Tabung Insyirah

Jom Detox Usus Dengan Cara Yang Mudah


Selama 28 tahun lebih sya hidup ni tak pernah pun terfikir nak detox usus.Sebelum ni tak tau pun yang usus juga perlu detox.Alkisah yang terus sya terfikir usus pun perlu detox lepas isu ni berbangkit dalam group whatsapp mmebr2 sya.Ada kawan sya suggestkan buat detox usus dengan cara yang mudah tanpa perlu nak keluarkan belanja yang banyak.

Mungkin ramai juga yang dah tau cara detox usus ni tapi bagi yang tak tau lagi meh terusan baca entry sya ni sampai habis ye.

Detox usus ni sangat penting sebenarnya sebab jika tidak "dibersihkan" boleh terjadi kanser usus. Bahaya kan.Ye la kita hidup andai kata dah 30 tahun dan mungkin selama 28 tahun dah bermacam-macam makanan kita ambil kan.

Usus kita kan panjang dan berbelit-belit pula tu.Jadi pasti la bila kita membuang air besar tak semua apa yang kita makan tu keluar.Mungkin ada yang dah berpuluh tahun dok nyorok kat dalam usus tu.Cer la bayangkan...Tak mampu kan nak bayangkan.


Kadang kita ambil pelbagai supplement tapi tak kita rasa supplement tu tak brkesan pun.rasa menyesal sebab dah habis banyak duit untuk beli supplement. Rasa tertipu dengan setiap iklan-iklan yang ada??Tapi sebenarnya smua tu bukan salah produk.Salah kita sendiri sebab tak detox usus kita dulu.Biasanya kalau sebelum beli produk penjual pasti akan suruh kita detox dlu.Betul tak??

Jom kita tengok bahan untuk detox usus dengan cara yang mudah ni.Hanya 2 bahan yang di perlukan dan pasti murah dan senang dapat di pasaraya.

Bahan-bahan
  1. Air yakult
  2. Nata de coco

Cara-caranya :
  1. Basuh / rendam sekejap nata de coco dengan air masak untuk hilangkan rasa manis.
  2. Simpan nata de coco yg di cuci tadi dalam tertutup dan simpan dalam peti sejuk.
  3. Setiap pagi ambil 15 biji nata de coco dan campur dengan 1 botol air yakult.

Sebaiknya untuk pertama kali buat detox usus ni  pada hari minggu sebabnya nanti takut kita akan kerap keluar masuk toilet.Kesannya sangat cepat.Pada permulaan air besar kita akan berbau agak luar biasa dan berwarna kehitaman sebab proses detox telah bermula.Jangan panic pula kalau najis berubah warna tetiba.

Seeloknya buat detox usus ni selama seminggu atau selama sebulan.Bergantung pada usus seseorang juga.Kalau nak tau usus kita dah bersih bila buang air besar najis kita akan timbul dan itu bermakna penghadaman kita dah sempurna.

Selamat mencuba yerk..Kesannya pasti korang akan rasa badan lebih ringan , sistem penghadaman lebih mudah dan senang.

Produk Shaklee Bahaya Kepada Kesihatan



Produk Shaklee sering diwar-warkan dan di perkatakan sebagai produk kesihatan terbaik selain dari produknya yang DIJAMIN SEMULAJADI, SELAMAT dan BERKESAN....tapi sejauh mana ianya terbukti berkesan dan dijamin selamat?

Anda keliru? Ya, Shaklee ada produk kesihatan yang ramai orang dah cuba dan dah merasai sendiri keberkesanannya..TETAPI ada pantang larang dalam pengambilan Shaklee terutamanya yang ada penyakit2 tertentu! Ya, anda yang disahkan ada SLE, anak atau anda sendiri G6PD, Thalasemia, Hypothyroid dan Hyperthyroid (sekadar menyebut beberapa penyakit yang 'common' dan memang ada pantang larang dalam pengambilan supplement Shaklee).

Sebab tu amat penting untuk anda menceritakan latar belakang penyakit anda kepada SID yang menjual agar mudah bagi kami mencadangkan supplement yang sesuai untuk anda :)

1) Pesakit SLE

Pesakit SLE 
TIDAK BOLEH mengambil supplement Alfalfa (berasaskan herba) dan Vitalea (ada sedikit campuran Alfalfa). Jika anda masih perlukan supplement multivitamin, sila dapatkan nasihat pakar terlebih dahulu.



