Fisya Yusof

Saya Nafisah Binti Md Yusof Shaklee Inderpendent Distributor [ SID : 1084053 ] sejak 2013 Sebarang pertanyaan berkaitan produk shaklee boleh hubungi saya di talian 017 -420 5506

19 September 2015

Alhamdulillah sya bersyukur kerana sya adalah salah seorang ibu dalam beribu yang berjaya menyusukan anak kedua sya sehingga 2 tahun.Selepas kecewa tak dapat susukan anak pertama sepenuhnya jadi sya memang tekad nak susukan anak kedua sehingga 2 tahun.Dan alhamdulillah Allah permudahkan niat sya.

Selepas 2 minggu sya lahirkan Damia kira-kira 2 tahun yang lalu sya start kumpul stock susu sebabnya sya seorang ibu yang berkerja.Jadi sya kena gigih kumpul stock susu untuk Damia.Paling kurang sehari tu 2 kali sya pam sebab selebihnya sya direct feeding jer dengan Damia.Semua ni sya buat sebab tak nak sejarah penyusuan anak pertama kembali berulang yang membuatkan sya rasa penyesalan hingga ke hari ini.

Ibu-ibu jangan tak tau yang sepanjang tempoh berpantang tu jujur sya kta susu sya bukan lah banyak pun.Kadang sekali pam dapat cuma 2auns,paling banyak pun dapat la 5auns.Tu kira dah bnyak dan sya bersyukur sesangat.Tapi di sebabkan dah nekad nak susukan Damia sepenuhnya biarpun masa pam tu susu keluar tak meriah sya teruskan juga pam tanpa bosan.

Dan bila sya dah start kerja selepas 2 bulan cuti bersalin sya tengok susu sya makin merudum biarpun semasa di pejabat sya akan pam sehari 4 kali.Memang frust bla sya pernah sekali pam cuma dapat 1 auns...Masa tu memang menitis air mata.Takut sangat tak dapat nak teruskan penyusuan buat Damia.

Sya banyak google SET BERSALIN BANYAKKAN SUSU IBU..Sya rasa masa tu memang perlukan supplement untuk tambah susu yang semakin sari semakin merudum tu.Kena pula masa tu dah nak masuk bulan puasa.Sya fikir kalau bulan puasa lagi la susu akan jadi kurang sebab seharian tak makan minum kan.

Set Bersalin Banyakkan Susu Ibu

Akhirnya sya nekad untuk mencuba set bersalin banyakkan susu ibu dari shaklee selepas sya tengok testimoni dari pengguna untuk banyakkan susu semuanya mengatakan shaklee adalah yang terbaik.Masa tu sya bukan sid shaklee lagi pun.Mula jatuh cinta dengan shaklee pun selepas amalkan set terbaik nilah.

Syukur selepas 3 hari amalkan set  ni susu sya kembali meriah seperti dalam pantang hari tu.Sya tak ambil set penuh pun , just ambil set bajet ESP dan ALFAFA jer untuk banyakkan susu.Apa yang sya dpat jauh lebih bagus dari apa yang sya harapkan.Masa nak ambil supplement ni sya harap susu dapat tambah ke 4 auns sekali pam pun dah bersyukur sesangat.Tapi sebenarnya selepas sya amalkan supplemnt ni sya dapat paling kurang 8 auns setiap kali pam.Bayangkan perasaan happynya sya setiap kali selepas pam.

Oh ya apa yang sya sapat lihat selain dari membanyakkan susu , dengan minum ESP sya dapat rasakan kepekatan susu yang di pam sebelum dan selepas mengamalkan set bajet ni.Memang jelas kelihatan berbeza.Mungkin sebab tu Damia jarang sekali untuk bangun menyusu di tengah malam.Kalau sebelum makan set ni ada la juga damia akan bangun paling kurang 3 kali.Tapi percaya tak kalau sya katakan selepas seminggu sya amalkan set ni Damia cuma bangun sekali jer untuk menyusu.Tak tahu la sama ada sayangkan tidurnya atau memang betul-betul kenyang kan.

Ok tu sedikit pengalaman sya yang sangat berpuas hati dengan hanya mengamalkan Set bajet menyusu.Tak tahula kalau sya ambil set penuh untuk menyusu kan.Entah sekali pam boleh dapat sampai 2 botol kot.Hihi...

Jom kita tengok fungsi untuk Set bersalin banyakkan susu ni.

Berdasarkan pengalaman sya sendiri sya biasanya akan suggestkan untuk ibu-ibu yang baru pertama kali ingin mencuba untuk banyakkan susu dengan mengambil set bajet terlebih dahulu iaitu ESP dan ALFAFA.Selain set bajet terdapat juga combinasi lain iaitu set bersalin penyusuan lengkap dan premium.Kalau ada bajet yang lebih boleh la mencuba set lain dari set bajer kan.

Oleh kerana sya suka suggestkan customer dengan set bajet jadi jom kita tengok kelebihan dan kebaikan ESP dan ALFAFA

Energizing Soy Protein (ESP)
  • Membuat susu ibu jadi pekat
  • Sebagai milkbooster
  • Bayi menyusu cepat kenyang
  • Ia adalah sebagai protein memberi khasiat kepada anak dan ibu
  • Sesuai untuk mengawal diabetes bagi ibu lepas bersalin kerana Glisemik Indexnya rendah hanya 39
  • Dapat turunkan berat badan kerana ESP memberi rasa kenyang
  • Menyusukan anak memang akan letih tapi dengan ESP buat ibu akan rasa bertenaga yang berpanjangan
  • Membantu kulit muka jadi makin moist, bersih licin dan berseri
  • Dapat menyembuhkan luka bersalin cepat
  • Baik untuk ibu yang ada masalah gastrik, ia membantu atasi gastrik
Alfalfa
  • Terkenal sebagai raja tumbuhan
  • Kaya dengan fiber untuk elak dari sembelit dan membantu penghadaman
  • Alfalfa juga dikenali sebagai milk booster kepada susu badan
  • Digunakan secara tradisional untuk bantu banyakkan susu ibu
  • Membantu buang angin dalam badan ketika berpantang
  • Merawat keputihan bagi wanita
  • Membuang toksid dalam badan dengan cara mencuci usus kecil
  • Memulihkan urat selepas bersalin
  • Meneutralkan asid dalam badan
  • Mengelakkan sembelit
Kalau di atas tadi dah baca testimoni dari sya seorang mungkin pengguna masih ragu-ragu nak mencuba kan.Ok sekarang jom tengok pula testimoni dari ibu-ibu yang dah amalkan set menyusu ni.

