Tabung Insyirah

Pantang Larang Yang Wajib Ibu Hamil Ambil Tahu


Selepas berumah tangga pasti kita menantikan berita tentang kehamilan pula kan.Setiap pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga pasti inginkan cahaya mata sebagai penambah seri dalam mahligai yang di bina.betul tak??

Bagi pasangan yang baru sahaja dapat tahu yang kita hamil , pasti perasaan bercampur baur kan.Yang pasti gembira sebab bakal menjadi ibu dan ayah , risau sebab tak tahu apa yang akan terjadi pada kandungan selama 9 bulan .

Ada beberapa perkara yang perlu kita jauhi sebaik sahaja kita di tahu kita hamil demi keselamatan ibu dan bayi dalam kandungan.


Pantang Larang Yang Wajib Ibu Hamil Ambil Tahu


Jom kita semak apa perkara yang perlu ibu hamil hindari :

1. Merokok
  • merokok akan meningkatkan risiko bayi kurang berat badan sewaktu lahir dan juga kelahiran bayi pra matang.Jadi kalau boleh ibu hamil yang merokok di nasihatkan supaya berhenti merokok demi keselamatan bayi.
2. Alkohol
  • Minum alkohol boleh membahayakan nyawa bayi dalam kandungan.Bagi non muslim harap dapat la berhenti minumalkohol untuk sementara waktu.Bagi muslim dah tentu la alkohol tu haram untuk diminum kan.
3. Kafein
  • beberapa kajian pernah di buat yang pengambilan kafein yang berlebihan boleh menyebabkan keguguran dan juga kelahiran bayi yang kurang berat badan.Kalau teringin juga pastikan pengambilan tidak lebih dari 300mg sehari.
4. Toxoplasmosis
  • Parasit yang hidup dalam bahan tenusu seperti cheese dan susu yang tidak dipasture , daging yang tidak berapa masak  , najis kucing dan juga tanam temapt kita tanam sayur - sayuran.
  • Toxoplasmosis boleh menyebabkan keguguran ataupun kecederaan kepada kandungan,
5. Ubat-ubatan tanpa arahan doctor
  • Jangan ambil sebarang ubat-ubatan tanpa nasihat doctor.Walaupun hanya sakit kepala , selsema , batuk , silalah rujuk kepada doctor.
6.Paracetamol
  • Paracetamol boleh diambil semasa hamil, namun perlu diingatkan yang pengambilan dadah perlulah dielakkan terutamanya semasa kandungan berusia 12 minggu ke atas kecuali atas nasihat doctor.
7. X-ray 
  • X-ray menggunakan radiasi yang berbahaya kepada baby dalam kandungan.Jika ingin melakukan x-ray contohnya bahagian kepala boleh di ketegorikan sebagai selamat namun harus diingatkan supaya memberitahu doctor yang kita sedang hamil.
8. Jacuzzi dan Sauna
  • Jacuzzi dan sauna perlu dielakkan semasa hamil kerana ia oleh menyebabkan kita overheated  (panas)
9. Chicken pox dan penyakit viral yang lain
  • Virus chicken pox boleh membahayakan ibu dan bayi.Jika terkena cepat-cepat rujuk kepada doctor untuk mendapatkan rawatan dan nasihat mereka.
10. Travel Air
  • Ibu hamil yang travel menggunakan kapal terbang mempunyai risiko yang kecil tetapi agak merbahaya dalam membentun darah beku..Darah beku ini boleh membahayakan nyawa sekiranya sampai ke peparu.
  • Sekiranya terpaksa travel pastikan kita mendapat nasihat dari doctor terlebih dahulu.
Tak susah pun kan untuk kita ikut pantang larang ni.Dan bukan lama pun hanya 9 bulan saja.Lagipun bukan untuk orang lain.Untuk kita dan bayi dalam kandungan kita jugakan.

Dan jika anda kekal sihat serta bertenaga jom contact sya 017-420 5506 untuk dapatkan Set Ibu Hamil .

Set ibu hamil ini juga sangat jimat kerana boleh diteruskan sehingga bersalin.Jika anda salah seorang ibu hamil yang sering lesu , lemah , dan tidak bertenaga jangan berkira untuk mencuba supplement yang boleh membuatkan anda bertenaga , tanpa lesu ini.


Apa yang Best Pasal Peppermint-Ginger Complex ???



Sya pasti ramai yang dah tau apa yang best pasal Peppermint-Ginger Complex dari shaklee ni kan.Untuk yang tak tau lagi kejap lagi sya bagi tau ye.