2) G6PD


Pesakit G6PD atau anda ibu menyusu kepada anak yang mengalami G6PD juga 
TIDAK BOLEH mengambil supplement Alfalfa.


3) Thalasemia

Bagi pesakit Thalasemia, anda tidak digalakkan mengambil supplemen yang mengandungi zat besi atau Iron yang tinggi kerana ianya tidak akan membantu dalam meningkatkan HB, bahkan ia mungkin membawa kemudaratan kerana mengambil sesuatu zat besi yang berlebihan dan tidak digunakan mungkin akan merosakkan organ-organ dalam badan. Jadi, pesakit Thalasemia
 TIDAK BOLEH mengambil supplement Vitalea kerana Vitalea diformulasikan dengan iron.




4) Hipotiroid 

Hipotiroid adalah disebabkan penyakit auto imun dan selepas seseorang menjalani pembedahan pembuangan tiroid atau mengambil radioaktif iodin. Ia berlaku kerana kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik di samping tidak mampu dihasilkan secukupnya.

Pesakit Hipotiroid 
TIDAK BOLEH mengambil ESP kerana boleh menyebabkan kekurangan rembesan hormon tiroid dan juga tidak digalakkan mengambil Carotomax kerana hormon tiroid diperlukan untuk menukarkan beta-corotene kepada vitamin A. Jadi, ia tidak memberikan apa-apa manfaat kepada pesakit.

5) Hipertiroid

Hipertiroid pula adalah disebabkan oleh kadar hormon tiroid yang berlebihan dan terlalu aktif. Biasanya ia disebabkan penyakit auto imun manakala badan manusia pula menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiroid. Hipertiroid berlaku apabila kelenjar tiroid berfungsi terlalu aktif dan menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksin. 

Pesakit Hipertiroid tidak digalakkan mengambil Iodin kerana kandungan Iodin mereka yang sudah tinggi di dalam darah, jadi pesakit hipertiroid TIDAK BOLEHmengambil Vitalea dan Alfalfa kerana mengandungi IODIN.




Jika anda mempunyai masalah kesihatan yang dinyatakan atau pun masalah kesihatan yang lain, sila rujuk pakar sebelum mengambil apa2 supplement ye....kalau anda berminat nak mengambil supplement Shaklee, Sya akan cadangkan mengikut kesesuaian masalah kesihatan yang anda hadapi. 

Untuk info & order :

Bahan Utama Dalam Penghasilan Vivix



Bulan ni demam VIVIX ! Hehehe...Mana yang belum grab tu meh cepat grab sebab promo ni dah tinggal berapa hari jer lagi...siapa tak rembat RUGI!

Ok, memandangkan Vivix ni dikatakan tonik ajaib dan memang terkenal di US sebagai tonik anti penuaan terhebat, marilah kita berkenalan dari mana asalnya Vivix ni. Apa kandungan dan ramuan utamanya...jom terjah!

Ramuan utama Vivix terdiri dari European Elderberi, Polygonum Cuspidatum, Lobak Ungu dan yang paling istimewa sekali Anggur Muscadine.

Apa hebatnya ramuan-ramuan ni sehingga Vivix dikatakan jus anti-penuaan terbaik dunia?

1. Anggur Muscadine



·                     Anggur Muscadine sesuai dengan iklim hangat & lembap. Berlainan dengan anggur jenis lain yang mahukan iklim dingin.
·                     Ia salah satu faktor kenapa anggur muscadine sangat tahan lasak, tinggi anti oksidan dan tinggi kandungan phytonutrients kerana keduanya adalah satu cara alam semulajadi melindungi tanaman seperti anggur muscadine (umpama antibodi semulajadi pada buah)
·                     Ia dikenali sebagai super grapes kerana saiznya yang besar selain kandungan nutrien yang lebih power dari anggur biasa.
·                     Anggur biasa mempunyai standard 19 pasang kromosom. Anggur Muscadine mempunyai 20 pasang.
·                     Ia mempunyai kadar Resveratrol 6x lebih tinggi dari anggur merah
·                     Ia satu-satunya anggur yang mengandungi Ellagic Acid
·                     Shaklee menggunakan keseluruhan buah anggur; kulit, isi & bijinya kerana:
         - Anti oksidan & phytonutrients yang tinggi dalam kulit anggur
         - Kandungan Resveratrol yang tinggi di dalam biji anggur
         - Isinya juga mengandungi nutrien yang sangat berguna.

