Fisya Yusof

Saya Nafisah Binti Md Yusof Shaklee Inderpendent Distributor [ SID : 1084053 ] sejak 2013 Sebarang pertanyaan berkaitan produk shaklee boleh hubungi saya di talian 017 -420 5506

30 June 2016


Sekejap jer rasa masa tu berlalu kan.Ramadhan dh semakin dekat untuk meninggalkan kita semua.Sya rasa ramai yang bekerja sampai Jumaat ni dan akan mula pulang ke kampung halaman.Sya pun macam tu juga..Tak terlepas untuk pulang ke kampung menyambut syawal nanti. Marilah kita beramai-ramai menghadap kesesakan highway nanti.Sediakan la bekalan apa yang patut yer.. Heeee....

Kalau yang kampung dekat pun kadang sejam perjalanan, mungkin jadi dua jam atau tiga jam.. Boleh tahan lagi... Tapi kalau yang jauh, get ready 8 jam - 14 jam perjalanan macam sya ni..... Huhuhu.. Sabar je la... Nak jalan jauh ni, mental dan fizikal kena bersedia. Takut nanti mengantuk, letih, mata berpinar-pinar, susah! Yelaaa asyik tengok lampu merah kereta brek-brek aje kan.Kadang boleh buat stress

So hari ni, sya nak share tips berguna sebagai persediaan berjalan jauh. Haaa apakah tipsnya...

Tips persediaan nak meninggalkan rumah dan berjalan jauh:

1. Maklumkan kepada balai polis yang terdekat yang anda akan meninggalkan rumah pada tarikh yang tertentu.

2. Bagi yang tinggal di kawasan apartment atau condo, maklumkan kepada management office.

3. Pastikan kenderaan berada dalam keadaan tip top, tayar cukup angin dan banyak bunga.

4. Di dalam rumah, tarik semua plug daripada suisnya (cara ini lebih menjimatkan elektrik).

5. Bawa bekalan makanan dan minuman supaya mudah untuk bersahur atau berbuka. Nak singgah RnR pasti akan sesak yang luar biasa.

6. Pakai pakaian yang selesa. 

7. Pastikan driver dan co-driver mendapat rehat yang secukupnya.

Selain mendapat rehat yang secukupnya, driver dan co-driver boleh meningkatkan lagi kecergasan minda dan fizikal dengan mendapatkan supplement  yang dapat membantu mempertingkatkan tenaga.

Antara supplement yang sesuai ialah:
  • Cinch Tea - Ini memang sangat-sangat dicadangkan. InsyaAllah, minum teh ni membantu mempertingkatkan tenaga dan menghilangkan mengantuk. Terbukti!

  • Set Mighty 3 Gems yang terdiri daripada Performance Drink, ESP dan Mealshakes. Yang ni, kalau rasa susah sangat nak bawa makanan, bawa aje set ini. InsyaAllah, bantu tahan perut daripada rasa lapar yang keterlaluan serta mengurangkan rasa dahaga. Sedap dan berkhasiat pula tu.

Yang belum ada supplement ni mari cepat order.Sempat lagi nak dapat sebelum pulang ke kampung halaman.Order contact jer sya seperti talian di bawah atau boleh klik jer gambar di atas untuk membuat pembelian sendiri secara online.

29 June 2016


Alhamdulillah ni kali kedua kami berbuka puasa di Rizqin Steamboat Dan Grill Jalan Kebun. Kali pertama pergi beramai ramai dengan kawan sekerja encik suami dan kali kedua hanya kami 4 beranak jer yang pergi.



Kedai ni nampak biasa aje.Tapi makanan yang di sediakan memang terbaik.Sebab tu la dalam bulan ni jer dah 2 kali kami repeat.Memang best sangat.Tak perlu nak ke steamboat mahal mahal kalau kita boleh dapat steamboat murahan yang setanding tempat mahal kan.

Banyak sangat yang di sediakan untuk steamboat dan grill..Ayam dan daging kambing perap memang terbaik sangat.Sedap Tak cukup sekali grill..Berkali kali repeat untuk grill.Memang tak mengecewakan.