Peppermint-Ginger Complex ni bagus sangat tau untuk kita kurangkan rasa loya.Tak kira lah loya perjalanan jauh ker , loya sebab kehamilan ker atau loya di sebabkan angin dalam badan terlalu banyak.

Peppermint-Ginger Complex ni ada 4 herba utama:-
1. Peppermint (pudina)
2. Ginger (halia)
3. Anise (bunga lawang)
4. Fennel (jintan manis)

Dah macam nak masak pulak kan tengok kandungan dalam Peppermint-Ginger Complex ni.

Bahan2 ni semua ada khasiat tersendiri tau!

Pudina - membantu melegakan gastrik, pedih ulu hati, loya2, membantu kalau selesema

Halia - buang angin dalam badan, membantu proses pencernaan, mengurangkan ketidakselesaan perut dan loya

Bunga lawang - mengurangkan kembung perut, mengurangkan demam, membantu masa selesema dan batuk

Jintan - buang angin, cuci usus, pecah lemak!

Haa macam banyak sgt pula kegunaan Peppermint-Ginger Complex ni kan. dan kalo tak tahan bau sesetngah vitamin mcm vitalea, b complex ke...boleh telan sama2 dgn PGC ni. Rasa nyaman je.

Kalau belum try ce try... Boleh telan terus camtu atau minum sebagai teh. Sedappp teh herba gitu.

Berapa orang belum cuba lagi Peppermint-Ginger Complex ?

Kalau nak cuba dapatkan Peppermint-Ginger Complex meh contact sya yerk.

Resipi : Blueberries Cheese Tarts

Dah lama rasanya tak membaking.Ye la sejak doctor kata si Kakak Auni kena pantang telur sebab eczema terus sya stop baking sebab kesian pula kalau buat kek ke kuih ke ape2 je la mesti nak letak telur kan.Jadi kesian la sebab nanti kita makan tak kan dia nak tengok.Dah namany abudak mensti teringin tu ada kan.

Dalam nak stop sementara baking dapat pula whatsapp dari kakak sya minta sya buatkan cheese tart sebab mengidam katanya..Jadi sebab tak nak hampakan kakak sya pun buat la jgak.

Ni merupakan kali ke 3 sya sediakan sendiri cheese tart.Kali pertama buat sekadar saja cuba2 , kali ke 2 masa sambutan hari jadi kakak Auni dan ni adalah kali ke3.

Sya macam biasa kalau nak buat apa2 mesti akan refer / google resipi dari blog kak Azie Kitchen. Alhamdulillah banyak resipi dari blog kak Azie sya dah buat semuanya boleh di katakan menjadi.

Sya mohon panjangkan resipi kak Azie di sini dan mohon di halalkan segala resipi yang sya ambil dari blog kak Azie ya.

Resipi Tart , Cheese Tart , Blueberries Cheese Tart

Blueberries Cheese Tarts

Oleh: Azie Kitchen
Menghasilkan: 24 biji 

Pastri:
100 gram butter (salted)
75 gram gula halus
200 gram tepung gandum
1 biji telur 
1/2 sk esen vanila

Putar butter dengan gula sehingga sebati. Masukkan telur serta esen vanilla dan putar lagi sehingga sebati.  Masukkan tepung dan digaul rata sehingga menjadi doh.

Bulat bulatkan doh dan tekan di atas acuan tart. Cucuk dengan garfu utk mengeluarkan udara. Acuan tak perlu di gris. 

Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga keperangan. Keluarkan dari acuan dan pastikan tart shell benar benar sejuk, baru dimasukkan blueberries filling. 
  
Nota:
Kalau menggunakan acuan, boleh ratakan permukaan tepi dengan pisau.

Tart shell boleh disediakan awal awal dan dimasukkan dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti ais untuk tahan lama.

Cream Cheese Filling:
250gram cream cheese- lembut
20gram butter (salted)- lembut
60 gram gula kaster
1 biji telur 

Putar cheese, butter dan gula sehingga kembang dan berkilat. Masukkan telur dan putar hingga sebati.

Sudukan blueberries ke dalam pastri tart yang telah dibakar tadi. Kemudian tuang adunan cheese atas blueberries hingga menutupi bahagian filling dalam pastri.


Nota :
Biarkan cheese dan butter seketika tapi jangan sampai  ke suhu bilik. Biarkan masih sejuk sedikit ketika diputar.

Sebaiknya mula memutar filling cheese setelah selesai memasukkan filling blueberries ke dalam crust supaya cheese tidak lama berada di luar. Siap jer, boleh terus dituang ke dalam crust.

Cheese Tarts yang telah siap di simpan di dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk tahan lebih lama.