2. European Elderberry




·                     Mengandungi flavonoids yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat, menyebabkan sistem imun yag lebih kukuh unuk melawan jangkitan virus dan bakteria
·                     Sangat kaya dengan sebatian yang dikenali anthocyanin, yang memberi kesan anti-radang.
·                     Elderberi tidak hanya kaya dengan anti-oksidan tetapi juga vitamin A, B dan C serta nutrien seperti asid amino, karotenoid, tannin dan rutin.
·                     Selain menguatkan sistem imunisasi bagi melawan virus dan flu, berkesan terhadap jangkitan asma, batuk, sesak hidung dan dada dan diabetes
·                     Ia juga dapat merendahkan tahap kolesterol dan memberi perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan jantung
·                     Elderberi juga membantu mengurangkan stress, memperbaiki penglihatan dan penghadaman.


3. Polygonum Cuspidatum




·                     Polygonum Cuspidatum (juga dikenali sebagai Knotweed Jepu) adalah tumbuhan perenial yang besar berasal dari Asia, yang juga banyak ditemui di Amerika Utara dan Eropah.
·                     Knotweed Jepun adalah sumber komersial Resveratrol, yang juga terdapat dalam ekstrak kulit dan biji anggur merah
·                     Polygonum Cuspidatum mempunyai banyak manfaat kesihatan dan digunakan untuk merumuskan supplemen anti-penuaan seperti resveratrol dan bayak jenis perubatan tradisional Cina.
·                     Ahli-ahli sains telah menjalankan pelbagai ujian terhadap resveratrol. Ujian tersebut mendapati resveratrol mampu melambatkan proses penuaan, menurunkan tahap kolesterol dan tekanan darah, meningkatkan prestasi olahraga dan menyingkirkan sebatian yang tidak diperlukan oleh tubuh.


4. Lobak Ungu





·                     Ia adalah sumber terbaik vitamin A dan mengandungi phytkimia termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumaris dan sesquiterpenses.
·                     Mengandungi anthocyanins (menyebabkan warna merah menyala, biru dan ungu pada buah dan sayuran) yang juga sebagai antioksidan yang mustajab
·                     Kajian menunjukkan anthocyanins mempamerkan banyak aktiviti biologi, termasuk anti-oksidan, anti-radang, anti-mikrobial dan anti-carcinogen.
·                     Ia juga mempamerkan kesan pada salur darah, platelet dan lipoprotin yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.


Hasil gabungan 4 ramuan hebat ini, maka terhasillah 
VIVIX.
 

Antara manfaat Vivix adalah:

• Membantu meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan
• Membantu peningkatan metabolisme
• Membantu mengekalkan kesihatan sistem kardiovaskular
• Membantu mengurangkan risiko pembekuan darah
• Boleh membantu mencegah masalah jantung dan strok
• Membantu badan mengekalkan sistem imun yang sihat
• Satu antioksidan yang kuat yang membantu melawan radikal bebas berbahaya
• Membantu menggalakkan panjang umur
• Adakah dilaporkan untuk membantu dalam kehilangan berat badan (slimming)
• Membantu mengurangkan keradangan
• Membantu mengekalkan tahap kolesterol yang sihat
• Membantu menggalakkan paras gula darah yang sihat


5 Tips Legakan Cirit Birit Ketika Hamil

Cirit birit ketika hamil memang menjadi igauan ngeri.Seksanya rasa bila perut sakit dan memulas.
Dah la tak boleh ambil sebarangan ubat , risau baby dalam kandungan lagi, takut jugak dehydrated (terhidrasi). Maklumlah dah membuang banyak kali.

Cirit Birit Ketika Hamil

Bila cirit birit, nak makan pun fikir banyak kali. Risau kena masuk toilet lagi. Penat woo.Dah la penat bawak perut ni bla kena cirit birit pula bertambah penat sbab asyik kena berulang ke toilet.
Nak makan ubat, risau kat baby, nak makan apa - apa pun terpaksa memilih! Penat la ulang alik masuk toilet, kalau boleh nak tidur je.

Nak tahu tips untuk legakan cirit birit semasa hamil? 

Tips 1 :  Minum banyak Air Masak
Minum air banyak ni untuk menggantikan air yang dah banyak hilang daripada badan akibat daripada ulang alik ke toilet tu. Jugak termasuk, peluh yang berbakul-bakul semasa cirit birit. 
Sebaiknya air yang dimasak dirumah. Jangan minum air masak kat kedai makan pulak. Kita pun tak tahu tahap kebersihan kedai tersebut tersebut. Mungkin juga air tersebut tak dimasak sebaiknya. Tak pasal - pasal pulak makin menjadi - jadi cirit birit kita tu.

