Fisya Yusof

Saya Nafisah Binti Md Yusof Shaklee Inderpendent Distributor [ SID : 1084053 ] sejak 2013 Sebarang pertanyaan berkaitan produk shaklee boleh hubungi saya di talian 017 -420 5506

16 March 2017



Bayi yang baru lahir memang kita tengok asyik tidur je kan.Jumlah tidur bayi dalam sehari lebih lama dari tempoh mereka berjaga.Kadang tu ada sesetengan bayi yang hanya berjaga kurang dari 5 jam dalam sehari.Manakala selebihnya adalah waktu tidur mereka.

Sya dulu pengalaman anak pertama masa minggu pertama kelahiran memang asyik tidur je baby nya sampai kadang tu rasa risau je kenapa anak aku ni asyik tidur aje.Bila di tanya pada orang tua baru sya pun tahu memang gitu rupanya bayi yang baru lahir.

Ok ibu-ibu yang baru pengalaman pertama melahirkan bayi tu kalau tengok bayi asyik tidur jer biarkan yer.Tak perlu nak risau ap-apa pun sebenarnya.Ia adalah normal.

Bayi yang mengantuk mempunyai kesukaran untuk fokus dan kurang memberi perhatian berbanding dengan baby yang cukup tidur. Ini kerana baby yang mengantuk mudah menjadi bosan dan kurang untuk bermain secara sendiri.Sekiranya mereka kekurangan tidur, ia boleh menjejaskan perasaan, perlakuan serta memori mereka.

Belajar bermain sendiri adalah satu perkara yang sangat penting dalam jangka hidup baby. Kajian menunjukkan, pada fasa bermain secara sendiri ini, kanak-kanak akan menjadi lebih kreatif, lebih berpengetahuan dan membina kematangan emosi. Jadi sebagai ibu bapa, kita hendaklah sentiasa memastikan yang baby kita mendapat tidur yang secukupnya untuk meningkatkan kemahiran belajar.






Fakta yang wajib di ketahui ibu bapa :

Bagaimana baby kita tidur baby perlu ditidurkan. Sesetengah baby boleh tertidur dengan sendiri apabila dia mengantuk, namun tetap akan terjaga. Baby yang lain pula tetap memerlukan kita untuk membantu mereka tidur.

Baby mempunyai kitaran tidur yang lebih singkat berbanding kita
anda boleh memerhatikan si manja tidur, namun setelah satu jam, dia akan mula bergerak dan kelihatan gelisah

Baby tidak akan tidur lena seperti kita.baby kita bukan sahaja susah nak ditidurkan dan sudah terjaga diwaktu malam, mereka juga mempunyai tidur yang aktif dan ringan, dua kali ganda berbanding orang dewasa.

Terjaga malam merupakan satu kelebihan.Baby kita mempunyai perut yang kecil, dan susu ibu juga cepat hadam. Jika baby kita tak terjaga akibat perut lapar, itu bukanlah petanda yang baik. Jika hidung baby tersumbat tapi dia masih tidur nyenyak, baby mungkin dalam keadaan merbahaya

Baby membesar dan mendapat tidur yang lebih matangpada 3 bulan yang pertama, baby jarang tidur untuk lebih dari 4 jam tanpa diberi susu. Semakin baby membesar, mereka kurang berjaga pada waktu malam dan mampu untuk tidur dengan lebih cepat.

Baby masih terjaga walaupun dah besar. Kenapa?

Ini kerana terdapatnya faktor lain seperti kesejukan, panas, sakit dan sebagainya


Oleh itu kita sebagai ibu bapa haruslah peka terhadap rutin tidur seharian anak kita. Pastikan anak kita berada dalam keadaan selesa sebelum tidurkan mereka.

Sharing is caring 😊😊😊

15 March 2017




Permulaan saya bersama product Shaklee selepas saya menceritakan masalah tahap kesihatan saya kepada isteri saya Nadia Ezdianie Norazaman. Masalah saya bermula apabila saya kurang selesa dengan fizikal tubuh badan saya (gemuk) dan disebabkan kegemukan itu muncul la simptom-simptom yang lain seperti mudah letih, tercungap-cungap dan yang paling ketara masalah sakit belakang.