Testimoni 1 :


Testimoni 2 :


Testimoni 3 :



Testimoni 4 :


Sekiranya anda masih buntu dan tercari-cari Set Bersalin Banyakkan Susu Ibu yang sesuai , inilah sebenarnya yang anda cari.Tiada kesan sampingan kepada ibu dan bayi kerana telah di ketahui oleh semua shaklee adalah produk semulajadi , selamat dan berkesan.

Hubungi sya sekarang untuk dapatkannya.Jangan tunggu susu dan kurang nanti baru nak cuba dan mungkin waktu tu semuanya dah terlambat.Berilah susu ibu yang terbaik untuk si manja kita.

17 September 2015


Wow sape yang tak suka kan bila dengan perkataan " Peluang Melancong Percuma " ni..Yang hanya perlu sediakan kesihatan diri yang sihat jer untuk pergi melancong kan.Mungkin ada yang akan cakap mane la nak dapat semua percuma lagi di zaman sekarang sebab nak masuk toilet pun kena bayar kan inikan pula pergi melancong.Haa...haaa jangan tak tahu bila bersama Shaklee kita boleh mendapat peluang melancong percuma tau..

Peluang Melancong Percuma ini terbuka untuk semua sid (Shaklee Independent Distributor) yang memenuhi syarat yang ditentukan. Bagi anda yang belum sign up dengan Shaklee lagi, boleh la sign up segera. Anda boleh menghubungi kami untuk mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang juga untuk melayakkan anda menyertai program ini.Program ini bukan terbuka untuk ahli lama shaklee je malah untuk semua yang baru join pun layak tau mendapat percutian ni.

Anda mungkin sahaja boleh pergi melancong kemana sahaja yang anda sukai dengan biaya sendiri. Tetapi pastinya pakej percuma yang diberikan Shaklee tentunya lebih bermakna untuk anda semua. Jika anda salah seorang yang nak turut serta dalam percutian 4 hari 3 malam yang di taja sepenuhnya ini, jom la sign up sekarang sebagai SID shaklee. In sha Allah kami akan membantu anda untuk sama-sama mendapatkan pakej percutian ini.

Dalam pakej percutian, selalunya Shaklee sangat memanjakan mereka yang layak dengan pakej yang istimewa.Shaklee bukan sahaja menyediakan  penginapan, makan, laguage malahan duit poket untuk bershoping nanti pun shaklee yang sediakan.Sangat menarik bukan ?Jadi jika anda salah seorang yang berminat nak join dengan kami dalam percutian ini, marilah hubungi kami segera. Percutian ini akan di buat pada tahun tahun 2016, jadi masih ada peluang anda semua join percutian yang sangat menarik ini.


Dalam bisnes Shaklee ni, bukan hanya bebas dari beban kewangan yang dihadapi malah boleh juga menjadi sumber pendapatan kita. Terlalu banyak manfaat yang akan kita dapat. Masa untuk bersama keluarga pun akan lebih banyak. Bagi suri rumah memang sangat berpotensi menyertai kami, kerana anda boleh membuat pendapatan sampingan dari rumah sambil menjaga si manja anda, tanpa perlu menghantar mereka ke rumah pengasuh. Kecekapan anda sebagai seorang wanita dan ibu, tentunya akan membuat anda lebih pandai membagi masa dalam menjalankan bisnis ini. Kami pasti anda akan sangat gembira apabila berkesempatan untuk bersama-sama kami mendapatkan percutian ke Bangkok ini.

Selain Bangkok anda juga layan dapat peluang melancong percuma ke negara lain seperti Trip Italy,Trip Dubai dan mengerjakan umrah ,Trip US dan banyak lagi tempat menarik yang boleh pergi semuanya secara percuma ditaja sepenuhnya oleh SHAKLEE

Selain itu dalam bisness Shaklee bukan sahaja menekankan hal bisness semata tapi sangat mnenekankan tentang keagamaan , merapatkan ukwah antara satu sama lain.

Jom tengok video 2 minit ini yang mungkin akan dapat memberi gambaran kepada anda semua tentang percutian ke Bangkok secara percuma ini.

Jom layan.......




Belum terlambat untuk anda mencapai sesuatu yang anda inginkan dan impikan sebelum ini.Mula melangkah hari ini dan maju untuk keesokan hari. Semoga anda adalah salah seorang yang berjaya memenangi tiket melancong percuma 4 hari 3 malam ke Bangkok ini. Jika anda berminat, anda boleh terus menghubungi kami di nombor talian yang tertera dibawah ini.