Untuk steamboat pun terdapat banyak sangat bahan yang disediakan.Kita boleh memilih kuah sama ada nak sup atau tom yam.Pilihan kami harus la tomyam.Tomyam dia pun memang sedap.Ada pelbagai seafood yang disedikan.Udang dia besar besar.Puas la pencinta udang ni makan..



Selain dari tu terdapat juga nasi goreng , bihun goreng dan yang buatkan sya tak boleh lupa ialah ayam goreng dia.Sedap sampai teringat ingat bila dah balik rumah.Ais krim banyak pilihan .Sya suka sangat ais krim choki choki dia..Tak cukup la amek sebatang jer.Air pun ada banyak pilihan juga.

Banyak kan makanan yang di sediakan.Berbaloi sangat makan dengan harga yang di tawarkan.Nak tau bertapa murahnya steamboat ni.Tak percaya murah meh tengok harga dia pasti lepas ni semua nak pergi makan kat Rizqin Steamboat Dan Grill Jalan Kebun  ni  kan.

Harga yang di kenakan mengikut peringkat umur ye.Standard la tu kan mana mana pun mesti harga macam tu,Ok ni harga dia 
  • Dewasa - RM 18.50 / pax
  • Warga emas - RM 15.00 / pax
  • Kanak - kanak - Rm 9.00 / pax
  • Bawah 5 tahun boleh makan secara percuma
Kalau nak pergi lebih baik call dulu untuk elakkan dari kecewa sebab tempat tak ada.Penuh jer orang setiap hari.Boleh whatsapp jer kalau tak ada kredit.Hihihi.

Whatsaap jer no ni 018 - 978 6009
Alamat kalau tak tau nak cari waze jer No.6& 7 Gerai MBSA , Jalan Kebun Seksyen 30 Shah Alam. In shaa Allah pasti tak akan sesat.

Ok ni jer review tak berbayar sya untuk korang semua cuba makan di Rizqin Steamboat Dan Grill ni.

Eh macam nak repeat lagi la sebelum balik kampung ni.Boleh ke idak wahai pencuri hati..


28 June 2016

Sekejap jer rasa masa berlalu kan..Sedar sedar kita dah berada di penghujung ramadhan.Tinggal berapa hari jer lagi ramadhan bakal melabuhkan tirainya dan kita akan bertemu syawal pula.Semoga kita bertemu lagi ramadhan akan datang.

Macam mana dengan persiapan nak raya korang??Mesti dah siap semua kan..Yang mana buat kuih raya tu mesti dah buat kan.Minggu ni jer kot yang sempat nk buat lagi kuih raya kan.
Bagi sya pula alhamdulillah untuk syawal kali ni memang semua kuih raya sya buat sendiri sambil di bantu oleh cik suami.Tak banyak pun buat kuih ada la dalam 6 jenis macam tu..Buat yang mudah mudah aje.Bukan bakers pro pun nak buat yang susah susah..

Ok untuk resipi pertama kuih raya kali ni sya nak kongsikan resipi dan cara cara buat red velvet.Ni kali kedua sya buat.Sebelum ni buat saja untuk kudapan anak anak.

Ok jom layan resipi dulu

Resipi Red Velvet

Bahan - Bahan : 

3/4 cawan butter
1/4 cawan minyak
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu esen vanilla
1 biji kuning telur
2 cawan tepung gandum ( Ayak )
1/2 sudu kfc soda bikarbonat ( Ayak )
1 sudu kfc baking powder ( Ayak )
1 sudu makan pewarna merah
1/2 sudu serbuk koko ( Ayak )
1 sudu makan emplex 
Almond slice ( Tak perlu sangai ) 
Choco chip
Cara Cara :
1. Kacau sebati butter , minyak , gula perang dan gula halus ( Pakai sudip kayu aje )
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla
3. Masukkan bahan ayak 1 cawan terlebih dahulu dan masukkan emplex
4. Kacau sebati dan tambahkan baki tepung tadi.
5. Masukkan pewarna merah dan uli sebati dengan tangan
6. Masukkan almond dan choco chip.Gaul sebati
7. Simpan dalam peti 45 minit - 1 jam
8. Panaskan oven 5 minit suhu 150. 
9. Bentukkan sesuka hati dan susun dalam tray dan bakar selama 10 - 15 minit.( Bergantung pada oven masing masing ).Oven sya 10 minit aje..lau lebih rentung la jawapnya.

