Fisya Yusof

Saya Nafisah Binti Md Yusof Shaklee Inderpendent Distributor [ SID : 1084053 ] sejak 2013 Sebarang pertanyaan berkaitan produk shaklee boleh hubungi saya di talian 017 -420 5506

20 January 2017



Terlalu ramai pasangan yang dah berkahwin sangat teringin untuk memiliki cahaya mata seringkali mencari cara cepat hamil, tidak kiralah samaada secara tradisional mahupun rawatan moden...

Namun andainya anda dan pasangan adalah salah satu dari ribuan pasangan tersebut sya sarankan agar anda dan pasangan janganlah terlampau stress atau panik...Stress atau panik hanya akan memburuk kan lagi keadaan rumah tangga anda dan pasangan.


Sya faham dan tau anda dan pasangan menghadapi tekanan yang hebat dari orang-orang di sekelilingkan..Mesti ada saja mulut yang bertanya berkaitan cahaya mata terutama yang dah lebih satahun berkahwin tapi belum ada rezeki anak.

Cheq sarankan agar anda dan pasangan mencuba tips mudah hamil seperti di bawah...berhasil atau tidak sudah tentu dengan izin Allah S.W.T...cuma kita sebagai hambanya memang sangat-sangat di galakkan untuk berusaha kan.

1. Elakkan tekanan - Wanita ini diuji dengan pelbagai sebab. Hormone tidak stabil pun dah cukup menekan emosinya apatah lagi jika dibebani dengan kerja di rumah yang tak pernah henti. Ditambah pula dengan kerja kat office. Ni antara punca kenapa wanita nak bersama suami pun dia tak mampu nak bersama sepenuh hati. Tips, kawal stress... senyum dan fikir baik baik. Allah kan ada 😊😊

2. Jaga pemakanan - "aku ni gemuk pun elok je lahir anak... dah 3 orang dah", kita panggil tu rezeki kak. Rata rata wanita yang berjumpa doktor mengadu tidak dapat mengandung lagi akan pulang ke rumah setelah dinasihat untuk kurangkan badan terlebih dahulu dan barulah merancang kehamilan. Kawal pemakanan seimbang jika anda ingin merasa denyutan jantung dari rahim anda. InsyaALLAH boleh...

3. Berbuat baik - Lakukan kerja kerja amal, dekati anak anak yatim. Beritahu kepada anak anak yatim niat anda untuk peroleh zuriat. Solat hajat bersama mereka dan mohon mereka bacakan dan aminkan doa buat anda (seeloknya tulis dulu dalam satu kertas dan minta mereka bacakan doa tersebut sambil diaminkan semua). Doa anak anak yatim mudah dimakbul ALLAH.

4. Kenali waktu subur - Waktu subur bagi wanita dengan kitaran haid normal adalah pada hari ke 7 period sehingga hari ke 16 period. Pastikan anda menggunakan peluang yang ada sebaiknya.

Tips Mudah Hamil
5. Minta nasihat doktor - Nasihat dari doktor sangat penting buat mereka yang belum lagi dikurniakan zuriat. Minta doktor scan rahim anda, lihat keadaannya, sihat atau tidak. Percayalah tidak ramai yang berani untuk minta doktor buat semua itu untuknya melainkan dia benar benar tahu mengapa rahim itu perlu di scan.

6. Jauhi rokok - Baik lelaki atau wanita, keduanya dilarang merokok demi perkembangan janin. Kajian saintifik pun dah bagitau, bila seseorang tu merokok ia akan menyumbang kepada ketidaksuburan dan akan ambil masa yang lama untuk pregnant.

7. Kurangkan caffeine - Risiko mengurangkan kesuburan sangat tinggi bagi mereka yang consume caffeine lebih dari 5 cawan sehari. Biarpun dengan meminum minuman bercaffeine contohnya coffee akan bagi lebih tenaga, tapi limitkanlah kepada 2 cup sehari.

8. Tak putus berdoa - Allah tunggu hambanya berdoa dan minta padaNya. Kalau bab meminta pun segan apatah lagi solat 5 waktu dan solat dhuha, macam mana Allah nak bagi. Percayalah Allah ada, dan melihat kita. Buatlah yang terbaik, insyaAllah Dia akan mudahkan.

9. Minta ibu ayah, ibu ayah mertua doakan - Doa daripada ibu ibu dan ayah ayah ni sangat mudah diterima Allah. Jangan malu untuk beritahu hajat dan niat anda sambil tu minta mereka doakan. Anda akan tahu keajaibannya apabila kita tidak putus menyayangi dan mengasihi mereka.