Anda boleh menghubungi kami di sms/wassup 017-420 5506 - Fisya

15 September 2015

Apa khabar semua? Ada yang sudah mula rasa tak sihat, demam, batuk atau selsema? Sya alhamdulillah setakat ini masih sihat sejahtera.. Semalam ada jugak rasa tekak macam nak start sakit tapi bangun pagi ni ok pula
Sya pasti yang mana dah start sakit tekak , demam , selsema , sesak nafas semua itu berpunca daripada masalah JEREBU yang melanda negara kita ni.. Macam sya sendiri rasa nak sakit tekak mungkin disebabkan weekend haritu sya banyak ada di luar rumah.. So agak terdedah dengan cuaca luar yang sangat tak bersih  sekarang ni kan.
Tak dapat nak bayangkan macam mana orang yang memang bekerja di kawasan terbuka.. Allah, mesti lagi mencabar nak menghadapi situasi macam ni kan :(
So hari ni sya nak kongsikan antara cara-cara yang boleh kita amalkan bagi melindungi diri daripada kesan tak baik akibat dari jerebu.. Sebab kita memang tak dapat nak elak macam mana pun.. So mahu atau tidak, yang kita perlu buat adalah LINDUNGI DIRI dan KELUARGA daripada kesan tidak baik akibat jerebu..
1) Kurangkan Aktiviti Luar
Terutamanya buat kanak-kanak dan bayi, orang tua serta wanita hamil. Kalau boleh kurangkan lah aktiviti di luar ya.. Sebab golongan ini merupakan golongan yang agak rendah imun sistem dalam badan berbanding orang dewasa biasa.. So better pada waktu ini cuba kurangkan bawa anak-anak kecil keluar rumah.. Begitu juga wanita hamil dan orang tua..
2) Minum Air Secukupnya
Terutamanya kepada mereka yang terdedah dengan jerebu, sebaiknya minum air masak dengan lebih berbanding biasa kerana kebiasaannya tekak akan mula rasa perit dan kering.. Air masak membantu untuk elakkan badan kehilangan banyak air dan membantu meningkatkan sistem pertahanan badan..
Walau bagaimanapun, sya lebih suka gantikan air masak kepada air Performance Drink semasa jerebu ini.. Sebab Performance Drink adalah minuman isotonik yang mengandungi mineral dan elektrolit yang membantu elakkan badan hilang banyak air which is lagi bagus berbanding air masak biasa..
3) Pakai Mask Semasa Aktiviti Luar
Yang ini sangat penting ya semua. Sila make sure anda pakai MASK semasa beraktiviti luar ya. Dan sila pastikan pakai mask N95 yang boleh tapis habuk dan small particles ye. Jangan guna mask yang doktor guna dalam dewan bedah tu tauuu..hehe
Sya dulu pun actually guna surgical mask jugak.Sebab senang nak dapat kat kedai-kedai kan. Tapi sekarang ni dah tahu kena lah pergi cari mask N95 pulak..
4) Jangan merokok
Bab ini bagi sya sangat penting kepada semua individu yang terlibat. Sama ada anda perokok atau ada ahli keluarga keluarga atau rakan anda yang merokok, ingatkan mereka dan diri anda sendiri, mungkin ini waktu terbaik untuk berhenti merokok jika tidak kerana orang yang anda sayangi, fikirkan insan lain yang menyayangi anda!
5) Ambil Supplement Untuk Tingkatkan Imun Sistem
Haaaa.. Yang ni tips yang semua orang kena follow sebenarnya.. Bukan apa, kita memang tak mampu nak elak dari menghadapi masalah jerebu ni.. Tapi kita boleh lindungi badan kita daripada kesan buruk akibat jerebu.. Dan perlindungan paling utama adalah pelindungan dari dalam tubuh badan itu sendiri terlebih dahulu..
Sebab walaupun topeng apa pun yang kita guna untuk elak jerebu, tapi kalau imun sistem tubuh lemah, kita tetap berisiko untuk terkena penyakit.. So adalah sangat PENTING untuk kita lindungi diri kita dengan sistem pertahanan badan itu sendiri..
Antara supplement yang sya suggestkan untuk anda ambil adalah,
Performance Drink untuk membantu mengelakkan kehilangan banyak air dan meningkatkan sistem imun badan.
Nutriferon yang mana merupakan immune booster yang mana sangat-sangat bagus untuk meningkatkan sistem imun badan bagi menghalang mudah terkena penyakit. Juga boleh diambil ketika demam bagi menggantikan paracetamol.
So, nasihat sya, make sure jaga kesihatan anda sebaiknya pada waktu macam ni yaaa.. Elakkan berada di luar rumah kalau tak ada hal yang penting.. Dan jom lah kita sama-sama doakan semoga masalah jerebu ini segera berakhir...
Sekian dulu tips daripada sya untuk hari ini yaaa..
Untuk anda yang nak dapatkan supplement-supplement seperti di atas, boleh lah hubungi sya

14 September 2015



Ramai antara kita yang mempunyai badan slim kurus bak kerengga tapi bermasalah di bahagian lengan yang besar. Di tambah pula dengan faktor peningkatan usia seseorang.

Untuk entry kali ini sya ingin kongsikan tips mudah untuk mendapatkan bentuk lengan yang lebih kurus dan cantik dari hasil pembacaan sya dan emang sya sendiri sedang lakukannya..Hihi

Tips Lengan Kurus dan Cantik Dengan Mudah 


1) Angkat Berat

Pilihan utama sudah pastilah di gim kerana hampir setiap gim menyediakan kemudahan peralatan mengangkat berat. Beban yang disediakan adalah daripada yang paling ringan sehingga kepada yang paling berat mengikut keperluan individu.

Tapi bukan semua yang berpeluang pergi gim kan.So apa kata kita beli jer dumbell sendiri untuk kegunaan di rumah.Dah ada dumbell sendiri di rumah boleh hari-hari sebelum tidur angkat dulu seround dua kan.


Seelok-eloknya senaman ini dilakukan 3 kali seminggu.

2) Aerobik

Aerobik merupakan salah satu cara yang paling baik untuk menggerakkan keseluruhan tubuh badan kita.

Latihan windmill atau kincir angin turut membantu  untuk mendapatkan lengan yang kurus.Angkat kedua belah tangan kita seperti kedudukan kincir angin. Tangan kanan cuba mencapai hadapan kaki kiri dan bangun semula. Seterusnya,ulang pergerakan menggunakan tangan kiri untuk mencapai lantai hadapan kaki kanan.
 
3) Push-Up
Push up

Senaman Push-up membantu mendapatkan lengan yang kurus kerana ia boleh membentuk lengan serta mengurangkan tisu-tisu lemak di bawah lengan kita. Dengan menjadikan push-up sebagai rutin harian kita pasti akan memperolehi lengan yang cantik dan kurus seperti yang kita idamamkan.
 
4) Boxing

Pagi pengamal gaya hidup yang sihat, boxing agak popular sebagai cara untuk mendapatkan lengan yang cantik dan kurus. Melalukan boxing dengan menumbuk punching bag akan membantu koordinasi dan keseimbangan badan kita serta boleh membentuk lengan yang cantik.

5) Makanan

Mengambil makanan yang sihat dan seimbang adalah sangat penting. Kita perlu bijak mengawal pemakanan serta menggabungkan kumpulan makanan supaya dapat membantu kita mendapatkan tubuh yang langsing dan lengan yang kurus.

Keutamaan makanan yang perlu diberi perhatian ialah sayur-sayuran, buah-buahan, daging, kekecang, bijirin, makanan rendah karbohidrat dan makanan berasaskan tenusu.

Pengambilan diet yang seimbang membantu kita mendapat hasil yang lebih cepat berbanding mengamalkan diet tradisional seperti berlapar setiap hari.

