Fisya Yusof

Saya Nafisah Binti Md Yusof Shaklee Inderpendent Distributor [ SID : 1084053 ] sejak 2013 Sebarang pertanyaan berkaitan produk shaklee boleh hubungi saya di talian 017 -420 5506

18 April 2017


Sakit kepala adalah masalah yang tidak asing lagi buat ibu hamil. Kebiasaannya sakit kepala ini berlaku akibat ibu hamil sering mengalami tekanan emosi. Mereka sering merasa kepala seperti di hempat batu berat serta tegang di belakang tengkuk. Ketahui bagaimana cara untuk hilangkan sakit kepala ketika hamil di dalam entri ini.

Punca Sakit Kepala

Sepanjang tempoh kehamilan, ibu mengalami banyak perubahan dari segi emosi dan hormon. Waktu mengandung juga adalah tempoh ngeri bagi sesetengah ibu kerana nafsu makan yang tidak mampu dikawal, perubahan bentuk badan yang sangat kritikal dan ada yang mengalami alahan teruk. Faktor faktor seperti ini kadangkala mendorong kepada punca sakit kepala ketika hamil.
Terdapat beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan sakit kepala. Diantaranya ialah:
1.      Sensitif terhadap bunyi bising.
2.      Makan makanan mengandungi MSG.
3.      Kafein.
4.      Coklat.
5.      Aspartame (pemanis tiruan yang terdapat didalam Equal atau Nutrasweet).

Adakah Sakit Kepala Ketika Hamil Merbahaya?

Sekiranya anda sering mengalami sakit kepala pada awal kehamilan iaitu pada Trimester Pertama, ia adalah tidak merbahaya. Ia adalah perkara normal yang berlaku akibat badan sedang mengalami perubahan hormon.
Apabila memasuki Trimester Kedua, sakit kepala kebiasaannya akan beransur hilang kerana hormon sudah semakin stabil. Namun ia tidak sama sekiranya anda mengalami tekanan darah tinggi. Darah tinggi ketika hamil adalah merbahaya dan perlu mendapat nasihat dan rawatan doktor.
Masalah darah tinggi ketika hamil tidak boleh diambil mudah kerana ia boleh mengancam nyawa anda dan bayi.
Cara Hilangkan Sakit Kepala Ketika Hamil

1.      Kenalpasti punca anda mengalami sakit kepala. Apabila punca telah dikenalpasti, elakkan punca yang menyebabkan sakit kepala tersebut
2.      Gunakan air panas suam untuk menuam pada sekitar tengkuk atau bahagian kepala yang sakit
3.      Mandi menggunakan air suam mampu meredakan sakit kepala buat seketika
4.      Elakkan berlapar. Tahap gula di dalam darah yang rendah boleh menyebabkan sakit kepala. Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap
5.      Banyakkan minum air bagi mengelakkan dehidrasi. Minum dalam kuantiti yang sedikit tetapi dengan kerap bagi mengelakkan muntah
6.      Dapatkan rehat yang secukupnya. Berhenti bekerja apabila terasa penat
7.      Pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Tidur sebenar pada waktu tengahari mampu mengurangkan sakit kepala.
8.      Jika anda  sedang mengalami sakit kepala, cuba untuk tidur di dalam bilik yang sunyi dan gelap.
9.      Kadang kala, pergerakan fizikal seperti berjalan di taman mampu mengurangkan sakit kepala. Namun, jika aktiviti riadah tersebut menyebabkan sakit kepala semakin berat, lebih elok jika anda dapatkan rehat yang banyak
10.  Berurut. Minta suami untuk mengurut anda secara perlahan-lahan di bahagian tengkuk, bahu dan belakang. Elakkan untuk menyentuh dan mengurut di bahagian abdomen.
11.  Amalkan doa mohon disembuhkan dari kesakitan, zikir dan banyakkan membaca al quran terutama ayat-ayat ruqyah.

Cara Hilangkan Sakit Kepala Ketika Hamil Dengan Nutrisi Shaklee

Ostematrix : Menggalakkan transmisi impuls saraf ke otak. Membekalkan Mg yang diperlukan oleh tubuh dimana kekurangan Mg meningkatkan risiko untuk terkena migrain. Mengatasi sembelit. Sembelit merupakan salah 1 punca yang menyebabkan sakit kepala dan migrain.

B Complex : Menambah aliran darah ke dalam otak, anti-stress, menjadikan mood lebih gembira dan tenang, riboflavins di dalam B complex mampu menambah simpanan tenaga di dalam sel otak agar ibu tidak berasa cepat penat.

OmegaGuard : menurunkan risiko pengecutan otot yang tiba-tiba pada salur darah yang mengakibatkan sakit kepala.


Jika anda sedang hamil, dan sering berasa sakit kepala.. Selain mencuba tips yang saya nyatakan seperti di atas, anda boleh juga mengambil supplement Shaklee yang terbukti selamat, berkesan dan semulajadi.
Nak Order??Mudah saja..Klik link di bawah anda akan terus boleh whatsapp sy tanpa perlu susah2 nak save no saya lagi kan.
Atau jika anda ingin membuat terus pembelian boleh klik button " Beli Sekarang " di bawah. 

13 April 2017


Antara masalah atau cabaran utama  hamil adalah ANEMIA atau lebih dikenali sebagai HB RENDAH. Kalau checkup di klinik kerajaan pastinya ibu ibu  kena bebel kan? Jangan marah misi-misi tu tau. Misi bebel untuk kesihatan ibu dan baby. 


