Fisya Yusof

Saya Nafisah Binti Md Yusof Shaklee Inderpendent Distributor [ SID : 1084053 ] sejak 2013 Sebarang pertanyaan berkaitan produk shaklee boleh hubungi saya di talian 017 -420 5506

31 August 2017



Salah satu persoalan yang paling ramai pengguna nak tahu mengenai Shaklee adalah berkenaan status halal Shaklee. Maklumlah,Shaklee dibuat dan diimport dari USA. Dan kat botol Shaklee pun takde tanda logo Halal Jakim kan. 

Sebelum kita nak lihat adakah Shaklee halal ataupun tidak, kita kene tahu dulu fakta ini: 

1) Shaklee bukanlah produk Malaysia. Produk ini dihasilkan di USA. Kilang di USA. Bahan mentah semua dari sana. 

2) Shaklee dieksport ke Malaysia.Produk Shaklee semua dari USA.
  
Untuk pengetahuan semua vitamin Shaklee mendapat pengiktirafan halal atau sijil halal yang dikeluarkan oleh Badan Halal Amerika (ISA). Badan halal ini merupakan salah sebuah institusi halal antarabangsa yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Kenapa Status halal dari ISA? ISA ni apa? Kenapa bukan JAKIM?Oleh sebab Shaklee ni buatan USA, Islamic Services  of America (ISA) yang iktiraf kehalalan produk-produk di USA. Untuk  lebih efektif, JAKIM telah lantik ISA ni untuk cek status Halal produk yang nak dibawa ke Malaysia.

ISA ni adalah satu organisasi  yang bertanggungjawab memberikan sijil halal di Amerika. Tapi yang membuatkan ISA di lebih best sebab ISA diiktiraf di peringkat dunia. Banyak organisasi Halal di negara lain mengiktiraf ISA ni, termasuklah JAKIM sendiri.




Untuk pengetahuan semua, produk farmaseutikal seperti ubat, vitamin dan seumpamanya tidak diwajibkan atau tidak perlu memaparkan logo halal pada kotak atau botol mereka. Memadai dengan memohon pensijilan halal dari badan yang diiktiraf oleh JAKIM dan boleh ditunjukkan kepada pengguna sebagai bukti. Jadi kepada semua pengguna, jika anda membeli sebarang jenis suplimen, sila minta bukti sijil halal daripada penjual untuk mengesahkan kebenaran dakwaan mereka.

Kepada semua pengguna produk Shaklee, anda tak perlu rasa was was lagi tentang status halal Shaklee ya. Selain daripada sijil halal, Shaklee juga mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia KKM dan yang paling special, Shaklee telah menjalankan Landmark Study bagi membuktikan keberkesanan produknya selain puluhan ribu ujian klinakal yang dijalankan setiap tahun terhadap setiap satu bahan yang digunapakai dalam produknya.

29 August 2017


Cyst semasa mengandung pastinya akan menyebabkan si ibu bimbang tentang perkembangan bayi dalam kandungan yang mungkin terganggu. 

Mana taknya kalau cyst pecah takut risiko berlaku keguguran pula. Sangat berbahaya.

Untuk entry ni sya nak kongsikan  bagaimana 2 orang ibu yang sedang mengandung berjaya mengecutkan cyst mereka tanpa  lakukan pembedahan.Alhamdullillah.
Ibu-ibu ini hanya konsisten amalkan Set Mengandung Shaklee Lengkap.
Jom saya kongsikan kisah Puan Hanisah yang mengalami cyst semasa mengandung , akhirnya cyst tersebut mengecut sendiri tanpa perlu buat pembedahan.

Pengalaman  Puan Hanisah


Kalau orang kata jangan minum ESP sebab SOYA, boleh sebabkan KANSER, CYST, FIBROID.. mama orang pertama yang BANGKANG!
Ketegaq (stubborn)! 
Sebab mama sendiri dulu, ada OVARIAN CYST, 7cm tau! Doktor tak boleh nak operate buang cyst tu sebab mama PREGNANT (early pregnancy). Kena sabar tunggu sampai 12 minggu baru boleh operate. Doktor bagitau risiko cyst boleh pecah dan sebabkan infection pada peranakan atau ovari boleh berpusing.
SCARY tau! Memang TAKDE UBAT atau SOLUSI untuk mama masa tu. Memang tawakkal (berdoa) dan teruskan ambek SET MENGANDUNG SHAKLEE, termasuk ESP.
Alhamdulillah sebelum minggu ke 12, cyst mama dah KECUT SEPENUHNYA. Tak perlu operate pun.
Baru ni, ada orang bertanya pada Dr Bruce Daggy masa LANDMARK STUDY ROAD TOUR tu. Kesan SOYA (ESP) yang mengandungi PHYTOESTROGEN dan punca KANSER. Dia kata, sepanjang research dia memang TAKDE BUKTI (findings) pun.