6) Minum Banyak Air

Air merupakan medium terpenting yang berfungsi mengeluarkan toksin daripada tubuh kita. Namun, pengambilan air secara berlebihan juga adalah tidak digalakkan. Sebaik-baiknya minum air sebanyak 8 gelas sehari atau 2-3 liter mengikut keperluan berat tubuh kita.

 
Kesimpulannya, pergi ke gim setiap hari juga tidak menjamin untuk kita menjadi cantik dan hebat. Amalkan cara hidup yang sihat adalah sangat penting. Bersabar menunggu hasil daripada usaha yang kita lakukan. Yang paling utama adalah buat bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa.
Selain dari usaha melakukan rawatan perubatan untuk membantu wanita yang sukar hamil, jenis makanan yang dimakan juga sebenarnya mempengaruhi untuk meningkatkan kesuburan sehingga boleh mengurangkan potensi untuk mengandung. Jadi,kepada yang wanita yang masih belum berjaya mengandung selepas beberapa bulan atau tahun berkahwin apa kata amalkan makanan ini. Mana tahu lepas ini rezeki kita berjaya mengandung.
1. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran organik yang segar
Kalau boleh elakkan makan makanan segera kerana ia mengandungi bahan yang tidak diperlukan badan. Sayur dan buah oerganik mengandungi vitamin, protein dan enzim sempurna yang mudah diserap badan.
2. Makanan tinggi serat
Jenis makanan ini membantu pergerakan usus lebih aktif dan melancarkan pembuangan racun dari badan. Antara makanan tersebut adalah bijirin, tembikai, beras merah, roti gandum, kekacang. 
3. Sayuran berdaun hijau
Semua jenis sayuran berdaun hijau seperti bayam sangat membantu wanita yang ingin cepat hamil. Ini kerana sayuran ini mengandungi zat antioksidan, zat besi dan asid folik untuk mempertahankan dan menjaga fungsi organ reproduksi supaya tetap stabil.
4. Makanan yang membantu kitaran haid lancar
Salah satu sebab wanita sukar hamil adalah kerana mempunyai kitaran haid yang tidak lancar. Jadi untuk mudah hamil, kitaran haid dan ovulasi mesti lancar setiap bulan. Lobak merah, keledak dan oren adalah jenis makanan yang membantu wantai mendapat kitaran haid yang tepat. 
5. Makanan tinggi asid folik
Adid folik meningkatkan pengeluaran sel telur dalam sistem reproduksi wanita sehingga memudahkan untuk mengandung. Produk kacang soya, kuning telur, kentang, tepung ubi, kobis, asparagus, ubi bit, pisang, brokoli antara yang tinggi asid folik.
6. Makanan kaya vitamin C
Rajinlah makan jenis makanan ini untuk memudahkan anda cepat hamil. Antara makanan ini seperti oren, strawberi, brokoli, kobis Brussel dan lain-lain.
7. Kekacang
Jenis kekacang sangat tinggi kandaunga asid lemak omega 3 dan sangat baik membantu menjaga sistem reproduksi wanita. Antara kekacang ini adalah almond, walnut dan aprikot.
8. Produk tenusu
Susu bukan hanya kaya dengan kalsium tetapi juga mampu menghasilkan hormon kesuburan. Selain yogurt, susu dan telur, masukkan juga ikan dalam menu anda kerana ikan mengandungi khasiat baik untuk kesuburan dan membantu meningkatkan peluang kehamilan dengan lebih cepat.
Jadi, jangan lupa ya masukkan jenis makanan tersebut dalam menu haria anda supaya cepat hamil!
Sumber : PAMA
Selain itu boleh juga dapatkan suppliment untuk membantu meningkatkan lagi kesuburan kita.Jom dapatkan SET KESUBURAN dari Shaklee yang mana ramai orang telah berjaya selepas beberapa bulan mencubanya.Tak salah kita mencuba kan.
Untuk dapatkan SET KESUBURAN shaklee boleh hubungi sya di talian seperti di bawah :

Bila anak-nak dah semakin membesar memang wajib ada kudapan untuk mereka dari pagi hingga ke malam.memang hobi mereka dua beradik kot asyik la mengunyah jer..Tapi badan maintain comel jer pun.Hihi.

So minggu ni kakak Auni minta ibu buatkan kek..Lapar kek katanya..Hah memang itu favorite kakak Auni yang hantu kek..Maka ibu pun tak nak kecewakan anak maka ibu sediakan la kek yang paling senang dan mudah nak buat tanpa perlukan banyak bahan.

Kek coklat Moist la yang menjadi pilihan ibu..Hihi..Bahan mudah , takk renyah nak buat dan yang penting di buat dengan kasih sayang untuk anak-anak.
Resipi : Kek Coklat Moist

Bahan - Bahan
  1. 2 cawan tepung gandum - diayak
  2. 1st baking powder - diayak
  3. 1st soda bikarbonat - diayak
  4. 1 cawan serbuk koko **
  5. 1 cawan gula kastor (sya guna gula biasa je) **
  6. 1 cawan minyak masak **
  7. 1 cawan susu pekat **
  8. 1 cawan air panas **
  9. 3 biji telur
Cara - Caranya :
  1. Masak semua bahan yang bertanda ** dengan api sederhana sehingga semua sebati
  2. Blend telur sehingga gebu
  3. Masukkan telur ke dalam campuran koko
  4. Masukkan bahan ayak dan gaul sebati
  5. Masukkan dalam loyang ( gris loyang dengan mentega )
  6. Kukus selama 45 minit / sehingga masak. ( Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak jatuh atas kek





Bahan untuk topping :
  1. 1/2 cawan serbuk koko
  2. 1/2 cawan susu pekat
  3. 3 - 5 sudu susu full cream ( Sya bancuh susu dutch lady je)
  4. 2 sudu minyak masak
Cara-cara sediakn topping :
  1. Campur semua sekali dalam periuk dan masak secara double boiler.
  2. Kacau sehingga sebati.
  3. Tutup api bila cairan dah sebati dan mulai mendidih
  4. Sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek coklat tadi.

13 September 2015


Bila sebut je pasal MLM, ramai orang akan mencebik. Macam la salah sangat MLM tu dan berdosa sangat sapa buat MLM tu kan.. Yang tak tahan tu, dah la mencebik, mengutuk pasal MLM pulak tu , tapi sebenarnya dia sendiri pun tak tahu apa MLM yang yang sebenarnya.