Masalah ini telah lama berlaku dan telah banyak cara, usaha dan ikthiar dilakukan tetapi hasilnya tidak seperti yang digambarkan. Pada mulanya seperti biasa saya menjaga pemakanan saya (mengamalkan diet yang sihat) dan bersenaman tanpa pengambilan vitamin dan supplement sampingan. Setelah hampir setengah tahun mengamalkan gaya hidup yang sihat masalah saya tetap sama dan kerap berulang. Dengan hasil berat badan yang tidak memberangsangkan ini serta simptom-simptom di atas tidak dapat dipulihkan, saya rasa tertekan. Nekad untuk mengubah tahap kesihatan dan bermula mencari jalan penyelesaian.

Bermula dari situ isteri saya telah membuat kajian dan pembacaan untuk menolong mengurangkan masalah saya ini. Setelah yakin dengan hasil kajian dan pembacaan, kami bercadang untuk menggunakan vitamin dan supplement dari Shaklee untuk membantu tubuh badan untuk bekerja dengan lebih effisyen. Akhirnya bertemu kami dengan blog celikvitamin dan isteri saya menghubungi Puan Adilah Manaf. Setelah membuat perbincangan, beliau mencadangkan set kurus kepada kami (Lecithin, Omega Guard, Alfalfa, Herb-Lax,ESP dan Cinch). Puan Adilah telah memberikan konsultasi yang excellent!!!!

Dengan semangat yang berkobar-kobar saya mengikut segala arahan dan peraturan yang diberikan. Permulaan sessi untuk meningkatkan tahap kesihatan saya bermula dengan DETOX. DETOX selama seminggu dan seterusnya mengambil vitamin dan supplement dari Shaklee secara konsisten berserta senaman yang berterusan. Program diet saya bermula dari 17 Disember 2016 sehinggalah ke hari ini. Alhamdulillah setelah hampir 3 bulan bersama Shaklee berat saya berkurang sebanyak 10kg dari 86.4kg kepada 76.8kg. Selain berat badan turun saya mendapat bonus yang lain iaitu kurangnya ukur lilit badan dari pinggang saiz 40 inchi sekarang saiz pinggang menjadi 36 inchi. Simptom-simptom yang saya hadapi juga dapat diselesaikan. Sekarang kehidupan dan tahap kesihatan tubuh badan saya bertambah baik dengan Shaklee.


Setelah mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengamalkan pengambilan vitamin dan supplement dari Shaklee kesihatan saya bertambah baik. Percayalah tubuh badan kita memerlukan vitamin dan supplement untuk melancarkan lagi sistem-sistem dalam tubuh badan kita untuk berfungsi dengan lebih effisyen. Dengan mengamalkan supplement dan vitamin akan mencukupkan keperluan zat harian selain dari makanan yang di makan setiap hari sebagai pencegahan kepada penyakit , letih lesu dan masalah kesihatan apabila usia meningkat tua. It is amazing effect on my body. Thanks Shaklee.


Haaa best kan baca testimoni dari pengguna yang berjaya turunkan berat badan dengan set kurus shaklee..Kalau anda ada masalah seperti Encik ni jangan malu jangan segan terus jer whatsapp / hubungi sya yerk.

Credit to Supermom Story



Nephrotic Syndrome atau di panggil Penapis buah pinggang bocor ialah sejenis penyakit kerosakkan buah pinggang. Penyakit ini menyebabkan badan kita mengeluarkan terlalu banyak protien di dalam air kencing.

Di dalam buah pinggang, terdapat penapis halus yang dipanggil Glomeruli. Glomeruli berfungsi untuk menghalang albumin (sejenis protein) daripada keluar ke dalam air kencing. Kerosakan glomeruli akan menyebabkan badan kita kehilangan banyak protien.
Protein amat penting di dalam badan manusia kerana 25% daripada badan kita terdiri daripada protein. Protein amat penting dalam membina sel sel baru, menggantikan tisu tisu badan yang rosak dan membaiki tisu tisu yang cedera.
Punca Terjadi Penapis Buah Pinggang Bocor (Nephrotic Syndrome)

Punca berlakunya Penapis Buah Pinggang Bocor tidak dapat dikenal pasti. Faktor faktor berisiko yang boleh menyebabkan penapis buah pinggang bocor ialah:
🔀 Jangkitan kuman di dalam darah seperti sifilis.
🔀 Penyakit autoimun seperti Systemic Lupus Erythematosus (SLE).
🔀 Penyakit darah sejak lahir seperti Sickle Cell Disease.
🔀 Kencing Manis (Diabetes).
🔀 Kehadiran protein pada organ – Amyloidoisis.
🔀 Pengambilan ubat ubatan melawan penyakit.
🔀 HIV.
🔀 Hepatitis B.
🔀 Hepatitis C.
🔀 Malaria.

