Fisya Yusof

Saya Nafisah Binti Md Yusof Shaklee Inderpendent Distributor [ SID : 1084053 ] sejak 2013 Sebarang pertanyaan berkaitan produk shaklee boleh hubungi saya di talian 017 -420 5506

22 October 2015

Macam mana keadaan jerebu di tempat korang???Shah Alam memang sangat teruk..Semoga keadaan jerebu ini akan bertambah baik la kan…

Semalam sya dapat whatsapp dari seorang adik ni  yang berbunyi

"Kak,ade tak ubat kurus yang dapat turunkan berat dengan cepat?Dah macam-macam produk saya pakai tapi tak ada kesan la".


Rasa kelakar pulak bila sya baca ayat "ubat kurus". Ini adalah kerana produk Shaklee bukanlah ubat..tp ia sebenarnya adalah makanan tambahan yang membantu tubuh untuk menjalankan fungsi-fungsi tertentu.

Untuk menurunkan berat badan suppliment yang biasa sya cadangkan ialah Herb lax, Alfalfa, Lecithin dan Cinch Shake Mix. Jika ada customer yang berminat untuk menggunakan suplimen menurunkan berat ini, sya akan memberikan sedikit konsultasi tentang keperluan penting semasa berdiet.


Perkara Penting Ketika Berdiet


Antaranya:

1) Pastikan minum air putih sekurang-kurangnya 3 liter sehari
2)Minum segelas susu atau jus buah-buahan pada waktu pagi
3)Makan makanan berserat agar kekal kenyang dalam jangka masa yang panjang
4) Pilih putih telur sahaja kerana kandungan kolestrolnya lebih rendah berbanding kuning telur
5) Jangan lupakan roti jika anda tidak mahu menjamah nasi. Roti mengandungi glukosa yang diperlukan oleh otak dan sistem saraf bagi mencegah serangan jantung
6) Pilihlah minyak berasaskan bahan semulajadi seperti minyak jagung dan minyak zaitun kerana ia kaya dengan Vitamin A, D dan E serta tidak mengandungi kolestrol.

So macam mana??Boleh ker ikut rules yang betul untuk menurunkan berat badan ni? Tak susah pon nk kurus kan?? Just follow the rules. It easy right??

Jika anda memerlukan konsultasi mengenai diet anda sila hubungi sya

Pm/whatsapp laju2 017-420 5506 ye 📞
Ramai wanita yangmasih tidak mengenali waktu subur mereka. Ini akan menyebabkan kesukaran untuk mereka merancang kehamilan.



Cara Mengetahui Waktu Subur Wanita


Jom sya kongsikan sedikit tips yang mudah untuk kita kenali waktu subur:

1) PERUBAHAN MUKUS SERVIKS
Apabila tiba tempoh pengovulan,mukus serviks lebih banyak dan kelihatan seperti putih telur serta mampu meregang sehingga 1 inci atau lebih,

2) KEINGINAN UNTUK MEMBUAT SEKS
Kajian membuktikan kebanyakan wanita lebih berkeinginan untuk mengadakan hubungan intim di dalam tempoh dimana mereka sangat subur. Lazimnya ia berlaku beberapa hari sebelum pengovulan berlaku.

3) PERUBAHAN SUHU TUBUH BADAN (BBT)
BBT akan meningkat dan kekal tinggi selepas tempoh pengovulan. Peningkatan suhu ini disebabkan oleh kehadiran hormon progestron. Ia akan meningkat sejurus selepas tempoh pengovulan berlaku.

4) PERUBAHAN KEDUDUKAN SERVIKS
Sama seperti perubahan mukus serviks ketika proses pengovulan, kedudukan serviks turut berubah. Apabila anda sangat subur, serviks akan lebih tinggi, lembut dan terbuka.

5) PAYUDARA LEMBUT
Terdapat segelintir wanita yang mengalami tanda ini sebelum ovulasi. Keadaan ini dikaitkan dengan hormon yang terkandung dalam tubuh dimana ia sedang melakukan persiapan untuk kehamilan yang mungkin terjadi.