Lagipun katanya PHYTOESTROGEN (yang ada dalam ESP) itu LEMAH, tak SEKUAT seperti ESTROGEN yang ada dalam badan manusia.. Yang boleh sebabkan lelaki jadi lembut atau menjadi punca kanser. Yang ni memang SCIENTIFICALLY PROVEN.
Lagipun, soya yang digunakan untuk hasilkan ESP adalah SOYA NON-GMO yang tak diubah genetik (baka), daripada BENIH sampai PENGELUARANNYA.
ESP ni dihasilkan sejak 1951. Produk 50tahun lebih, bukan setahun dua. Kalau betul bahaya, dah tentu berapa ramai orang yang MATI SEBAB KANSER sebab ESP. Tapi sebaliknya yang dok amalkan ESP makin SIHAT dan BEBAS KANSER.
Sebab apa tau? Sebab selain dari NON-GMO, cara pemprosesan pun membezakan kualiti soya. ESP dicuci dengan AIR (bukan alkohol), diproses dengan suhu rendah.
Jadi ISOFLAVONES, GENISTEIN & DAIDZEIN kekal dalam soya ESP.
Isoflavones ni sangat membantu merendahkan paras KOLESTEROL, OSTEOPOROSIS & SAKIT JANTUNG.
Genistein ni yang mengekang pertumbuhan dan perebakan KANSER, ia memusnahkan radikal bebas dalam badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel KANSER. Dannn.. sangat baik untuk UTERUS, OVARI & PROSTAT.

Jadi lepas dah rasa sendiri dan jadi TESTIMONI ESP, memang mama tak faham kenapa orang cakap ESP bahaya. Oklah, Dr Bruce Daggy cakap, tak boleh percaya testimoni je. Kena ada research. And yesss, CLINICALLY PROVEN to be safe too!
Jangan risau lah naa.. tapi mama tak tau la soya lain, mama cerita ni soya ESP lah. 😊
(Alamak kan dah panjang! 😅 Thanks sebab baca sampai habis. Memang banyak FAKTA nak share supaya korang faham)

Alhamdulillah berkat konsisten Set Mengandung Shaklee Lengkap, cyst beliau kecut sepenuhnya.
Pengalaman Puan Najihah
“Akak pun ada cyst semasa early pegnant si bongsu ini.Cyst waktu itu sebesar 4cm+Masa itu akak memang teruskan juga ambil Set Hamil Shaklee termasuk ESP.
Semasa appointment dengan doktor, akak bagitahu “Saya nak teruskan minum soya, tetapi Protein Soya Shaklee.”
Doktor sendiri maklumkan yang tiada masalah dan boleh teruskan.
Alhamdulillah semasa check up nak masuk usia kandungan 5 bulan, cyst akak dah kecut dan tak jadi operate.”

Di dalam perkongsian di atas; kedua-dua Puan Hanisah dan Puan Najihah konsisten amalkan Set Mengandung Shaklee yang turut mengandungi soya ESP.

ADAKAH SOYA PENYEBAB CYST?KALAU NAK TAU BAHAYA ATAU TAK BOLEH BACA ENTRY NI

Set mengandung Shaklee yang bantu kecutkan cyst  mengandungi 6 vitamin penting untuk ibu hamil dan bayi yang sedang membesar di dalam rahim.

Kesimpulannya, jika anda mengandung dan disahkan terdapat cyst, buatlah pemeriksaan berkala dengan doktor untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak dingini kepada janin di dalam kandungan dan juga kepada diri kita sendiri. 

Bagi anda yang mengalami masalah cyst ketika mengandung dan tak nak lakukan pembedahan apa kata anda cuba Set Mengandung daripada Shaklee.

Sekiranya anda berminat dengan Set Mengandung Shaklee,boleh lah hubungi saya Fisya Yusof di 017-4205506. Atau klik sahaja di link whatsapp berikut http://www.wasap.my/60174205506. 

Atau boleh juga buat belian secara online menggunakan kad credit / debit anda dengan cara mudah dengan hanya klik button beli sekarang di bawah ini.