10. Jangan putus usaha. Banyak produk produk mudah hamil & kesuburan di pasaran. Tak salah ambil tahu mengenai produk produk berkenaan. Cari yang ada kelulusan dari KKM. KKM hanya akan beri kelulusan kepada produk yang selamat. InsyaAllah..



11. Belajar ilmu kehamilan & kelahiran. Ilmu sangat penting untuk hamil. Kalau waktu subur pun kita tak tahu, tips mudah hamil pun terkapai kapai, ia akan sukarkan impian kita untuk jadi mak ayah dengan mudah. Banyakkan ambil tahu dan membaca. 


19 January 2017

Cafe Eat & Repeat ala ala kedai boat noodle tapi ni boat noodle malaysia style.First time sya ke sana bersama suami dan anak - anak.Kedai dah lama viral dari tahun 2016 rasanya  tapi sya baru nak cuba.



Kali kedua sya pegi bersama geng opis.1 opis pegi makan lunch a.k.a annual lunch gitu..Syok la juga sesekali dapat makan reramai 1 opis kan.Lagi pun opis sya bukan ramai pun.Ada 8 orang jer  😃😃

Bagi sya ok la Cafe Eat & Repeat.Harga berbaloi la dengan 1.90 untuk semangkuk makanan.Antara menu yang ada seperti 👇👇👇


Bole la nak rasa pelbagai jenis makanan kan..Dan rasa semua makanan pun sedap.Menepati citarasa la kiranya.Dan apa yang penting berbaloi dengan harga.Antara yang menjadi menu wajib sya adalah laksa..Memang 👍👍👍👍👍. Semangkuk tak cukup..Hihi..Tapi dah banyak menu dan murah harus la cuba bermacam menu kan.Nanti next time repeat lagi lah 😊😊

Kalo korang 1st time datang sini.Korang jangan tercengang-cengang pulak kalau xde pelayan dtg amik order kat korang.Konsep dia korang kena tulis dulu menu apa yg korang nak order.Ada disediakan kertas list + pensil atas meja.Bila korang dah tulis baru panggil pelayan untuk korang bagi kertas order.Lepas order sila la tunggu ye.Masa menunggu tak der la lama sangat.

Kalau korang bosan bosan tak tau nak makan kat mana bole la cuba makan kat cafe ni.


Eat & Repeat ni dibuka setiap hari pukul 11 pagi - 11 malam. 
Tapi hari Ahad je dia buka sampai 6 petang. 

Kalau korang nak pegi boleh waze ke Eat & Repeat atau search alamat seperti
👇
YG24, Jalan Plumbum Y7/Y, PUSAT KOMERSIAL SEKSYEN 7, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia . 

7 January 2017




[✔] Apabila bayi menghisap puting payu dara , rangsangan akan dihantar kepada kelenjar pituitari dan hormon yang dipanggil prolaktin dan oxytocin dihasilkan. Prolaktin menyampaikan arahan untuk menukarkan darah ke dalam susu ibu. Oxytocin akan terus beroperasi, untuk menolak susu ibu yang berkumpul di dalam saluran payudara.
[✔] Susu ibu ‘dilepaskan’ apabila bayi mulai menghisap pada puting payu dara. Pada hisapan pertama si kecil, ibu tidak dapat merasai ‘pengeluaran itu’, bagaimanapun menerusi proses beberapa kali pengulangan, ibu dan bayi akan mulai mahir dan penyusuan ibu boleh berlaku secara normal.
[✔] Susu terhasil dalam sel Acinar. Acinar terdiri daripada sejumlah besar sel-sel acinar. Ia dikeluarkan menerusi hisapan oleh bayi di puting payudara dan keluar menerusi salur payudara. Sel myoepithelial sekitar acinar bertindak bagai pam untuk mengeluarkan susu.
[✔] Perlu diketahui, kecederaan termasuk sakit atau luka pada puting payudara ketika proses penyusuan, boleh terjadi akibat ibu salah menyusukan bayi mereka. Namun begitu, ibu janganlah berputus asa.
[✔] Justeru itu, ketika ibu mengepam susu, cuba bayangkan wajah anak…ini adalah satu teknik untuk melancarkan pengeluaran susu. Otak akan mentafsirkan supaya susu dikeluarkan dan merangsang hormon.

