Fisya Yusof

Saya Nafisah Binti Md Yusof Shaklee Inderpendent Distributor [ SID : 1084053 ] sejak 2013 Sebarang pertanyaan berkaitan produk shaklee boleh hubungi saya di talian 017 -420 5506

19 November 2015

Alhamdulillah.. Hari ini 19.11.15 genaplah usia puteri sulung kami Nur Auni Insyirah 5 tahun.. Kurnian tak ternilai buat Ibu Ayah..

Ibu sentiasa doakan Auni terus diberi kesihatan yang baik dunia akhirat.. Jadi anak yg solehah.. Jadi kebanggaan Ibu Ayah.. Sentiasa dilindungi oleh Allah s.w.t.

Semoga Auni boleh jadi contoh terbaik untuk adik-adik di masa akan datang.Ketahuilah yg ibu amat berbangga dengan Auni..

Ya Allah cepatnya masa tu berlalu tau-tau jer tahun depan anak ibu ni dah nak masuk tadika.Belajar rajin-rajin yer sayang..

Ibu Ayah Adik Sayang Auni dunia akhirat. U are always be our baby.. Love u till Jannah..

HAPPY BIRTHDAY TO YOU NUR AUNI INSYIRAH.. BE A GOOD GIRL.. WE LOVE U SO MUCH.

P/S : Ahad ni kta celebrate yer syg..better late than never kan syg...Hihi...

16 November 2015

 
Lama betol tak membaking ni.Rindu juga masa membaking tapi biasalah sya ni bla rajin hari-hari nak baking pun bole..Tapi bila dating malasnya memang tak la walaupun hari-hari dok godek resipi masakan kek itu ini..Teruk betol la..Huhu

Kali ini sya baking atas permintaan Kakak sya yang nak buat makan di surau.Maka sya pun turutkan dan sya buat 2 jenis cup cake.Sejenis cup cake coklat chip dan sejenis lagi muffin blueberry..Tapi sya gelarkan juga cup cake sebab sya pakai paper cup yang paling kecil tu..Hihi..

Resipi ni sya ambil dari blog iResipi dah sekian lama nak buat tapi tak buat so time ni la sya cuba.Alhamdulillah menjadi dengan jayanya.


Oke la jom layan resipi pula.Bosan plak nanti uolss nak baca cerita sya kalau panjang-panjang kan


Resipi dari : iResipi 
Bahan-Bahan:
  1. 2 cawan tepung (plain flour atau all-purpose flour)
  2. 3/4 cawan gula castor
  3. 2 sudu kecil baking powder
  4. 1/2 sudu kecil garam
  5. 1 cawan susu, full cream Dutch Lady
  6. 1 sudu kecil esen vanilla
  7. 1 biji telur, saiz besar
  8. 1/2 cawan minyak sayur
  9. Jem blueberry secukupnya
  10. Gula perang secukupnya, untuk ditabur
Cara Penyediaan:
  1. Panaskan oven kepada 180 degree celcius
  2. Dalam mangkuk, ayak tepung, baking powder, dan garam.
  3. Dalam bekas berasingan, satukan susu, telur, gula ,esen vanilla dan kemudian masukkan minyak sayur. Kacau sebati dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam bahan adunan kering di dalam mangkuk dan kacau sebati.
  4. Menggunakan kaedah selang seli, sudukan adunan ke dalam acuan muffin 1/2 penuh, kemudian masukkan 1 sudu jem blueberry di atas adunan dan tuang lagi adunan supaya menjadi 3/4 penuh. 
  5. Hiaskan dengan taburan gula perang.
  6. Bakar selama 20 minit atau sehunga masak sepenuhnya.





9 November 2015


Dah lama rasanya tak berceloteh pasal keluarga kecik sya.Alhamdulillah di kurniakan keluarga kecil yang bahagia seperti orang lain juga.

Tak ada apa yang menarik tentang weekend kta orang yang lepas..Tak ada percutian 5 bintang , tak ada bercuti kemana-mana pun.Weekend lepas kami cuma ke Setia City Mall yang trletak di Shah Alam juga.

Bagi sya tak perlu jauh-jauh pun tak per asalkan dapat spend time bersama husband dan dua orang anak syurga sya itu pun dah dikira berbaloi-baloi sangat tau.

Apa yang bestnya Setia City Mall ni ialah ada di sediakan tempat untuk anak-anak kecil macam anak sya dua orang tu bermain.Ada padang untuk anak-anak bermain berlari.Memang sya akan lepas jer anak-anak sya bermain di sini sampai mereka sendiri yang cakap penat.Sesekali layan kehendak mereka  ka..

Layan kejap la gambar buah hati kesayangan sya ni



Selain dari tu apa yang sya suka sangat g temat ni kan sebab ada Kaison...Weee gler tau kalau masuk kaison ni..Mujur la kami laki bini sekepala..Boleh masuk kaison lepak lama-lama.Dapat la rembat 2 ketoi wallpaper untuk make over bilik anak dara sya.Murah jer tau wallpaper kat kaison ni..Seketoi baru Rm19.90.Berbaloi-baloi sangat kalau setakat nk hias rumah yang bukan rumah sendiri ni..Hihii..

Tu jer la yang sya nk citer tentang weekend sya..Kan dah gitau td tak ada yang special pun weekend ioulss tp apa yang penting iolss happy dapat spend time together-together with kesayangan.Ye la hari keje tu bape jam la sangat dapat spend time bersama kan.