Ni hasil dari air tangan sya..Haha..1 adunan dapat la 2 balang kecik tu..Cukup la 1 rumah sya 1 rumah mertua.

Resipi Biskut Red Velvet

16 June 2016



Penyakit gout biasanya datang dengan tiba tiba tanpa menunjukkan sebarang sintom dan kebiasaannya di hidapi oleh kaum lelaki dalam linkungan usia 30 tahun dan ke atas.Jarang sangat gout nak serang kaum wanita ni.Gout biasanya menyerang sendi sendi seperti buku lali  , lutut , pergelangan tangan dan jari.

Harini sya nak kongsikan dengan anda semua testimoni pesakit gaut yang amalkan supplement Shaklee dan ada antaranya telah bebas dari masalah gout  

 Ikuti Testimoni mereka yang telah berjaya:







Memang sesuatu yang sangat mengujakan apabila seorang anak dapat membantu mengurangkan penderitaan orang tua mereka. Keterujaan yang sama turut dirasai oleh seorang isteri yang boleh meringankan kesakitan suaminya.

Jika anda juga mempunyai sikap prihatin kepada orang yang anda sayangi, jangan bertangguh lagi, Kesakitan gout ibarat kaki ditusuk jarum tau. Makin lama dibiar, makin terseksa.

Baca berkaitan gout di  SINI

Contact sya seperti talian di bawah.In sshaa Allah sya akan bantu anda untuk dapatkan salah satu set gout  



Macam mana puasa korang semua??Harapnya masih mampu la bertahan puasa terutama kaum Adam tu yerk..Kaum Hawa ada excuse sikit tak per.Hihi..Jangan ada yang bila puasa jer mula la satu penyakit ni datang..Nak tau sakit apa??Tak lain tak bukan mesti la gastrik.Alasan sanagt kan.

Jadi untuk entri kali ini sya nak share Testimoni ESP Shaklee yang banyak membantu  dalam masalah gastrik.So sapa yang ada masalah gastik tu boleh la cari jalan penyelesaian dengan mencuba ESP ni ye.Boleh dapat puasa penuh untuk kaum Adam tu.

Jom kita tengok antara testimoni pengguna yang sangat berpuas hati dengan ESP dari Shaklee ni.







Haaa dah baca kan testimoni kat atas? Macam mana??Masih tak mau berubah untuk hilangkan  masalah gastrik anda??Sayangkan sakit anda tu??

Kalau anda nak hilangkan masalah gastrik anda jangan malu jangan segan meh contact sya seperti talian di bawah.In sha Allah yang mana dekat sya boleh hantar terus kedepan pintu rumah anda yang jauh sya akan poskan ke anda.


Meal shakes adalah produk khusus yang telah diciptakan untuk memenuhi keperluan nutrisi anak-anak kita.Didatangkan dengan perisa vanilla yang sangat sedap.Bukan anak jer yg suka maknya pun suka sangat dengan meal shakes ni.Tak perlu bimbang meal shakes ni sesuai untuk semua lapisan umur dari kanak kanak seawall usia setahun sehingga la ke usia emas.

Kita sedia maklum kan anak anak kita agak payah nak makan makanan berkhasiat ni .Betul tak??Nak suruh makan sayur pun punya la payah.Anda cukup bertuah kalau anak anda suka makan sayur tau.
Kekurangan nutrisi pada anak pasti akan menjerumus kepada pelbagai masalah seperti sembelit ,kerap demam , selsema , berat badan susah naik , makan memilih dan banyak la lagi.Apa kata kalau kita cuba berikan meal shakes Shaklee kepada si manja kita.

Tak percaya dengan supplement meal shakes ni???Tunggu dulu apa kata baca dulu tstimoni dari pelanggan yang dah cuba meal shakes untuk si manja meraka.Pasti anda pun tak fikir panjang lagi untuk mencuba lepas ni kan.