6) UJIAN PETUNJUK TEMPOH SUBUR
Salah satu cara untuk mengesan hari subur ialah dengan menggunakan air kencing untuk diuji sehari sekali seminggu sebelum anda menjangka tempoh pengovulan.Kaedah ini agak mahal kerana anda mungkin memerlukan lebih daripada satu kit.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu mereka yang sedang berusaha untuk hamil. Sebarang konsultasi boleh hubungi sya


Pm/whatsapp laju2 017-420 5506 ye 📞

21 October 2015



Kita dah berada di penghujung bulan Oct 2015 dimana promosi GLA Complex sedang berlangsung dan hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum promosi berakhir. Alhamdulillah..setakat ni sambutan sangat memberangsangkan

Ramai yang ambil GLA untuk masalah kesuburan. Jom disini sya kongsikan cara pengambilan GLA Complex untuk hamil.

1) Pertama sekali,anda mestilah tahu kitar haid anda,sama ada 28 hari atau 30 hari.
2) Kemudian, tentukan hari subur anda. Jika kitar 28, 28/2=14..hari yang ke 14 ialah hari subur
3)Mulakan makan GLA pada hari pertama kedatangan haid sehinggalah hari yang 13..
4) Berhenti makan pada hari yang ke 14 sehingga hari haid kemudiannya.
5) Jika haid anda lambat datang,sila buat UPT test..jika hamil..jangan makan lagi GLA tapi jika belum ada rezeki,sila sambung makan semula.

Hubungi sya untuk dapatkan HARGA PROMOSI GLA COMPLEX

Pm/whatsapp laju2 017-420 5506 ye 📞
Kebanyakan wanita mengalami kesakitan ketika haid atau dikenali sebagai senggugut tetapi menganggapnya masalah biasa. Ada yang memilih untuk hanya mengambil ponstan  bagi menghilangkan rasa sakit senggugut , ada yang memilih untuk mengambil injection untuk menghilangkan rasa sakit senggugut.

Setiap wanita pasti mengalami sakit senggugut tetapi yang membezakan ialah kadar kekerapan dan skala kesakitan. Ada yang terpaksa berguling-guling di atas katil akibat tak tahan sangat dengan sakit senggugut dan ada yang hanya rasa kebas-kebas di kaki . rasa cramp di bahagian perut , ada yang sakit pinggang dan macam-macam lagi.

Jom kita saksikan video dari Puan Maria bagaimana beliau mengatasi masalah sengugutnya. 




Antara simptom senggugut yang ramai wanita alami ialah :

1) Sakit mencengkam, kejang atau kedua-duanya pada bahagian pelvis
2) Sakit tersebut boleh melarat ke bahagian pinggang dan peha
3) Sakit senggugut boleh disertai dengan simptom sampingan seperti sakit kepala,loya, muntah, sembelit,cirit birit,pitam, sakit dan rasa bengkak pada payudara.

Nak tahu tak cara untuk mengatasi masalah senggugut? Sya kongsikan 4 cara bagi mengurangkan sakit senggugut dengan cepat.


Tips Mengatasi Masalah Senggugut , Period Paid , Ponstan , GLA

Cara 1 : Ambil 9 biji pinang tua, bakar hingga menjadi arang dan tumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum untuk sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Cara 2 : Ambil seulas bawang putih sebesar ibu jari dan potong nipis-nipis. Kemudian ambil lima biji lada hitam yang ditumbuk halus. Campurkan bawang putih dan lada hitam tersebut dan campurkan dengan air panas. Kemudian minum setiap hari pada waktu malam.

Cara 3 : Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantitinya sama banyak antara kedua-dua bahan. Makan dalam seminggu atau dua minggu sebelum haid.

Cara 4 : Amalkan memakan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.

Selain daripada 4 cara di atas, saya ada 6 cara lain bagi hilangkan senggugut dengan cepat, iaitu :

1) Jangan terlalu fokus kepada kesakitan tersebut. Cuba buat perkara lain yang boleh menenangkan anda. Banyakkan berzikir dan berdoa.

2) Elakkan pengambilan garam secara berlebihan.Ia akan menyebabkan badan menyimpan banyak air yang boleh mengakibatkan kekejangan di bahagian perut ketika haid. 

3) Gunakan pad pemanas yang boleh diletakkan di bahagian perut bagi melegakan rasa sakit. Selain itu, cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan botol berisi air panas yang dibalut tuala sebagai alat tuam.