Jalan-Jalan Melaka Part 3 : ( Pantai Klebang )


Masih entry pasal percutian pendek ke Melaka sambungan dari part 1 & part 2.

Entry terakhir untuk jalan-jalan Melaka.Kalau dah entry last tu dah tentu la berada di hari terakhir di Melaka juga kan.

Bangun pagi terus decide untuk bersiap dan terus check out awal.Sebab kami plan pun nak balik Shah Alam awal sebab nk terus settelkan urusan beli barang sek kakak Auni sebab dah kesuntukan masa memandangkan Hari Sabtu ada pula majlis kenduri kawin cousin sebelah husband.

Sebelum balik sempat lagi ajak husband pusing2 amek angin pantai jap kat Pantai Klebang.Di sebabkan kit aorang sampai awal tak dapat la nak merasa makan atas bas.tak kesah la tu yang penting anak2 happy dapat tengok laut dan main belon di pantai.







Duduk ambil angin kat sini pun tak lama sebab cuaca yang sangat panas terik biapun belum tengah hari.Sebelum balik kami lunch dulu di Klebang.Sempat juga beli coconut shakes yang famous amous di Pantai Klebang.

Alhamdulillah bia pun tak banyak tempat yang dapat bawa anak2 pergi tapi rasa sangat berbaloi dan bersyukur sebab dapat juga hiburkan hati mereka.In shaa Allah ada masa dan rezeki nanti kita pergi lagi ye anak2.

~ Tamat Jalan-Jalan Melaka ~

Jalan-Jalan Melaka Part 2 : ( Bandar Hilir )

Sambungan dari Part 1
Selepas selesai check-in ,makan tengahari dan solat Zohor kami meneruskan perjalanan ke Banda Hilir, Melaka. Dan tempat wajib singgah mestilah  Kota A Farmosa .Sekitar Banda Hilir semakin pesat membangun, di sini terletaknya Menara Taming Sari yang boleh kita naiki sambil menikmati pemandangan indah 360` di puncak menara yang  tinggi.

Alhamdulillah berjaya mendaki puncak Bukit St Paul.Selalunya kalau datang Melaka memang malas nak naik, kali terakhir naik pun sewaktu zaman kanak-kanak lagi.Dari puncak bukit satu pemandangan indah sekitar bandar Melaka termasuklah Selat Melaka dapat di lihat.

Bukti dah sampai ke puncak Bukit St Paul



Kami teruskan bersiar-siar disekitar Banda Hilir hingga ke Jonker Walk. Niat hati nak bawa anak2 menaiki River Cruise Melaka selepas waktu Maghrib tapi apakan daya sekali pergi masya Allah punya la ramai dan  panjang sangat nak kena beratur.Tak sangup nak tunggu.Tak pe la anak-anak tak ada rezeki kali ni.





Selepas dah penat jalan dan sebelum anak2 buat perangai baik kami decide untuk pergi makan.Biasa la musim2 cuti ni memang tak dapat ka nak merasa makan di tempat yang kita nak kan.Jadi kami makan je la di Restoran Asam Pedas.Pegi Melaka tak makan asam Pedas memang tak sah la kan.

Lepas makan masing2 dah penat seharian berjalan makan balik la ke hotel untuk merehatkan badan.

~ Sambungan ~

Jalan-Jalan Melaka Part 1 : (Zoo Melaka )


Percutian yang di rancang di saat -saat akhir kami laki bini untuk bawa anak2 jalan-jalan Melaka pada 24-25 hb Decemebr yang lalu.Alhamdulillah anak-anak happy.Kami ke Melaka bersama kawan sekerja encik laki sya.

Kami bertolak dari rumah seawal pagi tp tak la awal sangat kan kalau dah pukul 8 pg tu.Dari Shah Alam kami singgah terus di Zoo Melaka.Sampai di Zoo dalam pukul 10 pagi dan biasa la di musim cuti panjang ni dah tentu memang ramai la umat Muhammad yang datang kan.


Walaupun Zoo Melaka tak besar mana tapi boleh tahan la jugak penatnya dengan dok berlari berkejar 2 orang anak.belum masuk bab meereka meragam minta dukung lagi kan..Huhu biasa la berjalan dalam keadaan panas bukan kata mereka je yang rimas kita yang dewasa ni pun naik rimas gak kan.



Pergi Zoo ni dapat la Kakak Auni dan Damia tengok dengan mata mereka sendiri binatang-binatang yang sebelum ni mereka cuma tengok melalui tv aje.Teruja betul mereka tengok setiap haiwan yang ada.




Banyak juga la haiwan di Zoo Melaka ni dan pada malam hari ada aktiviti night safari.Kita orang tak pilih pun untuk masuk night safari sebab ada aktiviti lain pada sebelah malamnya.