Komplikasi Akibat Penapis Buah Pinggang Bocor

1.      Kekurangan Nutrisi dan tumbesaran terbantut.
§  Kanak kanak yang mengalami masalah ini akan mengalami masalah tumbesaran di samping kekurangan berat badan. Namun, ia akan dikelirukan dengan pembengkakkan pada tubuh (edema).

2.      Antibodi lemah.
§  Pesakit mudah diserang penyakit atau virus dan boleh membawa maut.
3.      Darah Beku.
§  Kegagalan glomeruli untuk menapis protein dengan baik boleh menyebabkan darah membeku. Protein diperlukan untuk menghalang darah daripada membeku di dalam salur darah.

4.      Risiko jangkitan paru paru.
§  Air yang terkumpul di selaput paru paru dan tisu badan boleh menjadi tempat jangkitan kuman.

5.      Tekanan darah tinggi.
§  Ia berlaku akibat kerosakan gromeruli dan penimbunan bahan buangan di dalam salur darah.

6.      Kolestrol dan Triglycerides di dalam darah meningkat.
§  Apabila protien di dalam badan berkurang secara mendadak, hati akan menghasilkan lebih banyak albumin. Pada masa yang sama, hati akan melepaskan lebih banyak kolestrol dan Triglycerides.

7.      Kegagalan buah pinggang.
§  Penapis buah pinggang bocor akan menyebabkan buah pinggang gagal berfungsi dan jika dibiarkan lama, dialisis perlu dijalankan.

Simptom atau Gejala yang dialami oleh pesakit Penapis Buah Pinggang

§  👉 Kencing berbuih.
§  👉 Berasa lemah dan tidak bermaya.
§  👉 Kaki bengkak.
§  👉 Mata dan muka bengkak ketika bangun tidur.
§  👉 Kembung.
§  👉 Sakit perut.
§  👉 Cirit birit.

Rawatan Bagi Masalah Penapis Buah Pinggang Bocor ( Nephrotic Syndrome)

Terdapat beberapa kaedah rawatan yang akan diberikan kepada pesakit penapis buah pinggang bocor.
1.      Ubat Steriod.
§  Ia akan diberikan mengikut berat badan sehingga tidak ada lagi protein di dalam air kencing.

2.      Ubat kencing.
§  Ia akan diberikan sekiranya badan mengalami bengkak air.

3.      Protein albumin akan diberikan sekiranya perlu.
§  Sekiranya darah di dalam salur darah membeku, protein albumin akan diberikan untuk mengelakkan sawan.

4.      Antibiotik.
§  Ia akan diberikan sekiranya terdapat jangkitan kuman.

5.      Jaga pemakanan.
§  Kurangkan pengambilan garam dalam makanan seharian untuk mengelakkan edema yang teruk.

6.      Jaga pengambilan kalori dan protien.
§  Amalkan diet rendah protein untuk mengurangkan protein di dalam badan.

Pengambilan Suplemen Untuk Membantu Menyelesaikan Masalah Penapis Buah Pinggang Bocor
Di Shaklee, terdapat beberapa supplement yang membantu mengatasi masalah penapis buah pinggang bocor. Di antaranya ialah:
1.      VIVIX
§  Membantu memperbaiki DNA tubuh yang rosak. Memperbaiki tenaga sel untuk pertumbuhan sel yang baru serta menguatkan sel tubuh.

2.      OMEGAGUARD
§  Membantu mengurangkan keradangan dan mencairkan darah untuk mengurangkan risiko berlakunya masalah penapis buah pinggang bocor.