Tanda Badan Kita Kekurangan Vitamin

Tubuh kita mendapat nutrien, vitamin & mineral daripada makanan harian yang kita ambil setiap hari. Tubuh sering berinteraksi dengan diri kita, cuma kadang-kadang ‘bahasa tubuh’ tu tak sampai pada kita. Signal seperti lemah badan dan kulit kering merupakan tanda badan kita kekurangan vitamin. Interaksi yang berbeza serta sukar difahami ni seringkali disalah erti dan dipandang remeh. Jom baca apa signal yang dihantar oleh tubuh kita & vitamin apa agaknya yang ia perlukan.
KUKU MUDAH PATAH


– Mungkin tubuh kita kekurangan zink, zat besi dan asid lemak pati atau esensial. Sebaiknya cuba ambil lebih banyak makanan daripada sumber seperti daging, kekacang dan ikan. Kuku yang patah akan kelihatan hodoh, jadi jangan anggap perkara ini remeh ya. Membiarkan perkara ini berterusan boleh membawa kepada penyakit tiroid.
MATA TERASA KERING
– Persekitaran yang tidak bersih boleh menyebabkan mata terasa pedih dan kering. Ia juga disebabkan oleh air mata tidak dapat meliputi mata dengan baik. Hal ini boleh di atasi dengan mengambil vitamin A dan asid lemak pati. Buah – buahan dan sayuran hijau, kuning dan oren sangat membantu dalam hal ini. Banyak – banyak makan carrot ya kawan-kawan  
HUJUNG MULUT SERING PECAH
– Hujung mulut yang sering pecah-pecah menunjukkan tubuh kekurangan zat besi, vitamin B12, B6, dan asid folat. Atasi dengan mengambil banyak daging, kekacang dan sayuran hijau.
BIBIR PECAH-PECAH


– Panas dalam badan sering dikaitkan dengan bibir pecah-pecah. Tak cukup minum air masak juga biasanya jadi punca bibir pecah. Tubuh memberi signal bibir pecah-pecah bila ia kekurangan vitamin B2. Boleh cuba makan banyak daging dan produk tenusu.
KULIT MEMERAH & MUKA BERMINYAK
– Mungkin tubuh kekurangan vitamin B2, B6, zink atau asid lemak pati minyak. Boleh cuba ambil lebih banyak daging, ikan dan kerang.
JERAWAT
– Jerawat yang muncul pada wajah bukan saja disebabkan oleh kototran yang menutup pori-pori kulit muka, ttetapi ia juga mungkin tanda tubuh kekurangan vitamin B Complex, vitamin E dan asid lemak pati. Kita boleh menambah makanan berbentuk bijirin dan makanan laut pada diet harian kita.
RAMBUT MENIPIS
– Masalah pada rambut sering dikaitkan dengan kekurangan zat besi atau zink. Mengambil lebih daging, kekacang, produk tenusu dan kerang boleh membantu mengatasi masalah ini.
KELEMUMUR
– Kelumumur disebabkan oleh kulit kepala yang berminyak dan kekotoran yang melekat pada rambut. Selain itu ia juga disebabkan oleh kekurangan vitamin C, B6, zink dan asid lemak essential. Memakan lebih banyak buah-buahan seperti limau / oren, daging, ikan dan produk tenusu dapat membantu mengelakkan kelumumur membiak.
MATA MERAH
– Mata letih, masuk habuk dan letih sering dianggap sebagai punca mata menjadi merah. Namun, ia juga menandakan bahawa tubuh kekurangan vitamin A dan B2. Makan banyak sayuran berwarna oren dan hijau. Produk tenusu, daging dan buah-buahan juga membantu.
LUKA LAMBAT SEMBUH
-Kemungkinan tubuh kita kekurangan zink. Bagus jika kita dapat amalkan pemakanan daripada sumber susu dan kerang bagi mengatasi masalah ini.
Kesimpulannya, mengambil makanan seimbang dan berkhasiat sangat penting untuk memastikan tubuh kita mendapat nutrien dan vitamin secukupnya. Kekurangan vitamin dalam badan bukan saja menyebabkan tak bermaya, keletihan dan lesu malah memberi kesan pada penampilan kita juga.
Nak bantu tubuh dapatkan suplemen vitamin bagi menampung lohong-lohong kosong vitamin dalam badan kita? Set Kesihatan OptimumShaklee boleh membantu kita.

Hubungi sya untuk dapatkan supplement yang akan membantu anda memenuhkan lopong-lopong bagi setiap vitamin yang diperlukan oleh badan kita.

Pm/whatsapp laju2 017-420 5506 ye 📞

2 November 2015

November dating lagi. Cepatnya rasa berlalu kan..tau tau jer sekarang kita dah berada di penghujung tahun untuk tahun 2015.

Bulan ni macam bulan-bulan lain Shaklee pastinya akan adakan jualan promosi untuk produk terpilih. Apa istimewanya promosi Shaklee November ini?

Istimewanya promosi kali ini ialah supplement yang terdapat  dalam set kecantikan, set menyusu , set bersalin , set kesihatan , set kesuburan dan pendek kata untuk semua la..

Promosi Shaklee November ialah seperti :


1) Buy 7@6 for S.R. Vita-C Plus
RM588.30 

2) Buy 2 Get 5% for S.R. Vita-C Plus
RM186.30 

3) Buy 4@3 Vita-Lea for Children
RM352.98

4) Healthy prenatal
RM582

5) Healthy postnatal
RM582

6) Healthy Young Living
RM950

7) Healthy Fitness Set
RM670.75

Jangan lepaskan peluang keemasan ini bagi mendapatkan stok supplemen anda. Sudah tentu menjimatkan dan berbaloi-baloi jika di beli dengan harga promosi. Untuk maklumat lanjut sila hubungi sya ok.

Pm/whatsapp laju2 017-420 5506 📞