Waktu operasi Zoo Negara adalah seawal 9.00 pagi dah ditutup pada jam 6.00 petang.,Dan akan di buka semula untuk night safari pada jam 8 malam sehingga 11 malam.Untuk sesiapa yang nak ke Melaka dan tak ada aktiviti malam bole la masuk night safari kan.

Harga tiket untuk masuk ke Zoo Melaka adalah sangat berbaloi.Tak mahal sangat dan tak murah sangat.Sedang-2 aje la.Untuk kanak-kanak bawah 3 tahun masuk foc aje.



Untuk parents yang nak beli tiket ni sarankan standby je la My kad / My Kid anak incase ada ape2 kan.Memang dah tulis di kaunter tiket kena pamerkan My kad / My Kid pun.

Di nasihatkan lebih awal bawa la air mineral dari luar sebab bila dah masuk dalam baru teringat / dahaga dan perlukan air minuman standby la duit hihi..Sebabnya sebotol air mineral botol kecil pun dah di caj RM 4.00.

Boleh tahan la penat berjalan dalam kawasan Zoo ni tapi ok la sebab ia dikira seperti beriadah yang sihat juga kan.Haah..Berpeluh2 la juga sementara nak habiskan pusingan Zoo tu.Belum habis pusing lagi kakak Auni dah mula ajak balik sebab penat katanya.

Tapi dah ada separuh jalan tak kan mau pusing balikkan so layankan dia dengan tunjuk haiwan-haiwan samapi dia sendiri lupa dah nak ajak balik.Mujur anak senang di pujuk.

Dah sampai penghujung zon tengok jam lama juga la dalam Zoo ni.Ambil masa hampir 3 jam lebih juga.Hihi..kira ok la berbaloi sangat dan berpuas hati dapat bawa anak2 jalan-jalan tengok ciptaan Allah secara live gitu.

Keluar je dari Zoo kami decide untuk check in hotel rehat2kan badan , solat sume dulu sebelum aktiviti berjalan di teruskan.

~ bersambung ~

Family Day MYOGeneration 2015 di Anjung Menjaro , Yan Kedah




Alhamdulillah syukur padaNya kerana memanjangkan usia kami adik beradik untuk berkumpul lagi pada tahun ini untuk sama-sama menghadiri upacara tahunan keluarga yang telah dibuat 5 kali berturut2..Walaupun tak semua yang dapat hadir tapi alhamdulillah majlis tetap meriah.
Untuk kali ni sebulat suara telah memilih Anjung Menjaro yang terletak di Yan , Kedah sebagai tempat untuk kami adik beradik berkumpul.
Biarpun kmi dari 15 beradik ni kami berlainan ibu tapi syukur hubungan sesama kami adik beradik sangat baik.Saling mengambil berat antara satu sama lain.
Sesekali berkumpul macam ni memang meriah sangat.Anak-anak pun dah pasti gembira sebabnya ada pelbagai aktiviti untuk mereka.
Selain aktiviti anak-anak boleh mandi di kolam yamg di sediakan.Bukan anak-anak je yang terjun mak bapa pun tak ketinggalan join anak-anak mandi..




Dah family day tak sah kot kalau tak ada BBQ di malam hari.Sambil tengok bola game antara Selangor Dan Kedah sambil bakar2 ayam , sosej , sata kebab , kambing memang best la sangat kan.


Alhamdulilah perjumpaaan keluarga untuk kali ini meriah dengan pelbagai aktiviti.Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah.Happy anak-anak dapat hadiah.Mak ayah pun tak ketinggalan turut sama dapat hadiah.

Harap tahun depan di panjangkan umur dan diizinkan Allah untuk kami sama-sama berkumpul lagi.Harap tradisi berkumpul seperti ni akan berkekalan untuk selamanya.

Fungsi Dan Khasiat Lecithin



 
Sya merupakan salah seorang  peminat setia Lecithin.Sya mula kenal Lecithin selepas bersalin anak kedua sya kira-kira dua tahun yang lepas.Sya amalkan lecithin untuk mengatasi masalah bengkak susu yang sya alami semasa menyusukan Damia.Selain untuk tujuan ini, Lecithin sangat terkenal dalam set diet Shaklee.


Apa fungsi Lecithin ??

Lecithin adalah pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam darah seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran.

Apa kandungan Lecithin ?

Lecithin Shaklee mengandungi sumber semulajadi daripada kekacang soya di mana setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.

Apa fungsi Kolina ?

Kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan. Kolina adalah suatu komponen neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf. Maknanya selain untuk menghapuskan lemak degil, kolestrol dalam badan, Lecithin juga boleh membantu otak kita berfungsi dengan cerdas.