Ni selalunya kes yang suka dengar cakap-cakap orang la, ntah sumber asal tentang kesalahan MLM nipuntak tahu siapa yang mulakan  tapi sibuk juga nak di viralkan.Ingat tau nak memviral kalau yang salah tu boleh jadi fitnah.

Ok apa sebenarnya MLM ni? Kenapa ramai sangat orang duk anti sesanga dengan MLM ni? Punye lah anti, sampaikan kalau dengar pasal MLM je terus larikan diri. 

Apa itu MLM??

MLM tu jualan larut malah ker???MLM tu singkatan dari mlm hari ker????Oh tidak...MLM adalah singkatan kepada Multi Level Marketing iaitu network marketing atau pun dalam bahasa melayu 'pemasaran jaringan'. MLM ini telah lama berkembang di Malaysia.


Bila baca definisi MLM tu, takde la pulak anything yang boleh buat 'orang' menyampah dengan MLM ni kan? 

Korang tau tak? 

Kalau korang 'google' syarikat MLM kat Malaysia, selain Shaklee, korang akan jumpa nama-nama syarikat besar lain seperti Elken, Avon, Cosway, Amway, HPA dan lain-lain. 

Syarikat-syarikat ini digelar syarikat MLM kerana mereka mengamalkan strategi pemasaran secara jaringan. So, apa masalahnya dengan kaedah pemasaran MLM ni?

Sebenarnya, tak salah pun sistem pemasaran MLM ni, yang salah adalah orang memanipulasikan sistem ini sehingga ada yang tertindas dan tertipu. Itu yang membuatkan ramai orang, anti sangat dengan MLM!Sampai dengar perkataan MLM pun dah rasa tertekan.

Dalam sistem pemasaran MLM, kita sebenarnya memasarkan produk dan dalam masa yang sama kita boleh mengembangkan rangkaian (network) perniagaan kita sendiri.

Pada asasnya perlu ada produk dan produk itu digerakkan dan bukan hanya bersifat head hunting sahaja tanpa penjualan produk.

Harus diingatkan dalam sistem MLM yang sebenar, komisen tidak dibayar berdasarkan 'jumlah rekrut ahli /pengedar baru' setiap bulan tetapi berdasarkan jualan produk. 

Proses rekrut ahli/pengedar baru diperlukan bertujuan untuk menggerakkan produk kepada lebih ramai orang. Dengan kata lain, untuk meluaskan rangkaian perniagaan kita. 

Tiada istilah goyang kaki dalam sistem MLM yang sebenar. Setiap bonus/komisen yang diterima harus ada usaha. Kalau goyang kaki, confirm takde hasil!

Apa pun, korang perlu berhati-hati jika ada bisnes MLM yang memerlukan pinjaman untuk menjadi ahli/pengedar kerana modal yang besar diperlukan, asyik mementingkan head hunting tetapi penjualan produk tidak dititikberatkan. Itu mungkin skim cepat kaya yang bertopengkan MLM.

Jangan tertipu!

Jika ada pengedar atau ahli syarikat MLM yang menyalahgunakan pelan syarikat dengan mempengaruhi ahli dibawahnya untuk melabur beribu-ribu atau  membuat hutang berpuluh ribu untuk membeli pangkat, pengedar itu yang patut disalahkan dan bukannya syarikat MLM tersebut. 


Sistem MLM ni best sebenarnya, Bill Gates pun, kalau diberi peluang untuk bermula balik, beliau akan memilih pemasaran jaringan seperti tau. Kenapa? Sebab, beliau nampak potensi pemasaran ini dapat memberi manfaat yang bagus untuk bisnes beliau.

Buat anda yang inginkan bisnes yang membantu anda berjaya dan kaya, tetapi anda bukanlah jenis manusia yang ingin cepat kaya, atau tidak sanggup berusaha dan bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian, maka bisnes SHAKLEE lah yang terbaik untuk anda..

Mengapa sya kata yang terbaik?Jangan kata sya dah join SHAKLEE sya memang katakan ni MLM terbaik ye.

1) Produk yang bagus.. Shaklee ada barisan saintis yang hebat untuk memastikan setiap produk yang keluar SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI

2) Pelan perniagaan yang sangat menguntungkan para distributor.. Shaklee membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk para distributor yang berjaya.. Andai anda mencapai rank tertinggi dalam bisnes ni iaitu Master Coordinator, anda bakal mendapat income tahunan tidak kurang daripada RM600,000..

3) Apa yang anda boleh dapat dalam bisnes Shaklee selain MLM kami dapat eratkan UKHUWAH sesama sendiri yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.. Saling menyokong dan menasihati.. Saling mengingatkan dan mendoakan. 

Apa yang lebih penting ialah, tiada istilah PAKSAAN dalam bisnes Shaklee..Kami hanya berkongsi produk yang hebat serta peluang bisnes yang menguntungkan.. Khas buat mereka yang ingin ubah nasib diri dan keluarga..Tak perlu pun memaksa sebab bisnes shaklee dan produk-produk Shaklee memang dah terbukti BAGUS kan..Jadi di sini sape yang nak berjaya buat apa yang dia nak.Semua bergantung pada diri sendiri dan bukannya dari orang lain.

12 September 2015

Mesti adakan di antara anak-anak kita atau kita sendiri yang pernah kena ruam , eczema dan timbul kesan luka akibat mengaru??Anak sya yang pertama dah hampir sebulan menghadapi eczema.Dan bermacam krim untuk eczema sya dah cuba.Apa je orang kata bagus sya beli tapi semua tak serasi dengan Auni.

Akhirnya baru sya teringat yang Shaklee ada krim ajaib.Aduhhh macam mana la boleh terlupa ni pasal krim ajaib ni..Dan alhamdulillah berhasil sangat dan memang krim ni betul-betul ajaib la. Baru 2 hari sya pakaikan untuk Auni memang dah nampak kesan.Dah tak ada lagi aksi mengaru dan kulit yang eczema dan luka akibat di garu tu pun dah mulai hilang.