3.      ESP @ MEALSHAKE
§  Membekalkan protein baik yang diperlukan badan.


Testimoni Pengguna 


Klik Video di bawah untuk testimoni dari salah seorang pengguna yang dah sembuh dari sakit nephrotic syndrome

Video credit to Supermom

Setiap penyakit In sya Allah ada penawarnya. Apa yang penting kita perlulah berusaha dan jangan salahkan takdir. Benar kata orang, bila dah sakit wang ringgit jadi tak bernilai. Kesihatan adalah segala – galanya.
Jika anda tidak mahu bergantung selamanya dengan ubat atau sehingga menjalani dialisis seumur hidup. Saya cadangankan anda mengambil Vivix untuk kesihatan anda.

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya  atau klik icon di bawan ini.


Bertindak sekarang sebelum terlambat!




3 March 2017


Paru paru berair atau Efusi Pleura (Plueral Effusion) adalah suatu keadaan yang mana rongga kaviti pleura dipenuhi bendalir. Apakah punca paru paru berair ini berlaku?
Ramai yang beranggapan mandi diwaktu malam adalah penyebab utama paru paru berair. Benarkah anggapan itu? Kononnya, ketika mandi di waktu malam, air akan memasuki liang liang roma dan akan berkumpul di dalam paru paru.

Punca Paru Paru Berair

Paru paru berair berlaku apabila terdapat pengumpulan cecair yang berlebihan di dalam paru paru. Sebenarnya punca paru paru berair masih tidak dapat dikenalpasti dengan tepat. Terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada masalah paru paru berair. Di antaranya ialah:
⇰Jangkitan bakteria
Jangkitan fungi
Jangkitan parasit
Masalah bahan kimia
Kecederaan fizikal terhadap paru paru

Ada orang berpendapat bahawa mandi malam adalah penyebab utama seseorang menghidap penyakit paru-paru berair
Kononnya air ketika kita mandi akan masuk melalui liang-liang roma sebelum terkumpul dibahagian paru-paru. Sejauh mana kebenarannya?

Jangkitan paru-paru berair terbahagi kepada dua iaitu Pulmonari Edema (PE) dan Pneumonia.

1. Pulmonari Edema

Pulmonari Edema adalah pengumpulan air berlebihan pada ruang tisu dan organ. Kesannya, paru-paru bengkak dan berair.

Punca berlakunya penyakit ini adalah disebabkan oleh kecederaan pada permukaan paru-paru dan kegagalan fungsi kiri jantung. Maka, kepercayaan sesetengah pihak bahawa ianya berpunca daripada kemasukan air ketika mandi adalah salah.

2. Pneumonia
Manakala penyakit Pneumonia pula disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus dalam paru-paru yang menyebabkan keradangan berlaku.

Malah, Pneumonia juga boleh dijangkiti melalui udara yang disebarkan menerusi air liur dan hingus pesakit. Sekali lagi, ia bukan berpunca dari mandi malam.

Cecair yang berada di dalam paru paru tidak seperti air biasa. Kebiasaannya, ia adalah cecair yang dipenuhi nanah (Pyothorax)darah (Hemothorax) dan bendalir di dalam badan.

Tanda Tanda Paru Paru Berair

➦Batuk berkahak atau mungkin disertai darah
Demam
Sesak nafas
Menggigil
Rasa letih dan cepat mengantuk
Sakit dada
Loya dan muntah apabila menarik nafas panjang
Cirit birit

Cara Merawat Paru Paru Berair :-
1.      Paru paru berair yang besar dan menyebabkan kesukaran bernafas perlu dirawat dengan kaedah penyedutan cecair di dalam kawasan terlibat menggunakan Thoracentesis.
2.      Paru paru berair yang kecil tidak memerlukan rawatan tetapi punca berlakunya paru paru berair perlu dikenalpasti dan dirawat.
3.      Jika ia berpunca caripada Pneumonia, pesakit akan diberi antibiotik. Sekiranya terdapat nanah terkumpul, ia akan disedut.
4.      Sekiranya perlu, pembedahan perlu dijalankan untuk mengeluarkan nanah.

Pengalaman Pesakit Paru Paru Berair mengamalkan Suplemen Untuk Pulih






Jika anda adalah diantara yang mengalami masalah paru paru berair dan ingin mencuba kaedah pengambilan suplemen untuk membantu rawatan anda, dapatkan info lanjut dan konsultasi eksklusif daripada saya.
Dengan Setiap pembelian twin pack vivix akan dapat penjimatan seperti :⤵⤵⤵..






Hubungi :