Apa Kelebihan Lecithin ?
  •   Melindungi hati

        Lecithin  boleh menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak. Yang baiknya ia juga  boleh membantu memulihkan kesihatan hati.
  •  Memecahkan lemak dan kolestrol

       Lecithin bertindak sebagai 'pembersih' salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid dalam tubuh kita.
  •  Melangsingkan

       Menghalang obesiti. Kalau kita ambil Lecithin dalam kuantiti yang betul  maka makin cepatlah pembakaran lemak degil dalam tubuh kita berlaku. Lepas tu jadilah langsing semula  tanpa penyakit kerana ianya seimbang dengan tubuh badan kita.
  •  Mencantikkan otot dan kulit.

       Mengelakkan kulit bersisik/kering terutama yang kerap menggunakan pendingin hawa. Lecithin boleh membentuk membran sel, melembabkan serta menghaluskan kulit supaya kulit kita jadi cantik, juga boleh mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.
  •   Memperbaiki alergi

       Lecithin boleh menghalang platlet darah dari mengaktifkan tisu gegelang di dalam salur darah yang boleh menyebabkan alergi semakin paarah seperti penyakit kulis spt dermatitis dan demam alergi.
  •   Menghalang kejadian batu karang 

       Batu karang tu terjadi akibat dari kolestrol yang berlebihan alam badan kita. Jadi Lecithin akan bertindak untuk pengemulsi supaya kolestrol yang mencanak-canak tu dapat dihalang dari menjadi batu karang.
  •   Menghalang tekanan darah tingg

       Lecithin boleh menghalang arterioklerosis, menggalakkan peredaran darah. Maknanya Lecithin menghalang darah daripada tersekat atau tersumbat.
  •   Meringankan sembelit

       Fungsinya untuk melembutkan najis dengan cara melembabkan usus dan meleraikan toksin dalam usus.

       Lecithin Sangat Membantu Ibu Selepas Bersalin kerana :

  •       Lecithin boleh membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu baru bersalin biasanya lemak-lemak terkumpul ketika mengandung.
  •       Lecithin ini juga boleh berperanan untuk mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat 
  •       Lecithin boleh membantu ibu mengatasi masalah lost of short term memory yang biasa akan dialami selepas bersalin. 
  •       Lecithin juga boleh membantu menyalurkan inositol dan kolin dalam susu ibu untuk meningkatkan perkembangan otak bayi.

Promosi Shaklee December 2015 - Collagen Powder & Lecithin



ALHAMDULLILAH..masih di panjangkan usia untuk bernafas dibumi bertuah ini..Alhamdulillah masih berpeluang berkongsi nikmat sihat dengan anda semua...Mudah2an dengan kesihatan yg bertambah baik.. in sya Allah.

Mungkin semua dah sedia maklum kan tentang promosi Shaklee bulan December 2015 ni iaitu Collagen Powder yang sangat best tu..Selain collegen turut sama ada promosi ialah Lecithin yang juga merupakan produk hot untuk kuruskan badan.Selain tu tetap promosi Vita-Lea for kids masih berlangsung.


Wah best kan setiap bulan mesti ada dua atau tiga jenis produk yang pihak Shaklee buat promosi. Memang rugi sangat tau sapa yang tak grab promosi dari Shaklee ni.

Banyak sangat kebaikan collagen powder ni tau.Antaranya :

  • Size kolagen yang HALUS dan mudah diserap dengan sempurna oleh badan, walaupon MELALUI LIANG ROMA
  • MENCERAHKAN dan MENGGEBUKAN kulit
  • MENGANJALKAN dan MENEGANGKAN KULIT & ASET WANITA
  • MEMUDARKAN parut
  • Kulit jadi CANTIK dan GLOWING
Lagi info berkaitan Collagen Powder boleh klik di sini


Selain collegen jom kta tengok pula kebaikan lecithin .Antara Kebaikannya :

  • Ia boleh melindungi hati kita
  • Memecahkan lemak dan kolestrol 
  • Memperbaiki alergi 
  • Menghalang kejadian batu karang 
  • Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress 
  • Menghalang tekanan darah tinggi
  • Mengatasi masalah prostat lelaki 
  • Mergurangkan masalah sembelit 
Nak tau lagi pasai Lecithin shaklee ni klik di sini yerk.


Hubungi saya dapatkan produk promosi ni atau sebarang pembelian produk shaklee yang lain.


Nak Harga Ahli Shaklee Dan Cash Back Bonus Klik Sini | Twin Pack Vivix Free Membership Klik Sini
X