Krim ajaib ni bukan sahaja membantu dalam masalah eczema untuk Auni malah sangat membantu menghilangan ruam-ruam panas , membantu untuk kurangkan rasa kegatalan ,dan banyak lagi.Boleh baca di link KRIM AJAIB untuk mengetahui lagi kebaikannya.

Jangan tak tahu lepas jer sya masukkan gambar Auni berserta caption berkaitan eczema ni ramai yang contact sya untuk dapatkan juga krim ajaib ni sebab anak-anak mereka juga ada masalah yang sama seperti Auni.

Dan hasil yang mereka perolehi juga sangat berkesan untuk anak-anak syurga mereka.Jadi untuk ibu ayah yang mana anak ada masalah eczema jom cepat whatsapp sya sekarang untuk mendapatkan krim ajaib dari Shaklee ni.Tak salah kita mencuba sesuatu untuk kebaikan anak-anak kan.Takkan kita nak tengok kulit anak kita rosak akibat eczema , ruam kan.

Jom tengok lagi beberapa lagi testimoni dari pengguna yang berpuas hati dengan krim ajaib ni 





Jom hilangkan eczema anak-anak bersama Herbal Blend Shaklee.


Kekejangan kaki atau nama gelaran Simpul Biawak adalah masalah biasa semasa hamil, dan ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang.

Berikut ialah beberapa kemungkinan punca kekejangan kaki berlaku semasa hamil:

• Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
• Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
• Terlalu keletihan membawa perut yang semakin membesar.
Apakah cara untuk melegakan kesakitan ini?
• Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
• Urut otot yang kejang itu.
• Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.


Simpul Mengkarung , ibu hamil ,


Tips Mengelak Kekejangan Kaki Semasa Mengandung:

1. Minum air masak secukupnya (sebaik-baiknya 2-3L atau lebih)
2. Lapik kaki dengan bantal supaya kaki anda berada dalam posisi lebih tinggi daripada kepala semasa tidur.
3. Urut kaki dan betis secara lembut sebelum tidur untuk lancarkan peredaran darah.
4. Pakai stokin sokongan, dan kasut yang sesuai dan selesa sepanjang hari.
5. Lakukan senaman regangan otot sebelum tidur.
6. Elakkan terlalu banyak berdiri.
7. Mandi dengan air suam sebelum tidur.
8. Ambil suplemen kalsium magnesium.

Pengambilan suplemen Ostematrix Shaklee dapat membantu mengatasi masalah simpul mengkarung ini.

Jom layan video dari Puan Ida Khairani yang pernah mengalami masalah semasa hamil.

                    .

Untuk ibu hamil yang ada masalah seperti Puan Ida boleh hubungi sya untuk mendapatkan supplement yang Puan Ida makan supaya dah tak rasa sakit lagi selepas itu.

3 September 2015


Tubuh badan setiap orang tidak sama tindakannya dengan sesuatu jenis makanan.Macam sya jenis suka mencuba pelbagai jenis makanan dan selepas tu baru akan tau sama ada makanan tu serasi ke tak dengan sesuatu.

Semasa dalam tempoh berpantang kedua anak sya  memang sya elakkan dari memakan makanan yang boleh membuatkan bayi kembung atau yang mana boleh menyebabkan berlakunya kegatalan dan makanan yang sejuk juga sya cuba elakkan.

Puan Khadeejah Hasmad ni juga pernah alami masalah ketika berpantang anak pertamanya dulu akibat dari pemakanan yang salah.Jom kita layan dulu video perkongsian cerita masa tempoh berpantang beliau yang mengerikan suatu ketika dahulu.Mungkin selepas melihat video ni nanti mampu mengubah kengerian tempoh berpantang ibu-ibu.



Kebanyakan makanan yang disenaraikan hanyalah sebagai panduan kepada ibu-ibu terutamanya ibu yang baru pertama kali berpantang dan mungkin yang terpaksa berpantang sendirian tanpa bantuan orang tua.

Lain negeri lain pula cara berpantang dan lain juga dari segi pemakanan dalam tempoh berpantang. Ada yang kata tak boleh makan ayam sebab takut gatal di tempat jahitan , ada yang kata tak boleh makan ikan bawal ada yang kata boleh tapi apa pun kena la try and error pada diri sendiri dulu ye.

Apa yang penting kena cuba dulu makan sedikit untuk tengok kesannya pada badan kita.Sekiranya timbul alahan atau seram sejuk ini bermakna badan kita tidak sesuai , maka jangan diteruskan untuk percubaan kedua kerana dikhuatiri akan mendatangkan mudarat kepada diri sendiri dan baby yang menyusukan badan.



Antara ikan yang perlu dielakkan :

  1. Ikan sembilang
  2. Ikan Keli
  3. Ikan Pari
  4. Ikan Patin
  5. Ikan Duri
  6. Ikan Cencaru
  7. Ikan Tongkol
  8. Ikan Bawal
  9. Ikan Parang
  10. Ikan Terubuk
Ikan yang berbisa / mengandungi bisa dilarang sama sekali di ambil oleh ibu berpantang kerana jika mengambilnya boleh menyebabkan ibu mengalami tumpah darah atau bentan.

Sayur yang perlu dielakkan : 
  1. Timun
  2. Sayur keladi 
  3. Kobis
  4. Terung
  5. Brokoli
  6. Kangkung
  7. Bayam
  8. Pucuk Ubi & Pucuk Paku
Sayuran yang sejuk perlu dielakkan keranadengan pengambilan sayuran sejuk boleh menyebabkan ibu dan bayi yan menyusu kembung perut dan sakit-sakit badan.

Buah-buahan yang perlu dielakkan : 
  1. Tembikai
  2. Nenas
  3. Cempedak
  4. Nangka
  5. Langsat
  6. Ciku
  7. Epal
Dan banyak lagi jenis buah yang ibu berpantang tidak boleh ambil sebabnya sesetengah buah ini bersifat sejuk dan tidak sesuai untuk ibu berpantang dan menyusu.

Banyakkan pantang larang semasa berpantang termasuklah dari segi pemakanan kan??Semasa tempoh berpantanglah bermulanya badan kita akan kekurangan nutrisi dan makakan seimbang , yang ni belum kira lagi sebelum bersalin yang mana  kita mengalami alahan yang teruk.Memang banyak sangat kekurangan nutrisi sedangkan semasa tempoh berpantangla kita kena dapatkan semua nutrisi untuk kembalikan kesihatan badan kita yang sangat kurang serta untuk menyusukan anak kita.

