pukul lagi dan masukkan minyak dan perisa.
Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.Gaul rata
Selepas itu bahagikan kepada 3 adunan ( Sama banyak ) dan warnakan setiap satu bekas.
Tuang berselang seli ke dalam loyang ikut kreativiti masing-masing
Bakar hinggamasak pada suhu 170c selama 40 minit atau sehingga masak.
Biarkan kek sejuk baru dipotong.

P/S : Untuk ketahui kek masak adalah dengan cara cucuk kek dengan garfu atau lidi bersih.Kalau garfu bersih tanpa ada melekat tepung maka dah masak la kek itu.Kalau masih melekat tambah lagi masa bakar.

No comments:

Post a Comment