Sesungguhnya ciptaan Allah itu sungguh hebat…

6 January 2017


 Ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk cuba menenangkan bayi yang menangis. Tidak semuanya berkesan untuk semua bayi, jadi anda perlu memahami bayi anda sedikit demi sedikit untuk mengetahui apa yang sesuai baginya dan bagi anda.




✔ Bedungkan dia dan peluk dengan kuat 
Bayi baru lahir suka rasa rapat dan selamat, sama seperti masa di dalam rahim, jadi anda mungkin mahu cuba membedungkan bayi anda dengan selimut dan memerhatikan samada dia suka dibedung. Ramai ibu dan bapa juga mendapati bahawa memeluk bayi rapat, terutama sekali apabila bayi boleh mendengar denyutan jantung ibu bapa, atau meletakkan bayi dalam gendongan menyamankan. Sesetengah bayi yang lain pula mungkin merasa bedung terlalu menyekat dan lebih sukakan lain cara untuk ditenteramkan seperti dibuai atau dinyanyikan.
✔ Dapatkan ritma yang sekata
Dalam rahim, bayi anda boleh mendengar denyutan jantung anda: itu satu sebab bayi masih suka dipeluk rapi. Walau bagaimanapun, bunyi-bunyi lain yang teratur dan berulang boleh juga mendatangkan kesan tenteram. Anda boleh cuba memainkan muzik yang lembut atau menyanyi. Ramai ibu bapa mendapati yang bayi mereka boleh mendengar ritma mesin basuh yang teratur atau pembersih vakum atau pengering rambut, yang dapat membuatkan mereka tertidur.
✔ Buai-buaikan bayi
Kebanyakan bayi suka dibuai perlahan-lahan, dan anda mungkin dapati bahawa bayi anda boleh ditenangkan dengan cara ini, iaitu samada dengan mendodoinya sambil berjalan atau meletakkannya di pangkuan sambil anda duduk di kerusi goyang. Buaian bayi yang khas atau kain gendong tradisional boleh menenangkan sesetengah bayi, manakala sesetengah yang lain pula lebih selesa jika bergerak dengan laju dan terus tertidur apabila dibawa berjalan dalam kereta.
✔ Cuba kaedah urutan
Mengurut bayi atau menggosok belakang atau perutnya dengan perlahan boleh membantu menenangkannya. Jika anda nampak dia seperti dalam kesakitan akibat angin, cuba susukan dia dalam posisi tegak dan tepuk belakangnya dengan lembut selepas penyusuan dengan menyandarkannya di bahu anda. Bayi yang menghidap kolik kadang-kala rasa selesa jika perut mereka digosok.
✔ Biarkan dia menghisap sesuatu
Bagi setengah bayi baru lahir, dorongan untuk menghisap amat kuat dan menghisap puting atau jari (yang bersih) atau ibu jari boleh mendatangkan memberi ketenangan. Hisapan ini boleh mengaturkan kadar denyutan jantung bayi, merelakskan perutnya dan membantu dia bertenang.
Vivix Shaklee... "eeee.. mahalnya...!" Mahal ke jika dibandingkan dengan khasiat yang diperolehi? Nak SIHAT or Nak JIMAT? Anda pilih lah sendiri. 

Antara khasiat Vivix yang perlu anda tahu
🍃 Menggalakkan penuaan yang sihat - awet muda dan anti penuaan.
🍃
Membantu mengelakkan kanser - merencat sel kanser dari menjadi semakin serius.
🍃Mengurangkan risiko penyakit jantung - melindungi jantung.
🍃Mengurangkan kompilasi diabetes/kencing manis.
🍃Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi - melindungi saraf.
🍃Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat alzheimer.
🍃Membantu merawat penyakit parkinson.
🍃Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar.
🍃Meningkatkan kesihatan imun badan.
🍃Menggalakkan kesihatan keseluruhan.

Tahukah anda bahawa Vivix Shaklee merupakan KILLER product in US?

Kat bawah sini sya share testimoni daripada pengguna-pengguna Vivix Shaklee yang dah merasai keberkesanan vivix

Testimoni Vivix Shaklee

Testimoni Vivix Shaklee

Testimoni Vivix Shaklee

Testimoni Vivix Shaklee





Rasanya cukup la kot sya share testimoni pasal vivix nih. Anda masih tak percaya? Haa.... cuba dulu baru tau berkesan ke tidak.. 

Anda berminat untuk dapatkan Vivix Shaklee?