Bayangkan selama 9 bulan kita berkongsi nutrisi nutrisi dengan baby dalam perut , kemudian kehilangan banyak darah semasa bersalin lagi , badan memang sangat keletihan sebenarnya.Di campur dengan anak asyik menangis dan berjaga di tengan malam lagi.

Jadi ibu-ibu jangan abaikan kesihatan semasa berpantang ye.Pastikan ibu ada mengambil Set Bersalin Terbaik yang bukan saja akan mengembalikan kesihatan optimum ibu dan mengisi kekosongan gizi makanan , mengelakkan dari terjadinya sembelit dan membantu mempercepatkan luka jahitan cepat sembuh.

Malah set Bersalin ini ijuga membantu membanyakkan susu dan menguatkan imun sistem ibu dan baby agar tidak mudah sakit terutamanya apabila orang ramai kerap bertandang melawat baby kita.

Jika anda salah seorang ibu berpantang yang sedang alami sembelit  , seram sejuk dan sakit-sakit badan  jom cepat hubungi sya.


Untuk entry kali ni sya nak celoteh sikit berkaian eczema yang tetiba datang menyinggah kat anak sulong sya.Masa awal kena dulu ingat kan sebab ruam panas tapi tak sangka pula berlanjutan sampai sekarang.Dan bila di bawa ke hospital / klinik doc sahkan anak sya kena eczema.
Maka sikit penerangan di berikan oleh doctor berkaitan eczema.Doctor memang dah sedia maklum yang auni memang ada masalah asthma melalui rujukan rekod sakit setiap kali ke klinik. Auni memang penghidap asthma sejak kecil.
Apa yang sya keliru apa kaitan antara eczema dan asthma ni maka sya pun buat research sendiri.Setelah banyak membaca  ,bertanyakan doctor baru sya tahu rupanya memang eczema dan asthma ni berkait rapat walaupun satu berkaitan kulit dan satu lagi berkaitan pernafasan.
KAITAN ECZEMA DAN ASTHMA
PIC EHSAN DR EN GOOGLE

APA KAITAN ASTHMA, ECZEMA DAN ALERGI?

Penyakit- penyakit yang berkaitan dengan asthma/ lelah, eczema dan resdung (allergic rhinitis) auat di pangil atopi (atopy). Atopi itu sendiri bermaksud kecenderungan badan pesakit untuk menghasilkan sejenis antibodi yang dinamakan sebagai antibodi IgE apabila terdedah kepada bahan-bahan allergen dalam persekitaran.
Penyakit- penyakit atopi ini seringkali berlaku dan kebiasaannya bermula daripada kecil.
ADAKAH ECZEMA BOLEH DISEMBUHKAN?
Bergantung kepada beberapa faktor, seperti genetik, umur dan kehadiran allergen. Secara umumnya,  90% daripada kes, eczema ini muncul ketika bayi berumur 12 bulan pertama. Biasanya 50% daripada kanak- kanak akan sembuh apabila mereka mencapai umur 2 tahun. Selepas itu, kira- kira 50% lagi akan lega bila mereka mencapai umur 4 tahun. Selebihnya, 15% akan masih menghidapi eczema yg aktif bila umur mereka mencapai 5 tahun. Biasanya penyakit ni akan baik dengan sendiri akhirnya, tapi ada juga dalam 5% daripada kanak-kanak ni akan terus menghidapi eczema sampailah ke tua.
Satu lagi, ada juga satu kumpulan pesakit ini, yang cuma mendapat eczema ketika mereka sudah tua, dalam lingkungan umur 50th ke atas. Jadi, biasanya eczema ini biasa dihidapi oleh dua peringkat umur iaitu ketika kanak-kanak dan ketika tua.
1 daripada 3 pesakit eczema boleh turut menghidap asthma atau allergic rhinitis.
ADAKAH IA PENYAKIT GENETIK?
Memang ada kaitan dgn genetik walaupun dunia perubatan masih tidak memahami sepenuhnya mengenai penyakit ini.
BAGAIMANA HENDAK MENGELAKKANNYA?
Pelbagai cara yang boleh dibuat untuk mengelak daripada terkena atau menghidap ketiga- tiga trigger ini. Antaranya:
Kalau utk asthma; antara trigger/allergen yg popular:
– suasana sejuk, terutamanya sekitar pukul 4-5am
– makanan/buahan sejuk seperti tembikai, rambutan, air ais
– demam selsema
– debu, debunga (pollen), bulu binatang, permaidani
– aircond
– keadaan emosi seperti stress, terlalu sedih, terkejut
– Senaman atau bersukan yang terlalu memenatkan
Eczema:
– sebarang bahan kimia yg terkena kulit seperti: krim, kosmetik, sabun (mandi, basuh pinggan, basuh baju), perfume, bedak, losyen, syampu
– nikel sepertt kerongsang, belakang jam tangan
– makanan laut
Allergic rhinitis: (tanda2 lain: bersin, gatal mata)
– waktu sejuk pagi
– bulu kucing, debu, debunga
– makanan laut


Klik sini untuk tahu apa itu ECZEMA
JENIS-JENIS ECZEMA 
  1. Ekzema atopik Dermatitis - berair 
  • Contact Dermatitis - berair (alergi sentuhan spt sabun, etc) 
  • Dyshidrotic Dermatitis - kering 
  • Lichen Simplex Chronicu - kering bersisik 
  • Seborriheic Dermatits - kering bersisik 
TANDA-TANDA ECZEMA

- Acute Eczem
  • "Erythema", kulit berasa panas, bergejolak dan gatal, keradangan. 
  • "Papules", pembentukan tompok-tompok merah. 
- Eczema Kronik
  • Kulit mejadi kering, berair dan bersisik. 
  • Kulit menebal, menjadi kasar dan berkedut. 

KITARAN PENYAKIT  ECZEMA

Eczema disifatkan sebagai kegagalan fungsi penghadang kulit yang boleh menyebabkan alahan dan juga seterusnya kegatalan. Bila pesakit tidak dapat menahan kegatalan yang berlaku dan kerap menggaru di kawasan tersebut. Sekiranya kawasan kulit tersebut kering, tahap kegatalan makin meningkat. Bila kawasan tersebut digaru secara kuat dan berulang, lapisan kulit akan mula koyak dan meruam. Lebih buruk lagi, keadaan sebegini boleh menyebabkan bakteria atau kuman memasuki ke kawasan kulit tersebut.