Ini antara testimoni dari pelanggan kami :










Pilihan di tangan anda. Buat pilihan yang bijak untuk masa depan si manja anda. Jika mahukan kesihatan anak anda berpanjangan apa kata anda berikan Meal Shakes Shaklee.

Bagaimana mahu dapatkan Shaklee Meal Shakes ini? Anda boleh sya seperti talian di bawah.Yang mana dekat sya boleh cod yang jauh sya boleh poskan untuk anda semua.



Kenapa pilih MEAL SHAKES? 

Kenapa sya asyik syorkan MEAL SHAKES SHAKLEE bila anda tanyakan supplement terbaik untuk anak anda ??

Di bawah ada jawapannya.




















Kenapa Mesti Pilih MEAL SHAKES?



Jadi dah tahu kenapa sya  akan pilih meal shakes kan???Jom kita dapatkan MEAL SHAKES sekarang.Bulan ni ada promo tau..Boleh dapat harga jimat berganda lagi lepas tu dapat pula 1 tong percuma dengan setiap pembelian 3 tong.Wahh sangat untung.

Meh cepat order.Contact jer sya seperti talian yang tertera di bawah oke


11 June 2016

Entry kali kita ke resipi masakan pula yer..Kali ni sya nak kongsi resepi cheese tart pula...Bagi pemgemar cheese tart macam sya ni demi kepuasan memang patut buat sendiri sebab boleh makan dengan sepuasnya.Sya kalau makan cheese tart memang confirm-confirm tak cukup sebiji hehehe... Laju je amik sebiji ...sebiji...Tau tau dah tgl bekas..

Resipi Cheese Tart

Cheese Tart yang tunggu turn nak masuk oven

Sya ni bukan la pandai pun dalam bab masakan ni tapi satu jer sya ni suka mencuba tambah tambah kalau makanan tu favourite keluarga.Alhamdulillah percubaan pertama buat cheese tart tak mengecewakan.Puas sangat makan sampai yang last tu berebut rebut dengan anak..Haa buruk betul perangai ibu Aunimia ni kan.
  
Ok jom sya kongsikan resepi Tart Shell nya :

Bahan-Bahannya:

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur gred C
290 gm tepung gandum
1 sudu kecil asen vanilla

Caranya:-

1.                  Pukul marjerin dan gula dengan mengunakan senduk kayu atau spatula..jangan pukul lama sangat.Pukul biar sebati aje
2.                  Masukkan telur dan esen vanilla dan putar lagi dengan senduk kayu
3.                  Masukkan tepung sedikit demi sedikit
4.                  Uli sehingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung pada kelembutan doh.
5.                  Untuk mendapat doh yang baik wrapkan adunan dengan plastik wrap dan simpan adunan semalaman dalam peti sejuk.
6.                  Setelah  di biarkan semalaman keluarkan adunan tadi biarkan ia rehat sehingga mencapai suhu bilik supaya memudahkan kita untuk menerap dalam acuan tart nanti.
7.                  Setelah itu ambil sedikit adunan tart dan tekan ke dalam acuan tart. Sebelum di bakar cucuk dulu aduan dengan garfu. Bakar adunan pada suhu 170C selama 20-25minit atau sehingga adunan masak.

Nota:


Tart shell boleh disediakan awal awal dan dimasukkan dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti ais untuk tahan lama.

Bahan-Bahan Cheese tart.

250gm cream chess 
50gm gula kastor
1 biji telur size b
1/2 teh esen vanilla


1.                  Putar cheese, dan gula sehingga kembang dan berkilat. Masukkan telur  dan esen vanilla putar hingga sebati.

Masukkan filling chesse tadi kedalam piping bag supaya memudahkan kita meletakkan filling dalam tart shell. Isikan sehingga mengembung untuk cheese tart kelihatan cantik.

2.                  Asingkan sedikit cheese untuk kita lakukan proses melorek, campurkan sedikit pewarna yang kita sukai dan mula melakar keatas cheese tart kita, usah  biarkan cheese tart terlalu lama, kerana proses melorek menjadi tidak cantik jika cheese tart sudah mula mengering.
3.                  Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream cheese dengan jari jika tidak melekat makna nya cream sudah masak jika tidak letak dalam seminit lagi.