Mai ws sya cepat.Jangan tunggu sampai promosi dah habis baru nak cari vivix murah ni yerk.

Memang ramai yang tahu kehebatan Vivix Shaklee ini sebagai tonik ajaib tapi ramai yang agak kecewa bila tahu harganya RM475. Ramai yang cakap Vivix Shaklee mahal.

Tapi ramai juga yang dah mencuba dan merasakan Vivix Shaklee ini sebenarnya jauh lebih murah dari apa yang mereka dapat.

Vivix ni antara yang menjadi vitamin Shaklee kesayangan ramai tau. Alhamdulillah superb untuk yang sedang berikhtiar untuk kesihatan yang lebih baik dengan Vivix Shaklee ini. Jadi tentunya la harga promosi Vivix ni buatkan saya rasa nak melompat-lompat bintang gitew.

Apa yang best tentang Vivix Shaklee?

Vivix Shaklee ini sesuai untuk suplemen head to toe tau. Satu-satunya suplemen yang bertindak hingga ke DNA sel. Dihasilkan dengan kajian bertahun-tahun lamanya dan disupport pula dengan lebih 100 clinical publications. 

Banyak kelebihan dan kebaikan Vivix Shaklee ini, antaranya;

➱Membantu masalah diabetes atau kencing manis

 Membantu masalah darah tinggi. 
➱ Membantu masalah kolesterol tinggi dalam salur darah
 Membantu penyakit psoriasis

 Membantu mengurangkan masalah arthritis

➱ Berhenti merokok dengan bantuan Vivix

 Membantu masalah strok

 Sebagai ikhtiar merawat dan mencegah kanser

 Kembali dara di usia emas

 Untuk kecantikan dan keremajaan kulit atau awet muda
 Ikhtiar untuk sakit Alzheimer
Dan macam-macam lagi kebaikan Vivix Shaklee ini. Yang dah cuba tu mesti rasa beza sangat taraf kesihatan kan? Sebab itulah rasa sayang sangat nak tinggalkan Vivix ini. Jadi, sah-sahlah kena rebut peluang harga promosi yang hebat ini.
Promosi Vivix Shaklee 
Berlangsung sepanjang January 2017 (haaaa.. ada 31 hari ye jangan cakap tak sempat), Shaklee tawarkan penjimatan yang hebat ini. Ada 2 set promosi Vivix sepanjang bulan ini


1 ➤ SET PERTAMA

→Beli 6 botol  PERCUMA 1 botol
→PERCUMA keahlian seumur hidup 
→CASH rebate 

PENJIMATAN hampir RM1,400.

Wow!! Wow!! Wow!! Sapa nak bagi RM1,400 macam ni? *excited sangat okeh!**

2 ➤ SET KEDUA

→Beli 2 botol  PERCUMA keahlian seumur hidup
→CASH rebate 

PENJIMATAN hampir RM200.

Berbaloi-baloi sangat la kan dan yang penting, sihat, muda, dan ceria selalu. Kan?

2 January 2017

Eh belum terlambat kot no cheq nak ucapkan "Happy New Years" buat semua.Semoga tahun ni lebih baik dari tahun tahun sebelumnya yer.
Apa program korang masa cuti hari tu??
Mungkin ada yang ambil peluang balik kampung halaman , bawa anak2 bercuti sebelum sesi persekolahan bermula kan.Macam  cheq cuti ni memang tak plan pun nak bercuti ke mana.Mungkin sebab bulan lepas dah balik kg so cuti ni rileks2 jer la kt selangor ni kan..
Tapi tak der la nak kata tak keluar rumah langsung kan..Macam kesian plak anak 2.So masa cuti 01.01.17 tu cheq bawa anak2 p mandi kolam dekat Presint 6 Putrajaya..Memang itu yang kakak Auni nak sangat pun..
Happy bukan main lagi dua orang anak dara cheq dapat mandi kolam.Puas la depa berendam dari pukul 9.00 sampai ke pukul 11 lebih gak.Itu pun ajak naik tak mau lagi..Tapi sebab ibu ayah dah kepanasan + kelaparan pujuk2 ok la nak juga depa naik.