4) Elakkan minum minuman berais dan sejuk. Minuman halia madu lebih bagus.

5) Urutan mampu melegakan kesakitan akibat kontraksi otot-otot di bahagian rahim. Gunakan minyak urutan panas berangin dengan urutan lembut. Anda juga boleh mengambil bawang merah yang telah ditumbuk dan dicampurkan dengan sedikit minyak untuk disapu pada perut.

6) Mengamalkan secara konsisten GLA COMPLEX SHAKLEE. Kalau nak tahu, Gla Complex ini mengandungi minyak bunga matahari yang sangat elok untuk membantu mengawal hormon wanita. Info lanjut mengenaiGLA COMPLEX boleh baca << disini >> 

Semoga semua cara yang saya kongsikan dia atas dapat membantu kalian yang mempunyai masalah senggugut yang serius. 

Lagi info berkaitan senggugut boleh baca di << sini >>


Hubungi sya untuk dapatkan GLA COMPLEX ini hari ini juga !!!!

Pm/whatsapp laju2 017-420 5506 ye 

20 October 2015



Sya dapat tahu tentang masalah DEMAM KEPIALU dari  group Whatsapps dengan geng2 sekolah dulu yang sekarang tengah menyerang di sekitar Cheras , Lembah Pantai dan beberapa kawasan di Lembah.Tetapi, sya tak sebarkan lagi apa-apa info sehinggalah dapat informasi dari pihak KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA dan dengarsendiri tentang gejala DEMAM KEPIALU di dalam radio pagi tadi. 



KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
PENINGKATAN KES DEMAM KEPIALU DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan sejak minggu pertama bulan Ogos 2015, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) telah menerima notifikasi sebanyak tujuh (7) kes demam kepialu. Mereka merupakan buruh binaan yang tinggal di Cheras dan bekerja berdekatan pusat bandar. Seramai 2 daripada 10 kontak yang diperiksa juga didapati positif ujian dan mereka telah diberikan rawatan.

Semenjak itu, beberapa kes lagi telah dinotifikasikan dari beberapa buah hospital kerajaan dan swasta di Kuala Lumpur. Sehingga 18 Oktober 2015, jumlah kes terkumpul adalah sebanyak 32 kes. Daerah Titiwangsa mencatat bilangan kes tertinggi iaitu 16 kes, diikuti Kepong (8), Lembah Pantai (4) dan Cheras (4). Namun begitu tiada kematian dilaporkan.


Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) sedang menjalankan penyiasatan epidemiologi di lapangan bagi mengetahui punca jangkitan yang menyebabkan kejadian demam kepialu berlaku. Hasil siasatan di lapangan masih belum dapat merumuskan punca jangkitan serta jenis makanan yang dimakan kerana tiada persamaan di antara kes-kes tersebut.

Bilik gerakan telah dibuka bagi menyelaras aktiviti penyiasatan dan kawalan. Sejumlah 37 orang kontak terdiri dari ahli keluarga, rakan sekerja dan pengendali makanan telah disaring dan 24 buah premis makanan diperiksa. Sejumlah 79 sampel najis dan 4 sampel bekalan air minum diambil bagi mengesan kehadiran bakteria ini. Setakat ini belum ada sampel yang dilaporkan positif Salmonella typhii. Pemeriksaan juga dijalankan di kilang-kilang pembekal ais. Di samping itu, aktiviti pemantauan dan kawalan melibatkan sistem pembekalan air telah dijalankan bagi memastikan kualiti bekalan air di WPKL bagi memastikan kualiti bekalan air di WPKL baik.


Tifoid atau demam kepialu adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Salmonella typhii yang mencemari makanan atau minuman. Seseorang yang dijangkiti akan mengalami gejala di antara satu (1) hingga 3 minggu selepas mengambil makanan atau minuman tercemar. Gejala utama adalah keletihan, demam, sakit perut, sembelit dan sakit kepala. Pesakit juga boleh mengalami cirit-birit dan muntah. Jika tidak dirawat, gejala tersebut boleh berterusan sehingga beberapa minggu dan menyebabkan komplikasi seperti perdarahan dan kebocoran saluran penghadaman, keradangan otak, psikosis dan sebagainya. Mereka juga boleh menjadi pembawa bakteria ini tanpa menunjukkan sebarang gejala. Pembawa boleh menyebarkan bakteria melalui pengendalian makanan atau minuman.

