Tabung Insyirah

Senaman Yang Membantu Naikkan Bacaan HB Semasa Hamil

Ibu -ibu hamil jangan ingat senaman tak penting semasa hamil yer.Bersenam semasa hamil ada manfaatnya juga ye.Antara salah satunya membantu naikkan bacaan HB juga.Tapi bukan la sampai kena buat senaman yang teruk teru pula yerk.

Antara kebaikan senaman semasa hamil ni dapat membantu ibu ibu dari masalah :

  1. Pening kepala
  2. Keletihan dan sering tidak bermaya
  3. Stress dan kemurungan
  4. Sakit pinggang
  5. Sembelit
  6. Kesakitan di bahagian pelvic
  7. Kekejangan dan kaki bengkak

Jenis senaman yang di syorkan untuk ibu hamil untuk menaikkan bacaan HB antaranya ialah :-
  1. Berjalan / Berjoging 
  2. Menari - Zumba @ Salsa
  3. Aerobic yang mudah & ringan
  4. Berbasikal 
  5. Berenang

Antara senaman yang paling mudah dilakukan ialah dengan berjalan yang boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Tiada alasan untuk ibu katakan tidak punya masa untuk melakukan senaman jalan kaki ya.





Berikut beberapa idea aktiviti berjalan kaki yang ibu boleh lakukan setiap hari.
1. Parkir kereta di tempat yang jauh daripada pintu masuk ke pejabat, pusat membeli belah dan sebagainya. Secara tidak langsung ia membuatkan ibu perlu berjalan sekurang-kurangnya beberapa minit.
2. Jangan asyik membeli belah secara online sahaja dengan alasan malas hendak berjalan kerana perut semakin besar. Sesekali keluar membeli belah barangan bayi di pusat membeli belah. Secara tidak langsung anda sudah melakukan aktiviti berjalan kaki.
3. Bawa anak bermain di taman. Jangan malas membawa anak yang sedia ada untuk beriadah di taman. Selain menemani anak, anda juga boleh beriadah sama dengan berjalan kaki.
4. Gunakan tangga berbanding lif. Ia kedengaran zalim tetapi ketahuilah manfaatnya kepada ibu hamil. Tetapi ia sesuai untuk naik ke satu atau dua tingkat berbeza sahaja! Ini kerana naik turun tangga juga sama kesannya dengan berjalan kaki.

5. Jangan malas bergerak. Sekiranya ada urusan di pejabat yang ingin disampaikan kepada rakan di jabatan lain, anda boleh berjalan ke arah mereka berbanding menggunakan teknologi e-mel atau Whastapp. Walaupun jaraknya dekat tetapi jika kerap dilakukan sehari sekurang-kurangnya anda telah melakukan senaman berjalan kaki pada hari itu.

Apapun berbincanglah dengan doktor masing-masing sekiranya ibu-ibu memilih untuk melakukan mana-mana aktiviti senaman ibu hamil yang di senaraikan tadi 😃😃

No comments:

Post a Comment

Nak Harga Ahli Shaklee Dan Cash Back Bonus Klik Sini | Twin Pack Vivix Free Membership Klik Sini
X