27 August 2017

Sejak kebelakangan ni, penyakit cyst  seperti sudah tidak asing lagi di kalangan wanita, tanpa mengira peringkat umur kan malah wanita hamil pun tak terkecuali dari terkena cyst .

Kebanyakan wanita biasanya diagnosis mengalami ovarian cyst  bila menjalani pemeriksaan ultrasound  untuk melihat perkembangan bayi dalam kandungan atau ketika menghadapi masalah kesuburan.


Cyst semasa hamil ada yang berbahaya dan ada yang tidak.Ia bergantung kepada saiz dan jenis cyst tersebut.
Jika saiz cyst melebihi 5 cm, ia di kira berbahaya dan kemungkinan besar doktor akan sarankan untuk jalani pembedahan untuk buang.

Jika cyst tersebut kurang 5 cm, biasanya ia akan menghilang sendiri.Apa pun Ibu perlu sentiasa rujuk doktor.
Selain dari saiznya melebihi 5 cm pembedahan akan dilakukan sekiranya :
1. Cyst mengganggu perkembangan bayi dan menutup laluan bayi semasa kelahiran nti
2. Cyst  semakin membesar dari minggu ke minggu, juga menyebabkan kesakitan pada ibu.

Selain dari 3 perkara di atas, biasanya cyst dibiarkan di bawah pantauan doctor dan akan di pantau oleh doktor selepas kelahiran nanti.
Sekiranya anda ibu hamil dan ada masalah cyst anda boleh cuba ikhtiar dengan mengambil vitamin bantu kecutkan cyst dengan SET MENGANDUNG SHAKLEE KECUTKAN CYST.
Antara vitamin bantu kecutkan cyst semas hamil ialah seperti 
1.ESP
-kaya dengan isoflavones, baik untuk hormon
-genistein sangat baik untuk ovari
-energy booster
-immune booster
-supports growth and development of the baby

2. VITALEA
-pembekal tenaga
-pelengkap nutrisi, sebab asyik tak boleh telan itu ini
-mengandungi iron (zat besi) untuk hemoglobin, angkut oksigen pada baby

3. B-COMPLEX
-energy booster
-mood booster
-ada folic acid untuk pembentukan spine dan otak baby

4. SUSTAINED RELEASE VITA C
-immune booster
-antioksidan, menghapuskan radikal bebas
-reduce risk of premature delivery, keguguran

5. OMEGA GUARD
-immune booster
-mood booster
-membantu tumbesaran dan perkembangan otak baby

6. OSTEMATRIX,
-sumber kalsium untuk mama dan baby
-'ubat tidur', menenangkan saraf dan bantu tidur dengan selesa
-untuk pembentukan tulang dan gigi baby, juga jantung, saraf dan otot



Selain dari amalkan vitamin untuk bantu kecutkan cyst , ibu hamil juga perlu jaga pemakanan, jaga pantang larang yang membuatkan cyst semakin membesar.


Jika anda ibu mengandung dan mempunyai cyst dan ingin cuba  ikhtiar dengan SET MENGANDUNG SHAKLEE KECUTKAN CYST, anda boleh dapatkan dengan menghubungi saya :

💕 Fisya Yusof (1084053 ) 💕
Sms / Whatsapp : 017-4205506

26 August 2017

Antara amalan yang dianjurkan untuk ibu hamil ialah berzikir mengingati Allah S.W.T serta memperbanyakkan membaca Al-Quran . Kerana dengan amalan tersebut boleh memberi ketenangan pada jiwa dan memberi kesan yang positif kepada baby dalam kandungan.

Apa yang kita amalkan tu bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk bayi dalam kandungan juga.
Sebab tu kalau tengah mengandung kita kena jaga tingkah laku kita. Bukan bakal ibu sahaja yang kena jaga tingkah laku tau, malah bakal bapa juga perlu memainkan peranan mereka.

Untuk artikel hari ni saya akan share sikit beberapa tips untuk kaum bapa selain daripada 8 amalan surah ketika mengandung.
Menurut Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood bakal bapa ni haruslah melakukan beberapa perkara yang baik2 sepanjang isterinya mengandung. Lagi pun isteri tengah mengandung, emosi isteri ni tak berapa stabil. Mereka memerlukan lebih perhatian daripada suami yang penyayang.
Amalan Untuk Bakal Bapa
·         Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih dan sayang terhadap isteri.
·         Hendaklah berlaku jujur dan setia kepada isteri serta hindari bersikap kejam terhadap isteri
·         Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku sebelum masuk tidur
·         Suami hendaklah kerap bersolat sunat
·         Suami hendaklan sentiasa doakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat
·         Suami memperbanyakkan lagi puasa sunat
·         Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut :

la ila ha illa anta subha naka inni kun tum minadzilimin
Bagi bakal ibu pula, anda juga perlu menjaga kesihatan dalaman dan juga luaran. Bakal ibu perlu pandai mengawal emosi dan jangan terlalu mengikut nafsu untuk melakukan sebarang tindakan.
Amalan Untuk Bakal Ibu
·         Sentiasa panjatkan doa pada Allah s.w.t
·         Sentiasa bertaubat dan beristigfar kepada Allah s.w.t
·         Rajin solat wajib dan memperbanyakkan lagi solat sunat
·         Banyakkan berzikir
·         Banyakkan membaca Al-Quran
·         Berbual – bual dengan anak yang berada dalam kandungan
·         Lakukan kerja2 ringan di rumah sebagai senaman bagi memudahkan proses kelahiran
·         Kawal emosi dan jangan stress
·         Menjaga adab
·         Makan makanan yang halal, baik dan berkhasiat
·         Jauhi sifat dendam, dengki dan tidak baik
·         Rajin mengukirkan senyuman
·         Jaga aurat
Bila kita mengandung, kita perlu sihat dan anak dalam kandungan juga memerlukan segala jenis nutrisi dari ibunya. Jangan terlalu mengikut hati, nanti boleh bahayakan kesihatan sendiri dan bayi dalam kandungan. 
Selain tu, perkara yang tidak boleh kita tinggalkan sepanjang mengandung ialah berdoa dan mengaji. Setiap hari kita kena buat 2 benda tu. Kita perlu minta kepadaNya.
Sebab Allah maha pemberi, mintalah apa sahaja tanpa rasa jemu.
Antara 8 Surah Amalan Ketika Mengandung Yang Bagus Untuk Dibaca Setiap Hari adalah seperti  :

Untuk melahirkan bayi yang soleh, sihat dan bijak. Semuanya bermula dari kita ibu dan bapa. Semoga perkongsian saya hari ni memberi beberapa tips berguna untuk kita semua.

Selain itu ibu hamil juga perlu menitik beratkan soal pemakanan...jangan sesekali lupakan VITAMIN KETIKA HAMIL...Ibu dan bayi memerlukan nutrisi secukupnya untuk kesihatan ibu dan juga penting untuk perkembangan bayi...
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat ibu-ibu hamil semua...

25 August 2017


Ada beberapa faktor yang dikaitkan dengan ovarian cyst ini antaranya adalah cara pemakanan kita sekarang yang kurang sihat, terlalu banyak MSG (bahan perasa), banyak ambil makanan segera , pemakaian tuala wanita pakai buang (pad) dan banyak lagi.

Selalunya, wanita yang menghidap penyakit ini tidak sedar akan kewujudannya kerana ia tidaklah mendatangkan apa-apa masalah. Namun, ada juga yang mengalami simptom-simpton ketidakselesaan seperti perut yang terasa seakan buncit dan kembung, haid yang tidak teratur, sakit pada tulang pelvis sebelum atau semasa datang haid, sakit ketika melakukan hubungan intim bersama suami, sakit pada bahagian belakang, loya dan mabuk. Ada sesetengah ovarian cyst ini menyebabkan anda menjadi tidak subur.

Ada juga ovarian cyst ini hilang dengan sendirinya dalam beberapa bulan. Namun, ada beberapa rawatan semulajadi yang boleh dilakukan untuk melegakan simptom dan membantu mengecutkan saiz cyst tersebut.


Rawatan Cyst Secara Semulajadi

1. Teh chamomile


·         Teh herba ini juga dianggap sebagai ubat terbaik untuk merawat ovarian cyst dan apa sahaja ketidakselesaan yang dihadapi. Kesan sedatif lembut teh chamomile akan mengurangkan kesakitan dan membantu anda untuk berehat.
·         Selain itu, sifat panas semulajadi teh ini membantu mengawal haid yang tidak teratur dengan merangsang aliran darah pada bahagian pelvis dan rahim
·         Campurkan 2 sudu teh chamomile yang kering ke dalam secawan air panas.
·         Tutup cawan dan biarkan selama 5 minit
·         Tapiskan dan tambah 1 sudu kecil madu dan minumlah air teh tersebut.
·         Anda boleh minum 2-3 cawan sehari.