Demam kepialu masih berlaku di beberapa kawasan di Malaysia yang mempunyai liputan bekalan air minum terawat dan penggunaan tandas sanitari yang rendah serta kebersihan persekitaran dan personal yang terabai. Jangkitan juga disumbang oleh pengendalian makanan yang tidak mengikut tatacara yang selamat dan sihat. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan negeri yang sentiasa mencatat kejadian penyakit demam kepialu yang rendah setiap tahun. Kejadian demam kepialu bukanlah keadaan luar biasa di WPKL, dengan bilangan kes semenjak 5 tahun yang lalu adalah di antara tujuh (7) hingga 35 kes setahun.

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan orang ramai supaya sentiasa memberikan perhatian tinggi terhadap tahap kebersihan makanan dan minuman yang diambil bagi mengelakkan jangkitan. Pilih kedai atau gerai makan yang bersih, termasuk juga pekerja-pekerja khususnya pengendali makanan yang bersih. Makanan yang panas dan baru dimasak perlu dijadikan pilihan utama. Kebersihan diri (personal hygiene) juga perlu diutamakan khususnya membasuh tangan sebelum makan, selepas makan dan selepas ke tandas. Dapatkan rawatan awal jika mengalami sebarang gejala demam kepialu bagi mengelakkan komplikasi.

Kementerian Kesihatan Malaysia juga sedang berusaha keras menjalankan langkah-langkah pencegahan dan kawalan bagi mencegah penularan jangkitan penyakit ini. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
Sekian dan terima kasih.

Dikeluarkan oleh :
DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
19 Oktober 2015


Antara kek favorite sya dari kecik lagi ialah kek sarang semut.Dulu pantamg nampak orang jual mesti beli.Sekali hadap boleh habis kot.

Sekarang ni rasa dah samai masa kot ntuk belajar buat sendiri..Resipi pun xada la susah mana dan yang pastinya bahan-bahan yang di gunakan pun memang sentiasa ada jer di dpur.

Sya pun tak ingat ni resipi dari siapa.Mohon dihalalkan resipinya.Sya panjangkan resipi tu di blog sya sebagai rujukan sya utk masa akan depan.Lagipun mudah untuk sya tegok resipi ni kalau nak buat di kampung kan.Kalau tulis di buku dah susah pula nanti.Hihi





Ok jom layan resipi mudah dari sya 

KEK SARANG SEMUT

Bahan - Bahan :
( Ni bahan untuk buat gula hangus )

1 Cawan gula
1 Cawan Air Panas
2 Sudu Besar Butter ( unsalted )

Cara-caranya :  

1) Masukkan gula dalam kuali (tanpa minyak yerk)
2) Kacau sentiasa sampai gula larut shingga cair dengan api yang perlahan.
3) Bila warna agak keemasan macam madu masukkan air panas.Berhati-hati semasa menuang air panas ini sebab gula tu akan meletup-letup sikit.
4) Bila dah cair semua masukkan mentega dan kacau sehingga larut.
5) Tutup api dan sejukkan.

Bahan lain :-

4 Biji Telur Gred A
1 Cawan Susu Pekat
1 Cawan Tepung Gandum Di ayak
2 tsp Soda Bikarbornat Di ayak
1 tsp Essen Vanilla

Cara Penyediaan :-
1) Pukul Telur Hingga Kembang
2) Kemudian masukkan Susu Pekat. Pukul hingga sebati.
3)Masukkan Tepung dan Soda bikarbonat yang telah diayak tadi. Pukul hingga sebati.
4) Masukkan esen vanilla dan Gaul hingga sebati.
5) Kemudian masukkan Gula Hangus tadi ke dalam bancuhan Tepung dan gaul sebati.
6) Perap adunan ini slame 3-4 jam (bertutup)bagi mendapatkan sarang yang cantik.Lagi lama di perap lagi cantik sarangnya.
7) Bakar selama 60minit dengan suhu 160'c

Ok selamat mencuba !!!!