LANGKAH-LANGKAH MERAWAT ECZEMA
  1. Sentiasa melembapkan kulit kerana keradangan bermula akibat kulit yang kering 
  2. Elakkan makanan yang menjadi punca kepada Eczema
  3. Pakai pakaian yg diperbuat daripada kapas dan pakai secara longgar.
  4. Elakkan penggunaan sabun/syampu yang mempunyai bahan kimia yang tinggi
  5. Catitkan apa yang anak kita makan yang menyebabkan eczemanya semakin teruk
  6. Pastikan kuku bayi pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru. 
  7. Pastikan anak kita tidak terdedah kepada suhu yang panas terlalu lama.

2 September 2015

Minggu lepas kan cuti panjang.so biasa la sya ni kalau dah lama sangat duduk rumah tak buat apa memang boleh meroyan..Hahaha..Bosan kot dok umah sesaja,Jadi sya pun mula la godek-godek resipi untuk buat kek.Dan apa yang sya dpat dan mudah sangat nak buat ialah  red velvet cheese leleh.

Red Velvet Cheese Leleh
Resipi yang sya buat ni serius mudah dan menjadi keknya biapun ni adalah kali pertama sya buat red velvet ni.Alhamdulillah husband dan anak-anak makan dengan berselera.
Oke sya tak nk bebel panjang jom kita layan resipi dulu.Untuk ibu-ibu yang anak suka makan kek tu wajib cuba.Serius sedap dan yang penting air tangan seorang ibu.

Resipi : Red Velvet Cheese Leleh


Bahan-Bahan : 
1. 2 cawan tepung kek bluekey ( Sya pakai tepung gandum je) - diayak bersama baking powder & serbuk koko
2. 3 sb serbuk koko
3. 2 sk baking powder (kalau pakai tepung kek tak perlu letak)
4. 1 cawan tepung jagung
5. 1/2 cawan gula
6. 4 - 5 biji telur
7. 1sb ovellete
8. 1 penutup esen vanilla
9. 1/2 jus lemon
10. Pewarna merah

Cara - Cara :

1. Mix telur dan gula sehingga kembang dan gebu
2. Masukkan ovellete dan esen vanilla - Mix lagi sampai gebu
3. Masukkan minyak dan susu.
4. Masukkan tepung yang telah di ayak bersama baking powder dan serbuk koko.Gunakan kaedah kaup balik jer selepas masukkan tepung.Kaup balik sampai sebati
5. Laserkan loyang dengan sedikit minyak / butter (sya just guna aluminium foil).
6. Masukkan adunan dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau sehingga kek masak


Bahan untuk topping :

1. 250g cream cheese
2. 120g susu pekat
3. 50ml susu cair / UHT whipping cream / susu segar ( Sya lupa beli whipping cream maka sya pakai susu segar aje.

Red Velvet Cheese Leleh

Cara sediakan topping:

1. Mix semua bahan di atas sehingga sebati , adunan ini memang cair.
Untuk hiasan boleh parut cheddar cheese.
Kek yang telah dimasak tadi di sejukkan dulu kemudian bahagikan kepada 2 bahagian , tuangkan cream cheese pada 1 bahagian.Kemudian lapis dengan  kek yang sebahagian lagi.Tuang lagi baki cream cheese tadi.Parutkan cheddar cheese di atas kek.Tada siap.

Red Velvet Cheese Leleh
Ok selamat mencuba uolss.senang sangat kan nak buat.Makan pula masa kek sejuk-sejuk memang terangkat la.Memeng tak cukup 1 bekas rasanya.Hihihihi... 

Anak-anak kecil memang penuh dengan daya imaginasi. Bila dapat pen mulalah masing-masing nak menunjukkan kreativiti. Tempat menconteng yang menjadi kesukaaan anak-anak semestinya di dinding! Betul tak???Kebanyakan dari kita yang ada anak kecil, memang tak boleh lari dari masalah dinding rumah di hiasi dengan corak-corak kreatif dari anak-anak kan .

Bila dah banyak sangat kesan kreativiti tu mesti la kita pun sakit mata nak memandangkan.Rasa segan pun ada bila tetamu datang rumah tengok dinding oenuh dengan lukisan anak-anak.Nak cat lain pun dah kena fikir berkali-kali takut nanti anak tetap nak hasilkan karya di dinding yang cat baru kan.Nak letak wallpaper pun sama juga nantikan.Habis tu nak buat macam mana kan???Jom sya sharekan sesuatu yang menarik yang mungkin akan ubah keputusan ibu ayah yang berfikir untuk cat dinding baru.

Jom layan video yang kurang dari seminit ni dulu.Tengok apa ibu ni lakukan untuk hilangkan kesan contengan di dinding.Jimat duit tau.



Teruja tak tengok gambar-gambar tu?? Inilah cecair ajaib yang dapat membantu menyelesaikan masaalah anda di rumah terutama sekali suri rumah macam saya. Inilah Basic H Shaklee..jom kita kenali dahulu Basih H ni..

Menariknya Basic H ni sebab:
  • Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
  • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
  • Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
  • Tidak perlu dibilas dan tidak meninggalkan kesan kotoran atau palitan
Apa yang bestnya Basih H Shaklee berbanding pencuci lain??
  • Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan

Link yang berkaitan BASIC H SHAKLEE

Testimoni BASIC H SHAKLEE :

Testimoni 1 : Gula getah melekat di seat kereta tanggal dengan Basic H


Testimoni 2 : Anak kena demam campak , gatal badan hilang dengan basic H


Testimoni 3 : Baju putih kembali putih selepas terkena warna baju lain


Testimoni 4 : Kutu hilang dengan Basic H




Jadi, adakah anda sudah jatuh cinta dengan Basic H Shaklee setelah melihat video di atas dan beberapa testimoni yang di berikan?? Jom lah cuba kalau dah jatuh cinta sebab memang SELAMAT dan BERKESAN. Buatlah pilihan terbaik untuk kehidupan anda!!!!

Mahu cuba amalkan supplement shaklee atau mendapatkan basic H ni jangan takut atau ragu-ragu untuk hubungi sya.