2.    Cuka Epal (Apple Cider Vinegar, ACV)


·         Cuka Epal boleh membantu mengecut dan membubarkan ovarian cyst yang disebabkan oleh kekurangan potassium. ACV ini tinggi kandungan potassiumnya.
·         Tambahkan 1 sudu besar ACV ke dalam segelas air suam.
·         Campurkan 1  susu besar black strap molasses
·         Minum 1-2 gelas minuman ini setiap hari.
·         Lakukan rawatan ini sehingga ovarian cyst hilang sepenuhnya.
·         Rawatan ini juga akan membantu sekiranya anda mengalami pendarahan haid yang berlebihan dan juga kembung serta kekejangan sepanjang tempoh haid.

3.    Ubi Bit (Beet Root)


·         Ubi bit mengandungi sebatian yang dikenali sebagai betacyanin yang meningkatkan keupayaan hati untuk membersihkan toksin daripada sistem anda.
·         Tambahan pula, sifat alkalinya membantu mengimbangi keasidan dalam badan anda. Ini seterusnya mengurangkan simptom ovarian cyst.
·         Campurkan satu setengah cawan jus ubi bit yang segar dengan 1 sudu besar gel lidah buaya dan 1 sudu besar blackstrap molases.
·         Minum sehari sekali sebelum mengambil sebarang sarapan.
·         Amalkan seharian sehingga simptom berkurangan

4.    Halia

·         Halia adalah herba yang kuat sifat anti-radangnya yang dapat melegakan kesakitan.
·         Kisarkan menggunakan pengisar jus, 2 inci halia, 2 batang celery, setengah gelas jus epal dan 3/4 nenas.
·         Minum sehari sekali sehingga cyst sudah tiada.
·         Anda juga boleh minum 2-3 cawan teh halia setiap hari.

5.    Flaxseed


·         Flaxseed membantu mengimbangi nisbah estrogen kepada progesteron dalam badan kita. Ini akan membantu mengurangkan cyst.
·         Tambahan pula, Flaxseed adalah kaya dengan serat yang dapat membantu badan menyingkirkan toksin yang berbahaya, kolesterol dan bahan buangan lain yang diproses oleh hati
·         Campurkan 1 sudu besar flaxseed yang telah dikisar lumat dalam segelas air suam. Minum setiap hari semasa perut kosong sehingga anda dapat lihat perubahan kesihatan anda yang semakin baik.
·         Anda boleh juga tambahkan flaxseed yang telahh dikisar itu kepada yogurt, smoothies, sup dan juga salad

6.    Badam

·         Badam adalah makanan yang kaya dengan magnesium yang membantu mengurangkan kekejangan yang disebabkan oleh ovarian cyst
·         Hanya makan beberapa biji badam yang telah dipanggang untuk mengurangkan rasa sakit
·         Sebagai alternatif, urut dengan lembut kawasan perut dengan minyak badam yang juga boleh membantu melegakan sakit dan kembung perut
·         Anda juga boleh tambahkan 1 sudu kecil minyak badam manis ke dalam segelas air susu suam dan minum sehari sekali sehingga sembuh sepenuhnya


7.    Banyakkan pengambilan air
·         Apabila anda menderita ovarian cyst, adalah sangat penting untuk meningkatkan pengambilan cecair anda.
·         Pilihan terbaik adalah air. Cuba amalkan pengambilan air beralkali dan bertapis secara kerap.
·      Anda juga boleh menambahkan lemon kedalam segelas air sebelum meminumnya. Ini kerana sifat semulajadi lemon yang sangat unik adalah, ia akan berubah sifat dari asid kepada alkali sebaik sahaja masuk ke
·         Air akan mengepam keluar toksin yang berbahaya daripada sistem anda.
·         Selain itu, anda juga boleh minum air kelapa dan juga jus sayuran hijau. 


Makanan yang bahaya dan perlu dielakkan untuk pesakit cyst 

1) Alkohol
2) Daging merah
3) Gandum
4) Kafein ( kopi ,nescafe dan teh)
5) Gula putih
6) Keju
7) Pastri
8) Roti Putih
9) Biskut
10) Makanan sejuk beku (Frozan)
11) Fast Food
12) Makanan yang telah di proses

Apa yang penting kita kena fahamkan betul-betul apa yang menyebabkan cyst terjadi dan  semakin membesar.Selepas tu  sebolehnya cuba elakkan makan makanan yang bahaya dan perlu dielakkan untuk pesakit cyst seperti yang sya senaraikan di atas.

Semoga entri ini bermanfaat untuk semua .