Tabung Insyirah

Risiko HB Rendah @ Anemia Semasa Mengandung

HB Rendah @ Anemia SemasaHamil


Masalah HB rendah pada ibu hamil bukan lagi perkara luar biasa .Kebanyakan ibu mengandung di luar sana mengalami masalah HB rendah ni. Kebiasaannya pada trimester pertama, bacaan Hb ibu-ibu mengandung masih di tahap normal.

Biarpun masalah ini sudah menjadi kebiasaan di kalangan ibu mengandung, tetapi ia tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh memudarakan si ibu dan baby di dalam kandungan

Terdapat 3 Jenis Anemia Semasa Kehamilan iaitu :-
1.   Anemia Disebabkan Kekurangan Iron – Berlaku bila badan kekurangan zat besi untuk menghasilkan hemoglobin yang mencukupi. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah. Ianya mengangkut oksigen daripada paru-paru ke seluruh tubuh badan. Anemia jenis ini paling kerap dihadapi oleh ibu hamil.
2.   Anemia Disebabkan Kekurangan Asid Folik – Asid Folik adalah sejenis Vitamin B. Tubuh perlukan Asid Folik untuk menghasilkan sel-sel baru, termasuklah sel-sel darah merah yang sihat. Wanita hamil perlukan lebih Asid Folik daripada biasa. Kekurangannya menyebabkan badan tak dapat hasilkan sel darah merah yang mencukupi. Kekurangan Asid Folik juga boleh menyebabkan kecacatan kelahiran seperti spina bifida dan kekurangan berat masa lahir.
3.  Anemia Disebabkan Kekurangan Vitamin B12 – Vitamin B12 diperlukan untuk membentuk sel darah merah yang sihat. Adalah penting untuk ibu mengamalkan diet seimbang supaya badan dapat hasilkan sel darah merah yang mencukupi. Wanita yang tidak mengmbil daging, produk tenusu, telur  mempunyai risiko yang tinggi kekurangan Vitamin B12. Kekurangan vitamin B12 juga boleh menyebabkan kecacatan kelahiran dan risiko kelahiran pra-matang.

7 Punca Masalah Anemia Boleh Berlaku
1.      Kekurangan zat besi akibat diet pemakanan yang tidak seimbang.
2.      Kelemahan penyerapan zat besi dalam tubuh
3.      Kesan sampingan akibat kaedah perubatan tertentu.
4.      Pembawaan faktor genetik misalnya penyakit talesemia.
5.      Kehilangan banyak darah ketika haid / kehamilan.
6.      Masalah keganjilan hemoglobin dalam darah(hemoglobinopathy)
7.      Pendarahan serius akibat ulser perut atau buasir serta parasit.

Siapa yang berisiko menghidapi HB rendah?
Semua wanita hamil berisiko menghidapi masalah HB rendah atau  anemia. Sebab itulah ibu hamil perlukan zat besi dan Asid Folik lebih daripada biasa. Risiko menghidapi HB rendah lebih tinggi sekiranya:
·         Mengandung anak kembar
·         Jarak kehamilan yang rapat dengan sebelumnya
·         Banyak muntah akibat morning sickness
·         Mengandung diusia remaja
·         Tidak makan makanan yang kaya zat besi dengan secukupnya
·         HB memang rendah dari sebelum mengandung
6 Simptom Anemia semasa hamil
Tanda-tanda seorang ibu mengalami anemia semasa hamil ialah:
·         Kulit, bibir dan kuku pucat
·         Rasa letih dan lemah
·         Rasa pening
·         Rasa tak cukup nafas dan sukar bernafas
·         Denyutan jantung laju
·         Sukar untuk fokus
Kesan HB rendah Kepada Ibu & Bayi

 Risiko Kepada Ibu
·         Mengalami keguguran
·         Mengalami kegagalan jantung.
·         Ibu mudah pitam / pengsan
·         Pendarahan semasa hamil / bersalin
·         Kematian ibu. 

 Risiko Kepada Bayi:
·         Kelahiran pra-matang ataupun bayi kekurangan berat badan semasa lahir.
·         Bayi menghidapi kecacatan kelahiran pada tulang belakang ataupun otak.
·         Keguguran.
·         Bayi meninggal di dalam kandungan. 


Bagi orang biasa yang tidak hamil, Hb yang normal ialah 12g/dl.Tetapi bagi wanita yang hamil bacaan HB normal ialah 11g/dl.

Untuk wanita hamil bila bacaan HB di bawah 11,jangan ambil mudah , carilah ikhtiar untuk pastikan HB ibu-ibu berada di paras normal.Lagipun kalau HB di bawah 11 setiap kali check up pasti akan dapat bebelan dari nurse kan.Mesti la kita pun tak nak kan asal check up kena bising.

Semoga perkongsian dari sya ni memberi manfaa bia ibu -ibu hamil semua ye.😃😃😃


No comments:

Post a Comment

Nak Harga Ahli Shaklee Dan Cash Back Bonus Klik Sini | Twin Pack Vivix Free Membership Klik Sini
X