Semasa hamil, badan perlu menghasilkan lebih darah untuk menyokong perkembangan tumbesaran bayi. Jika ibu tidak mendapat ZAT BESI dan beberapa nutrisi penting lain, badan ibu tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang cukup.


Apabila ibu mengalami Anemia , sel darah merah ibu kurang untuk membawa oksigen ke sel-sel tubuh dan kepada bayi dalam kandungan.

HB RENDAH (LOW HB) akan menyebabkan ibu rasa sangat letih dan lemah. Jika tidak dirawat
ia meningkatkan risiko keguguran bayi atau kelahirah pra-matang.




Paras hb seseorang dikira dalam unit g/dL (gram per deciliter). Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 – 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 – 18.5g/dL. Manakala bacaan hb yang normal bagi ibu mengandung ialah pada julat : 11-12 g/dl (gram per deciliter).


SIMPTOM KEKURANG HB KETIKA HAMIL
§  Pucat –kulit, kuku dan bibir
§  Terlaluletih dan lemah
§  Selalupening kepala
§  Nafas pendek
§  Mengalamimasalah untuk fokus
§  Degupan jantung yang cepat


RISIKO ANEMIA YANG PERLU IBU TAHU
§  Ibu kerap pitam / pengsan
§  Kegagalanfungsi jantung
§  Risiko Keguguran
§  Kelahiran bayi pra-matang
§  Bayi kurang berat badan
§  Bayi mengalami anemia
§  Bayi mengalami perkembangan yang lambat atau tumbesaran terbantut


Pastinya kita nak baby sihat kan? Ibu kena sihat dulu tau! 


 JENIS-JENIS ANEMIA 

1.  Anemia disebabkan oleh KURANG ZAT BESI
HB rendah disebabkan kekurangan Zat Besi (IRON) adalah paling banyak kes. Kekurangan zat
besi menyebabkan oksigen tidak dapat disalurkan keseluruh tubuh dan kepada
bayi.


2. Anemia disebabkan oleh KURANG  FOLAT
Semasa hamil, ibu perlukan lebih FOLAT atau ASID FOLIK. FOLAT sangat penting untuk
menghasilkan sel baru termasuk sel darah merah yang sihat. Kekurangan FOLAT
juga boleh menyebabkan kecatatan bayi (SPINA BIFIDA) dan bayi kurang berat.  
FOLAT boleh didapati dari sayur berdaun hijau.


3.  Anemia disebakan oleh KURANG VITAMIN B12
Badan juga memerlukan Vitamin B12 untuk menghasilkan sel darah merah. Vitamin B12 hadir dalam daging, susu, telur. Namun biasalah bila hamil kadang-kadang ibu tak berselera nak makan. Jadinya kurang vitamin B12. Kekurangan Vitamin B12 juga boleh sebabkan
kecatatan bayi dan kelahiran pra-matang.


FAKTOR-FAKTOR MENINGKATKAN RISIKO ANEMIA KETIKA HAMIL

Semua  hamil mempunyai risiko mengalami LOW HB ketika hamil kerana ibu memerlukan lebih IRON dan FOLAT daripada biasa semasa hamil.Tapi ibu lebih berisiko tinggi jika :


§  Kehamilan yang rapat (anak sebelum ini)
§  Muntah yang banyak sebab morning sickness
§  hamil remaja (dibawah umur 20 tahun)
§  Kurang makanan tinggi zat besi
§  Kurang makan Vitamin C (Vitamin C bantu penyerapan zat besi)
§  Mengalami masalah Low HB pada kehamilan sebelum ini
§  Kehamilan kembar
§  Bleeding/pendarahan ketika hamil

Cara untuk naikkan Hemoglobin.

1. Makan makanan yang tinggi zat besi, Folat dan Vitamin B12
§  daging merah
§  telur
§  sayuran  berdaun hijau seperti brokoli, bayam. 
§  Kekacang dan bijian


2. Makan makanan yang tinggi vitamin C
§  Kiwi
§  Buah Oren
§  Tomato
§  Straberi
§  Lada Benggala


3. Elakkan makan makanan yang boleh halang penyerapan zat besi dalam tubuh. 
§  Kopi dan Tea
§  Perasa tambahan dalam makanan seperti ajinomoto
§  Elakkan susu bersama pengambilan zat besi – jarakkan masa 1-2 jam selepas pengambilan. 


4. Amalkan supplement penting untuk tingkatkan HB dan elakkan Anemia (HB Rendah).Antara Supplement yang membantu naikkan HB ibu adalah  






⠿Vitalea Iron Formula
⇉Pelengkap nutrisi yang mengalami kekurangan pelbagai vitamin dan mineral. Multivitamin
dengan Iron formula ini membantu membekalkan zat besi yang diperlukan semasa
hamil. Zat Besi sangat penting untuk menghasilkan sel darah merah.


⠿B Complex
⇉Bcomplexmengandungi vitamin B lengkap termasuk ASID FOLIKdan Vitamin B12 untuk mencegah anemia membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan pembentukan antibodi.


⠿Vitamin C Sustained Release
⇉Mengoptimumkan penyerapan zat besi dalam darah.


Sebagai ibu,pastinya kita mahu berikan yang terbaik untuk bayi dalam kandungan. Melaburlah untuk kesihatan  sendiri dan anak dalam kandungan. In sya Allah jika kandungan sihat, anak yang akan dilahirkan juga sihat dan kurang masalah kesihatan.  Anak adalah amanah.

TESTIMONI :









Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat, order produk Shaklee dan sebagainya, hubungi
 sy dengan cara klik jer link di bawah tanpa perlu save no sy terlebih dahulu.Senang dan mudah kan