Tips 2 : Minum Teh Pekat
Minum teh pekat ini memang terbukti berkesan. Petua orang dulu - dulu jugak ni, memang menjadi. Tak percaya?? Boleh cuba sekarang, walaupun tak cirit birit lagi. 


Kenapa???
Teh pekat ni boleh buat kita sembelit! Sebab tu bila cirit birit, kena ambil teh pekat ni, jadi kurang cirit birit kita tu.

Tapi..tapi...tapi..untuk ibu hamil, teh pekat adalah kurang sesuai kerana boleh mengganggu penyerapan zat besi dan sumber vitamin lain seperti protien. Yang penting, zat besi tu la, nanti kan Hb rendah pulak kan, dah la badan pun lembik ni.
Tak salash kalau nak mencuba, tapi dinasihatkan jangan minum teh pekat ni kerap sangat tau!

Tips 3 : Minum air Isotonik/Garam
Mesti pernah dengar tentang air garam kan? minuman isotonik tak pun ORS? Lebih kurang la tuh. 100 plus pun boleh. 

Tujuan utama untuk kembalikan tenaga yang hilang. Walaupun cirit birit, masih bertenaga dan tak perlu cuti sakit pun!

Selain tu boleh mencuba performance drink dari Shaklee yang mana berfungsi untuk memberikan tenaga kepada sesiapa yang mengalami masalah cirit birit

Tips 4 : Berhenti Makan Buah
Kenapa kena berhenti makan buah? 

Buah - buahan kan kaya dengan serat! Dah banyak serat tu nanti, menjadi - jadi pulak cirit - birit kita tu. Buat sementara waktu, berhenti dulu makan buah - buahan. 

Maklumlah, semasa hamil, ibu- ibu hamil memang gemar makan buah. Kulit anak pun cantik kan! Membuang pun lawas. Tak lupa juga ada sesetengah buah boleh tingkatkan Hb semasa hamil tau.

Tips 5 : Berhenti Minum Ais
Cuaca panas ni, memang nikmat betul minum ais. Terutama untuk ibu hamil, time hamil, memang badan rasa sedikit panas. Memang nikmat betul dapat minum ais kan.

Tapi, bila dah cirit birit tu, kita kena la berhenti minum ais ye! Ais ni boleh membuatkan cirit birit kita lebih parah kerana ais tu selalunya diperbuat daripada air paip yang tidak dimasak!Itu kalau di kedai la kalau di rumah mungkin selamat la sikit kita minum ais kan sebab kita yang buat sendiri aisnya.

Bertahan sekejap ye ibu hamil yang cirit birit! Dah baik cirit birit tu, minum la ais sepuas hati. Dah bersalin nanti kena pantang ais setahun pulak! Hihi

So, 5 tips legakan cirit birit semasa hamil dah pun saya kupas dan diharap kita semua mendapat manfaat daripada entri ini. Lain orang lain kesannya kan? Tapi, tak salah untuk mencuba tau!

Sekiranya anda berminat untuk mencuba Performance Drink Shaklee, boleh hubungi saya ok.

Untuk Info berkaitan produk shaklee 

Checklist & Persediaan Untuk Bersalin


Ibu mengandung terutamanya yang baru pertama kali nak bersalin semestinya tertanya-tanya apakah barang yang perlu disediakan untuk menyambut kedatangan 'orang baru'...Tak terkecuali yang anak nak masuk 2 pun kena tengok 'checklist'...mana la tau kan kot-kot ada yang tertinggal...

Walaupun bukan anak yang pertama, tapi tetap rasa ke'excited'annya nak sambut orang baru kan.Best sebenarnya shopping barang baby ni..Tapi membeli jangan terlampau banyak sebab baby ni cepat membesar.Kang terlebih membeli maunya ada yang tak sempat nak pakai.

Jom kita tengok apa barang yang perlu kita ada sebagai persediaan untuk bersalin samada digunakan di hospital atau selepas bersalin.

Ketika buat pemeriksaan rutin kat klinik, nurse biaanya akan pesan supaya siapkan barang-barang baby dan mak baby seawal kandungan 7 bulan lagi...betul tak? Letak siap2 dalam kereta, mana la tahu kalau ditakdirkan anak lahir di usia kandungan 7 bulan....