Next time bole la pegi lagi.Banyak pilihan kolam yang kita bole pegi di area Putrajaya tapi cheq lebih selesa memilih kolam renang di Presint 6 Putrajaya ni.Bayaran yang di kenakan pun tak la mahal.Terlupa pula 1 kepala berapa bayaran.Untuk sya sekeluarga (4orang) hanya Rm 6.60..Murah sangat kan.. Bayaran ni tak kira la kita mandi ke tak kalau nak masuk tetap la juga kena bayar..
Pilihan kolam pun ada banyak.So tak perlu risau ye..Kolam kanak2 je ada tiga pilihan.Dari yang paras buku lali sampai la ke paras pinggang.Untuk dewasa ada kolam lain pula.Tapi untuk kolam dewasa di WAJIB kan pakai baju mandi yer.Kolam kanak2 rasa macam tak wajib sangat sebab ada je yang pakai baju biasa.
Untuk korang yang tak tau nak bawa anak ke mana cuti cuti nanti bole la cuba bawa ke kolam renang sekitar Putrajaya.Macam cheq anak anak memang peminat setia kolam renang jadi bila dah jumpa tempat yang sesuai memang dah bole buat aktiviti riadah la setiap hari cuti kan..
Ok la itu je la tentang cuti cheq.Selebihnya hari cuti memang duduk je kat rumah menikmati hari cuti dengan sebaiknya..

1 January 2017



Ramai yang nak sangat cuba Vivix ni disebabkn khasiat dan kesan yang ajaibnya. Tetapi bila dengar harga ramai yang tersentak, mahal katanya.

Nak tahu kenapa Vivix ni tonik ajaib?
Dalam Vivix ada 4 ramuan utama yang hebat iaitu
1. Anggur Muscadine
2. Purple Carrot
3. Elderberry
4. Polygonum Cuspidatum

Anggur Muscadine
Serat larut dalam anggur muscadine membuatkn kita rasa kenyang lebih lama. Memakan anggur muscadine dan buah2an yg segar yang lain setiap kali kita mengidam nak makan makanan manis juga boleh membantu kita mengelakkn drpada makan makanan yg tinggi kalori (daripada gula tambahan). Pengambilan gula tambahan yang berlebihan akan menyebabkn kegemukan, tekanan darah tinggi dan paras kolesterol tidak sihat.

Purple Carrot
Purple carrot adalah salah satu drpd ramuan penting yg terdapat dalam vivix. Ianya sumber yg terbaik vitamin A, mengandungi phytokimia termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterpenes. Ia juga mengandungi anthocyanins iaitu antioksidan yg sgt mustajab. Ia memberi manfaat termasuk anti radang, anti mikrobial dan anti carcinogan. Membantu untuk melawan serangan kanser, serangan jantung, kencing manis, SLE, arthritis, sakit buah pinggang dan hampir semua penyakit kronik.

Elderberry
mengandungi flavonoid yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat, maka dengan itu ianya mampu mengukuhkan sistem imunasi badan kita. Satu kajian makmal pula menunjukkan elderberry sangat bermanfaat untuk menentang virus.

Polygonum Cuspidatum
Resveratrol adalah kandungan yg terdapat dalam kompaun tumbuhan yg dipanggil sbgai polyphenols. Kompaun ni sgt kuat dan kaya dgn antioksidan, melindungi tubuh daripd kerosakan yg berkaitan dgn peningkatan risiko kanser dan serangan jantung. Reveratrol ni boleh dijumpai pada kulit anggur, kekacang dan buah berie.

Benefit Vivix
💕 membantu melindungi dan membaiki DNA selular
💕 impact genetic regulator membantu melawan penuaan selular
💕 mengurangkn pembentukan protein AGE yg boleh menyumbat sel2 dalam badan
💕 menyokong kesihatan jantung dan fungsi kardioveskular
💕 menyokong kesihatan otak
💕 meningkatkan fungsi sistem imun
💕 supplies antioksidan untuk melawan radikal bebas

Dan banyak lagi kebaikan vivix.Nanti sya kupaskan sau per satu kebaikan vivix yer.


Vivix MAHAL??

Takk kalau nk dibandingkn dgn fungsi hebat Vivix. Banyak yg telah membuktkkan dengan mengambil 1 sudu teh Vivix sehari kesihatan mereka bertambah baik dlm tmpoh 2 minggu sahaja. Tapi nak tingkatkan dan kekalkn kesihatan yang baik, kena kerap makan Vivix laa.

Oh ya bulan ni uolss bole dapakan harga vivix jauh lebih murah sebab bulan ni vivix on promosi..Memang rugi la sangat kalau tak grab.

Untuk sebarang order dan pertanyaan contact sya ok