** Untuk adunan ini 1 adunan shell saya dapat dalam 40 biji shell itupun bergantung pada acuan dan ketebalan shell.
1 adunan cream cheese dapat dalam 70-80 shell.
untuk seimbangkan nya sila buat 2 adunan shell dan 1 adunan cream cheese.

Cheese Tart yang telah siap di masak, di letakkan dalam bekas kedap udara dan boleh di simpan dalam peti ais untuk ketahanan lebih lama.

Haa..senang jekan cara nak buat cheese tart ni...

Selamat mencuba 

Secara keseluruhannya, produk Shaklee telah dipasarkan & digunapakai di seluruh dunia lebih 55 tahun manakala produk Shaklee yang tertua di dunia adalah multivitamin Vitalea ini telah dicipta sejak 100 tahun yang lalu oleh Dr Forest C Shaklee.

Kalau dah lama bertapak di dunia ni kenapa ada yang claim makan produk Shaklee tap tidak berkesan ? Langsung tak ada effect ?

Ok mari sini sya nak kongsikan sebab dan kenapa Shaklee tidak berkesan bila diambil oleh sesetengah individu yang selalu dok claim Shaklee tak berkesan.
                                           10 Sebab Kenapa Shaklee Tidak Berkesan

1: Tidak Detox Usus Terlebih Dahulu

Usus kita ni ibarat macam longkang atau laluan pengaliran air.

Bayangkan kita hidup dah berpuluh tahun, kita makan macam-macam makanan. Ada yang buang air besar pun kadang-kadang je dalam seminggu.

Usus yang tidak bersih / tersumbat dengan sisa makanan boleh mengurangkan keberkesanan dalam serapan nutrisi yang kita ambik.

So, jika nak apa-apa vitamin Shaklee yang kita ambik tu berkesan ke atas tubuh kita, silalah detox usus dulu dengan Herblax ataupun Alfalfa Complex.

2: Mengambil Vitamin Dengan Minuman Berkafein

Kopi atau teh mengandungi kafein.

Kafein ni mempunyai struktur yang dapat menghalang penyerapan nutrisi lain selain mempercepat kehilangan air dari badan.

Menurut kajian, kafein meningkatkan kehilangan kalsium melalui air kencing seterusnya membantu dalam meningkatkan risiko penyakit Osteoporosis.

So, kalau nak Shaklee berkesan, elakkan minum kopi/teh ketika telan vitamin Shaklee. Jika perlu/ sangat nak minum kafein ni, jarakkan pengambilan sekitar 2 jam di antara kedua-duanya.

3: Mengambil Supplement Shaklee Ketika Menjalani Kimoterapi

Sepanjang proses kimoterapi dijalankan, sel kanser dan juga hampir kebanyakkan sel dalam tubuh kita termusnah.

Jadi, sia-sia mengambil supplemen sepanjang dalam proses kimoterapi ini.

Oleh itu, pakar nutrisi menyarankan pengambilan supplemen ini hanya dibuat selepas rawatan kimoterapi dijalankan.

4: Mengambil Shaklee Serentak Dengan Ubat ataupun Supplemen Lain

Ubat-ubatan mempunyai struktur dan sifat yang agak agresif untuk berada dalam sel tubuh dan berperanan dalam tubuh kita.

Keadaan ini akan mewujudkan persaingan di dalam badan jika kita mengambil supplemen serentak dengan ubat seterusnya menyebabkan produk Shaklee yang diambil menjadi “tawar” atau tiada kesan.

Namun sekiranya perlu mengambil ubat-ubatan atas faktor-faktor yang tertentu, sila jarakkan pengambilan antara kedua-duanya sekitar 2 jam.

5: Mengambil Kalsium Serentak Dengan Zat Besi

Kalsium mempunyai struktur yang boleh mengganggu serapan zat besi di dalam tubuh kita.

