Tabung Insyirah

Makanan Naikkan HB Ibu Hamil


“ Aduh selalu sakit kepala , rasa nak pitam , selalu letih padahal dah cukup rehat rupanya nurse kata sya ada masalah anemia / HB rendah. Patutlah rasa tak larat semacam. Apa makanan tambah darah yang betul-betul berkesan ya?” .

Kebiasaannya , ibu hamil buat kali pertama mungkin masih belum mengetahui tentang HB rendah atau anemia semasa hamil.Akan tetapi  , pada yang sudah berpengalaman hamil lebih daripada sekali biasanya mereka lebih arif dengan perkataan anemia , haemoglobin (HB) , zat besi dan seangkatandengannya.

Anemia boleh didefinasikan sebagai satu keadaan yang berlaku apabila sel darah merah iautu jumlah HB di dalam darah berkurangan.Jumlah HB normal untuk wanita hamil mestilah 11 – 15 gram/dl.Biasanya jumlah HB sebelum dan selepas hamil adalah berbeza dan bacaan bagi wanita tidak hamil bacaan HB yang normal adalah 12-16 gram/dl.Bagi wanita hamil jika bacaan kurang dari 10 , ibu hamil sangat berisiko menghidapi anemia.

Ibu hamil jangan ambil mudah pada masalah anemia ye sebab nya anemia boleh menyebabkan kelahiran  pra-matang.Ibu hamil yang menghidapi anemia sering berasa letih dan lemah.Kekurangan zat besi , folat dan vitamin B12 adalah punca utama masalah anemia.Bayi di dalam kandungan akan menyerap nutrien yang diambil oleh ibunya.Di sebabkan itu ibu hamil perlulah mengambil makanan yang mengandungi zat besi ,  folat dan vitamin B12 dalam jumlah yang lebih berbanding biasa (sebelum hamil) bagi mengekalkan jumlah HB dalam darah.

Jom sya kongsikan antara makanan yang biasa dicadangkan untuk penghidap anemia.





1. Daging Merah – Berbanding dengan daging putih dalam ayam atau burung, daging merah pada haiwan seperti kambing, kerbau, dan lembu lebih kaya dengan protein dan banyak mengandung zat besi serta mineral lain termasuk vitamin A, D, K, B2, B3, B6 dan B12, asid amino, Omega-3, dan selenium yang diperlukan oleh ibu hamil.Kesemua mineral ini mampu meningkatkan HB dengan cepat.



2. Sayuran Berdaun Hijau - Sayuran yang mengandung zat besi yang tinggi adalah sayuran berdaun hijau terutamanya bayam. Selain itu, brokoli, kangkung, kailan, dan sawi juga amat membantu ibu hamil untuk mengelakkan anemia.

Selain itu, sayuran berdaun hijau juga mempunyai kandungan asid folik semulajadi yang turut membantu meningkatkan kesihatan ibu hamil.

3. Kekacang – Adalah satu sumber untuk mencegah anemia.Ambillah kekacang sebagai snek bagi menggantikan makanan ringan.

4.  Hati - adalah salah satu makanan paling tinggi zat besi.Hati ayam (100gms) mengandung 9 mg zat besi. Hati lembu mengandungi lebih kalori dibandingkan dengan jenis hati lain, namun banyak mengandungi kadar zat besi yang tinggi.




5. Tembikai - adalah salah satu ‘super food’ dan makanan tambah darah yang kurang diketahui ramai. Istimewanya, buah ini kaya dengan vitamin A.

Selain terkenal dengan memperbaiki kesihatan mata, vitamin A juga sangat berkesan meningkatkan jumlah sel darah merah. Ia dapat membantu zat besi dalam hemoglobin untuk mengikat oksigen. 




6. Kuning Telur - Telur mengandung protein, kalsium, dan vitamin serta zat besi. Untuk kesan yang lebih baik, belilah gred telur elok dan diperkaya dengan Omega-3.

Kuning telur sangat berkesan sebagai makanan tambah darah. Cuba amalkan pengambilan telur secara teratur 2 kali sehari.
7.  Jambu Batu - Vitamin C ini akan membantu penyerapan zat besi ke dalam tubuh. Menurut kajian, buah jambu batu memiliki kandungan Vitamin C sebanyak 2 kali lebih banyak dari Vitamin C yang ada di buah oren!


8. Ikan Salmon - mengandung asid lemak Omega-3. boleh meningkatkan bacaan Hb ketika mengandung kerana ia turut mengandungi Vitamin B-12 untuk pembentukan sel-sel darah.


9. Buah-buahan Kering - amat sesuai sebagai snek kudapan dan makanan tambah darah ibu hamil. Tinggalkan ‘junk food’ dan beralihlah kepada kismis, kurma, prun, aprikot, dan buah tin.

Semua buah-buahan kering ini bukan sahaja sedap dan sihat, malahan ia turut memiliki kandungan zat besi yang amat baik untuk meningkatkan Hb dalam darah.





10.Kentang - kentang juga mengandung zat besi dan juga vitamin C yang membantu untuk meningkatkan penyerapan zat besi dalam tubuh.

Vitamin C juga dapat mengikat radikal bebas dan memperkuat sistem kekebalan dalam tubuh. Untuk pengetahuan anda, kentang adalah salah satu sumber terbaik zat besi untuk vegetarian.

Selain daripada pengambilan makanan dan minuman di atas, pastikan anda mengamalkan corak pemakanan yang sihat. Pastikan anda meminum air kosong secukupnya untuk memastikan kandungan elektrolit dalam tubuh anda tidak terjejas.

Jika bacaan Hb anda terlalu rendah, jangan teragak-agak untuk mengambil suplemen yang dibekalkan oleh doktor mengikut rutin yang telah ditetapkan.

No comments:

Post a Comment

Nak Harga Ahli Shaklee Dan Cash Back Bonus Klik Sini | Twin Pack Vivix Free Membership Klik Sini
X