Barang Ibu & Anak Untuk di Bawa Ke Hospital

IBU
  • Kad Lawatan Hospital / Buku Merah
  • Kad Pengenalan
  • Telefon Bimbit
  • Baju (2 helai) 
  • Stokin (2 pasang) 
  • Kain Batik (2 helai) 
  • Bra (3 helai)
  • Panties (5helai) 
  • Peralatan Mandi (Pencuci Muka, Berus Gigi, Ubat Gigi) 
  • Tuala Mandi 
  • Maternity Pad/Pad Biasa (1 pek) 
  • Selipar (1pasang) 
  • Makanan/Minuman (Air Masak/Susu/Milo/Horlicks,Buah Kurma, Biskut, Roti)
  • Termos Air Panas
  • Bag Plastik 
  • Baju Sejuk (Sweater)-(1 helai) 
  • Sikat 
  • Breast Pad (4 pair) 
  • Nursing Bra (2 helai)

BAYI
  • Baby Diapers (14 keping) 
  • Baju (3 helai) 
  • Minyak Bayi
  • Baby Wipes/Wet Tissue (2 pek kecil) 
  • Tuala Mandi (1 helai) 
  • Stokin/Sarung Tangan Bayi (5 pairs) 
  • Selimut/Bedung (3 helai) 
  • Barut (4 helai) 
  • Topi (1 helai)
Checklist & Persediaan Untuk Bersalin


Barang Ibu & Anak Dalam Pantang

IBU
  • Set Berpantang
  • Stokin tebal
  • Baju Sejuk 
  • Selipar rumah
  • Kain Batik
  • Bengkung
  • Maternity Pad / Pad biasa
  • Bantal Lapik Duduk (Memberi Keselesaan Akibat Jahitan Luka)
  • Minyak Angin/Urut
  • Makanan/Minuman (Air Masak, Horlick, Susu, Biskut, Roti)
  • Nursing Bra
  • Breast Pad

BABY

Baby Gear 
  • Baju- Lengan Pendek (5 helai)
  • Baju- Lengan Panjang (5 helai)
  • Rompers (5 helai)
  • Seluar- Pendek (5 helai)
  • Seluar- Panjang(5 helai)
  • Sarung Tangan + Sarung Kaki (5 pairs)
  • Sapu Tangan (5 helai/set)
  • Barut
  • Topi
Diapering
  • Napkin (1 pek)
  • Lampin Pakai Buang (3 pek)
  • Safety Pin
  • Changing Mat
  • Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi 
  • Cloth Diaper
Baby Care & Grooming 
  • Losyen Bayi
  • Wet Tissue
  • Sikat
  • Putik Kapas (Cotton Bud)
  • Cotton balls
  • Pengepit Kuku (Nail Clipper)
  • Nasal Aspirator (untuk selsema)
  • Methylated Spirit - alcohol 70% - cuci pusat sebelum luruh (biasa dibekal oleh pihak hospital)
  • Minyak Bayi
  • Cotton
  • Diaper Cream
  • Beg Baby
Nursering
  • Selimut
  • Bedding set
  • Katil Bayi
  • Dimple Pillow
  • Kelambu
  • Bakul Baju Kotor.
  • Bakul Baby (Simpan Toiletries Baby)
Feeding 
  • Botol saiz S (2 botol)
  • Puting Botol Susu (2 pieces)
  • Berus Pembersih Botol
  • Nipple Cream
  • Nursing Pad Washable (2 pairs)
  • Nursing Pad Disposal (2 kotak)
  • Shield collector
  • Breast Pump
  • Cooler Bag
  • Breast Milk Storage Bottle
  • Breast milk storage
  • Nursing Pillow
  • Termos
  • Cecair Pencuci Botol
  • Dyring Rack
Travelling
  • Beg Bayi
  • Baby Sling
  • Stroller
  • Baby Carrier
  • Bakul baby
  • Nursing cover
Bathing 
  • Tuala
  • Besen Mandi & Tempat Duduk Dulang
  • Sabun Mandi
Extra 
  • Penyangkut Baju Bulat Kecil
  • Penyangkut Kecil
  • Bekas Spray Air

Semoga dengan serba sedikit perkongsian ni bermanfaat buat ibu dan bakal-bakal ibu :)
Nak Harga Ahli Shaklee Dan Cash Back Bonus Klik Sini | Twin Pack Vivix Free Membership Klik Sini
X