Antara produk Shaklee yang mengandungi Kalsium adalah:

    • ESP
    • OsteMatrix
    • Mealshakes
    • Cinch Shake Mix

Manakala produk Shaklee yang mengandungi zat besi pula adalah :

    • Vita - Lea

Untuk mengelakkan kurangnya keberkesanan dalam serapan zat besi (terutama untuk mereka yang mempunyai masalah anemia atau  hemoglobin dalam darah yang rendah), elakkan mengambil produk Shaklee yang mengandungi kalsium atau sebarang produk tenusu serentak ketika mengambil multivitamin Vitalea ini.

6: Pengambilan Serat Serentak Dengan Vitamin Larut Lemak

Serat bertindak menyerap lemak di dalam tubuh kita.

Supplemen yang mengandungi serat untuk fungsi ini adalah Alfalfa Complex.

Manakala produk Shaklee yang terdiri daripada vitamin larut lemak adalah:

    • Vitalea
    • Carotomax
    • Vita E Complex
    • GLA Complex
    • Omega Guard
    • CoQ Health
    • Lecithin


Oleh sebab itu, adalah tidak digalakkan untuk mengambil Alfalfa Complex serentak dengan vitamin Shaklee yang larut lemak seperti di atas kerana fungsi serat pada Alfalfa Complex akan mengangkut semua lemak termasuk vitamin tadi keluar dari tubuh badan.

7: Mengambil Zinc Complex Selepas Makan

Zinc Complex bertindak dengan lebih efektif ketika perut kosong kerana ketika perut kosong banyak enzim dapat membantu proses mencernakan mineral zink ini.

8: Membancuh ESP Dengan Air Panas

Kenapa tak boleh bancuh ESP guna air panas ?

Soalan ni memang famous sangat di kalangan customer. Diorang jugaklah yang selalu tanya kenapa Shaklee tidak berkesan. Haha 

ESP merupakan serbuk protein soya non-GMO. Suhu yang panas akan menyebabkan termusnahnya struktur protein dalam serbuk soya ESP tadi.

Jadi, peranan utama ESP dalam membekalkan protein yang diperlukan juga akan terjejas.

Oleh itu, sila bancuh ESP dengan air suhu bilik atau suam.Nak lagi best bancuh dengan mana-mana air jus atau susu segar . 

9 : Kurang Pengambilan Air Putih

Air putih bukan sekadar perlu minum sebab nak ambik supplemen je.

Air putih berperanan menjadi agen utama dalam pengangkutan semua zat dalam darah/usus ke seluruh tubuh kita.

Air putih juga sangat membantu dalam menyampaikan zat dari supplemen yang kita ambil ke sel tubuh yang memerlukannya.

Berapa banyak pengambilan air putih dalam sehari ?

Ok, untuk mudah sukat, ada pakar menyarankan untuk sukat keperluan air ikut berat badan masing-masing.

Setiap 25kg = perlukan 1 liter air putih sehari

10 : Tidak Konsisten Mengambil Supplement

Supplemen bukan ubat tau !
Nama lagi supplement so fungsi supplement ini adalah untuk MENCEGAH dan BUKAN untuk MERAWAT.

Maka, bila kita ambik supplemen ni memanglah kesannya bukan macam kita makan ubat. Makan sekali terus baik.

Untuk kesan yang optimum, kita disarankan untuk konsisten ambik suplemen sekurang-kurangnya untuk 3-4 bulan.

Sebab tu juga jika korang perasan hampir kebanyakan supplemen Shaklee dikeluarkan dalam kuantiti/jumlah yanb besar.

Beberapa contoh vitamin Shaklee yang memang berbaloi untuk ambil sebab memang tahan untuk tempoh masa yang lama.

     Sustained Release Vitamin C 500mg : 180 tablet (3 – 6 bulan)
    • Herblax : 120 tablet (4 bulan)
    • Alfalfa Complex : 330 tablet / 700 tablet (3-6bulan)
    • B Complex Shaklee : 120 tablet (4 bulan)
    • Vitamin E Complex : 120 tablet (4 bulan)
    • Vitalea : 120 tablet (4bulan)

Maka, lepas ni jika nak nampak kesan yang berkesan apabila ambik Shaklee, sila konsisten dalam pengambilan ya.Dan dapatkan konsultasi yang betul dengan pengedar sah Shaklee